Monday, 26 July 2021

TIGA HARI MENJELANG MESYUARAT KHAS DEWAN RAKYAT – KEFAHAMAN YANG KELIRU...

Pada 23 Julai 2021(Jumaat) , kira-kira 3.00 petang pihak Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) telah mengeluarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) seperti berikut:

            " PENERANGAN DARIPADA MENTERI-MENTERI

1. Perdana Menteri :-

Penerangan oleh YAB Perdana Menteri berkenaan Pelan Pemulihan Negara.*

 

2. Menteri Kesihatan :-

Penerangan oleh YB Menteri Kesihatan berkenaan Tindakan Menangani Pandemik COVID-19.*

 

3. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi :-

Penerangan oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkenaan Program Vaksinasi.*

 

4. Menteri Kewangan :-

Penerangan oleh YB Menteri Kewangan berkenaan Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi.*

 

 5. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan :-

Penerangan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan berkenaan Pelaksanaan Darurat.*

*Diikuti dengan Ahli-ahli Yang Berhormat meminta penjelasan dan memberikan pandangan dan diakhiri dengan Yang Berhormat Menteri menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat"

Catatan “Ahli-ahli Yang Berhormat meminta penjelasan dan memberikan pandangan dan diakhiri dengan Yang Berhormat Menteri menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat” selepas bilangan nombor 5 menyebabkan pelbagai pihak termasuk media tersalah menanggapi bahawa pada 26 Julai 2021 semua Menteri-menteri tersebut akan berucap dan selepas itu akan dibuka kepada Ahli-ahli berucap memberi pandangan dan minta penjelasab dan selepas  itu Menteri-menteri akan menjawab sehibgga 2 Ogos 2021. 

Sebenarnya apa yang akan berlaku ialah pada hari pertama, 26 Julai 2021,  Perdana Menteri akan membuat penerangan, kemudiannya diikuti “perbahasan” oleh Ahli-ahli Parlimen dan selepas akan dijawab atau juga dikenali sebagai “ menggulung”.  Walau bagaimana pun, selepas selesai menjawab, Yang di-Pertua tidak akan mengemukakan masalah kehadapan majlis untuk diputuskan.  Dengan lain perkataan tiada undian dibuat sama ada secara suara atau belahbahagian.  INILAH KELAIANAN PERSIDANGAN MESYUARAT KHAS INI.

Seterusnya AUM menyenaraikan Risalat-risalat yang dibawa kedalam mesyuarat, iaitu:-

 RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

 

TAHUN 2021

RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

CMD. 2

Proklamasi Darurat (No.2) P.U. (A) 356/2020 yang diwartakan pada 15 Disember 2020

 

26 Julai 2021

CMD. 3

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2020 P.U. (A) 357/2020 yang diwartakan pada 15 Disember 2020

 

26 Julai 2021

CMD. 4

Proklamasi Darurat (No.3) P.U. (A) 358/2020 yang diwartakan pada 15 Disember 2020

 

26 Julai 2021

CMD. 5

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.3) 2020 P.U. (A) 359/2020 yang diwartakan pada 15 Disember 2020

 

26 Julai 2021

CMD. 6

Proklamasi Darurat P.U. (A) 7/2021 yang diwartakan pada 12 Januari 2021

 

26 Julai 2021

CMD. 7

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 P.U. (A) 12/2021 yang diwartakan pada 14 Januari 2021

 

26 Julai 2021

CMD. 8

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021 P.U. (A) 151/2021 yang diwartakan pada 31 Mac 2021

 

26 Julai 2021

CMD. 9

Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 P.U. (A) 186/2021 yang diwartakan pada 21 April 2021

26 Julai 2021

CMD. 10

Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 P.U. (A) 173/2021 yang diwartakan pada 15 April 2021

 

26 Julai 2021

CMD. 11

Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 P.U. (A) 76/2021 yang diwartakan pada 25 Februari 2021

 

26 Julai 2021

CMD. 12

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 P.U. (A) 110/2021 yang diwartakan pada 11 Mac 2021

 

26 Julai 2021

CMD. 13

Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 P.U. (A) 77/2021 yang diwartakan pada 25 Februari 2021

 

26 Julai 2021

 

 

Oleh kerana proklamasi dan ordinan-ordinan disenaraikan sebagai “risalat yang dibawa ke dalam mesyuarat” bermakna ordinan-ordinan hanya dibawa kepada mesyuarat tetapi tidak menjadi urusan untuk “dibentangkan secara lisan/ucapan” yang disebut sebagai “bahas” dan sekadar diletakkan (laid) atas meja ahli mesyuarat sahaja.  Manakala tarikh dibentang pada 26 Julai 2021 bermakna tarikh dokumen itu dibawa masuk ke dalam mesyuarat dan diletakkan atas mesa ahli-ahli Dewan.

Walau bagaimanapun, laporan BERNAMA seperti yang diberitakan oeh Berita Harian dengan tajuk “ Ahli Parlimen kembali ke Parlimen Isnin ini”, (Julai 24, 2021 @ 8:49am)  melaporkan seperti berikut:

“Buat pertama kali untuk tahun ini, Ahli Parlimen akan berkumpul di bawah satu bumbung bagi mendengar penerangan, mengajukan soalan dan membahaskan beberapa perkara berkaitan Proklamasi Darurat dan langkah kerajaan menangani pandemik COVID-19.”

 

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 itu juga berbeza dengan mesyuarat penggal biasa antaranya tanpa istiadat pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong, perbahasan rang undang-undang (RUU) dan sesi soal jawab lisan.

Sebaliknya, urusan mesyuarat khas itu bagi membentangkan Proklamasi Darurat serta Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat itu mengikut Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Turut dijadualkan adalah pembentangan Proklamasi Darurat (mengenai Pilihan Raya Parlimen Gerik, Perak, Pilihan Raya Negeri Bugaya, Sabah) serta penerangan daripada menteri berhubung PPN, program vaksinasi, pelaksanaan darurat dan pakej bantuan ekonomi.

Laporan tersebut membayangkan pembentangkan proklamasi dan ordinan-ordinan darurat dalam bentuk perbahasan seperti biasa, pada hal hanya sekadar dilbentang yang bermaksud diletak atas meja sahaja.

Manakala  Berita Harian, 26 Julai 2021 (7.30 am) dengan tajuk “Sidang khas Dewan Rakyat: Muhyiddin bentang PPN hari ini” telah  membuat huraian dalam bentuk  grafik.. Dalam grafik tersebut menyenaraikan urusan mesyuarat dengan mendahulukan urusan membentangkan proklamasi dan ordinan-ordinan darurat dan diikuti dengan penerangan Menteri-menteri.  Penjelasan grafik tersebut ternyata tidak menjelaskan apakah sebenarnya  akan berlaku dalam persidangan Dewan Rakyat di Mesyuarat Khas dari 26 Julai hingga 2 Ogos 2021.

Suatu catatan pencerahan jua.

Jenderam Hilir.

24 Julai 2021


 

No comments:

Post a Comment

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...