Wednesday, 14 July 2021

USUL PERSENDIRIAN DIKEMUKAKAN SEBELUM PEMBERITAHU MESYUARAT KHAS DIKELUARKAN – SUATU KEJANGGALAN!

 Selepas kenyataan media Pejabat Perdana Menteri pada 5 Julai 2021  bahawa Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan bersidang pada 26 Julai  hingga 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat setelah di perkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, maka  beberapa usul telah dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat/Setiausaha Dewan Rakyat, iaitu:-

 

·        Ahli Parlimen Langkawi melalui suratnya bertarikh 7 Julai 2021 memohon persidangan segera bagi membincangkan masalah COVID-19 dan segera bersidang pada 9 Julai 2021 menurut Peraturan Mesyuarat (PM) 18 dan dibaca bersama PM 14.

 

·        Ahli Parlimen Kubang Pasu melalui pemberitahu usul bertarikh 7 Julai 2021 mengusulkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara menurut PM 18(1).

 

·         Ahli Parlimen Port Dicksan mengemukakan usul pada 12 Julai 2021 mengikut  PM 26(1) dan 27(1) pada 12 Julai 2021 bagi mengungkai Proklamasi dan Ordinan Darurat,

 

·         Ahli Parlimen Bagan Datuk  mengemukakan usul pada 12 Julai 2021 menurut PM 26(1) dan 27(3)  untuk membuat ketetapan  bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.

 

·         Ahli Parlimen Bagan Datuk juga mengemukakan usul pada 12 Julai 2021 menurut PM 26(1) dan 27(3) untuk mengungkai Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

 

Suatu yang menarik perhatian dan mungkin juga kali pertama dalam sejarah persidangan Parlimen, usul-usul dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen sebelum notis/pemberitahu Mesyuarat Parlimen dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat.  Usul- usul tersebut.  Secara mudah, sudah tentu usul-usul tersebut tidak teratur dan bersifat pramatang kerana pemberitahu Mesyuarat Khas belum dikeluarkan dan dihantar kepada Ahli-ahli Parlimen.  Tambahan pula, ciri Mesyuarat Khas atau mesyuarat dalam tangguhan ini adalah urusannya secara khusus yang telah ditentukan oleh Ketua Majlis mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3)  bagi Dewan Rakyat atau 10(3) bagi Dewan Negara,  Dalam hal ini,  Yang DiPertua Dewan Negara,dilaporkan berkata “ Usul undi tidak percaya difahamkan tidak dibenarkan sepanjang sidang Dewan Rakyat berlangsung lima hari bermula 26 Julai ini berikutan ia memberi keutamaan untuk membincangkan hal-hal rakyat yang berdepan pandemik Covid-19.  Beliau difahamkan usul undi tidak percaya tidak ada dalam lunas peraturan …” (Utusan Malaysia.com. 15 Julai 2021)


Suatu  catatan jua, 

Jenderam Hulu,

15 Julai 2021

No comments:

Post a Comment

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...