Keputusan PRU 15 ini telah menafikan banyak kajian sebelum PRU 15 seperti catatan sebelum ini, namun ia menepati beberapa penganialisis politik yang meramalkan Parlimen akan tergantung akibat tiada mana-mana gabungan parti politik dapat membentuk kerajaan. Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara ini.
Disini, dirumuskan beberapa naratif sebelum PRU 15 didapati tepat, iaitu:-
§ Undi 18 dan pengundi kali pertama berjumlah hampir 7 juta orang sebagai penentu keputusan PRU.
Maka
terbentuklah kerajaan perpaduan, setelah dittitahkan oleh Yang di-Pertuan
Agong apabila BN menyokong PH untuk membentuk kerajaan bersama GPS
dan WARISAN dan juga Ahli Bebas, setelah PN (diterajui oleh BERSATU dan PAS) menolak untuk
berkejasama dengan PH.
Pengerusi
PN yang juga Pengerusi BERSATU dan
Presiden PAS menegaskan untuk kekal sebagai pembangkang yang konstruktif. Berikutan itu, timbul persoalan bahawa
kerajaan ini tidak lagi sesuai untuk dipanggil sebagai kerajaan perpaduan.
Ini kerana konsep kerajaan perpaduan
itu merujuk kepada kerajaan yang disertai semua parti-parti politik dan tiada
pembangkang. Oleh itu, kerajaan ini
lebih sesuai dipanggil sebagai kerajaan
campuran atau gabungan. Tambahan
pula, nama kerajaan campuran atau gabungan lebih tepat setelah parti GRS
menyokong kerajaan tersebut, dan telah
mencapai sokongan sebanyak 148 kerusi
serta mencapai dua pertiga menyokong
Perdana Menteri 10.
Suatu catatan jua,
Jenderam Hulu,
7.12.2022
No comments:
Post a Comment