Lazimnya perubahan Kerajaan akan memberi impak kepada perubahan
dasar-dasar negara dan pentadbiran.
Dalam hal ini, perubahan Kerajaan dari BN kepada PH dan seterusmya PN
telah dapat dilihat dalam perubahan urusuan yang dibawa dan
diluluskan oleh Mesyuarat Parlimen.
Disini penulis rakamkan perubahan-perubahan tersebut .
Perubahan
Dasar dan Pemansuhan serta Pindaan Undang-Undang
1. Akta Cukai Barang
dan Perkhidmatan (GST) Dimansuhkan dan Diganti Dengan Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
Rang Undang-Undang GST telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 7 April 2014 (Setuju:119, Tidak Setuju:81) dan
Dewan Negara pada 5 Mei 2014 (undian suara) semasa pentadbiran BN. Setelah 3 tahun pelaksanaannya, akta ini telah menerima pelbagai reaksi malah kecaman
dari pelbagai pihak serta menjadi salah satu faktor kekalahan BN dalam PRU
14. Pemansuhan GST pula adalah salah satu manifesto PH. Akhirnya Akta ini dimansuhkan melalui Akta
Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan)
2018 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 8 Ogos 2018 (undian suara) dan Dewan Negara (undian suara) pada 20 Ogos
2018 Terlebih dahulu, Rang Undang-Undang Jualan 2018 dan Rang
Undang-Undang Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 8 Ogos 2018 (undian suara)dan Dewan Negara pada 20 Ogos
2018 untuk melaksanakan Cukai Jualan dan
Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
2. Pemansuhan
Akta Antiberita Tidak Benar 2018
Akta Antiberita Tidak Benar 2018 telah digubal disaat
akhir pentadbiran BN dan seterusnya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 2 April 2018 secara undi belah bahagian ( setuju:123
dan tidak setuju: 64) dan Dewan Negara pada 3 April 2018 dengan undian suara
serta dikuatkuasakan pada 11 April 2018. Akta ini telah menjadi salah satu janji manifesto PH untuk memansuhkannya ( Janji 27 - Manifesto Pakatan Harapan). Setelah PH mengambil alih Kerajaan, Akta ini
dimansuhkan melalui RUU Anti Berita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 yang telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat 16 Ogos 2018 (undian suara). Namun Dewan
Negara pada 12 September 2018 tidak
mempersetujukan pemansuhan akta ini secara undi belah bahagian (setuju:21 dan tidak setuju: 28 dan tidak mengundi: 3).
Walau
bagaimanapun, selepas setahun kemudian, RUU Anti Berita Tidak Benar
(Pemansuhan) 2019 telah dibentangkan semula di Dewan Rakyat dan dipersetujukan
secara undian belah bahagian pada 9
Oktober 2019 [ bacaan kedua – setuju:93, tidak setuju:53; dan bacaan ketiga –
setuju: 92, tidak setuju:51]. Seterusnya dipersetjukan oleh Dewan Negara dengan
undian suara pada 19 Disember 2019. Ini adalah kali pertama dalam sejarah bahawa
RUU yang tidak diluluskan oleh Dewan Negara dibawa semula selepas setahun
kemudian sebagaimana ketetapan Fasal 2, Perkara 68,
Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan)
2018 boleh dibentangkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara
selepas 16 Ogos 2019 iaitu setahun daripada tarikh Rang Undang-undang 2018 yang
diluluskan oleh Dewan Rakyat.
3. DR. 7/2019 - Rang
Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 – Peroleh 138 Undi (Kurang 2/3
majoriti) dan Tidak Dipersetujukan
Bagi memenuhi janji Manifesto PH
untuk mengiktiraf Perjanjian Persekutuan 1963 (MA63), Kerajaan telah
membentangkan RUU ini bagi meminda Fasai 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang
bertujuan menyatakan Persekutuan adalah terdiri dari Negeri-negeri Tanah Melayu
dan Negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak Walaupun meyedari Kerajaan
hanya mempunyai majoriti kurang 2/3, tetapi mencuba untuk meminda Perlembagaan dengan harapan mendapat
sokongan penuh dari Ahli-ahli Parlimen, namun ahli-ahli Parlimen Sabah dan
Sarawak yang bukan penyokong PH telah membantah/tidak menyokon pindaan
ini. Akhirnya RUU ini tidak
dipersetujukan oleh Dewan Rakayat pada .April 2019 apabila bacaan kedua mendapat undi bersetuju
(136) kurang dari majoriti 2/3 , maka ia
tidak memenuhi ketetapan Perkara .159
Perlembagaan Persekutuan,
4. RUU Suruhanjaya Bebas
Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 Yang Dikemukakan oleh PH Ditarik Balik
dan Diganti Dengan RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 oleh PN.
Isu tatakelakuan dan salah
guna kuasa pihak Polis seringkali dibangkitkan oleh pihak PH dan juga PR semasa
pembangkang. Setelah PH menerajui
Kerajaan, perkara ini telah menjadi dan digubal RUU IPCMC 2019. Bacaan kali yang pertama RUU IPCMC ini di Dewan
Rakyat pada 18 Julai 2019. Bacaan kali
yang kedua
pada 7 Oktober 2019
oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM),
Datuk Liew Vui Keong. Pihak pembangkang khususnya
BN telah membantah dan meminta supaya RUU IPCMC ini tidak dibahaskan kerana ia
akan dibawa untuk diperincikan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas terlebih dahulu. Akhirnya
pihak Kerajaan bersetuju mengemukakan usul untuk merujuk RUU ini kepada
Jawatankuasa Pilihan Khas. Maka RUU IPCMC di rujuk kepada Jawatankuasa Pilihan
Khas Menimbang RUU. Jawatankuasa telah
menyediakan Penyata Laporan “DR 10 - Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas
Menimbang Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 dan di jadualkan dibentangkan kepada Dewan
pada 27 November 2019 di Mesyuarat
yang sama. Walau
bagaimanapun, pada 3 Disember 2020,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong meminta bacaan
kali kedua dan ketiga RUU IPCMC) 2019 ditangguhkan kepada persidangan di
Mesyuarat akan datang.
Apabila berlaku perubahan
Kerajaan yang diterajui oleh PN, RUU ini
ditarik balik pada pada 26 Ogos 2020 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri di
Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14. Seterusnya, Kementerian Dalam
Negeri mengemukakan RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (IPCC) untuk
bacaan kali pertama. RUU baharu
menggantikan RUU IPCMC. Walau bagaimnapun, terdapat penyokong Kerajaan tidak berpuashati dengan
RUU ini dan kesannya bacaan kali kedua telah ditangguhkan kepada Mesyuarat
Ketiga, namun setelah tamat persidangan Mesyuarat Ketiga, RUU ini sekali lagi
dibawa ke Mesyuarat akan datang. Apakah
mungkin RUU IPCC ini juga tidak akan diteruskan.
5. Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan)(No.2)
2019 – Menghadkan Tempoh Perdana Menteri
Tidak Melebihi Dua Penggal, Ditarik Balik.
Semasa PRU 14,
salah satu Manifesto PH ialah untuk menghadkan tempoh perkhidmatan Perana
Menteri selama dua penggal sahaja. Perdana Menteri Ke-8 bersetuju dangan
cadangan ini. Maka RUU Perlembagaan
(Pindaan)(No.2) 2019 dibentangkan
bacaan pertama semasa era PH pada 3 Disember 2019. Walaupun begitu, berikutan perubahan
Kerajaan, pihak PN tidak meneruskan dasar ini.
Seterusnya RUU ini ditarik balik pada 26 Ogos 2020.
Perubahan
dan Reformasi Parlimen
6. Reformasi Parlimen – Penubuhan
Jawatankuasa Pilihan Khas semasa PH Diganti dengan Jawatankuasa Pilihan Khas
Yang Baharu oleh PN
Semasa era PH telah dibentuk 10 Jawatankuasa Pilihan Khas yang diumumkan
oleh Yang di-Pertua Dewan pada 4 Disember 2018mengikut Peraturan Mesyuarat 76(2) di bawah
Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan pada 17 Oktober 2019yang meluluskan Usul Penyata Jawatankuasa Dewan mengikut
Peraturan Mesyuarat 85(5) . Namun, setelah PN
mengamil alih Kerajaan, pada 11 November 2020, telah mengemukakan usul di bawah
Peraturan Mesyuarat 86(5) bagi membentangkan Penyata Jawatankuasa Dewan (Kertas
DR3/2020) yang mengkaji semula Jawatankuasa tersebut, dimana 10 Jawatankuasa
Pilihan Khas sedia ada tidak akan diteruskan dan diganti dengan 9 Jawatankuasa
Pilihan Khas yang baharu. Secara amnya
ada persamaan tetapi beberapa jawatankuasa digugurkan sepenuhnya iaitu Jawatankuasa
Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam dan
Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang..
Semasa era BN,
penubuhan sesuatu Jawatankuasa Pilihan Khas dibuat berdasarkan urusan atau
sesuatu perkara tertentu. Misalnya
Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai sesuatu RUU apabila RUU itu diputuskan untuk
dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas, tetapi pada masa sera PH, RUU sedemikian akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas
Menimbang Rang Undang-Undang seperti RUU IPCMC 2019. Pada masa sekarang, era PN,
RUU sedemikian akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas sesuatu RUU secara
khusus.
7. Laporan
Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM 2018 Dibahaskan
Laporan Tahunan dan Penyata badan-badan
berkanun atau suruhajaya yang ditubuhkan oleh Kerajaan dikehendaki
membentangkannya di Mesyuarat Parlimen sebagai Kertas Statut. Maksud “bentang” ialah diletakkan diatas meja
Ahli-ahli dewan semasa persidangan. Ia
tidak perlu dibahaskan serta diputuskan.
Oleh kerana isu-isu hak asasi manusia menjadi
tumpuan utama PH, maka PH telah membahaskan Laporan Tahunan Dan Penyata
Kewangan SUHAKAM 2018 melalui usul Kerajaan mengikut Peraturan Mesyuarat
27(3). Ini adalah kali pertama dalam
sejarah persidangan Parlimen Laporan Tahunan badan0badab berkanun dibahaskan,
malah Laporan Ketua Audit Negara pun tidak pernah dibahaskan secara langsung
melalui usul Kerajaan. Lazimnya, isi
kandungan laporan berkenaan dirujuk atau dipetik oleh Ahli-ahli Parlimen dalam
mana-mana perbahasan yang bersesuaian seperti perbahasan Titah Diraja mahupun
Belanjawan.
8. 25 Usul Tidak Percaya Kepada Perdana
Menteri ke-8, YAB Tan Sri Mahyuddin Yassin di Mesyuarat Ketiga, Pengal Ketiga Parlimen Ke-14
Usul undi tidak percaya kepada
Perdana Menteri bukanlah suatu yang asing dalam sejarah persidangan Parlimen di
begara ini. Pada era BN, Perdana
Menteri Ke-6 pernah menerima usul undi tidak percaya pada Oktober 2015 di Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlima Ke-13. Sebelum itu, adalah dalam bentuk usul sokongan
kepada Perdana Menteri seperti Perdana Menteri Ke-3, dan Ke-4.
Pada era PN, sebanyak 25 usul undi tidak percaya dan 2 undi percaya
kepada Perdana Menteri ke-8 pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen
Ke-14. Namun kesemua usul undi tidak
percaya tersebut sama ada era BN mahupun PN adalah bersifat usul persendirian
kerana dikemukakankan oleh pihak pembangkang. Oleh kerana Peraturan
Mesyuarat mengutamakan urusan-urusan
Kerajaan, maka usul sedemkian hanya tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat
sahaja.
Perubahan Perjalanan
Persidangan
9. Urusan Persidangan Mesyuarat Pertama,
Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 Hanya
Setakat Urusan Titah Diraja Sahaja
Pertama kali dalam sejarah, persidangan pertama
bagi sesuatu Penggal Parlimen hanya sehari sahaja pada 18 Mei 2020 iaitu
Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14, khusus untuk Titah Diraja dan
perbahasannya pada Mesyuarat Kedua berikutnya. Ini disebabkan ketika itu negara
dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana membendung pandemic
COVID-19. Ini adalah persidangan pertama
pada era PN.
10. Belanjawan 2021 – 11 Kali Undian
Belah Bahagian
Belanjawan 2021 mencipta sejarah.
Walaupun undian belah bahagian tidak asing dalam meluluskan Belajawan
sejak-sejak akhir-akhir ini. Seingat
penulis, ia bermula dengan Belanjawan 2010 yang diluluskan dengan lebihan 3
undi, dan selepas itu, setiap kali
Belanjawan dibentangkan akan sentiasa diluluskan melalui undi belah bahagian.
Namun perjalanan Belanjawan 2021 amat
perit apabila melalui 10 kali undian
belah bahagian pada peringkat jawatan kuasa
dan 1 kali undian belah bahagian pada bacaa ketiga, dimana setuju: 111, tidak setuju:108 ,tidak hadir:1
Suasana ini bermula apabila pihak
Kerajaan era BN tidak lagi menguasai majoriti 2/3 pada selepas PRU 12 pada
tahun 2008, dan seterusnya majoriti selesa selepas PRU 13. Apatah lagi apabila PH mengambil alih
Kerajaan dengan majorit mudah pada PRU 14 dan seterusnya majoriti tipis pada
era PN yang terbentuk selepas 22 bulan PRU 14 apabila PH kehilangan majoriti.
Perubahan
Takrifan Peraturan dan Petua Yang di-Pertua
11. Berubah
Kerajaan, Bertukar Yang di-Pertua dan
Pemilihan Dipertikaikan
Semasa era BN, pemilihan Tun
Mohamed Zahir bin Ismail sebagai Yang
di-Pertua selepas PRU 10 telah dipertikaikan oleh pihak pembangkang (Barisan Alternatif
–BA) dengan alasan notis tidak mencukupi 14 hari. Ini disebabkan perbezaan takrif 14 hari itu
sama ada termasuk hari persidangan pertama atau sebaliknya. Begitu juga semasa era PH, pemilihan Tan Sri
Ariff Yusof selepas PRU 14 juga dipertikaikan oleh pihak pembangkang (BN dan
PAS) atas alasan yang sama iaitu notis tidak cukup 14 hari, malah tarikh
surat/notis didakwa dibelakangkan. Kedua-dua peristiwa itu berlaku semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Ke-4
dan Ke-7.
Semasa era PN pula, pemilihan Datuk Azhar Harun sebagai Yang di-Pertua
adalah bagi menggantikan Tan Sri Ariff Yusof yang dikosongkan jawatannya
melalui usul kerajaan bagi mengosongkan jawatan yang di-Pertua. Usul ini dipertikaikan oleh pihak pembangkang
(PH) yang tidak berpuas hati kerana Tan
Sri Ariff Yusof tidak melakukan apa-apa kesalahan. Seterusnya, juga tidak berpuashati kerana tidak berpeluang mengemukakan calon pihak
pembangkang kerana usul memilih Yang di-Pertua baharu dibuat selepas
pengosongan jawatan tersebut. Manakala
pihak Kerajaan mengemukan usul Yang di-Pertua yang baharu serentak dengan usul
pengosongan jawatan.
Demikianlah kelazimannya, apabila berubah Kerajaan, maka berubahlah juga
Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Malah bagi
era PN, Setiausaha Dewan Rakyat juga
turut berubah apabila SUDR sedia ada (sebenarnya baru/belum sempat mengendalikan
persidangan) telah ditukar dan diganti dengan SUDR baharu yang kebetulannya pegawai junior.
12. Petua
Baharu Yang di-Pertua – Dewan Rakyat Ditempohkan 10 Minit Untuk Undi Belah
Bahagian
Amalan selama ini, undian belah
bahagian dijalankan sebaik sahaja terdapat permintaan oleh 15 Ahli dan setelah tamat lonceng 2 minit dan ada kalanya lonceng
dibunyikan dua kali, selepas itu undian
akan dijalankan. Walau bagaimanapun,
pada 11 Ogos 2020, di Mesyuarat Kedua, Parlimen Ke-14 (PKPB sedang berkuat
kuasa), Yang di-Pertua telah memutuskan Dewan akan ditangguhkan 10 minit
selepas lonceng pertama 2 minit dan lonceng kedua selama 2 minit akan
dibunyikan dan selepas itu undian akan dijalankan. Keputusan ini dibuat oleh Yang di-Pertua
menggunakan Peraturan Mesyuarat 99 - Petua Yang d-Pertua bagi membolehkan semua
Ahli Parlmen berkesempatan masuk ke dalam Dewan, memandangkan memerlukan masa
ketika menggunakan lif disebabkan bilangan yang dihadkan bagi keperluan
penjarakan fizikal semasa di dalam lif.
Tambahan pula kedudukan blok Ahli
Parlimen agak jauh dari Dewan.
13. Petua
Yang di-Pertua – Perbahasan Serentak Bagi Usul Mengurangkan Peruntukan Yang
Sama
Semasa perbahasan
Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa, terdapat beberapa ususl yang sama
untuk mengurangkan peruntukkan KPKT dan KKMM.
Yang di-Pertua telah memberi petua
atau pendekatan beberapa usul yang sama itu dibahaskan serentak dengan meminta semua yang mengemukakan usul berucap/berbahas. Ini kerana Peraturan Mesyuarat tidak
menyatakan peraturannya apabila keadaan sedemikian berlaku.
14. Pertikaian Takrifan Pembawa Usul Pemilihan
Yang di-Pertua Dewan Negara
Semasa pemilihan Yang di-Pertua Dewan Negara, pada 2 September 2020,
di Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14, usul mengenainya dipertikaikan.
Pertikaian ini berpunca dari perbezaan pandangan dalam mentakrifkan
Peraturan Mesyuarat 2, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara yang
menyebut Ahli Dewan Negara yang mencadangkan nama Yang di-Pertua, sedangkan
usul tersebut dikemukakan atas nama Perdana Menteri. Ahli-ahli Dewan khususnya pihak PH menyatakan
bahawa Perdana Menteri bukan Ahli Dewan Negara.
Walau bagaimanapun amalan selama ini, usul tersebut atas nama
Perdana Menteri. Sebenarnya ianya
teratur sebagaimana Peraturan Mesyuarat 91, Peraturan-peraturan
Majlis mesyuarat Dewan Negara yang memberi kuasa kepada Menteri iaitu “bila-bila seorang Menteri yang bukan Ahli
Dewan Negara mengambil bahagian dalam perjalanan mesyuarat Majlis, maka Menteri
itu adalah terserah kepadanya semua
kuasa-kuasa dan kebebasan-kebebasan yang diberi kepada Ahli-ahli Majlis
oleh Peraturan-peraturan ini. Oleh
demikian, tidak timbul isu Perdana Menteri atau Menteri yang bukan Ahli Dewan
Negara (Senator) tidak boleh mengemukakan usul pelantikan Yang di-Pertua.
Suatu catatan jua, menjelang PRU 15.