Tuesday, 30 March 2021

PELAKSANAAN UNDI 18 TAHUN DITANGGUH - DIMANA SILAPNYA?

 

Dalam tempoh pelaksanaan Darurat 2021 dari bulan Januari hingga 1 Ogos 2021, isu pelaksanaan Undi 18  tahun telah menjadi polimik perbincangan oleh pelbagai pihak sejak bulan Februari 2021.    Bagi menjelaskan keresahan dan ketidak ketentuan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pelaksanaan undi 18 tahun dijangka selepas 1 September 2022. Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam siding media pada 25 Mac 2021  menyatakan disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 telah menjejaskan persiapan Undi 18 dan pendaftaran automatik.  Beliau berkata “Justeru, pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 dijangka boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 apabila menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang menjejaskan perancangan serta persiapan awal SPR”. “SPR komited dengan pelaksanaan kedua-dua perkara itu seperti diluluskan di Parlimen untuk direalisasikan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), menjelang 2023 berpandukan Perkara 55 (3) Perlembagaan.” [Sinar Harian, 26 Mac 2021)

Pelbagai pihak telah membantah keputusan tersebut.  Dilapurkan  lapan  Ahli Parlimen pembangkang telah membuat kenyataan bersama itu ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Bukit Mertajam, Shah Alam, Muar, Sepanggar, Jerlun, Tuaran dan Selangau. Dalam satu kenyataan bersama pada 25 Mac 2021, mereka menyifatkan kenyataan terbaharu daripada SPR itu adalah satu penghinaan besar terhadap Dewan Rakyat dan Dewan Negara.  Jelas mereka, Perdana Menteri dan jemaah menterinya perlu bertanggungjawab atas kegagalan untuk melaksanakan Undi 18 pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini. [Sinar Harian, 26 Mac 2021]. Malah UMNO yang merupakan sekutu PN juga menggesa Undi 18 disegerakan sebagaimana kenyataan Ketua Penerangannya, bahkan pimpinan muda UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 27 dan 28 Mac 2021 juga turut mendesak perkara sama.    

Selain itu, pada 27 Mac (Sabtu), satu himpunan aman untuk tuntutan Undi18 tahun di sekitar bangunan Parlimen yang dihadiri sekitar 200 individu, terdiri daripada mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).  Perhimpunan tersebut adalah respons awal anak muda kepada keputusan kerajaan Persekutuan yang tidak serius untuk melaksanakan Undi18.  Mereka membawa tema “Mana Undi Kami!” (Sinar Harian, 27 Mac 2021).  

Disini, penulis ingin nyatakan bahawa keputusan pihak pelaksana, dalam hal ini adalah SPR akan memberi kesan langsung kepada pihak Kerajaan iaitu Perikatan Nasional(PN)   Walau pun keputusan itu adalah keputusan SPR sendiri, apatah lagi jika ada pengaruh Kerajaan.  Semasa perbahasan RUU Perlembagaan Persekutuuan (Pindaan) 2019 pada 16 Julai 2019 untuk menurunkan umur mengundi itu dan calon pilihan raya serta pendaftran automatik, ramai Ahli-ahli Parlimen yang membangkitkan isu makenisma, keupayaan dan kesediaan agensi pelaksanaan serta penyelarasan antara SPR dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)..

Misalnya Ahli Parlimen Kota Bharu membangkitkan isu penyelarasan dan masalah pendaftaran termasuk pengesanan alamat yang tidak jelas, malah mencadangakan  pelaksanaan perlu ditangguh bagi menyelasaikan masalah-masalah tersebut.  Ahli Parlimen Petrajaya menyarankan agar isu data/maklumat dan sistem perlu disynchronize terlebih dahulu antara JPN dan SPR. Juga sistem data di Jabatan Penjara dan PDRM diselarikan dengan sistem maklumat SPR. Ahli Parlimen Ayer Hitam membangkitkan isu alamat yang berbeza antara di Kad Pengenalan dengan tempat tinggal dan mencadangkan audit menyeluruh dilaksanakan dahulu terhadap daftar pemlih oleh SPR.  Ahli Parlimen Baram mencadangkan sistem yang lebih efektif dan memudahkan.   Ahli Parlimen Padang Terap menyarankan jentera SPR yang lebih cekap. Ahli Parlimen Petaling jaya sarankan supaya database di JPN dan SPR diselaraskan.   Begitu juga beberapa Ahli Parlimen bangkitkan sistem yang telus, peruntukan yang mencukupi  dan juga manfaat pendaftaran automatik kepada pengundi pendalaman khususnya Sabah dan Sarawak.

Sebagai rekod,  semasa pentadbiran PH, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong semasa menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Dungun di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2019 .memaklumkan bahawa  penguatkuasaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya pada Julai 2021.  Selepas dikuatkuasakan pada tarikh ditetapkan kelak, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajib memastikan setiap warganegara yang mencapai usia 18 tahun dan tidak hilang kelayakan didaftarkan sebagai pemilih dan layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).  Begitu juga semasa pentadbiran PN, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika menggulung Perbahasan Titah Diraja pada 10 Ogos 2020 di Dewan Rakyat telah menjawab isu 18 tahun dan pendaftaran automatik yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pontian, Muar dan Pasir Gudang dengan menjelaskan “bahawa perkara ini telah diambil tindakan segera ke arah target ataupun sasaran untuk melaksanakan kedua-dua perkara ini selewatlewatnya pada Julai 2021 iaitu dua tahun selepas pindaan Perkara 119(4) ini diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Atas dasar itu, SPR sedang mengusahakan perkara ini supaya dapat dilaksanakan dengan sebaiknya”.    Dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan-pertanyaan lisan oleh Ahli Parlimen Kangar, Sungai Siput, Sandakan, Sungai Petani, Pontian, Bukit Bendera, dan Sungai Buloh, menjelaskan bahawa “ SPR menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil tindakan  akan dapat disiapkan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dari tarikh kelulusan pindaan oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019 yang lalu. Tarikh pelaksanaan tersebut dijangka  selewat-lewatnya adalah pada bulan Julai 2021”.

Suatu catan jua.

No comments:

Post a comment