Tuesday, 15 December 2020

KLIMAKS BAJET 2021: GEGAK GEMPITA, AKHIRNYA LULUS: 111 VS 108

 

Astro Awani pada 13 Disember 2020(Ahad)  melaporkanYB Port Dickson  dari PKR Bersama-sama DAP dan Amanah  serta oleh disokong  10 Ahli UMNO termasuk YB Pekan dan YB Bagan Datuk  dan seterusnya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun, kemudiannya dinafikan oleh pejabat YB Port Dickson.  Sekoyong-koyong pada 14 Disember 2020 (Isnin), YB Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) bersama dengan YB Gua Musang (Tengku Razali Hamzah) dalam sidang medianya menyatakan Kerajaan PN akan tumbang pada esok hari (15 Disember 2020) yang akan gagal dalam bacaan kali yang ketiga bagi Bajet 2021.   Malah beliau tidak menolak kemungkian untuk dilantik  Perdana Menteri sekali lagi sekiranya mendapat sokongan.  Sementara YB Gua Musang mengulangi pendiriannya tidak akan mengundi Bajet 2021, malah bersedia diambil tindakan disiplin oleh UMNO setelah   Bersama dengan YB Langkawi. Seterusnya Malaysiakini (14 Disember 2020) melaporkan “tidak lama selepas sidang media itu berakhi,r Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan mengajak semua ahli parlimen menolak Belanjawan 2021 yang dibaca untuk kali ketiga esok.”

 

Pada  hari ini, 15 Disember 2020 (Selasa ) adalah  hari ke-10 bagi perbahasan Bajet 2021 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  dan    Kementerian  Pengajian Tinggi (KPT).  Perbahasan  bagi KPM  adalah  “biasa-sahaja” namun menarik apabila YB Simpang Renggam, YB Langkawi juga YB Semporna turut mengambil bahagian.  Kira-kira pukul 1.40 tengahari, dipersetujukan dengan undian suara.  Bagi KPT pula, perbahasan juga seperti biasa dan dipersetujukan dengan undian suara pada jam 3.30 ptg..

Semasa hendak diputuskan untuk RUU dibawa ke dalam Majlis, YB Pokok Sena mohon belah bahagian dengan sokongan lebih 15 Ahli.  Dua Ahli iaitu YB Batu dan YB Tapah memakai PPE dan berada ruang galeri Dewan Rakyat.  Keputusannya  -  setuju: 111,  tidak setuju:  108 , tidak hadir :1  Seterusnya   bacaan kali yang ketiga, ketika diputuskan,      Keputusannya – setuju: 111,  tidak setuju:  108 , tidak hadir:  YB Gua Musang kekal  tidak hadir semasa pengundian Bajet dari awal hingga akhir.

 

Gegak gempita, bagaikan nak runtuh, tapi akhirnya Bajet 2021 dipersetujukan dengan kesatuan dan “kekuatan”  walau dalam majoriti yang kecil.  Majoriti tetap majoriti walau lebihan beberapa undi sahaja.

 

Suatu catatan jua.

 

Bangunan Parlimen Kuala Lumpur

15 Disember 2020(Isnin), 5.20 ptg.

Monday, 14 December 2020

BAJET 2021 – HARI KE-9, PERINGKAT JAWATANKUASA, 110 VS 7 – PLOT BERUBAH ?

 

Pada 14 Disember 2020 (Isnin) adalah  hari ke-9 bagi perbahasan Bajet 2021 Peringkat Jawatankuasa bagi  Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Diawal perbahasan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan bahawa diatas meja Ahli Parlimen telah diedarkan perubahan SOP Dewan Rakyat, antaranya Ahli-ahli Parlimen yang dikurantin iaitu Ahli Parlimen Batu, Menteri Sumber Manusia dan Menteri Kesihatan  akan datang ke Parlimen dengan ambulan dan akan ditempatkan/menunggu ditempat yang dikhaskan (Dewan Persidangan).  Sekiranya ada undi belah bahagian , mereka akan  hadir di Dewan dengan memakai PPE dan masuk di bahagian galeri Dewan.  Penghitung undi akan memakai pelindung muka, dan selepas mengundi, mereka terus keluar dari Dewan.   

 

Perbahasan  bagi KWP panas apabila Ahli Parlimen Shah Alam membangkitkan isu pembangunan Kampong Baru dan juga Ahli Parlimen Seputeh membangkitkan isu-isu hak penghuni Wilayah Persekutuan.  Kira-kira pukul 1.00 tengahari, ketika hendak diputuskan, seramai  lebih 15 ahli meminta belah bahagian.   Suasana kecoh apabila Ahli Parlimen Kuala Langat dan Sepanggar membangkitkan kebimbangan atas kehadiran mereka yang dikurantin.  Semasa undian hendak dijalankan, Ahli Parimen Pulai bangun dan menjerit “tak payah undi”, diikuti oleh Ahli Parlimen Kota Raja.  Akhirnya sebahagian besar Ahli-ahli Parlimen Pembangkang keluar Dewan.  Undian tetap dijalankan dan keputusan ialah SETUJU 110, TIDAK SETUJU 7, TIDAK MENGUNDI 31 DAN TIDAK HADIR 72.  Ini  bermakna pihak pembangkang telah memboikot pengundian ini.  Inilah satu plot baharu drama  Bajet 2021.  Mereka menggunakan alasan kehadiran Ahli yang dikurantin, tetapi dirasakan itu sebagai alasan, sebenarnya mereka sedar akan tewas pengundian ini.  Dipihak Kerajaan pula, hampir maksima kecuali Ahli Parlimen Gua Musang dan   seorang lagi penyokong Kerajaan tidak hadir *.

 

Manakala bagi Mindef, perbahasan amat tenang sekali dan akhirnya diputuskan/disetujukan dengan undian suara pada kira-kira jam 2.45 petang. Seterusnya bagi KDN, perbahasan agak hangat tetapi akhirnya dipersetujukan dengan undian suara pada jam 4.40 petang. diluluskan dengan undian suara.


Maka Plot drama Bajet 2021 pada hari  ke-9 peringkat Jawatankuasa telah berubah.  Apakah kemuncaknya esok hari ke-10 dan terakhir bagi peringkat Jawatankuasa dan seterusnya bacaan kali yang ketiga.?

 

Suatu catatan jua.

 

Jenderam Hulu,

14 Disember 2020(Isnin), 6.30 ptg.


Kemaskini*

Ahli Parlimen penyokong Kerajaan yang tidak hadir ialah  YB Padang Besar ( Timbalan Menteri KKMM)

Thursday, 10 December 2020

BAJET 2021 – HARI KE-8, PERINGKAT JAWATANKUASA, “LAWAN TETAP LAWAN” TETAPI LULUS - 107 vs 100 !!!

 

Pada hari ini, hari ke-8 bagi perbahasan Bajet 2021 Peringkat Jawatankuasa UNTUK Kementerian Belia dan Sukan (KBS),  Kementerian Sumber manusia (KSM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).  Perbahasan  bagi KBS dan KSM tenang dan biasa-biasa sahaja. Kepala Peruntukan bagi kedua-dua Kementerian diluluskan dengan undian suara.

 

Namun menjelang pukul 2 petang, perbahasan bagi KKMM adalah panas dengan usul Kerajaan mengikut Peraturan 66(9) sebanyak RM40 juta yang diluluskan dengan undian suara.  Seterusnya 5 usul untuk memotong perbelanjaan JASA yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Tuaran, Batu Gajah, Pertaling Jaya, Jerlun dan Kuantan sebanyak RM85.5 juta, dan keputusannya tidak disetujukan dengan undian suara.

 

Akhirnya setelah perbahasan butiran peruntukan KKMM, undian bnelah bahagian dijaalankan setelah 15 Ahli banguan memintanya. Keputusan undi belah bahagian ialah setuju -107, tidak setuju – 100 dan tidak hadir – 13.  Diperhatikan sebahagian  Ahli Parlimen dari Warisan tidak hadir. 

 

Persidangan hari ini sehingga ke pukul 5.20 petang tanpa berhenti rehat tengahari.  Justru ada yang beranggapan  persidangan boleh hingga ke petang walaupun masih dalam PKP – COVID…..begitulah..

 

Suatu catatan jua.

 

Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

10 Disember 2020(Khamis), 5.25 ptg.

Wednesday, 9 December 2020

BAJET 2021- PERINGKAT JAWATANKUASA, HARI KE-7: LULUS 106 VS 96

Hari ini, 9   Disember 2020,  adalah hari ke- 7 bagi perbahasan Bajet 2021 Peringkat Jawatankuasa iaitu Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).    Perbahasan  bagi Kementerian Kesihatan agak panas apabila beberapa Ahli Parlimen , sama ada pihak pembangkang mahupun Kerajaan kurang puas hati dengan jawapan Timbalan Menetri Kesihatan (YB Bagan Serai) yang tidak menjawab secara langsung berkenaan isu peruntukan kementeriannya yang di dakwa oleh pihak pembangkang dikurangkan.  Waalau  pun, begitu bajet bagi Kementerian Kesihatan diluluskan dengan undian suara.

Bagi KPKT pula,  terdapat 4 usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) bagi mengurangkan peruntukan Pegawai Penggerak Komuniti iaitu oleh YB Tuaran, Petaling, Tanjong Karang dan Tanjong Malim..  Walau bagaimana pun Yang di-Pertua telah berbincang dengan semua Ahli berkenaan untuk menerima satu usul sahaja kerana kesemua usul adalah sama, iaitu usul oleh Tanjong Malim. Usul ini tidak dipersetujukan  dengan undian suara.   Seterusnya setelah perbahasan yang agak panas, khususnya semasa penggulungan oleh Menteri, Bajet KPKT diputuskan melalui undian belah bahagian.  Keputusannya ialah setuju -106, tidak setuju – 96 dan tidak hadir – 18.  

Nampaknya keadaan kembali kepada asal apabila didapati dipihak penentang khususnya Ahli-ahli  Parlimen dari Warisan tidak hadir.  Penulis rasakan, undian belah bahagian kurang menyengat...sekadar menunjukkan penentangan kepada peribadi Menteri berkenaan sahaja.

Suatu catatan jua.

7 Disember 2020, .

Monday, 7 December 2020

BAJET 2021 – HARI KE-6, PERINGKAT JAWATANKUASA - UNDI BELAH BAHAGIAN: 109 VS 96

 

Pada hari ini, 8   Disember 2020,  adalah hari ke- 6 bagi perbahasan Bajet 2021 Peringkat Jawatankuasa iaitu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTYAC), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).    Perbahasan  bagi MOTAC  tenang dan biasa-biasa sahaja, namun  tiba-tiba YB Sungai Petani bangun minta belah bahagian dengan sokongan lebih 15 Ahli.   Keputusan undi belah bahagian ialah setuju -109, tidak setuju – 96 dan tidak hadir – 15.  Nampaknya keadaan kembali kepada asal apabila didapati  Ahli Parlimen dari Warisan tidak hadir.  Dipihak Kerajaan pula hampir maksima. (kemaskini 1.15 tgh)

Apakah akan berlarutan ke kementerian berikutnya…

Pada jam 2,45 ptg pula, bajet peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarak,  walaupun perbahasan agak panas khususnya YB Batu Kawan, tetapi akhirnya diluluskan dengan undian suara.

Seterusnya bagi KASA, di mulakan dengan usul mengurangkan peruntukan RM1.9 juta dari butiran  060300 untuk program "Expo Dubai 2021" oleh YB Petaling Jaya, walau bagaimanapun diputuskan  "tidak setuju" secara undian suara..  Seterusnya selepas perbahasan yang tenang, sekitar 4.00 ptg, bajet bagi KASA diluluskan dengan undian suara.   

7 Disember 2020, .

 

PERCUBAAN MENAIKKAN/MENDAHULUKAN USUL UNDI TAK PERCAYA/UNDI PERCAYA DI DEWAN RAKYAT GAGAL!!!

 

Sebaik sahaja selesai sesi  pertanyaan lisan pada hari ini, 8 Disember 2020 (Selasa), YB  Jelutong bangkit dengan Peraturan Mesyuarat 33 bagi meminta keputusan Yang di-Pertua untuk mendahulukan usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri.  Menurutnya terdapat 16 usul yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen (Untuk rekod, sebenarnya sebanyak 25 usul undi tidak percaya dan 2 undi percaya yang telah diterima dan dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat).  YB Bayan Lepas dan YB Batu Gajah juga turut bangun membangkitkan isu ini dan meminta Yang di-Pertua mencontohi Speaker DUN Perak.

 

Yang di-Pertua dalam penjelasannya menyatakan tiada peraturan atau kehendak Perlembagaan untuk mendahulukan usul tersebut tanpa ada usul dari Menteri (Kerajaan).  Bahkan beliau telah buat kajian dan melihat di negara-negara lain termasuk di Britain, tidak ada usul sedemikan diutamakan tanpa kebenaran pihak Kerajaan.  Beliau  juga tidak mengetahui Peraturan-peraturan di peringkat DUN Perak.


Bangunan Parlimen,

8 Disember 2020, 11.45 pagi

Sunday, 6 December 2020

BAJET 2021 – HARI KE-5, PERINGKAT JAWATANKUASA - UNDI BELAH BAHAGIAN: 109 VS 94

 

Pada hari ini, 7  Disember 2020,  adalah hari ke-5 bagi perbahasan Bajet 2021 Peringkat Jawatankuasa iaitu Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan  dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.   Perbahasan hari ini tenang, walaupun sedikit riak hangat bagi Kementerian Pengangkutan, apabila mantan Menteri Pengangkutan iaitu Ahli Parlimen Seremban turut berbahas.

Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi  diluluskan dengan undian suara.  Tetapi bagi Kmenterian Pengangkutan, diputuskan melalui undi belah bahagian iaitu setuju -109, tidak setuju – 94 dan tidak hadir – 17.  Nampaknya keadaan kembali kepada asal apabila didapati  Ahli Parlimen dari Warisan tidak hadir.  Dipihak Kerajaan pula hampir maksima, dan diperhatikan Ahli Parlimen Gua Musang, Ahli Parlimen Pekan dan Ahli Parlimen Keningau tidak hadir.

Adakah suasana undi belah bahagian tidak lagi mencabar?

 

Bangunan Parlimen

7 Disember 2020, 3.26 ptg

 

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...