Pada 4 Disember 2020 (Jumaat), lebih kurang 10.30 pagi, penulis mengikuti siaran
langsung Astro Awani di Pusat Service Nissan di Nilai. Ketika itu Speaker DUN (Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid) sedang mengarahkan Setiausaha dan berjalan
ditengah-tengah Dewan serta mengira
jumlah Ahli yang menyokong usul Undi Percaya kepada Menteri Besar
dibahaskan (didahulukan). Semua Ahli
yang menyokong berdir berjumlah 49 dan kemudian Ahli yang tidak bersetuju pula diminta berdiri dan jumlahnya 9.
Sebenarnya, Usul Undi
Percaya atau keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Chendering) dikemukakan oleh Datuk Abdul Manaf Hashim
(BN-Pengkalan Bharu). Dilaporkan, sebelum ini, menerusi surat bertarikh
18 November, menyatakan Menteri Besar
yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),
mempunyai keyakinan majoriti ADUN.
Walaupun usul
tersebut yang terakhir di dalam aturan urusan persidangan hari ini, tetapi dua
ADUN, Salbiah Mohamed (BN-Temengor) dan Howard Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji)
membawa usul agar ia disegerakan.
Seterusnya, usul tersebut didahulukan dan terbuka dibahaskan
dan 2 ahli DUN berbahas.
Seterusnya undian belah bahagian secara bersurat/sulit dilaksanakan bagi
memutuskan usul tersebut. Daripada 59
ADUN, 10 menyokong , 48 lagi tidak
menyokong dan satu berkecuali. (Perak mempunyai 59
ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional 25, Bersatu 5, Pas 3, DAP 16, PKR 3,
Amanah 5, Gerakan 1 dan Bebas 1.)
Semasa
YB Pengkalan Bharu berbahas, beliau menyatakan isu “kerajaan pintu
belakang” sering ditimbulkan pembangkang, Tambahnya, sekalipun pelantikan Ahmad
Faizal sebagai Menteri Besar Perak sah dari segi undang-undang tubuh negeri,
beliau berasakan langkah kedua terbaik ialah “kita sahkan kepimpinan (kerajaan) Perak melalui Dewan ini.” "Jika
kita lihat parti besar (UMNO) yang sokong Perikatan Nasional (PN) di Perak
seolah-olah ada masalah dengan menteri besar, maka medan yang paling baik ialah
selesaikan di dalam Dewan ini. "Maka, hari ini kita tentukan secara tuntas
sama ada ADUN Chenderiang ada keyakinan majoriti atau tidak,” (Astro Awani, 4
Disember 2020)
Walaupun usul ini berhasrat untuk
menunjukkan keyakinan / kepercayaan kepada Menteri Besar, tetapi jika tidak
mendapat sokongan majoriti, maka ia akan
berlaku sebaliknya iaitu undi tidak percaya.
Inilah yang berlaku di Perak, walaupun usul ini dikemukakan oleh
penyokomg Kerajaan tetapi ADUN Kerajaan sendiri tidak menyokong, hanya 10 dari
33 dan sudah tentu 24 ADUN Pembangkang
akan menentang usul ini.
Inilah kali pertama dalam
sejarah, usul penyokong Kerajaan tidak
disokong oleh ADUN Kerajaan. Akhirnya
jatuh seorang Menteri Besar yang sememangnya dari asal datangnya dari parti minorit.
dalam majoriti. Pergolakan dalaman ini
akhirnya “menikam sendiri”, tetap ramai yang menyatakan yang jatuh adalah
Menteri Besar dan bukannya Kerajaan Negeri Perak. Kita masih menunggu…siapakah Mnteri Besar
Perak yang baharu.
Akhirnya pada 5 Disember 2020, lebih kurang jam 5.30 ptg, beliau telah mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan berucap panjang mewngenai rancagnanya seolah-olah beliau membentangkan Belanjaawan Negeri. Dalam sidang akhbarnya, beliau memaklumkan telah mempersembahkan perletakkan jawatan kepada Sultan Perak di Istana Kinta sekitar jam 3.00 ptg. Selain beliau, semua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) juga turut meletak jawatan.
APAKAH KEMELUT INI AKAN MENJANGKIT KE
DEWAN RAKYAT, MALAH DAP PERAK TELAH MENGGESA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
MENGIKUT JEJAK LANGKAH INI. !!!
Jenderam Hulu, Sepang