Saturday, 21 November 2020

BAJET 2021 – BAGAIKAN DRAMA, APAKAH AKHIRNYA?

Dua minggu telah berlalu sejak Bajet 2021 dibentangkan oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 6 November 2021 (Jumaat) dan perbahasan peringkat Dasar yang bermula pada 5 November lalu telah selesai pada 19 November 2020.  Bermula Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Port Dickson sebagai pembahas pertama pada 5 November, telah merumuskan bahawa pihaknya akan menyokong Bajet ini jika beberapa cadangan pindaan dipenuhi,  Antaranya JASA (Jabatan Hal  Ehwal Khas) dimansuhkan dan dimasukkan kedalam Dana Covid-19.    Begitu juga peruntukan sebanyak RM 8.5 juta untuk mewujudkan Pegawai  Penggerak Komuniti di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan  Tempatan(KPKT) dimansuhkan. Juga tempoh morotarium pinjaman oleh bank dilanjutkan 6 bulan lagi.

Keesokannya pula, pada 6 November 2020, Ahli Parlimen Pekan  sebagai Pengerusi BNBCC bagi pihak penyokong Kerajaan pula berbahas dan merumuskan sokongan bersyarat dengan tuntutan supaya pengeluaran KWSP  sehingga RM10,000 sekaligus menggantikan cadangan Bajet sebanyak RM6,000 dengan 6 kali pengeluaran, dan melanjutkan tempoh  morotarium pinjaman bank selama 6 bulan lagi.

Ahli Parlimen Pontian yang mencelah dan berbahas  selepas itu menyokong saranan tersebut dan menyarakan Bajet 2021 dengan pindaan-pindaan ang dicadangkan.  Maka terdengarlah ramai Ahli-ahli Parlimen  sama ada di pihak gabungan Kerajaan (PN) dan juga pembangkang (PH) serta Bebas telah menyokong pindaan-pindaan terhadap Bajet ini.   Tidak kurang juga gabungan PH iaitu PAN dan DAP melalui Ahli Parlimen Kota Raja dan Ahli Parlimen Bagan serta yang lain-lain memberikan hujahan bersyarat, malah cenderung untuk menolak Bajet 2021.

Walau pun begitu, tidak  kurang juga  dari pihak penyokong Kerajaan (PNBBC)  yang bersungguh-sungguh menyokong Bajet ini.  Tidak  tekecuali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang popular dengan ungkapan menyanggah Ahli Parlimen Pekan dengan kata-kata “ bagaikai Hikayat Puteri Gunung Ledang, yang meminta bagaikan syarat bagi menolak pinangan Sultan Melaka”.  Begitulah sebahagian petikan penghujahan kedua-dua pihak dan Ahli Parlimen Arau  selaku Pengerusi PNBBC  sebagai pembahas terakhir menegaskan PN menyokong penuh Bajet 2021.  Sebagai rekod, inilah juga kali pertama pihak Kerajaan mempunyai dua kelab penyokon iaitu PNBBC dan BNBBC.

Pengalaman penulis, tidak kurang 25 kali mengikuti  pembentangan Bajet tahunan, (yang dulunya dikenali sebagai Belanjawan),  dimana penulis menguruskan secara langsung penggulungan bajet bagi kementerian/jabatan tertentu,…inilah kali pertama Bajet dibimbangi tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat, bahkah mungkin inilah kali pertama dalam sejarah Parlimen.  Mulai esok, 23  November, pihak Kerajaan memberi jawapan atau mengguung perbahasan Bajet Peringkat Dasar dan diakhiri oleh Kementerian Kewangan (MOF) pada 26 November 2020.  Maka ketika inilah, rumusan akan dibuat sama ada tuntutan-tuntutan dan pindaan yang dicadangkan diterima oleh Kerajaan atau sebaliknya.

Setakat ini, penulis membuat telahan seperti berikut:-

  • Cadangan bersifat dasar seperti pengeluaran KWSP dan melanjutkan tempoh moatarium yang tidak menyentuh secara langsung angka peruntukan dalam Bajet,dipersetujui oleh Kerajaan semasa penggulungan peringkat Dasar oleh MOF.  Malah ianya tiada perlu pindaan dibuat keatas Bajet.
  • Cadangan  pindaan yang menyentuh peruntukan seperti JASA dan Pegawai Penggerak Komuniti pula memerlukan pindaan. Ia perlu dimaklumkan persetujuan Kerajaan semasa menggulung peringkat Dasar, dan perlu pindaan dibuat di peringkat Jawaatankuas bagi setiap Kementerian dengan notis 2 hari. 
  • Disamping itu, Ahli Parlimen juga boleh mencadangkan pindaan di Peringkat Jawatankuasa dengan notis 2 hari.  Apakah ini akan berlaku?

Penulis menelah, MOF akan memaklumkan persetujuan perkara-perkara dasar semasa penggulungannya pada 26 November 2020 nanti. Dan tidak mungkin bersetuju dengan pindaan-pindaan peruntukan.  Ketika hendak dipersetujukan Bajet 2021 di Peringkat Dasar, maka pihak PH akan meminta undi belahbahagian.  Jika ini berlaku, penulis mempercayai selain PN, BN dan beberapa kumpulan  Ahli Parlimen akan menyokong Bajet 2021 serta disetujukan/diluluskan dengan lebihan undi yang kecil hatta 1 undi..

Persoalannya, adakah suatu yang janggal Bajet 2021 di.uluskan dengan 1 undi. Jawabya – TIDAK. Berikut adalah Bajet yang pernah diluluskan dengan lebihan undi yang kecil:

  Era BN : 14 Disember 2009, Bajet 2010 diluluskan dengan lebihan 1 undi di peringkat Jawatankuasa (Kementerian Dalam Negeri) - 64 setuju dan 63 tidak setuju .  Manakala bacaan kali yang ketiga diluluskan dengan lebihan 3 undi – 66 setuju dan 63 tidak setuju. 

  Era BN: 20 Disember 2017 -  Bajet 2018 (Bajet BN  terakhir ) diluluskan dengan lebihan 1 undi diperingkat Jawatankuasa (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan KoperasiI – 52 setuju, 51 tidak setuju dan 2 tidak mengundi (PAS). Malah takdir menyebelahi Kerajaan apabila sepatutnya undi PH adalah 52, tetapi Ahli parlimen Kapar sebagai penghitung  undi tidak mengira dirinya.

 Era PH: 26 November 2019, Bajet 2020 di peringkat Jawatankuasa  bagi Kementerian  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan lebihan 4 undi - 32 setuju dan 28 tidak setuju.  

 

APAKAH BAJET 2021 AKAN DILULUSKAN DENGAN LEBIHAN UNDI YANG KECIL ATAU UNDIAN SUARA DIPERINGKAT DASAR? BELUM PERNAH BERLAKU, PERINGKKAT DASAR BAJET ATAU BACAAN KEFDUA DILULUSKAN DENGAN UNDI BELAHBAHAGIAN. INI KERANA BIASANYA KESEMUA PENYOKONG KERAJAAN AKAN HADIR SEMAKSIMA MUNGKIN BAGI MEMASTIKAN KEMENANGAN, DAN BIASANYA PIHAK PEMBANGKANG TIDAK MEMINTA UNDI BELAHBAHAGIAN. DIMANA UNDIAN INI DIBUAT SETELAH 15 ORANG AHLI ATAU LEBEIH MEMINTANYA. SELAMA INI, UNDI BELAHBAHAGIAN BERLAKU DIPERUNGKAT JAWATANKUASA APABILA KETIDAK HADIRAN AHLI PARLIMEN KERAJAAN.  TETAPI KALI INI, SEMEMANGNYA PIHAK KERAJAAN MEMPUNYAI LEBIHAN MAJORITI YANG TERLALU KECIL ( 2 UNDI SAHAJA), MAKA UNDI BELAHBAHAGIAN AKAN DIMINTA SEAWAL PERINGKAT DASAR DAN SETERUSNYA PERCUBAAN DEMI PERCUBAAN DI PERINGKAT JAWATANKUASA..

KITA TUNGGU…APAKAH PENGAKHIRAN DRAMA BAJET 2021

Jenderam Hulu,  21 November 2020


Thursday, 29 October 2020

DEMOKRASI – BAJET 2021: KEPENTINGAN POLITIK VS RAKYAT?

 

Kegusaran pelbagai pihak terhadap kebarangkalian Bajet 2021 tidak berjaya diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat di Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang akan dibentanggkan pada 6 November 2021.  Dimana peringkat Dasar akan diputuskan pada 23 November dan setiap bajet Kementeri di peringkat Jawatankuasa pada  24 November hingga 10 Disember 2020.  Ini berikutan dakwaan bahawa PN khususnya Perdana Menteri  telah hilang majoriti (sebelum ini 113 vs 109).  Ini kerana  Ahli Parlimen Gua Musang telah mempersoaalkan mengapa usul undi tidak oercaya kepada Perdana  Menteri tidak didahuukan. dan dibahaskan.  Begitu juga berita Presiden UMNO dan Penasihat BN telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong (YDA) untuk menyokong Ahli Parlimen Port Dickson sebagai PM 9, walaupun kemudiannya telah berpatah balik memberi sojkongan kepada PN.  Sinario ini berlaku semasa Ahli Parlimen Port Dickson memperolehi sokongan majoriti lebih 120 orang Ahli Parlimen.  Tambahan pula YDA bertitah supaya Ahli-ahli Parlimen menyokong Bajet 2021 yang akan memberi tumpuan kepada usaha menangani pedemik  COVID-19 dan tiada usaha untuk menggagalkannya.

Disebalik senario tersebut, pada 29  Oktober 2020, Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) hari ini “memutuskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengadakan perbincangan dan rundingan segera dengan pihak pembangkang berkenaan isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini.  Dalam satu kenyataan bersama, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu perlu dilakukan Muhyiddin sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.” .( Sinar, 29 0kot 2020).  Manakala UMNO dalam Mesyuarat MT pula telah memutuskan “UMNO akan memastikan Belanjawan Bajet 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan”. (Malaysikini, 29 Oktober 2020).

Persoalannya disini, adakah Perdana Menteri akan “merendah diri” memanggil Ketua Pembangkang (Ahli Parlimen Port Dickson) untuk merundingi sokongan terhadap Bajet 2021.  Jika ini berlaku, penulis beranggapan rakyat menyenangi tindakan Perdana Menteri yang berjiwa besar.  Tetapi mengapakah tidak diputuskan sebaliknya supaya pihak pembangkang menemui Perdana Menteri untuk menjamin bagi memberi sokomgan kepada Bajet 2021?.  Oleh yang demikian, penulis beranggapan pihak pembangkang sebenarnya ingin menunjukkan “kuasa” dan juga tidak dipersalahkan oleh rakyat jika Bajet 2021 gagal diluluskan.

Maka, kita tunggu dan lihat … apakah sebenarnya permainan (games) yang dilakukan oleh pihak pembangkang dan strategi pihak Kerajaan

 

 

 

Monday, 26 October 2020

POLITIK TERUS BERGOLAK : DEMOKRASI VS COVID-19 - PERLUKAH DARURAT?

 

Catatan  ini digarap setelah Istana Negara membuat kenyataan mengenai titah Yang di-Pertuan Agong  bahawa “ tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan  darurat di negara ini atau  mana-mana bahagian negara Malaysia pada 25 Oktober 2020 (Ahad) lebih kurang jam 6.45 petang.  Kenyataan tersebut  dibuat setelah perjumpaan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Oktober 2020 (Sabtu), jam 2.30 petang bagi membincangkan cadangan yang dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri berserta rombongannya yang menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDA) pada 23 Oktober 2020(Jumaat, jam 4.30 petang di Istana Abdul Aziz, Kuantan Pahang.  YAB Perdana Menteri mempersembahkan keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada hari yang sama di sebelah pagi.  Keputusan tersebut ialah  memohon " pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini."

Disini penulis catatkan urutan peristiwa atau kejadian yang membawa kepada tercetusnya “cadangan darurat” tersebut:-

·     Disebalik Ahli Parlimen Port Dickson (DSAI) menghadap Yang di-Pertuan Agong  pada 13 Oktober 2020 yang mempersembahkan bahawa beliau telah memperolehi sokongan lebih 120 orang Ahli Parlimen, adalah tersebar surat yang ditanda tangani oleh Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Zahid Hamidi dan Penasihat BN, YB Dato Seri Mohd Najib Razak kepada YDA yang menyokong DSAI sebagai Perdana Menteri ke-9.

·     Surat tersebut diberitakan benar.  Disinilah bermulanya  episod bahawa sokongan kepada Perdana Menteri  sekarang ini  telah berkurangan  dan diyakini hilang majoriti di Dewan Rakyat yang sebelum ini hanya ada kelebihan 2 undi sahaja (113 vs 109).

·         Suatu perbincangan serius antara Perdana Menteri dengan beberapa pihak yang membawa kepada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 23 Oktober 2020 (Jumaat, 9.30 pagi) untuk membincangkan isu tersebut dan dimasa yang  sama  juga bagi membendung COVID-19.

·         Semasa dan setelah Perdana Menteri mengadap YDA telah tersebar berita terutamanya tular dimedia sosial bahawa Kabinet /Jemaah Menteri telah mencadangkan periytiharan darurat kesihatan atau politik bagi mengelakkan diadakan Pilihanraya Umum (PRU 15) sekiranya  Parlimen terpaksa dibubarkan jika Bajet 2021 tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat.kerana gagal mendapat sokongan majoriti.

·    Tular juga di media sosial bahawa dalam satu mesyuarat COVID-19, dilaporkan pegawai kanan kesihatan telah merayu dengan “emosi” supaya PRU 15 tidak diadakan pada waktu terdekat ini semasa pendemik COVID-19 terus meningkat kerana PRN Sabah baru-baru ini telah mencetuskan gelombang ketiga pendemik ini.

Apakah implikasi Titah YDA tersebut.?  Adakah Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang akan bermula pada 2 November  hingga 15 Disember 2020 akan bersidang seperti yang dijadualkan?.  Ketika ini, Mesyuarat Parlimen  tersebut akan bersidang seperti biasa.  Maka  urusan yang akan menjadi tumpuan ialah Bajet 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November 2021 dan diputuskan diperingkat dasar pada 23 November 2020 sama ada secara undian suara atau belah bahagian. Sekiranya ada permintaan  belah belah bahagian, adakah  akan mendapat sokongan majoriti untuk diluluskan atau sebaliknya.  Disini akan terbukti sama ada Ahli-ahli Parlimen akan patuh kepada seruan Titah YDA supaya “Bajet 2021 tidak digagalkan”.  Begitu juga seterusnya Bajet 2021 diperingkat jawatankuasa pada 24 November hingga 10 Disember 2020 bagi setiap Kementerian (2 atau 3 kementerian setiap hari) dan seterusnya bacaan kali ketiga sama ada akan diluluskan mudah melalui undian suara atau undian belah bahagian.

Disamping itu, sebelum Bajet 2021 dibentangkan, beberapa Rang Undang-undang akan dibuat kacaan kali kedua khususnya RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) juga akan menghadapi ujian getir untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat dan disini akan membuktikan sama ada kerajaan masih mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen, walaupun ianya tidaklah sampai kepada tercetusnya krisis sokongan sepenuhnya sehingga memaksa diadakan PRU 15.  Ini berbeza dengan Bajet 2021, sekiranya tidak diluluskan di Dewan Rakyat, ramai pihak menafsirkan secara konvensayen bahawa kerajaan telah hilang majoriti dan kepercayaan yang memaksa Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU 15.  Inilah yang membimbangkan jika PRU 15 terpaksa diadakan ditengah-tengah COVID-19 masih meningkat dari hari kehari. Itulah punca timbulnya cadangan “darurat” bagi mengelakkan PRU 15.

Dalam siaran media tersebut YDA juga "mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara. Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada."  Malahan juga " Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka".  

Apakah titah YDA tersebut akan diikuti oleh Ahli-ahli parlimen khususnya pihak pembangkang agar tidak menggagalkan Bajet 2021 dan diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Apakah yang akan berlaku…kita saksikan.

Suatu catatan jua,

Jenderan Hulu, Sepang

25 November 2020

 

 

 

Saturday, 17 October 2020

BERDERU 16 USUL UNDI TIDAK PERCAYA YANG DIBERI NAMA " USUL KEYAKINAN" TERHADAP PERDANA MENTERI DI MESYUARAT KETIGA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE-14- SEJAUHMANA KEKESANANNYA?

Catatan semalam, 3 usul undi tidak percaya  mengikut Praturan Mesyuarat (PM) 27(3) dibaca bersama  PM 26(1) dan 15(1) terhadap Perdana Menteri Ke-8 (Ahli Parlimen Pagoh). iaitu dari Ahli Parlimen Langkawi, Kubang Pasu dan Jerlun.  Pada hari ini, 17 Oktober 2020, setelah tamat tempoh notis  penerimaan usul , terdapat 16 usul yang diberi nama "USUL KEYAKINAN" terhadap Perdana Menteri.  Usul-usul tersebut juga dikemukakan oleh Ahli Parlimen  Shah Alam, Simpang Renggam,  Tawau, Kalabakan, Kepong, Kota Belud, Lahad Datu, Papar, Penampang, Semporna, Sepang dan Sepanggar.   Kebanyakan usul-usul tersebut menggunakan PM 27(3) dan  26(1), namun Ahli  Parlimen Simpang Renggam  juga mengemukakan 2 usul lagi menggunakan PM 14 dan 15 bagi mrentikan kuatkuasa  PM 14 (f) hingga n dan memberi laluan kepada usul undi tak percaya.  Usul ini berbunyi seperti brikut  :-


Untuk kefahaman, disini penulis petik PM 14 yang dirujuk oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, iaitu:-:

"14. (1) Urusan-urusan bagi tiap-tiap persidangan mesyuarat hendaklah mengikut aturan seperti di bawah ini kecuali jika Majlis Mesyuarat menetapkan aturan lain: 
(a) Tuan Yang di-Pertua masuk ke dalam Dewan Mesyuarat dengan secaranya.
(b) Doa sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis. Doa yang diadakan bersesama hendaklah dipinda dengan sewajarnya dengan memasukkan sebutan-sebutan  mengenai Dewan Negara dan ahli-ahli Dewan Negara dan hendaklah dibaca oleh Setiausaha Dewan Rakyat.
(c) Ahli-ahli baru, mengangkat sumpah.
(d) Titah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
(e) Pemasyhuran daripada Tuan Yang di-Pertua.
(f) Rayuan-rayuan.
(fa) Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
(g) Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan oleh Menteri-menteri.
(h) Usul bagi perkara kepentingan kepada orang ramai yang berkehendak disegerakan.
(i) Penerangan daripada Menteri-menteri.
(j) Ucapan pujian.
(k) Ucapan-ucapan takziah.
(l) Memberi penerangan sendiri.
(m) Membawa Rang Undang-undang (Bacaan Kali Yang Pertama) Kerajaan ke dalam
mesyuarat.
(n) Usul-usul berkenaan dengan Aturan Urusan Mesyuarat (hendaklah dikeluarkan oleh
Menteri).
(o) Urusan-urusan am.
(p) Usul-usul hendak mengemukakan Rang Undang-undang bukan Kerajaan.
(q) Lain-lain butir urusan yang dibentangkan mengikut susunan yang tertera dalam
Aturan-aturan Mesyuarat itu.

(2) Majlis Mesyuarat dengan dikeluarkan usul (oleh seorang Menteri) yang akan diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas, dan yang tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu terlebih dahulu boleh pada bila-bila masa memutuskan hendak menjalankan mana-mana urusan dengan tidak mengikut aturan yang telah ditetapkan. Usul ini hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.:

Dalam usul ini, Ahli Parlimen Simpang Renggam meminta supaya urusan-uruan Dewan di hentikan dan didahulukan usul undi tak percaya..  Sesuatu yang pelik mengapa Ahli Parimen Simpang Renggam tidak meneliti PM 14(2) yang menetapkan usul sedemikian dikeluarkan oeh seorang Menteri iaitu pihak Kerajaan bersetuju mendahulukan urusan-urusan tertentu untuk didahulukan..  Begitu juga  untuk mengenepikan PM 15(!) yang mendahulukan urusan Kerajaan,  juga perlukan melalui usul urusan yng dikeluarkan oleh seorang Menteri.  Sesuatu yang janggal apabila usul-usul berkaitan Urusan Mesyuarat dan mengenepikan urusan=urusan yang biasa dalam persidangan menggunakan PM 27(3).  Ini kerana ia akan dianggap sebagai usul persendirian, yang tidak akan didahulukan tanpa ada usul yang membenarkan dari pihak Kerajaan atau oleh seorang Menteri.

Sebagaimana penulis nyatakan sebelum ini, walau sebanyak mana usul-usul undi tidak percaya tersebut dihantar kepada SUDR mahupun Yang di-Pertua dewan Rakyat, ia tidak akan mengubah keduduan usul-usu itu sebagai  usul persendirian yang diletakkan selepas urusan-urusan kerajaan dalam Aturan Urusan Mesyuarat(AUM) . Sekiranya usul-usul itu memenuhi syarat, ia akan disenaraikan dalam AUM  sahaja.  Dalam hal ini, Yang di-Pertua  Dewan Rakyat tertakluk kepada PM 14 dan 15 dan tidak  boleh mendahulukan usul-usul tersebut atau mengenepikan urusan-urusan Kerajaan yang lazim dalam persidangan.

Maka penulis menyimpulkan, inilah kali pertama usul-usul undi tak percaya paling banyak di kemukakan oleh Ahli-Ahli Parlimen dalam persidangam sesuatu Mesyuarat, semata-mata untuk mendesak Yang di-Pertua  Dewan Rakyat memberi laluan.  Sedangkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat terikat dengan Peraturan Mesyuarat yang mengkehendaki usul-usul ini didahulukan oleh Kerajaan melalui usul oleh seorang Menteri. Diperhatikan juga, bentuk dan perkataan-perkataan yang digunakan oleh hampir kesemua usul-usul itu adalah sama, yang menunjukkan ia digerakan oleh suatu "urusetia" yang menyediakan usul-usul itu dan meminta Ahli-ahli Parlimen manandantangani dan mengahantar kepada SUDR.  

Lihatlah...sejauhmnana gerakan usul-usul tersebut akan merubah landskap persidangan Dewan Rakyat...kita sama-sama menantikannya.

Suatu catatan jua,...Denyut Nadi Parlimen
Jenderam Hulu Sepang
17 Julai 2020

Friday, 16 October 2020

KEMELUT POLITIK 2020 BELUM BERAKHIR - UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA PERDANA MENTERI KE-8 BERGEMA KEMBALI !!!

Mesyuarat Ketiga  Penggal etiga Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat akan bersidang pada 2 November hingga 15 Disember 2020.  Diambang persidangan ini, kemelut politik negara berkocak semula apabila pada 13 Oktober yang lalu, Presiden PKR Dato Ser Anwar Ibrahim (DSAI) telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan menyatakan telah memperolehi majoriti lebih 120 Ahli Parlimen menyokongnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Gua Musang pula telah menghantar surat kepada Yang dii-Pertua Dewan Rakyat pada 25 September 2020 meminta penjelasan dan jaminan supaya usul undi tidak percaya  yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi sebelum ini dibawa ke Mesyuarat Ketiga dan dibentangkan/dipertimbangkan.  Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam surat balasannya menjawab bahawa "....mana-mana Ahli Dewan Rakyat boleh memberi notis  utuk membentangkan usul dan ia akan dipertimbangkan mengikut Peraturan Mesyuarat..."

Pada 15 Oktober 2020, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Jerlun dan Langkawi telah mengemukakan usul undi tidak percaya  terhadap Perdana Menteri mengikut Peraturan Mesyuarat (PM) 26(1) dibaca bersama 27(3) serta 15(5). Pada pandangan penulis, sebenarnya sudah memadai  menggunakan PM 27(3)  dan tak perlu PM 26(1), dimana ia merujuk kepada usul tanpa notis memberitahu, sedangkan usul-usul Ahli Bukan Kerajaan atau Ahli Persendirian perlu notis 14 hari dibawah PM 27(3).  Manakala penggunaan PM 15(5) pula, pembawa usul  menanggapi usul ini yang pernah dikemukakan dalam Mesyuarat Kedua lalu dibawa ke Mesyuarat Ketiga.  Penulis berpandangan pembawa telah salah faham terhadap perturan ini.  Sekiranya usul terdahulu ini telah dibawa dalam Mesyuarat tetapi belum diputuskan, maka PM 15(5) ini terpakai.   Peraturan ini berbunyi: "(5) Usul seseorang yang bukan ahli Kerajaan yang telah dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus, apabila pencadangnya memberitahu hendak disambung dalam mesyuarat akan datang, hendaklah didahulukan daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang bukan ahli Kerajaan."

Seperti yang penulis nyatakan dalam catatan terdahulu, usul undi tidak percaya tersebut adalah tergolong dalam Usul Persendirian.  Mengikut PM 15(1), urusan Kerajaan hendaklah didahulukan.  Justeru, selagi ada urusan Kerajaan, maka urusan persendirian tidak akan naik dalam susunan Aturan Urusan Mesyuarat untuk didahulukan melainkan mendapat kebenaran Kerajaan.  Kearah kebenaran Kerajaan, sudah tentu perlu ada perundingan...apakah ini akan berlaku? Tak mungkin rasanya.  Dalam sejarah persidangan Parlimen pernah 4 Usul Persendirian dibahaskan dan terakhir ialah Usul Persendirian mengemukakan RUU Ahli Persedirian Untuk Meminda Akta Mahkamah Syaraiah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] pada 6 April 2017.

Oleh yang demikian, walau sebanyak mana usul ini dihantar kepada SUDR mahupun Yang di-Pertua Rakyat, maka ia akan tetap "duduk diam-diam"  dalam susunan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.  Ketika ini ini, terdapat laporan kesemua Ahli Parlimen dari PAN seramai 11 0rang akan mengemukakan usul tersebut.

TUNGGU DAN LIHAT - SEJAUHMANA USUL INI AKAN BERGERAK DAN MERUBAH LANDSKAP PERSIDANGAN PARLIMEN MALAYSIA.

DEWAN NEGARA MENCIPTA SEJARAH – TIGA CALON DALAM PEMILIHAN YANG DI-PERTUA

 

Jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara kosong apabila penyandangnya Tan Sri S.A VIgneswaran telah tamat perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara sekaligus sebagai Yang di-Pertua pada 22 Jun 2020.   Maka mengikut Perkara 56 Perlembagaan Persekutuan dan  Peraturan Mesyuarat 1, Peraturan-perautan Majlis Mesyuarat Dewan Negara akan menjalankan urusan memilih Tuan Yang di-Pertua pada hari pertama Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 yang bermula pada 2 hingga 23 September 2020.

Pada 2 September 2020 di Mesyuarat Kedua Penggal  Ketiga Palimen  Ke-14, Dewan Negara telah mencipa sejarah apabila  telah menerima tiga usul untuk  mencalonkan sebagai Yang di-Pertua iaitu Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff dan Yang Berhormat Senator Datuk Theodore Douglas Lind.  Walau bagaimanapun,  Datuk Theodore Douglas Lind telah menarik diri.  Oleh kerana lebih satu calon, maka undian bersurat dijalankan dan keputusanya:-

 

           Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Rais bin Yatim- 45 undi,

Yang Berhormat Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff- 19 undi,

Jumlah- 64 orang dan seorang tidak hadir

 

Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Seri Abdul Halim yang mempengerusikan Majlis Mesyuarat telah memasyhurkan    Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara  menurut Peraturan Mesyuarat 2(3).

 

“MEMILIH TUAN YANG DI-PERTUA


Timbalan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera.  Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Perkara 56 Perlembagaan Persekutuan dan mengikut aturan yang dinyatakan di dalam Peraturan Mesyuarat 1, Majlis Mesyuarat Dewan Negara akan menjalankan urusan memilih Tuan Yang di-Pertua.Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 2(1), Setiausaha Dewan Negara telah menerima tiga cadangan untuk pemilihan Tuan Yang di-Pertua. Cadangan itu datangnya daripada:

i               (i) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri;

ii              (ii) Yang Berhormat Senator Dr. Ahmad Azam bin Hamzah; dan

iii            (iii) Yang Berhormat Senator Datuk Wira Haji Marzuki bin Yahya.

 

Setiausaha: Dengan hormatnya dipersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan cadangan memilih Tuan Yang di-Pertua.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) [Dato' Takiyuddin bin Hassan]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera.  Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mencadangkan iaitu Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara dan mengikut Peraturan Mesyuarat 2(1), beliau telah memastikan bahawa Yang Berhormat Tan Sri bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih. Terima kasih.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) [Datuk Haji Shabudin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong cadangan tersebut.


Setiausaha: Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dr. Ahmad Azam bin Hamzah untuk mengemukakan cadangan memilih Tuan Yang di-Pertua.

 

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff untuk dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua dan mengikut Peraturan Mesyuarat 2(1). Saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih. Terima kasih.

 

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Setiausaha: Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Wira Haji Marzuki bin Yahya untuk mengemukakan cadangan memilih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Wira Haji Marzuki bin Yahya: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan di sini bahawa Yang Berhormat Senator Datuk Theodore Douglas Lind telah membuat keputusan untuk menarik diri dari mencalonkan diri beliau sebagai Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

 

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab terdapat lebih dari seorang yang telah dicadangkan dan disokong untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua, maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 2(3) Majlis Mesyuarat akan membuat pilihan memilih Tuan Yang di-Pertua dengan undi bersurat.

Tuan Ngo Hock Cheh: Tuan Yang di-Pertua, point of order. [[DN 2.9.2020 , MS 2-3 ]

 

 

PERTIKAIAN TAKRIFAN PEMBAWA USUL PEMILIHAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

 

Pertama kali dalam sejarah Majlis Mesyuarat Dewan Negara, pada 2 September 2020, di Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 semasa pemilihan Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu, apabila usul mengenainya dipertikaikan.     Pertikaian ini berpunca dari perbezaan pandangan dalam mentakrifkan Peraturan Mesyuarat 2, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

 

YB Tuan Ngo Hock Cheh telah banguan mengemukakan Peraturan Mesyuarat 2 yang dan menafsirkan bahawa hanya Ahli Dewan Negara yang boleh mengusulkan bagi mencadangkan nama Yang di-Pertua.  Peraturan itu adalah berbunyi seperti berikut:

 

“2 Aturan Memilih Tuan Yang di-Pertua

Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini:

(1) Tiap-tiap Ahli yang hendak mencadangkan nama Ahli yang hendak dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, mestilah mempastikan terlebih dahulu iaitu Ahli itu suka berkhidmat jika dia dipilih, dan hendaklah memberitahu Setiausaha akan cadangannya, sekurang-kurangnya dua hari sebelum diadakan mesyuarat. ..“

 

Yang Berhormat Senator  berpandangan YAB Perdana Menteri bukan Ahli Drwan Negara dan tidak mempunyai hak untuk mengemukakan usul tersebut.

 

Tuan Ngo Hock Cheh: Tuan Yang di-Pertua, point of order. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa pencalonan or nomination of Yang Amat Berhormat tidak teratur dan mematuhi Standing Order 2 yang berbunyi; “Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini; tiap-tiap Ahli yang hendak mencadangkan nama Ahli hendaklah dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua mesti memastikan terlebih dahulu iaitu Ahli itu suka berkhidmat jika dia dipilih dan hendaklah memberitahu Setiausaha akan cadangannya sekurang-kurangnya dua hari sebelum diadakan mesyuarat”.

■1010

Saya ingin berhujah bahawa Yang Amat Berhormat bukan seorang Ahli Dewan Negara. Oleh itu, beliau tidak berhak mencadangkan atau memilih pencalonan- maaf, Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya berhujah bahawa oleh kerana Yang Amat Berhormat bukan seorang Ahli Dewan Negara, maka Yang Amat Berhormat tidak berhak mencalonkan Tan Sri Rais Yatim sebagai calon untuk jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara.

 

Bukan sahaja Standing Order, kita boleh juga rujuk kepada Perlembagaan Persekutuan di mana Fasal 56 yang disebutkan oleh Tuan Yang di-Pertua, it says, “The Senate shall from time to time choose one of its members to be Yang di- Pertua Dewan Negara (President of the Senate) and one to be Deputy of the Senate, and shall, subject to Clause (3), transact no business while the office of President is vacant other than the election of a President.

 

Jadi, the Senate pun ada the defined dalam Interpretation Act as, I refer to the Interpretation Act on the meaning of Senate. It says- adalah dinyatakan dengan terang- “Senate” or “Dewan Negara” means the Dewan Negara established by Article 44 of the Federal Constitution”. Ertinya, Senator means a member of the Senate. Jadi, adalah jelas Yang Amat Berhormat bukan seorang Ahli Dewan Negara, beliau hanya Ahli Dewan Rakyat.

Jadi, untuk pemilihan jawatan Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak berhak mengambil bahagian sebab election adalah termasuk nomination di sisi undang-undang.

So, dengan segala hormatnya, saya menghujahkan bahawa pencalonan oleh Yang Amat Berhormat harus ditolak... [Tepuk] Saya juga ingin menjelaskan bahawa, saya tidak ada apa-apa pergaduhan dengan mana-mana calon atau perselisihan faham dengan sesiapa. Tujuan saya adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan... [Tepuk] [DN 2.9.2020 ms 3].

Pandangan tersebut disokong oleh beberap Ahli termasuk Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd. Hamid   dan Tuan Liew Chin Tong yang meminta pemilihan Yang di-Pertua ditangguhkan sehingga hari Isnin. 7 September 2020 bagi membolehkan diperaturkan semula walaupun calon yang dicadangkan adalah sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ seri Abd Halim) yang mempengerusikan Majlis Mesyuarat telah menjelaskan bahawa Perdana Menteri mempunyai hak sebagai Ketua Majlis dan beliau adalah sebahagian daripada Dewan Negara.  Beliau juga menjelaskan  tiada mana-mana  peraturan menyatakan hanya Ahli sahaja yang boleh mencalonkan.  Seterusnya beliau menambah “Peraturan Mesyuarat 2(1) menyatakan jika seorang Ahli ingin mencalonkan Ahli yang lain, Ahli yang ingin mencalonkan tersebut perlu memastikan calon suka untuk berkhidmat….”.

  

“Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya mendengar dengan penuh teliti dan faham. Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan Ahli Dewan Negara, namun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah Ketua Majlis yang menetapkan tarikh-tarikh Majlis Dewan Negara dan Dewan Rakyat akan bermesyuarat. Rujuk Peraturan Mesyuarat 10(1) dan (2). Memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah Ketua Majlis yang turut disebut dalam Peraturan Mesyuarat 10(2) Dewan Negara, dapat disimpulkan bahawa Perdana Menteri adalah sebahagian daripada Dewan Negara... [Tepuk] Tiada dinyatakan dalam mana-mana peruntukan Peraturan Mesyuarat bahawa hanya Ahli sahaja yang boleh mencalonkan seorang sebagai calon Tuan Yang di-Pertua.  Peraturan Mesyuarat 2(1) menyatakan jika seorang Ahli ingin mencalonkan Ahli yang lain, Ahli yang ingin mencalonkan tersebut perlu memastikan calon suka untuk berkhidmat dan perlu membuat pencalonan sekurang-kurangnya dua hari sebelum mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 2 tidak menyatakan hanya seorang Ahli yang boleh mencalonkan Ahli yang lain sebagai calon Yang di-Pertua Dewan Negara. Itulah sebenarnya... [Tepuk] Dia ada hak ya. Terima kasih. Itu saya kata bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada hak dia. [DN 2.9.2020  ms  4]”

 

Begitu juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mempertahankan hujah Yang di-Pertua bahawa Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis mempunyai hak untuk hadir dan mengemukakan apa-apa usul di Di Dewan Negara walaupun tidak boleh mengundi di DiDewan Negara.  Beliau mengulangi bahawa tiada ama-mana peraturan yang menyatakan bukan Ahli tidak boleh mengemukakan usul ini.

Kesimpulannya, Ahli-ahli Dewan Negara khususnya pihak PH memberi pandangannya berasaskan kepada semangat  reformasi  Parlimen dan doktrin  pengasigan kuasa  dengan takrifan selapis sahaja.  Namun setelah sekian lama di amalkan bahawa Perdana Menteri selaku Ketua Majlis mengemukakan Usul Pemilihan Yang di-Pertua sama ada di di Dewan Negara mahupun di Dewan Rakyat.  Sekiranya kaedah ini tidak teratur dan mengikut perautan, adakah pemilihan Yang di-Pertua Dewan Negara selama ini tidak sah dan seterusnya persidangan Dewan Negara juga tidak sah.

Suatu catatan jua.


Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur
4 Septemer 2020

 

Thursday, 15 October 2020

UNDI BELAHBAHAGIAN KEDUA SEMASA RUU PENGUNTUKAN SEMULA – MENGESAHKAN MAJORITI MUDAH BAGI PN



RUU ini dibentangkan  berikutan  penyusunan semula kementerian-kementeri semasa  pembentukan Kerajaan baharu di bawah Perikatan Nasional(PN). RUU yang dibentangkan bacaan pertama oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 21 Julai 2020  dan bacaan kedua dan prnggulungan    oleh     Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah pada 17 Ogos 2020.   .  Seterusnya  Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan semula peruntukan perbelanjaan) 2020 bagi perkhidmatan tahun 2020 sebanyak RM7,184,083,200 secara undi belahbahagian -  111 undi menyokong daripada 217 Ahli Parlimen yang hadir.  Seramai 106 Ahli Parlimen tidak menyokong manakala lima Ahli Parlimen tidak hadir. Keputusan undi belahbahagian ini mengesahkan sekali lagi bahawa PN mempunyai majoriti mudah walaupun beberapa undi dan sekaligus menafikan dakwaan oleh PH yang kerajaan sekaranmg tiada majoriti.

 

“Seperti petua yang telah saya berikan pada 11 Ogos 2020, saya tempohkan Mesyuarat Dewan selama 10 minit. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 3.42 petang]

 ■1550 [Mesyuarat disambung semula pada pukul 3.57 petang]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghitung undi sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang berhormat. [Dewan berbelah bahagi] [Pengundian dijalankan]

 ■1600

 Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undian adalah seperti berikut; Ahli-ahli Yang bersetuju 111 orang... [Tepuk] Ahli-ahli Yang Tidak bersetuju 106 orang...  [Tepuk] [Dewan riuh] Ahli yang tidak hadir 5 orang. DR.17.8.2020 89 Oleh itu, rang undang-undang tersebut dipersetujukan. [Tepuk]” [DR-17.8.2020, ms 88]

 Sebelum RUU itu diluluskan, keadaan dewan  kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan tindakan Yang di-Pertua menangguhkan dewan ketika sesi undian belahbahagian masih belum diselesaikan.   Selepas 10 minit dewan ditempohkan, Yang di-Pertua masuk semula bagi mempengerusikan mesyuarat dan menjalankan  undian belah bahagian tersebut..

 

 

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...