Friday 13 August 2021

USUL PERCAYA - SOKONGAN BIPARTISAN; MUNGKINKAH PEMBANGKANG BERSETUJU?

Dalam tempoh beberapa hari ini telah tersebar pelbagai desakan dan kenyataan sama ada dari pihak pembangkang, UMNO, NGO bahkan pihak Istana,  bahawa Perdana Menteri dan Kerajaan PN telah kehilangan majoriti.  Terbaharu dikatakan Perdana Menteri hanya memperoleh 100 sokongan ahli Parlimen dan 120 tidak menyokong (105 PH +15 UMNO).

Tanpa diduga, pada 13 Ogos 2021, jam 6 petang, semasa perutusan khas yang disiarkan di TV, bertemakan "Bersama memulihkan Negara", Perdana Menteri telah memaklumkan pihaknya telah mencapai satu kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti-parti di luar Perikatan Nasional untuk meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Ini akan membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba suatu masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat. Usul undi percaya ini hanya boleh diluluskan dengan sokongan bipartisan di Dewan Rakyat.

·   Perdana Menteri membentangkan cadangan rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya usul undi percaya diluluskan.  

o Pertamanya ialah mengenai peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen. Barubaru ini saya telah mengumumkan pemberian peruntukan 300 ribu ringgit kepada semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa mengira parti politik bagi tujuan pembelian bakul makanan untuk diagih kepada rakyat yang memerlukan. Atas semangat kerjasama bi-partisan di Parlimen dan keperluan untuk memperluaskan bentuk-bentuk bantuan kepada rakyat dalam situasi pandemik, semua Ahli Parlimen akan menerima peruntukan tahunan yang sama tanpa mengira parti politik. Bagi Ahli Parlimen pembangkang, peruntukan untuk tahun ini akan dibuat secara prorata mengikut jumlah bulan yang berbaki.

o Kedua,  Kerajaan akan membentangkan untuk kelulusan Parlimen penambahan siling Dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion dari RM65 bilion seperti yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu kepada RM110 bilion.. Dari aspek bantuan kepada rakyat pula, Kerajaan komited untuk membantu golongan terjejas. Bantuan tunai sebanyak RM10 bilion akan disalurkan kepada 11 juta penerima dalam separuh kedua tahun 2021. Bantuan tunai bagi mereka yang memerlukannya akan diteruskan pada tahun 2022, bukan sahaja untuk golongan B40 tetapi juga meliputi bantuan bersasar kepada golongan miskin tegar, miskin bandar dan M40 yang kehilangan pendapatan. Bagi menyokong kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi, dana tambahan Kumpulan Wang COVID-19 akan digunakan bagi membantu insentif pengambilan pekerja serta meningkatkan pembiayaan kepada PKS,terutamanya dalam meraih peluang ekoran pembukaan semula ekonomi selaras dengan pelaksanaan PPN.

 o Ketiga, sekiranya Kerajaan berjaya mendapatkan sokongan bi-partisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga, suatu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang UndangUndang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

o  Keempat, Kerajaan juga akan memperkukuhkan reformasi parlimen dengan memastikan jumlah Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah lebih seimbang. Jumlah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen juga boleh ditambah untuk memastikan semua Ahli Parlimen dapat memainkan peranan semak dan imbang yang lebih berkesan menerusi penglibatan mereka dalam jawatankuasa ini. Sebagai pengiktirafan kepada peranan semak dan imbang di Parlimen, 50 peratus Jawatankuasa Pilihan Khas akan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kerajaan dan 50 peratus lagi oleh Ahli Parlimen pembangkang. Sejajar dengan jangkaan bebanan tugas yang akan bertambah dalam melaksanakan fungsi semak dan imbang yang lebih efektif, Kerajaan akan menyediakan kakitangan sokongan dan saraan yang berpatutan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

o  Kelima, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa. Untuk itu, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen untuk tujuan ini. Berharap, dengan adanya kerjasama bi-partisan di Parlimen, rang undang-undang ini akan dapat diluluskan.

o Keenam rang undang-undang termasuk rang undang-undang perbekalan yang akan dibentangkan di Parlimen akan dirundingi terlebih dahulu dengan semua Ahli Parlimen. Suatu rang undang-undang hanya akan dibentangkan sekiranya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen

.o Ketujuh, sebagai pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang Menteri Kanan.

Seterusnya Perdana Menteri berjanji, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai. Justeru, bergantung kepada situasi pandemik,” saya membuat akujanji bahawa pilihanraya umum ke lima belas akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan.

Perdana Menteri juga menegaskan bahaawa tujuan dikemukakan cadangan tersebu ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen. Pada masa yang sama, mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera.    

PERSOALANNYA, APAKAH PIHAK PEMBANGKANG AKAN MENERIMA TAWARAN TERSEBUT, TERUTAMANYA KETUA PEMBANGKANG YANG AKAN DIBERI SARAAN DAN KEMUDAHAN SETARAF MENTERI KANAN.  APAKAN PEMBERIAN PERUNTUKAN YANG SAMA TERMASUK PIHAK PEMBANGKANG, AKAN MELEMBUTKAN PERASAAN MERKA UNTUK BERSAMA.  TIDAKKAH SEMUA ITU AGAK TERLEWAT .... WALAU APA PUN, KITA TUNGGU RESPON MEREKA!!!  

SEJUJURNYA PERDANA MENTERI DAN PN TELAH AKUI KEHILANGAN MAJORITI...ATAS SELOGAN "DEMI RAKYAT", BERKONGSI KUASA DICIPTA!

SUATU CATATAN DALAM KEJUTAN. 

 Jenderam Hulu, 

13 Ogos 2020, 6.30 ptg.





P


No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...