Wednesday 11 August 2021

APAKAH MAKSUD MAJORITI USUL KEPERCAYAAN TERHADAP PM?

 

Semasa catatan ini ditulis, pelbagai pihak termasuk pakar perundangan memberi takrifan mojariti bagi usul percaya.  Kebanyakkannya mentafsirkan majoriti itu adalah lebih setengah dari Ahli Dewan.  Dalam konteks sekarang, jumlah ahli Dewan ialah 220 (2 kosong kerana penyandang meninggal dunia), ramai mentafsirkan sekurang-kurang majoriti itu111 Ahli Parlimen menyokong. 

Walau bagaimanapun, takrifan majoriti berdasarkan jumlah ahli Dewan tersebut tidak jelas dan tidak dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan.  Ini berbeza dengan perkara-perkara tertentu yang dinyatakan secara jelas, seperti berikut:-

(i)    Tanah simpanan Melayu, Perkara 89(1) (a) menyebut –

                    (a) yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Dewan  Undangan    dan         dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga       daripada ahli-ahli                   yang hadir dan   mengundi; dan

(b) yang dipersetujui melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi.”

 

(ii)  Pindaan Perlembagaan, Perkara 159 (3) menyatakan:

“(3) Sesuatu Rang Undang-Undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan (selain pindaan yang dikecualikan daripada peruntukan Fasal ini) dan sesuatu Rang Undang-Undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada sesuatu undang-undang yang diluluskan di bawah Fasal (4) Perkara 10 tidaklah boleh diluluskan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen melainkan jika Rang Undang-Undang itu telah disokong pada Bacaan Kali Kedua dan Kali Ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu.”

 

(iii)  Draf perintah  persempadanan bahagian-bahagin pilihan raya, Seksyen 10 Jadual Ketiga Belas menyatakan :

 

“10. Jika mana-mana draf Perintah yang disebut dalam seksyen 9 diluluskan oleh Dewan Rakyat melalui ketetapan yang disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu, maka Perdana Menteri hendaklah mengemukakan draf Perintah itu kepada Yang di-Pertuan Agong.”

 

Berkaitan dengan usul kepercayaan terhadap Perdana Menteri, maka Perkara 43(4) menyatakan - “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.  Disini tidak dinyatakan secara jelas maksud majoriti ahli Dewan Rakyat itu sama  ada:

§  bilangan ahli Dewan,

§  jumlah ahli Majlis atau

§ majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi.”

Oleh yang demikian, perlu dirujuk Peraturan Mesyuarat 45(1) menyatakan:

 "45. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat Fasal (1) Perkara 89 dalam  Perlembagaan dan Fasal (3) Perkara 159 dalam Perlembagaan dan dengan  tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, Majlis Mesyuarat, menurut syarat- syarat  fasal (3) Perkara 62 dalam Perlembagaan, hendaklah mengambil keputusan atas  sesuatu   perkara itu mengikut pihak mana yang    mendapat undi lebih; dan jika    sama banyak    undi, maka Tuan Yang di-  Pertua atau siapa-siapa yang mempengerusikan     mesyuarat hendaklah mengeluarkan undi    pemutus,  tetapi     ia tidak boleh      mengundi      jika tidak  sama banyak undi dengan  disyaratkan bahawa sekiranya Tuan Yang di-   Pertua menjadi seorang ahli Majlis   hanya   menurut perenggan (b)  Fasal(1A)Perkara 57 Perlembagaan, maka ia  tidak  mempunyai undi      pemutus dalam Majlis Mesyuarat atau dalam  mana-mana mesyuarat        Jawatankuasa.”

 

Ini bermakna Yang di-Pertua akan memutuskan mana-mana pihak yang mendapat undi lebih hatta  1 undi  dan usul itu akan dipersetujukan.  Dalam usul kepercayaan ini, sekiranya undi yang lebih itu kurang dari 111, misalnya 110 vs 109, (JUMLAH UNDI 119), Yang dipertua akan memutskan usul dipersetujukan.  Disini akan timbul persoalan perundangan, dan akan dirujuk kepada pihak Peguam Negara untuk mentafsirkan adakah keputusan usul ini boleh dikira sebagai sokongan majoriti ahli Dewan atau sebaliknya.   Ini kerana  maksud majoriti di luar Dewan bagi tujuan Yang di-Pertuan Agong mempercayai seorang Ahli Dewan Rakyat mempunyai kepercayaan majoriti,  bermaksud lebih setengah dari Ahli Dewan, sekurang-kurangnya 111 dari 220 Ahli Dewan.

Suatu catatan lontaran pandangan jua.

Bangunan BHEUU, Putrajaya

12 Ogos 2021, 2.30 ptg.

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...