Seawal sekitar 7.00 mlm pada hari yang sama, Parti MUDA, WARISAN, Parti Sarawak Bersatu dan UPKO membuat kenyataan bersama menolak cadangan Perdana tersebut dan menggesa Perdana Menteri meletak jawatan..Pihaknya telah memberi cadangan CSA (Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan – Confidence and Supply Agreement) sejak setahun lalu tetapi tidak mendapat maklum balas dari Kerajaaan. Kenyataan ini juga menegaskan “bukan bukan tanggungjawab Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan kewujudan sokogan majoriti pada mana-mana Ahli Parlimen sebelum meletakkan jawatan”
Sekitar 10.00 mlm pada
hari yang sama, dilaporkan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menolak keras
segala tawaran kerjasama rentas kepartian daripada Perdana Menteri. PH menyifatkan
tawaran itu tidak ikhlas dan sepatutnya
dibuat lebih awal, bukannya di penghujung hayat politik Perdana Menteri. Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh
pimpinan tertinggi PH iaitu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah,
Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. (FMT, 13 Ogos 2021, 10.28
pm)
Kenyataan bersama PH " PAKATAN HARAPAN TOLAK TAWARAN MAHIADDIN, MESTI MELETAK JAWAATAN". "PH mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran yang tdak ikhlas Tan Sri Mahiaddin Yassin yang sepatutnya dibuat lebih awal dan bukan dihujung hayat politik beliau".
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta semua pihak bersabar menunggu kenyataan parti itu susulan tawaran yang dikemukakan Perdana Menteri."#UMNO akan mengeluarkan kenyataan balas mengenai isu terkini. Harap bersabar," katanya menerusi satu ciapan di Twitter.
Sekitar 11.00 mlm, UMNO mengeluarkan kenyataan rasmi. "UMNO tidak boleh mempertimbangkan tawaran dari seorang yang sufah hilang keabsahan, apatah lagi bersifat sogokan terbuka dan terdesak hanya untuk memanjangkan hayat politiknya".
NAMPAKNYA PARTI-PARTI PEMBANGKANG TELAH MENOLAK TAWARAN PN, TAWARAN SUDAH TERLEWAT
Kemaskini ;
Melengkapkan penolakan tawaran tersebut, Setiausaha Agung Parti Pejuang
Tanah Air (Pejuang), Datuk Amiruddin Hamzah menolak tawaran yang diberikan oleh
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, PM telah melakukan
sogokan secara terang-terangan kepada ahli-ahli Parlimen. [Sinar Harian, 14 Ogos 2021].
Catatan dipinggiran,
Jenderam Hulu,
13 Ogos 2021,11.45 mlm
No comments:
Post a Comment