YAB Perdana Menteri Ke-9
telah membuat ucapan suongnya selepas mengangkat sumpah pada 22 Ogos 2021,
Ahad, jam 5.30 petang, yang disiarkan secara langsong. Antara intipati ucapannya ialah:
- Dua kali peralihan kerajaan dalam tempoh sepenggal, dengan hanya berbaki 21 bulan sebelum pilihan raya umum ke-15, merugikan rakyat dan negara.
§ Pendekatan “Keluarga Malaysia” kerana frasa itu bersifat lebih inklusif yang merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.
- Beliau turut merayu semua Ahli Parlimen mengetepikan perbezaan dan bekerjasama untuk menyelamatkan “Keluarga Malaysia”.
§ Mempelawa parti pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
§ Bersama-sama berjuang
sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi penjawat awam, pekerja swasta dan
yang bekerja sendiri – dalam memperbaik, merawat dan memulihkan semula negara.
§ Berikrar akan melakukan
yang terbaik demi membuktikan kepercayaan rakyat terhadap beliau tidak
disia-siakan.
§ Mengucapkan terima kasih
kepada usaha bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan kerajaan terdahulu
dalam program vaksinasi yang menyaksikan lebih 500,000. Untuk itu,
katanya, kerajaan membeli tambahan 6 juta dos vaksin yang akan diterima
awal bulan depan.
§ Berjanji akan mengurangkan
kesan ekonomi berterusan dengan menumpukan usaha meningkatkan kuasa beli
pengguna dan mengangkat semula sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan
ekonomi negara.
§ Mempelawa golongan muda
untuk Bersama-sama Kerajaan bagi membina semula negara.
Suatu catatan jua.
Jenderam Hulu,
22 Ogos 2021.
No comments:
Post a Comment