Maka penulisan ini adalah untuk menyorot
bagaimanakah undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di laksanakan di-Dewan
Rakyat. Ini kerana tiada peruntukan
khusus dan secara langsung undi tidak percaya ini dalam Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-peraturan
Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Apa yang
dinyatakan adalah peruntukan mengenai “
kepercayaan majoriti Ahli Dewan”, iaitu:-
·
Per. 43(2) (a)..” Yang di-Pertuan
Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk
mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya
mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”; dan
·
Per 43(4) ..” Jika Perdana Menteri tidak
lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri
hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya
Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.
Oleh yang demikian penulis ingin menyorot kepada beberapa usul
bekaitan dengan “ kepercayaan majoriti
ahli Dewan.”
USUL SOKONGAN KEPADA KEPIMPINAN PERDANA MENTERI
1. USUL “MENGALU-ALUKAN DAN MENYOKONG PELANTIKAN DAN KEPEMIMPINAN YAB
DATO’ SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI AHLI PARLIMEN BAGI KEPALA BATAS
SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG
KELIMA”
Usul ini dikemuakan oleh Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah
Alam]sebagai Pengerusi Kelab
Penyokong Kerajaan (BNBCC) seperti berikut:
“ Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya suka merakamkan ucapan
jutaan terima kasih kerana diberikan keizinan untuk membawa satu Usul di bawah
Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 27(3), Dewan ini mengambil ketetapan berikut:
“…..Bahawasanya Dewan ini mengiktiraf dan
mengucapkan setinggi terima kasih terhadap segala jasa dan bakti Yang Berhormat
Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu dalam konteks menerajui kepemimpinan kerajaan
dan negara Malaysia ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, selain
merestui keputusan beliau untuk mengundurkan diri dan melepaskan jawatan
Perdana Menteri;
Bahawasanya Dewan ini mengalu-alukan dan
menyanjung tinggi pelantikan Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen bagi Kepala
Batas sebagai pengganti Yang Berhormat bagi Kubang Pasu sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang baru;
…………………………………..”
Usul ini sebenarnya Usul Ahli
Persendirian yang dibenarkan oleh Kerajaan dan dianggap seolah-seolah sebagai
usul Kerajaan yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada
3 November 2003 di Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Palimen ke- 10. Ia
diletakkan giliran kedua selepas Usul
Kerajaan oleh Perdana Menteri iaitu Usul
“Penghargaan dan Terima Kasih Kepada Yang Berhormat
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Ahli Parlimen Bagi Kubang Pasu”. Antara lain kandunggan usulnya adalah seperti berikut:
“Perdana Menteri [Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi]: Tuan Yang di-Pertua izinkan
saya bangun membawa usul khas di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 27(3)
dalam persidangan Dewan kali ini yang berbunyi
“Bahawa Dewan ini,
menerima hakikat bahawa Ahli Parlimen bagi
Kubang Pasu, yang menjadi Perdana Menteri Malaysia Keempat sejak 16 Julai 1981
dan telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, tegas, cekap, berkesan, cemerlang
dan bijaksana, telah pun mengosongkan persada kepimpinan negara; /
menghargai serta menyanjung tinggi perjuangan, pengorbanan, budi, jasa dan
bakti bekas Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu yang amat
murni, abadi serta tidak ternilai besarnya, menerusi pelbagai dasar, strategi
dan program yang pragmatik, demi perpaduan dan ketahanan nasional, keselamatan
dan kesejahteraan bangsa serta kemakmuran dan kegemilangan negara;
Maka, Dewan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 3 November
2003, bersamaan 8 Ramadhan 1424H, mengambil ketetapan untuk;
Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih dari seluruh
rakyat jelata Malaysia kepada Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu;… [Tepuk]”
Kedua-dua usul tersebut dibahas dan
seterusnya dipersetujukan dengan undian suara.
2. USUL
“BANTAHAN TERHADAP TUDUHAN AHLI-AHLI KONGRES AMERIKA SYARIKAT KE ATAS
Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATO' SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD”
Usul
ini adalah usul ketetapan dan
pendirian Kerajaan terhadap
tuduhan Amerika Syarikat keatas Perdana Menteri Malaysia ke-4, YAB Dato’
Seri Dr. Mahathir Mohamad dan sekaligus menyokong kepimpinannya. Usul ini juga dikenali sebagai Usul Percaya sebagaimana yang dilaporkan oleh
akhbar-akhbar. Ia adalah usul
yang dikemukakan oeh Kerajaan pada 19 November 1997 di Mesyuarat Ketiga
Penggal Ketiga Parlimen ke - 9 sepert
berikut:-
Timbalan
Perdana Menteri [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim]: akan mencadangkan:-
"Menyedari
bahawa Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan merdeka yang dibangunkan di
atas prinsip demokrasi dan musyawarah;
Menginsafi
sifat majmuk masyarakat Malaysia dari segi suku kaum,agama dan kebudayaan di
mana rakyat telah hidup bersama dengan aman damai, hormat menghonnati dan
saling berganding bahu membina sebuah negara y.ing utuh lagi makmur;
…………………………………………………………………………………………..
Maka
Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan seperti berikut:
1. Menegaskan bahawa Malaysia akan terus
mempertahankan prinsip menghormati kerukunan hidup rakyat pelbagai kaum dan
agama dan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad
prinsip tersebut terus diamalkan. Selaras dengan dasar yang mengamalkan
sikapterbuka, adil dan saksama adalah dinafikan kenyataan bahawa pimpinan
negara adalah anti mana-mana kaum termasuk Yahudi;
2. Membantah cadangan usul dari beberapa ahli
Kongres yang membuat tuduhan melulu dan mempertikai kedaulatan dan hak rakyat
dan menuntut masyarakat antarabangsa akur terhadap hak rakyat mana-mana negara
menentukan kepemimpinan serta dasar negara masing-masing melalui proses
demokrasi dan musyawarah;
3.
Membantah keputusan Kerajaan Amerika Syarikat
untuk menyiasat pelaburan Petronas dalam industri gas di Iran kerana ianya
melanggar semangat perdagangan bebas yang diterima pakai oleh masyarakat
antarabangsa;
4.
Berusaha untuk menjamin kesinambungan hubungan
baik dengan Amerika Syarikat dalam segala bidang danberusaha untuk
mempertingkatkan hubungan tersebut;
5. Dan di atas segala ini memberi keyakinan dan
memberi sokongan penuh kepada Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai
Perdana Menteri Malaysia." [DR -19.11.1977 ms 17}
Usul ini telah dibahaskan oleh semua
wakli parti politik, disokong dan dipersetujuakan dengan sebulat suara tanpa
ada suara yang menyatakan tidak.
3.
USUL MENYOKONG
DAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA YAB DATUK HUSSEIN SEBAGAI PEDANA MENTERI.
Usul ini
juga dikemukakan oleh YB Datuk Senu bin
Abdul Rahman (Kuala Kedah) melalui Usul
Persendirian dan dibenarkan oleh Kerajaan pada 27 Januari 1976 di Penggal
ertama Parlimen Ke 4. Usul ini dibahaskan oleh Ahli-ahli
Parlimen mewakili parti-parti yang
semuanya menyokong termasuk PAS. Usul
ini dipersetujukan dengan undian suara.
Anatara lain, kandungan usul adalah seperti berikut:-
“Perdana
Menteri: Tuan Yang di-Pertua,saya mohon mengemukakan satu usul yang berbunyi:
bahawa Dewan dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
atas perlantikan Yang Amat Berhormat DatukHussein Onn sebagai Pdana Menteri dan
menyatakan sokongan sepenuhnya kepada beliau bgi melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya. “(Penyata Rasmi DR- 27 Januari 1976, hal 9921)
Usul
sokongan ini juga dikemukakan selepas Usul Merakamkan Perasaan Dukacita Atas Kematian
Allahyarham YAB Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein dan Ucapan Takziah
kepada Toh Puan Hajjah Rahah dan Keluarga “ oleh Perdana Menteri.
Secra mudahnya, kepercayaan majoriti
ahli Dewan diterjemahkan melalui usul oleh Kerajaan atau usul persendirian
yang dibenarkan oleh Kerajaan untuk didahulukan/dinaikkan dalam Aturan Urusan
Mesyuarat. Usul ini dikemukakan mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) dan
diputuskan untuk dipersetujukan.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, YB Lim Kit
Siang menyeru YAB TSMY supaya mengikuti contoh Tun Hussein Onn mengadakan
Mesyuarat Tergempar Parlimen untuk mendapatkan “undi percaya” terhadap
kepimpinannya.(Malaysiakini, 4 Mac 2020). Oleh yang demikian penulis menyimpulkan undi
percaya adalah merujuk kepada “Usul Sokongan kepada Perdana Menteri”.
USUL UNDI TIDAK PERCAYA
Peraturan Mesyuarat 27(3) -Usul Persendirian
Berkaitan Usul Undi Tidak Percaya pernah
dikemukakan terhadap Perdana Menteri ke-6 iaitu YAB Dato’ Sri Najib Abdul Razak.
Usul ini telah disenaraikan pada giliran 27 dalam Aturan Urusan
Dewan Rakyat pda 28 Oktober 2015 di Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga
Parlima Ke-13. Walau bagaimana pun usul ini hanya tersenarai sebagai usul
persendirian hingga tamat persidangan Mesyuarat Parlimen itu dan tidak
didahulukan untuk di bahas serta diputuskan, Usul ini adalah seperti berikut:
“27.
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan
ini mengemukakan Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak atas alasan penerimaan “Wang Derma” berjumlah RM2.6 billion yang pada
mulanya dinafikan, kemudiannya mengugut untuk menyaman akhbar Wall Street
Journal dan akhirnya mengakui wang tersebut diperolehi daripada individu yang
berasal dari Timur Tengah. Dengan tidak
menjelaskan mengapa “Wang Derma” ini dimasukkan ke akaun peribadi dan bukan
atas nama parti, Dewan juga tidak berpuas hati ke atas siasatan skandal 1MDB
yang berlaku di mana “Special Task Force” yang sepatutnya menyiasat skandal ini
dibubarkan tanpa memberi sebarang alasan sehingga Peguam Negara Tan Sri Abdul
Gani Patail ditamatkan perkhidmatan, pegawai SPRM dipindahkan, pihak polis
mengganggu siasatan SPRM dan Bank Negara, Public Account Committee (PAC) yang
sedang menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB tidak berfungsi akibat daripada
empat anggota PAC yang terbabit telah dilantik menjadi Menteri atau Timbalan
Menteri oleh Perdana Menteri, Pengarah Cawangan Khas (SB) diberhentikan,
Timbalan Pengarah Cawangan Khas dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri tanpa
diberi tugasan. Disebabkan masalah yang dinyatakan, Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak telah menjejaskan imej Negara di dunia dan menyebabkan pelabur
tidak yakin terhadap Kerajaan sekarang sehingga ekonomi menjadi tidak stabil,
serta pasaran saham menjunam teruk dan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia
berbanding dengan dolar Amerika Syarikat. Maka rakyat Malaysia tidak lagi
percaya terhadap Perdana Menteri dan dengan ini Dewan hendaklah mengambil
ketetapan untuk mengemukakan Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri.”
[ Perdana Menteri ] AUM DR 3/11/2015
ms 17
Peraturan
Mesyuarat 18(1) – Usul Tergempar
Setakat
ini, seingat penulis terdapat percubaan
oleh pihak pembangkang menggunakan Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2).
Misalnya pada tahun 2008, usul undi tidak percaya kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi , Perdana Menteri ke-5
oleh Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh (Dr. Wan Azizah Ismail)
tetapi usul ini ditolak oleh Yang di-Pertua Dewan di kamar kerana “wrong choice of words” . Ia ditolak
mengikut Peraturan 18(7).[Malaysia Today, 14 Julai 2008].
Semasa
Usul undi tidak percaya kepada Pedana Menteri ke-6 melalui Peraturan Mesyuarat
27(3) dikemukakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya pada Mesyuarat Ketiga, Penggal
Ketiga Parlimen Ke-13, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu menyatakan bahawa usul tidak percaya ( no confidence motion) boleh
dikemukakan walau pun tidak dinyatakan
secara jelas dalam Peraturan Mesyuarat.[Maysiakini, 30 September 2015].
.
Pesoalaannya,
apakah kesuaiannya dan signifikan Peraturan Mesyuarat 18 ini digunakan untuk
mengemukakan usul undi tidak percaya..
Ini kerana usul tergempar ini
hanya, sekiranya diterima olehYang di-Pertua, hanyalah untuk dibahaskan dan tidak diputuskan. Tambahan pula Usul Tidak Percaya kepada perdana Menteri adalah tidak selari
dengan syarat-syarat usul iaitu iaitu perkara tertentu, berkepentingan orang
ramai dan perlu disegerakan Penulis
berpandangan penggunaan Peraturan 18 ini untuk usul undi tidak percaya hanyalah bermotifkan kepentingan politik semata-mata.
KESIMPULAN
Usul
Undi Tidak Percaya sesuai dikemukakan mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3), Namun,
oleh kerana usul ini biasanya dikemukakan oleh pihak pembangkang, maka ia
bersifat Usul Persendirian. Sekiranya memenuhi syarat, ia akan tersenarai dalam
Aturan Uruan Mesyuarat Dewan Rakyat selepas urusan kerajaan. Oleh itu ia tidak
mungkin dibahas dan diputuskan melainkan dibenarkan oleh pihak Kerajaan.
Usul Tidak
Percaya juga boleh dihasilkan melalui “Usul Percaya” yang
sebenarnya lebih sesuai dipanggil “Usul Sokongan terhadap kepimpimpinan Perdana
Menteri”. Biasanya usul sedemkian
juga mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3)
sebgai Usul Kerajaan jika dikemukakan
oleh pihak Kerajaan atau Usul Persendirian oleh penyokong Kerajaan tetapi dibenarkan oleh Kerajaan.
Ada
pandangan Usul Undi Tidak Percaya boleh dikemukakan melalui Peraturan Mesyuarat
18(1) dan(2) di baca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3). Namun penulis berpandangan
bahawa kedua-dua peraturan mempunyai sifat dan ciri-ciri yang berbeza dan tidak
selari. Tambahan pula sekarang ini Usul 18
(1) an (2) dibahaskan dalam Kamar Khas yang melibatkan sebahagian kecil sahaja Ahli-ahli Dewan.
Maka jika usul
undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri ke 8, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd
Yassin hendak dikemukakan kepada Mesyuarat Parlimen, maka kedudukan juga sama seperti
usul-usul terdahulu, MELAINKAN SESUATU TINDAKAN LUAR BIASA
DARI AMALAN BIASA BERLAKU.
Suatu sorotan
pengalaman jua.
5 Mac 2020
Batu Pahat,
Johor
No comments:
Post a Comment