Isu sama ada Parlimen bersidang pada 9 Mac ini mula dibangkitkan
oleh wartawan ketia bertanya kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada1 Mac 2020,
pada masa beliau menghadiri Majlis Tatacara Pelantikan dan Angkat Sumpah
Perdana Menteri ke-8. Beliau menyatakan akan menulis surat kepada Perdana
Menteri mengenai perkara tersebut.
Berikutan itu pelbagai pihak khususnya kepimpinan PH menggesa supaya sidang itu
diteruskan bagi membolehka undi tidak percaya di buat keatas Perdana Menteri
Ke-8. Hal ini timbul apabila Tun Dr
Mahathir Mohamad dicalonkan semula dan mendakwa memperoleh 114 sokongan Ahli
Parlimen, tetapi sudah terlewat dan gagal untuk menemui Yang di- Pertuan Agong pada pagi 1 Mac
2020 iaitu sebelum majlis angkat sumpah tersebut. Malah ada yang mencabar bahawa Perdana
Menteri tidak boleh lari dari Dewan Rakyat kerana Parlimen mesti bersidang
dalam tempoh enam bulan selepas persidangan
terakhir Mesyuarat sebelumnya. Memang benar, Perkara 55(1) Perlembagaan
Persekutuan telah memperuntukkan sedemikian.
Penulis tidak membincangkan isu ini lebih awal kerana tidak mahu
menganggu urusan oleh Urusetia Ketua Majlis Parlimen menjalankan tugasnya. Sesungguhnya
penangguhan persidangan ini adalah wajar berasaskan hujah-hujah berikut:
- Oleh kerana kemelut politik 2020 ini tercetus dua minggu sebelum Parliemen bersidang, maka Proklamasi Prorog belum di tanda tangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Amalannya Penggal Parlimen akan di prorog (dihentikan) seminggu sebelum di panggil Penggal Parlimen berikutnya dalam Majlis Parlimen yang sama. Biasanya sekaligus Proklamasi Memanggil Penggal baharu juga ditanda tangani. Sebab itulah Perdana Menteri ke-7 memanggil Mesyuarat Khas pada 1 Mac 2020 untuk bersidang bagi memilih calon Prdana Menteri yag mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan. Walau bagaimanapun Yang di-Pertua Dewan tidak mengeluarkan notis mesyuarat kerana tidak memenuhi kehendak Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Oleh yang demikian, secara teknikalnya Mesyuarat yang dijadualkan pada 1 Mac itu boleh ditangguhkan dan teratur mengikut perundangan.
- Oleh kerana persidangan ini adalah hari pertama dalam Mesyuarat Pertama Penggal baharu, maka Yang di Pertuan Agong hendaklah bertitah bagi memasyhurkan sebab-sebab baginda memanggil Parlimen sebagaimana peruntukan Peraturan Mesyuarat 1. Justeru teks titah baginda yang telah disediakan perlu diubahsuai dengan perubahan kerajaan dan dasar-dasar yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan baharu.
- Petanyaan, Rang Undang-undang dan Usul-usul yang dikemukakan untuk Mesyuarat yang bermula pada 9 Mac itu sudah tidak relevan dengan perubahan Kerajaan. Sudah tentu adalah suatu yang ganjil, bahawa persoalan yang ditujukan kepada kerajaaan terdahulu dijawab oleh kerajaan baharu. Oleh itu adalah wajar sekali persidangan di Mesyuarat ini ditangguhkan dengan tempoh yang munasabah bagi membolehkan semua pertanyaan usul dan Rang undang-Undang di kemuka dan disusun semula.
Disamping itu, Jemaah Menteri yang baharu perlu dibentuk dahulu
sebelum Parlimen bersidang bagi membolehkan pertanyaan dan usul-usul di jawab oleh
Menteri-Menteri yang dipertanggung jawabkan.
Wassalam, suatu lontaran pandangan jua.
4 Mac 2020,
Batu Pahat, Johor.
Batu Pahat, Johor.
No comments:
Post a Comment