Semalam, 9 Mac 2020 jam 5.00 petang, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
membuat pengumunan Jemaah Menteri baharu yang telah diperkenankan Yang
di-Pertuan Agong. Pengumuman ini sangat diantikan oleh rakyat Malysia setelah
beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-8 pada 1 Mac yang lalu. Jemaah Menteri telah mengangkat sumpah hari ini, 10 Mac 2020 jam
3.00 petang di Istana Negara.
Keunikan atau perbezaan Jemaah Menteri kali ini ialah:
- Tiada pelantikan Timbalan Perdana Menteri.
- Lima Menteri
Kanan iaitu Menteri Perdangangan Antarabangsa
dan Industri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan, Menteri Kerjaraya dan Menteri Pendidikan. Dimana salah seorang Menteri-meneri kanan ini
akan mempengerusika Jemaah Menteri semasa ketiadaan Perdana Menteri.
- Mewujudkan portfolio khusus hal ehwal Sabah dan
Sarawak.
- Mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi
yang diasingkan dari Kementerian Pendidikan.
- Mewujudkan Kementerian Alam Sekitar yang
diasingkan dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
- Mewujudkan semula Kementerian Perpaduan Negara.
- Melantik tokoh profesional khususnya Mufti Wilayah sebagai Menteri (hal ehwal Islam) dan ini adalah sejarah dalam Jemaah Menteri Malaysia. Begitu juga pelantikan CEO CIMB sebagai Menteri Kewangan, walau pun sebelum ini bekas Penolong Gabenor Bank Negara dan CEO Maybank pernah dilantik dalam Jemaah Menteri.
Namun demikian, penulis melontarkan kegusaran…ampuhkan Kerajaan ini?
Ini kerana keampuhannya amat bergantung kepada prestasi Jemaah Menteri. Pelbagai pandangan dilontarkan terhadap barisan Jemaah Menteri, ada yang melihat barisan
berwibawa, berintergriti dan professional. Tidak kurang juga yang menyatakan tiada banyak perbezaan bahkan ada
yang tergamak mengungkapkan dengan perumpamaan “old wine in a new
bottle”.
Disamping itu, kesatuan yang terikat disaat-saat akhir yang
melibatkan pelbagai parti politik akan teruji keunggulan dan keampuhannya. Oleh kerana, saiz Jemaah Menteri yang agak
besar melibatkan 64 orang Ahli Parlimen dari 114 Ahli Parlimen Kerajaan,
maka akan timbul satu isu yang sering berlaku
sama ada pada era BN mahupun PH ialah ketidakhadiran Ahli Parlimen.
Menteri dan Timbalan Menteri
selalu menggunakan alasan kesibukan tugas sebagai Anggota Pentadbiran yang
menghalang kehadirannya di Dewan Rakyat. Justeru akan berlakulah keadaan tidak cukup kuorum
dan kemuncaknya kemenangan tipis pihak Kerajaan semasa undi belah bahagian bagi
meluluskan Rang Undang-undang dan usul-usul.
Apakah situasi demikian juga akan berlaku dalam era PN ini? Sekiranya 7 atau 8 orang ahli tidak hadir, maka pihak Kerajaan akan kalah dalam undi belah bahagian. Oleh yang demikian, tiada pilihan - supaya Ahli Parlimen Kerajaan serta Anggota Pentadbiran agar sentiasa komited untuk hadir sepenuhnya di Dewan Rakyat bagi memastikan keadaan tersebut dapat dihindarkan. Jika tidak, akar kekuatan PN akan tercabut dengan sendirinya di Dewan Rakyat. Penulis akan melihat lebih mendalam isu ini dalam penulisan yang akan datang.
Suatu lontaran kegusaran jua.
Seri Medan, Johor
10 Mac 2029
Apakah situasi demikian juga akan berlaku dalam era PN ini? Sekiranya 7 atau 8 orang ahli tidak hadir, maka pihak Kerajaan akan kalah dalam undi belah bahagian. Oleh yang demikian, tiada pilihan - supaya Ahli Parlimen Kerajaan serta Anggota Pentadbiran agar sentiasa komited untuk hadir sepenuhnya di Dewan Rakyat bagi memastikan keadaan tersebut dapat dihindarkan. Jika tidak, akar kekuatan PN akan tercabut dengan sendirinya di Dewan Rakyat. Penulis akan melihat lebih mendalam isu ini dalam penulisan yang akan datang.
Suatu lontaran kegusaran jua.
Seri Medan, Johor
10 Mac 2029
No comments:
Post a Comment