Sunday, 22 August 2021

YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN PERDANA MENTERI KE-9....SAH TETAPI PERLUKAH USUL KEPERCAYAAN DI DEWAN RAKYAT?

Pada 16 Ogos 2021, Isnin, jam 10. pagi, Tan Sri Mahiaddin Yassin telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri dan yang terakhir baginya.  Selepas itu, beliau telah menghadao DYMM Yang di_pertuan Agong (YDA) bagi nempersembahkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Baginda perkenan perletakkan tersebut.Baginda juga perkenan melamtik beliu sebagai "Perdana Menteri Careteker" sehingga Perdana Menteri Baharu dilantik.  Sekitar jam 12.15 tengahari, beliau telah membiuat pengu,muman khas yang disiarkan scara langsung.

Pada 17 Ogos 2021, YDA telah menerima  menghadap ketua-ketua dan wakil-wakil parti-parti politik utama negara. Seterusnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menulis surat kepada semua Ahli-ahli Dewan supaya  menyatakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri menerusi surat akuan (statutory declaration). Akuan tersebut dikemukakan kepada Setiausaha Sulit Kanan YDA  sebelum 4 petang pada 18 Ogos 2021.Setrusnya pada Pada 20 Ogos 2021, Khamis, satu Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu selama dua jam  bermula pada jam 2.30 petang,  Pada lewat petang, Datuk Pegeloloa Bijaya Diraja telah membuat kenyataan media " Istana Negara telah menerima pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada 220 Ahli-ahli Dewan Rakyat, masing-masing menerusi surat akuan (statutory declaration) pada 18 Ogos 2021 lalu. Dari surat-surat akuan tersebut seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan. Susulan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap 114 Ahli Dewan Rakyat semalam, 19 Ogos 2021, untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9."

Perdana  Menteri Ke-9 telah  menerima Surat Cara Pelantikan dan surat sumpah jawatan di hadapan YDA pada 20 Ogos 2021, jam 2.30 petang di Istana Negara.. MAKA SEMPURNALAH PELANTIKAN PERDANA MENTERI KE-9 DAN TERLEPASLAH PELUANG DATO SERIA ANWAR IBRAHIM, PRESIDEN PKR DAN KETUA PEMBANGKANG UNTUK SEKIAN KALINYA SETELAH MENDAOAT SOKONGAN 105 AHLI PARLIMEN. [ SEORANG TIDAK MENGAHANTAR NAMA IAITU YB GUA MUSANG].

Namun demikian, pada 19 Ogos 2021, Istana Negara dalam kenyataan  media supaya Perdana Menteri Ke-9 mengemukakan "usul undi percaya" (USUL KEPERCAYAAN) di Dewan Rakyat untuk membuktikan keabsahannya.  Persoalannya apakah perlu usul tersebut.? Dari segi Perlembagaan dan perundangan , pelantikan telah sah dan memenuhi semua tatacara dan tidak  boleh dipertikaikan di Mahkamah.  Pelbagai pihak khususnya Ngo's dan phak pembangkang menggesa usul tersebut.

Penulis akan kupas lebih lanjut dalam penulisan akan datang.

SUATU CATATAN BERSEJARAH

Jenderam Hulu,


Monday, 16 August 2021

DESAS DESUS TAN SRI MAHAIDDIN YASSIN MELETAK JAWATAN SEBAGAI PM TELAH MENJADI KENYATAAN

 

Pada sebelah pagi 14 Ogos 2021 (Sabtu), tersebar berita online bahawa satu mesyuarat kabinet yang meliputi Menteri, Timbalan Menteri dan ketua-ketua whip di adakah di Perdana Putera pada sebelah petang. Berita itu hanya khabar angina, hanayalah perjumpaan Perdaana Menteri dengan pemimpinpminpin Perikatan Nasional. Walau bagaimanapun, sekitar 3.30 petang, penulis mendapat maklumat bahawa PM akan meletak jawatan dan pengumuan dibuat pada hari Isnin, 16 Ogos 2021. Apakah benar?

FMT melaporkan “Laporan: Muhyiddin dijangka buat pengumuman penting Isnin”. Desas desus Perdana Menteri akan meletak jawatan Isnin ini makin bertebaran dengan laporan terbaharu “satu pemakluman penting” mengenai diri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Isnin ini.

“Makluman oleh perdana menteri itu dijangka dibuat pada tengah hari, sebaik beliau selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara,” kata seorang pegawai kanan kepada menteri, Berita Harian melaporkan. “Dijangka Isnin ada pengumuman (oleh Muhyiddin). Mungkin tengah hari,” kata seorang lagi pegawai kanan kepada menteri. FMT sebelum ini memetik sumber Putrajaya sebagai berkata Muhyiddin akan meletak jawatan dalam tempoh terdekat, malah “surat letak jawatan sudah disediakan.”[FMT, 14 Ogos 2021, 11.38 pm]

Pada 15 Ogos (Ahad) telah tersebar berita tersebut.  Malaysianow melaporkan “PM akan serah surat letak jawatan kepada Agong pada Isnin, kata menteri”. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Isnin, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri.. Menteri di-Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) berkata kepada AFP, Perdana Menteri telah memaklumkan mengenai surat perletakan jawatan itu kepada ahli-ahli Parlimen dari Bersatu ketika mesyuarat di Kuala Lumpur.

“Esok akan ada mesyuarat khas kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan,” Kami cuba pujuk untuk beliau kekal pegang jawatan, namun beliau berkata: ‘Kita sudah tidak ada angka sokongan ahli-ahli Parlimen.'”

Dilaporkan, Perdana Menteri turut berkata kini terpulang kepada Agong untuk menerima surat peletakan jawatan beliau atau tidak.an lagi. Terpulang kepada institusi raja untuk melantik perdana menteri baru yang mempunyai sokongan di Parlimen. [Malaysianow, 15 Ogos 2021,4.42 pm].

Pada 16 Ogos 2021, tersebar berita bahawa pukul 10.00 pagi Mesyuarat Khas Jemaah Menteri dan seterusnya Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 12.45 tengahari dan telah menyerahkan warkah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Ini disebabkan kehilangan majoriti Ahli Dewan Rakyat.  Walaupun pada asalnya keabsahan akan ditentukan di Parlimen, tetapi 15 Ahli Parlimen telah menarik balik sokongan, maka tak perlu keabsahan di Parlimen.  Perkara 43(4) " jika tidak mendapat majoriti Ahliu dewan Rakyat, Perdana Menteri meletak jawatan "  Beliau juga  berusaha untuk menyelamatkan keadaan, setidak-tidaknya sehingga selesai krisis Covid-19, tetapi tidak diterima oleh kebanyakan Ahli-ahli Parlimen.  "Hari ini, hari terakhir saya sebagai Perdana Menteri, saya redha dengan ketentuan Ilahi"..  Demikianlah Periutusan Khas jam 3.00 petang. 

MAKA TAMATLAH KERAJAAN PERIKATAN YANG BERUSIA 17 BULAN..

Suatu catatan bersejarah.,

Jenderam Hulu

16 Ogos 2021 , 3.45 ptg.


 

Friday, 13 August 2021

RESPONS PARTI PEMBANGKANG – TAWARAN TERLEWAT!

 

Seawal sekitar 7.00 mlm pada hari yang sama, Parti MUDA, WARISAN, Parti Sarawak Bersatu dan UPKO membuat kenyataan bersama menolak cadangan Perdana tersebut dan menggesa Perdana Menteri meletak jawatan..Pihaknya telah memberi cadangan CSA (Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan – Confidence and Supply Agreement) sejak setahun lalu tetapi tidak mendapat maklum balas dari Kerajaaan.  Kenyataan ini juga menegaskan “bukan bukan tanggungjawab Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan kewujudan sokogan majoriti pada mana-mana Ahli Parlimen sebelum meletakkan jawatan

Sekitar 10.00 mlm pada hari yang sama, dilaporkan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menolak keras segala tawaran kerjasama rentas kepartian daripada Perdana Menteri. PH menyifatkan tawaran itu  tidak ikhlas dan sepatutnya dibuat lebih awal, bukannya di penghujung hayat politik  Perdana Menteri.  Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh pimpinan tertinggi PH iaitu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. (FMT, 13 Ogos 2021, 10.28 pm)

Kenyataan bersama PH " PAKATAN HARAPAN TOLAK TAWARAN MAHIADDIN, MESTI MELETAK JAWAATAN". "PH mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran yang tdak ikhlas Tan Sri Mahiaddin Yassin yang sepatutnya dibuat lebih awal dan bukan dihujung hayat politik beliau".

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta semua pihak bersabar menunggu kenyataan parti itu susulan tawaran yang dikemukakan Perdana Menteri."#UMNO akan mengeluarkan kenyataan balas mengenai isu terkini. Harap bersabar," katanya menerusi satu ciapan di Twitter.  

Sekitar 11.00 mlm, UMNO mengeluarkan kenyataan rasmi. "UMNO tidak boleh mempertimbangkan tawaran dari seorang yang sufah hilang keabsahan, apatah lagi bersifat sogokan terbuka dan terdesak hanya untuk memanjangkan hayat politiknya". 

NAMPAKNYA PARTI-PARTI PEMBANGKANG TELAH MENOLAK TAWARAN PN, TAWARAN SUDAH TERLEWAT 

Kemaskini ; 

Melengkapkan penolakan tawaran tersebut, Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Amiruddin Hamzah menolak tawaran yang diberikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, PM telah melakukan sogokan secara terang-terangan kepada ahli-ahli Parlimen. [Sinar Harian, 14 Ogos 2021].


Catatan dipinggiran,

 Jenderam Hulu, 

13 Ogos 2021,11.45 mlm

USUL PERCAYA - SOKONGAN BIPARTISAN; MUNGKINKAH PEMBANGKANG BERSETUJU?

Dalam tempoh beberapa hari ini telah tersebar pelbagai desakan dan kenyataan sama ada dari pihak pembangkang, UMNO, NGO bahkan pihak Istana,  bahawa Perdana Menteri dan Kerajaan PN telah kehilangan majoriti.  Terbaharu dikatakan Perdana Menteri hanya memperoleh 100 sokongan ahli Parlimen dan 120 tidak menyokong (105 PH +15 UMNO).

Tanpa diduga, pada 13 Ogos 2021, jam 6 petang, semasa perutusan khas yang disiarkan di TV, bertemakan "Bersama memulihkan Negara", Perdana Menteri telah memaklumkan pihaknya telah mencapai satu kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti-parti di luar Perikatan Nasional untuk meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Ini akan membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba suatu masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat. Usul undi percaya ini hanya boleh diluluskan dengan sokongan bipartisan di Dewan Rakyat.

·   Perdana Menteri membentangkan cadangan rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya usul undi percaya diluluskan.  

o Pertamanya ialah mengenai peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen. Barubaru ini saya telah mengumumkan pemberian peruntukan 300 ribu ringgit kepada semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa mengira parti politik bagi tujuan pembelian bakul makanan untuk diagih kepada rakyat yang memerlukan. Atas semangat kerjasama bi-partisan di Parlimen dan keperluan untuk memperluaskan bentuk-bentuk bantuan kepada rakyat dalam situasi pandemik, semua Ahli Parlimen akan menerima peruntukan tahunan yang sama tanpa mengira parti politik. Bagi Ahli Parlimen pembangkang, peruntukan untuk tahun ini akan dibuat secara prorata mengikut jumlah bulan yang berbaki.

o Kedua,  Kerajaan akan membentangkan untuk kelulusan Parlimen penambahan siling Dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion dari RM65 bilion seperti yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu kepada RM110 bilion.. Dari aspek bantuan kepada rakyat pula, Kerajaan komited untuk membantu golongan terjejas. Bantuan tunai sebanyak RM10 bilion akan disalurkan kepada 11 juta penerima dalam separuh kedua tahun 2021. Bantuan tunai bagi mereka yang memerlukannya akan diteruskan pada tahun 2022, bukan sahaja untuk golongan B40 tetapi juga meliputi bantuan bersasar kepada golongan miskin tegar, miskin bandar dan M40 yang kehilangan pendapatan. Bagi menyokong kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi, dana tambahan Kumpulan Wang COVID-19 akan digunakan bagi membantu insentif pengambilan pekerja serta meningkatkan pembiayaan kepada PKS,terutamanya dalam meraih peluang ekoran pembukaan semula ekonomi selaras dengan pelaksanaan PPN.

 o Ketiga, sekiranya Kerajaan berjaya mendapatkan sokongan bi-partisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga, suatu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang UndangUndang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

o  Keempat, Kerajaan juga akan memperkukuhkan reformasi parlimen dengan memastikan jumlah Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah lebih seimbang. Jumlah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen juga boleh ditambah untuk memastikan semua Ahli Parlimen dapat memainkan peranan semak dan imbang yang lebih berkesan menerusi penglibatan mereka dalam jawatankuasa ini. Sebagai pengiktirafan kepada peranan semak dan imbang di Parlimen, 50 peratus Jawatankuasa Pilihan Khas akan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kerajaan dan 50 peratus lagi oleh Ahli Parlimen pembangkang. Sejajar dengan jangkaan bebanan tugas yang akan bertambah dalam melaksanakan fungsi semak dan imbang yang lebih efektif, Kerajaan akan menyediakan kakitangan sokongan dan saraan yang berpatutan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

o  Kelima, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa. Untuk itu, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen untuk tujuan ini. Berharap, dengan adanya kerjasama bi-partisan di Parlimen, rang undang-undang ini akan dapat diluluskan.

o Keenam rang undang-undang termasuk rang undang-undang perbekalan yang akan dibentangkan di Parlimen akan dirundingi terlebih dahulu dengan semua Ahli Parlimen. Suatu rang undang-undang hanya akan dibentangkan sekiranya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen

.o Ketujuh, sebagai pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang Menteri Kanan.

Seterusnya Perdana Menteri berjanji, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai. Justeru, bergantung kepada situasi pandemik,” saya membuat akujanji bahawa pilihanraya umum ke lima belas akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan.

Perdana Menteri juga menegaskan bahaawa tujuan dikemukakan cadangan tersebu ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen. Pada masa yang sama, mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera.    

PERSOALANNYA, APAKAH PIHAK PEMBANGKANG AKAN MENERIMA TAWARAN TERSEBUT, TERUTAMANYA KETUA PEMBANGKANG YANG AKAN DIBERI SARAAN DAN KEMUDAHAN SETARAF MENTERI KANAN.  APAKAN PEMBERIAN PERUNTUKAN YANG SAMA TERMASUK PIHAK PEMBANGKANG, AKAN MELEMBUTKAN PERASAAN MERKA UNTUK BERSAMA.  TIDAKKAH SEMUA ITU AGAK TERLEWAT .... WALAU APA PUN, KITA TUNGGU RESPON MEREKA!!!  

SEJUJURNYA PERDANA MENTERI DAN PN TELAH AKUI KEHILANGAN MAJORITI...ATAS SELOGAN "DEMI RAKYAT", BERKONGSI KUASA DICIPTA!

SUATU CATATAN DALAM KEJUTAN. 

 Jenderam Hulu, 

13 Ogos 2020, 6.30 ptg.





P


Wednesday, 11 August 2021

APAKAH MAKSUD MAJORITI USUL KEPERCAYAAN TERHADAP PM?

 

Semasa catatan ini ditulis, pelbagai pihak termasuk pakar perundangan memberi takrifan mojariti bagi usul percaya.  Kebanyakkannya mentafsirkan majoriti itu adalah lebih setengah dari Ahli Dewan.  Dalam konteks sekarang, jumlah ahli Dewan ialah 220 (2 kosong kerana penyandang meninggal dunia), ramai mentafsirkan sekurang-kurang majoriti itu111 Ahli Parlimen menyokong. 

Walau bagaimanapun, takrifan majoriti berdasarkan jumlah ahli Dewan tersebut tidak jelas dan tidak dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan.  Ini berbeza dengan perkara-perkara tertentu yang dinyatakan secara jelas, seperti berikut:-

(i)    Tanah simpanan Melayu, Perkara 89(1) (a) menyebut –

                    (a) yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Dewan  Undangan    dan         dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga       daripada ahli-ahli                   yang hadir dan   mengundi; dan

(b) yang dipersetujui melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi.”

 

(ii)  Pindaan Perlembagaan, Perkara 159 (3) menyatakan:

“(3) Sesuatu Rang Undang-Undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan (selain pindaan yang dikecualikan daripada peruntukan Fasal ini) dan sesuatu Rang Undang-Undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada sesuatu undang-undang yang diluluskan di bawah Fasal (4) Perkara 10 tidaklah boleh diluluskan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen melainkan jika Rang Undang-Undang itu telah disokong pada Bacaan Kali Kedua dan Kali Ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu.”

 

(iii)  Draf perintah  persempadanan bahagian-bahagin pilihan raya, Seksyen 10 Jadual Ketiga Belas menyatakan :

 

“10. Jika mana-mana draf Perintah yang disebut dalam seksyen 9 diluluskan oleh Dewan Rakyat melalui ketetapan yang disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu, maka Perdana Menteri hendaklah mengemukakan draf Perintah itu kepada Yang di-Pertuan Agong.”

 

Berkaitan dengan usul kepercayaan terhadap Perdana Menteri, maka Perkara 43(4) menyatakan - “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.  Disini tidak dinyatakan secara jelas maksud majoriti ahli Dewan Rakyat itu sama  ada:

§  bilangan ahli Dewan,

§  jumlah ahli Majlis atau

§ majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi.”

Oleh yang demikian, perlu dirujuk Peraturan Mesyuarat 45(1) menyatakan:

 "45. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat Fasal (1) Perkara 89 dalam  Perlembagaan dan Fasal (3) Perkara 159 dalam Perlembagaan dan dengan  tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, Majlis Mesyuarat, menurut syarat- syarat  fasal (3) Perkara 62 dalam Perlembagaan, hendaklah mengambil keputusan atas  sesuatu   perkara itu mengikut pihak mana yang    mendapat undi lebih; dan jika    sama banyak    undi, maka Tuan Yang di-  Pertua atau siapa-siapa yang mempengerusikan     mesyuarat hendaklah mengeluarkan undi    pemutus,  tetapi     ia tidak boleh      mengundi      jika tidak  sama banyak undi dengan  disyaratkan bahawa sekiranya Tuan Yang di-   Pertua menjadi seorang ahli Majlis   hanya   menurut perenggan (b)  Fasal(1A)Perkara 57 Perlembagaan, maka ia  tidak  mempunyai undi      pemutus dalam Majlis Mesyuarat atau dalam  mana-mana mesyuarat        Jawatankuasa.”

 

Ini bermakna Yang di-Pertua akan memutuskan mana-mana pihak yang mendapat undi lebih hatta  1 undi  dan usul itu akan dipersetujukan.  Dalam usul kepercayaan ini, sekiranya undi yang lebih itu kurang dari 111, misalnya 110 vs 109, (JUMLAH UNDI 119), Yang dipertua akan memutskan usul dipersetujukan.  Disini akan timbul persoalan perundangan, dan akan dirujuk kepada pihak Peguam Negara untuk mentafsirkan adakah keputusan usul ini boleh dikira sebagai sokongan majoriti ahli Dewan atau sebaliknya.   Ini kerana  maksud majoriti di luar Dewan bagi tujuan Yang di-Pertuan Agong mempercayai seorang Ahli Dewan Rakyat mempunyai kepercayaan majoriti,  bermaksud lebih setengah dari Ahli Dewan, sekurang-kurangnya 111 dari 220 Ahli Dewan.

Suatu catatan lontaran pandangan jua.

Bangunan BHEUU, Putrajaya

12 Ogos 2021, 2.30 ptg.

Saturday, 7 August 2021

USUL PERCAYA KEPADA PERDANA MENTERI - JIKA KALAH, APA BERLAKU?

Pada 4 Ogos 2021, Perdana Menteri dalam siaran langsung  sidang khas media telah memaklumkan usul percaya terhadap Perdana Menteri akan dibentang dan dibahas pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bermula 6 hingga 30 September 2021 dan sekaligus keabsahan Kerajaan akan ditentukan dalam undian belahbahagian yang pasti akan diminta oleh pihak pembangkang.  

Jika pihak Kerajaan menang dalam undian belahbahagian  itu, walaupun dengan majoriti kecil,  satu atau dua undi pun, maka keabsahan Perdana Menteri dan sekaligus Kerajaan PN tidak boleh dipertikaikan lagi.  Persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dan Kerajaan PN mentadbir seperti biasa.

Sebaliknya, sekiranya pihak Kerajaan kalah dalam undian usul percaya tersebut, persidangan Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.  Seterusnya  beberapa situasi akan berlaku:

    • Perdana Menteri akan meletak jawatan dan terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong  untuk melantik Perdana Menteri yang baharu mengikut Perkara 43, fasal (2)(a)  Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri, seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu”; atau

· Perdana Menteri manasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan seterusnya melaksanakn PRU 15 dalam tempoh 60 hari. Dalam tempoh tersebut, kerajaan sementara (Caretaker Government) akan mentadbir sehingga terbentuk kerajaan yang baharu.

    Ini diperuntukkan dalam  Perkara 43 (4) iaitu:

    “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.   

  Oleh kerana pandemik COVID-19 belum reda dan kelompok komuniti belum tercapai, darurat boleh diisytiharkan untuk untuk menangguhkan pilihan raya umum dan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari selepas darurat tersebut tamat.  Pada masa ini, Proklamasi Darurat bagi Parlimen Batu Sapi dan DUN Bugaya dan Parlimen Gerik masih belum diungkaikan.  Begitu juga terbaharu, Proklamasi Darurat bagi Sarawak dimasyhurkan yang berkuatkuasa 2 Ogos 2021 bagi menangguhkan Pilihan Raya Umum untuk DUN Sarawak..

Secara logiknya, Perdana mempunyai keyakinan bahawa beliau ada sokongan majoriti sehingga berani membenarkan usul percaya terhadapnya.  Walau bagaimanapun, pihak pembangkang juga UMNO mempertikaikan keyakinan tersebut kerana pada 3 Ogos 2021, MKT UMNO telah menarik balik sokongan dan meminta Ahli-ahli Parlimen yang berjawatan meletak jawatan. Disamping itu  8 orang Ahli Parlimen UMNO  telah menulis surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat menarik sokongan kepada PN.  Malahan juga semasa catatan ini ditulis, 2 orang Menteri Persekutuan telah meletak jawatan iaitu YB Lenggong ( Menteri Tenaga dan Sumber Asli) dan YB Parit Sulong (Menteri Pengajian Tinggi) dan Pengerusi GLC telah meletak jawatan iaitu Ahli Parlimen Kota Belud.  Bahkan beberapa Ahli Parlimen seperti YB Padang Rengas dan YB Tanjong Karang menyokong PN sehingga pengundian usul percaya tersebut.  Begitu YB Baling yang belum menyatakan pendirian jelasnya dan menyatakan patuh kepada keputusan parti.

Walaupun demikian, Ahli-ahli Parlimen dari UMNO dan BN telah membuat pendirian berbeza.  Pada 6  Ogos  2020, sekitar 12.00 tengahari, Ahli Parlimen Bera yang juga Timbalan Perdana Menteri telah membuat sidang media di DBKL dan menyatakan seramai 21 orang Ahli Parlimen yang hadir dan 10 lagi yang tidak hadir telah memberi sokongan kepada Kerajaan PN sehingga PRU 15 dan patuh dengan titah  Yang di-Pertuan Agong untuk ditentukan keabsahannya melalui udi percaya di sidang Parlimen pada bulan September.  Juga menyatakan sama ada  kerajaan sekarang berfungsi atau tidak selepas bulan September nanti bergantung kepada keputusan di Parlimen.   Beliau juga menyatakan pihak Yang di-Pertuan Agong tidak menberima menghadap mana-mana pemimpin yang mendakwa mempunyai majoriti.

Dalam sejarah persidangan Parlimen, beberapa kali usul  kepercayaan atau menyokong Perdana Menteri dibentang dan dibahas; iaitu:

1)    Usul “Mengalu-alukan dan menyokong pelantikan dan   kepemimpinan YAB Dato’ Seri  Abdullah bin Haji Ahmad Badawi   Ahli Parlimen bagi Kepala Batas  ebagai  Perdana  Menteri Malaysia yang Kelima”, 3 November 2003,

2)  Usul  “Bantahan terhadap tuduhan ahli-ahli kongres Amerika Syarikat ke atas YAB   Perdana   Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, 19 November  1997 di Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke - 9 

3) Usul menyokong   dan ucapan tahniah kepada YAB Datuk Hussein Onn sebagai Perdana  Menteri, 7 Januari 1976 di Penggal Pertama Parlimen Ke-4.

Walau bagaimanapun usul kepercayaan atau sokongan terhadap Perdana Menteri tersebut  ketika majoriti Kerajaan yang kukuh (2/3 majoriti), dan dipersetujukan secara undian suara. Ini berbeza dengan usul kali ini adalah dalam suasana majoriti yang kecil dan sering dipertikaikan, dan kali pertama ditafsirkan sebaliknya sebagai undi tidak percaya jika kalah dalam undian usul tersebut.

Justeru  hingga tarikh usul tersebut, adalah suatu penantian yang amat diharapkan oleh kita semua.....penuh kesabaran menanti.  Hingga kesaat itu, diharapka semua  pihak, khususnya UMNO sabar bagi menunggu hari penentuan.  APAKAH YANG BERLAKU DI DUN PERAK, DISEBABKAN UNDI PERCAYA, SEORANG MENTERI BESAR TERSINGKIR DAN DILANTIK MENTERI BESAR YANG BAHARU...AKAN BERLAKU DI PERINGKAT PERSEKUTUAN.

TUNGGU DAN LIHAT......

Suatu catatan.
Jenderam Hulu,
7 Ogos 2021

Sunday, 1 August 2021

PEMBANGKANG DEMONTRASI DAN MENGGESA PM LETAK JAWATAN !!!

 

Sebagaimana dijangka bahawa pembangkang akan protes terhadap keputusan menngguhkan sidang Dewan Rakyat.  Pada hari ini, 2 Ogos 2021, sekitar jam 10.00 pagi, Ahli-ahli Parlimen Pembangkang telah berhimpun di Dataran Merdeka setelah tidak dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen.  Setelah berhimpun di Dataran Merdeka, mereka bergerak berjalan ke Banguan Parlimen tetapi haling oleh FRU di bulatan Dato ONN.  Diakhir perhimpunan, sebelum bersurai dan setelah berunding dengan pihak Polis, Ketua Pembangkang, Dato” Seri Anwar Ibrahim telah merumuskan dan menuntut Perdana Menteri  meletak jawatan kerana :

·         Menanguhkan sidang parlimen.

·         Menghalang Ahli-ahli Parlimen bertugas

·         Menderhaka kepada Yang di-Pertua Agong.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan telah hilang sokongan majoriti dan sekasrang ini bertahan untuk terus berkuasa.

Penulis mengikuti siaran langsung oleh Sinar dan mencatatkan ucaapan-ucapan pemimpin pembangkang semasa berhimpun dan sebelum bergerak ke Parlimen. YB Kulim Bandar Baru (Saifudin Nasition) yang menjadi jurucakap/juruacara telah menyatakan:

·         bahawa pejabat Ahli-ahli Parlimen adalah di bangunan Parlimen dan cuba masuk.

·    Kenyataan KKM supaya siding ditangguhkan hingga ke minggu ketiga bulan ogos adalah tidak masuk akal dan KP jangan bersubahat.

·       Usul pertama setiap Penggal ialah mengarahkan Ketua Polis Negara tidak menghalang Ahli-ahli Parlimen masuk ke Parlimen.

Setersunya ucapan ketua-ketua parti yang menganggotai pembangkang iaitu UPKO, MUDA, Pejuang, Amanah, DAP dan PKR yanag juga Ketua Pembangkang. Intipati ucapan mereka adalah seperti berikut:

Ucapan Presiden UPKO:

·         Cadangan KP Kesihatan adalah tak betul.

·  Sebelum sidang, telah ada CPR test, kemudian RTK test pada hari khamis yang menyebabkan siding ditangguhkan

·         Seterusnya mencadangkan sidang hari ini ditangguhkan tidak wajar.

Ucapan Prsedian MUDA (YB Muar)

·         Kerajaan sekarang adalah banckrup government

·         Semalam anak muda tidak boleh himpun di dataran merdeka, tetapi wakil rakyat yang sepatutnya membawa suara rakyat pula tidak dibenmarkan apabila Parlimen ditutup.

·         Alasan ditutup kerana COVID-19 adalah tidak masuk akal kerana hanya 0.9%

·         Kita tak boleh berhimpun, tapi di rumah Perdana Menteri, mereka boleh berkumpul.

Ucapan Presiden Pejuang (YB Jerlun}

·         Setiap hari 200 orang mati kerana COVID tetapi pemimpin Kerajaan sibuk untuk politik dan tidak pentingkan rakyat.

·      Parlimen ditutup, mereka bimbang keabsahan dicabar, PM bimbang tumbang dan mereka hilang kuasa.

·         Menuntut hak untuk bersidang – itlah cara menangani masalah, bela nasib rakyat.

·         Kerajaan hari ini gagal, perlu diubah sekarang., tak perlu tunguh  6 September, - beribu-ribu lagi rakyat meninggal.

Ucaapan  Presiden WARISAN (YB Semporna)

·         Hari ini perundangan negara tidak berfungsi

·         Titah Tuanku – Parlimen harus bersidang seperti biasa

·       Undang-undang kerana tak berfungsi kerana taka da undi, ordinan-ordinan mesti dibahas di Parlimen termasuk ordinan darurat di Sarawak.

·         Eksekutif. tidak boleh dahului Parlimen

Ucapan YB Selangau

·         Sidang ditangguhkan tak sah,  Perlembagaan di langar, Titah dilanggar

·         Hari ini bersatu, sejarah yang pahit, tak pernah fikir akan berlaku di Malaysia

·         “government must go”. .

Ucapan Presiden AMANAH (YB Kota Raja)

·         PM sudah gila – dia lawan Parlimen, lawing Agong dan tak boleh siding

·         Sebagai Ahli Parlimen lama – tak pernah rasa begini. Muhyiddin mesti pergi.

·         Semua , dia langar, dia langar rakyat

·         Perlembagaan telah dihancurkan oleh Muhyiddin.

Ucapan Setiausaha Agong DAP( YB Bagan)

·         Hari ini, 2 Ogos telah bebas darurat tapi tak bebas COVID, tak bebas hendak bahas

·         PM langar rakyat, Perlembagaan.  Serahkankan kuasa kepada rakyat.

·         Kita ke Parlimen bukan hendak undi tak percaya, tapi bincang masalah rakyat

·         Kita takut COVID, tapi lebih takut  masa depan rakyat.

·         PM undurlah

Ucapan Presiden PKR (YB Port Dickson – Ketua Pembvangkang)

·         Sekarang ini , PM Mahiaddin secara rasmi telah jatuh.  Dapat maklumat, ramai yang keluar dari PN.  Ada 107 campor dengan mereka, kerajaan dah tumbang.

·         Soalnya pelanggaran hokum – menggunakan kuasa – membelakangi rakyat, Parlimen dan derhaka kepada Agong.  Belum pernah berlaku dalam sejarah.. Penghinaan institusi raja.  Sebab inilah kita berhimpun

Ucapan YB Langkawi

·         Kerajaan ini  tak bagi kita cakap dalam Parlimen

·         Sepatutnya sudah tdak jadi PM, dahlah masuk ikut pintu belakang

·         Harap rakyat faham, hari ini sudah tidak ada kerajaan.

·    Ordinan bahas di Dewan, hantar ke Agong, jika 2 bulan – akan jadi undang-undang. Sekarang ini ordinan tak bawa ke Parlimen – maka tak ikut pun sedikit undang-undang.  Apakah jenis kerajaan ini? Harap rakyat  tolak orang seperti ini

·         Mereka tidak kisah rakyat, rakyat mati beribu-ribu tapi yang pentimg ia terus jadi PM.

·    Dulu masa Pak Lah, dia  suruh letak. Pak Lah baik…dia letak jawatan. Dia, orang maki tapi tak letak jawatan.  Harap negara kan tolak manusia seperti ini.

Inilah catatan hari ini. Apakah yang akan berlaku seterusnya .  Adakah Langkah Sheraton pada Februrai 2020 akan berulang dan berakhir dengan perubahan Kerajaan?  ATAU TERUS KEKAL SEHINGGA TIADA PILIHAN PARLIMEN DIBUBARKAN ATAU…?

 

Catatan di pinggiran

Jenderam Hulu.

2 Ogos 2021.. 12.30 tgh

 

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...