Wednesday, 11 August 2021

APAKAH MAKSUD MAJORITI USUL KEPERCAYAAN TERHADAP PM?

 

Semasa catatan ini ditulis, pelbagai pihak termasuk pakar perundangan memberi takrifan mojariti bagi usul percaya.  Kebanyakkannya mentafsirkan majoriti itu adalah lebih setengah dari Ahli Dewan.  Dalam konteks sekarang, jumlah ahli Dewan ialah 220 (2 kosong kerana penyandang meninggal dunia), ramai mentafsirkan sekurang-kurang majoriti itu111 Ahli Parlimen menyokong. 

Walau bagaimanapun, takrifan majoriti berdasarkan jumlah ahli Dewan tersebut tidak jelas dan tidak dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan.  Ini berbeza dengan perkara-perkara tertentu yang dinyatakan secara jelas, seperti berikut:-

(i)    Tanah simpanan Melayu, Perkara 89(1) (a) menyebut –

                    “(a) yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Dewan  Undangan    dan         dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga       daripada ahli-ahli                   yang hadir dan   mengundi; dan

(b) yang dipersetujui melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi.”

 

(ii)  Pindaan Perlembagaan, Perkara 159 (3) menyatakan:

“(3) Sesuatu Rang Undang-Undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan (selain pindaan yang dikecualikan daripada peruntukan Fasal ini) dan sesuatu Rang Undang-Undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada sesuatu undang-undang yang diluluskan di bawah Fasal (4) Perkara 10 tidaklah boleh diluluskan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen melainkan jika Rang Undang-Undang itu telah disokong pada Bacaan Kali Kedua dan Kali Ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu.”

 

(iii)  Draf perintah  persempadanan bahagian-bahagin pilihan raya, Seksyen 10 Jadual Ketiga Belas menyatakan :

 

“10. Jika mana-mana draf Perintah yang disebut dalam seksyen 9 diluluskan oleh Dewan Rakyat melalui ketetapan yang disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu, maka Perdana Menteri hendaklah mengemukakan draf Perintah itu kepada Yang di-Pertuan Agong.”

 

Berkaitan dengan usul kepercayaan terhadap Perdana Menteri, maka Perkara 43(4) menyatakan - “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.  Disini tidak dinyatakan secara jelas maksud majoriti ahli Dewan Rakyat itu sama  ada:

§  bilangan ahli Dewan,

§  jumlah ahli Majlis atau

§ majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi.”

Oleh yang demikian, perlu dirujuk Peraturan Mesyuarat 45(1) menyatakan:

 "45. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat Fasal (1) Perkara 89 dalam  Perlembagaan dan Fasal (3) Perkara 159 dalam Perlembagaan dan dengan  tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, Majlis Mesyuarat, menurut syarat- syarat  fasal (3) Perkara 62 dalam Perlembagaan, hendaklah mengambil keputusan atas  sesuatu   perkara itu mengikut pihak mana yang    mendapat undi lebih; dan jika    sama banyak    undi, maka Tuan Yang di-  Pertua atau siapa-siapa yang mempengerusikan     mesyuarat hendaklah mengeluarkan undi    pemutus,  tetapi     ia tidak boleh      mengundi      jika tidak  sama banyak undi dengan  disyaratkan bahawa sekiranya Tuan Yang di-   Pertua menjadi seorang ahli Majlis   hanya   menurut perenggan (b)  Fasal(1A)Perkara 57 Perlembagaan, maka ia  tidak  mempunyai undi      pemutus dalam Majlis Mesyuarat atau dalam  mana-mana mesyuarat        Jawatankuasa.”

 

Ini bermakna Yang di-Pertua akan memutuskan mana-mana pihak yang mendapat undi lebih hatta  1 undi  dan usul itu akan dipersetujukan.  Dalam usul kepercayaan ini, sekiranya undi yang lebih itu kurang dari 111, misalnya 110 vs 109, (JUMLAH UNDI 119), Yang dipertua akan memutskan usul dipersetujukan.  Disini akan timbul persoalan perundangan, dan akan dirujuk kepada pihak Peguam Negara untuk mentafsirkan adakah keputusan usul ini boleh dikira sebagai sokongan majoriti ahli Dewan atau sebaliknya.   Ini kerana  maksud majoriti di luar Dewan bagi tujuan Yang di-Pertuan Agong mempercayai seorang Ahli Dewan Rakyat mempunyai kepercayaan majoriti,  bermaksud lebih setengah dari Ahli Dewan, sekurang-kurangnya 111 dari 220 Ahli Dewan.

Suatu catatan lontaran pandangan jua.

Bangunan BHEUU, Putrajaya

12 Ogos 2021, 2.30 ptg.

Saturday, 7 August 2021

USUL PERCAYA KEPADA PERDANA MENTERI - JIKA KALAH, APA BERLAKU?

Pada 4 Ogos 2021, Perdana Menteri dalam siaran langsung  sidang khas media telah memaklumkan usul percaya terhadap Perdana Menteri akan dibentang dan dibahas pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bermula 6 hingga 30 September 2021 dan sekaligus keabsahan Kerajaan akan ditentukan dalam undian belahbahagian yang pasti akan diminta oleh pihak pembangkang.  

Jika pihak Kerajaan menang dalam undian belahbahagian  itu, walaupun dengan majoriti kecil,  satu atau dua undi pun, maka keabsahan Perdana Menteri dan sekaligus Kerajaan PN tidak boleh dipertikaikan lagi.  Persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dan Kerajaan PN mentadbir seperti biasa.

Sebaliknya, sekiranya pihak Kerajaan kalah dalam undian usul percaya tersebut, persidangan Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.  Seterusnya  beberapa situasi akan berlaku:

    • Perdana Menteri akan meletak jawatan dan terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong  untuk melantik Perdana Menteri yang baharu mengikut Perkara 43, fasal (2)(a)  Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

“Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri, seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu”; atau

· Perdana Menteri manasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan seterusnya melaksanakn PRU 15 dalam tempoh 60 hari. Dalam tempoh tersebut, kerajaan sementara (Caretaker Government) akan mentadbir sehingga terbentuk kerajaan yang baharu.

    Ini diperuntukkan dalam  Perkara 43 (4) iaitu:

    “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.   

  Oleh kerana pandemik COVID-19 belum reda dan kelompok komuniti belum tercapai, darurat boleh diisytiharkan untuk untuk menangguhkan pilihan raya umum dan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari selepas darurat tersebut tamat.  Pada masa ini, Proklamasi Darurat bagi Parlimen Batu Sapi dan DUN Bugaya dan Parlimen Gerik masih belum diungkaikan.  Begitu juga terbaharu, Proklamasi Darurat bagi Sarawak dimasyhurkan yang berkuatkuasa 2 Ogos 2021 bagi menangguhkan Pilihan Raya Umum untuk DUN Sarawak..

Secara logiknya, Perdana mempunyai keyakinan bahawa beliau ada sokongan majoriti sehingga berani membenarkan usul percaya terhadapnya.  Walau bagaimanapun, pihak pembangkang juga UMNO mempertikaikan keyakinan tersebut kerana pada 3 Ogos 2021, MKT UMNO telah menarik balik sokongan dan meminta Ahli-ahli Parlimen yang berjawatan meletak jawatan. Disamping itu  8 orang Ahli Parlimen UMNO  telah menulis surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat menarik sokongan kepada PN.  Malahan juga semasa catatan ini ditulis, 2 orang Menteri Persekutuan telah meletak jawatan iaitu YB Lenggong ( Menteri Tenaga dan Sumber Asli) dan YB Parit Sulong (Menteri Pengajian Tinggi) dan Pengerusi GLC telah meletak jawatan iaitu Ahli Parlimen Kota Belud.  Bahkan beberapa Ahli Parlimen seperti YB Padang Rengas dan YB Tanjong Karang menyokong PN sehingga pengundian usul percaya tersebut.  Begitu YB Baling yang belum menyatakan pendirian jelasnya dan menyatakan patuh kepada keputusan parti.

Walaupun demikian, Ahli-ahli Parlimen dari UMNO dan BN telah membuat pendirian berbeza.  Pada 6  Ogos  2020, sekitar 12.00 tengahari, Ahli Parlimen Bera yang juga Timbalan Perdana Menteri telah membuat sidang media di DBKL dan menyatakan seramai 21 orang Ahli Parlimen yang hadir dan 10 lagi yang tidak hadir telah memberi sokongan kepada Kerajaan PN sehingga PRU 15 dan patuh dengan titah  Yang di-Pertuan Agong untuk ditentukan keabsahannya melalui udi percaya di sidang Parlimen pada bulan September.  Juga menyatakan sama ada  kerajaan sekarang berfungsi atau tidak selepas bulan September nanti bergantung kepada keputusan di Parlimen.   Beliau juga menyatakan pihak Yang di-Pertuan Agong tidak menberima menghadap mana-mana pemimpin yang mendakwa mempunyai majoriti.

Dalam sejarah persidangan Parlimen, beberapa kali usul  kepercayaan atau menyokong Perdana Menteri dibentang dan dibahas; iaitu:

1)    Usul “Mengalu-alukan dan menyokong pelantikan dan   kepemimpinan YAB Dato’ Seri  Abdullah bin Haji Ahmad Badawi   Ahli Parlimen bagi Kepala Batas  ebagai  Perdana  Menteri Malaysia yang Kelima”, 3 November 2003,

2)  Usul  “Bantahan terhadap tuduhan ahli-ahli kongres Amerika Syarikat ke atas YAB   Perdana   Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, 19 November  1997 di Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke - 9 

3) Usul menyokong   dan ucapan tahniah kepada YAB Datuk Hussein Onn sebagai Perdana  Menteri, 7 Januari 1976 di Penggal Pertama Parlimen Ke-4.

Walau bagaimanapun usul kepercayaan atau sokongan terhadap Perdana Menteri tersebut  ketika majoriti Kerajaan yang kukuh (2/3 majoriti), dan dipersetujukan secara undian suara. Ini berbeza dengan usul kali ini adalah dalam suasana majoriti yang kecil dan sering dipertikaikan, dan kali pertama ditafsirkan sebaliknya sebagai undi tidak percaya jika kalah dalam undian usul tersebut.

Justeru  hingga tarikh usul tersebut, adalah suatu penantian yang amat diharapkan oleh kita semua.....penuh kesabaran menanti.  Hingga kesaat itu, diharapka semua  pihak, khususnya UMNO sabar bagi menunggu hari penentuan.  APAKAH YANG BERLAKU DI DUN PERAK, DISEBABKAN UNDI PERCAYA, SEORANG MENTERI BESAR TERSINGKIR DAN DILANTIK MENTERI BESAR YANG BAHARU...AKAN BERLAKU DI PERINGKAT PERSEKUTUAN.

TUNGGU DAN LIHAT......

Suatu catatan.
Jenderam Hulu,
7 Ogos 2021

Sunday, 1 August 2021

PEMBANGKANG DEMONTRASI DAN MENGGESA PM LETAK JAWATAN !!!

 

Sebagaimana dijangka bahawa pembangkang akan protes terhadap keputusan menngguhkan sidang Dewan Rakyat.  Pada hari ini, 2 Ogos 2021, sekitar jam 10.00 pagi, Ahli-ahli Parlimen Pembangkang telah berhimpun di Dataran Merdeka setelah tidak dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen.  Setelah berhimpun di Dataran Merdeka, mereka bergerak berjalan ke Banguan Parlimen tetapi haling oleh FRU di bulatan Dato ONN.  Diakhir perhimpunan, sebelum bersurai dan setelah berunding dengan pihak Polis, Ketua Pembangkang, Dato” Seri Anwar Ibrahim telah merumuskan dan menuntut Perdana Menteri  meletak jawatan kerana :

·         Menanguhkan sidang parlimen.

·         Menghalang Ahli-ahli Parlimen bertugas

·         Menderhaka kepada Yang di-Pertua Agong.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan telah hilang sokongan majoriti dan sekasrang ini bertahan untuk terus berkuasa.

Penulis mengikuti siaran langsung oleh Sinar dan mencatatkan ucaapan-ucapan pemimpin pembangkang semasa berhimpun dan sebelum bergerak ke Parlimen. YB Kulim Bandar Baru (Saifudin Nasition) yang menjadi jurucakap/juruacara telah menyatakan:

·         bahawa pejabat Ahli-ahli Parlimen adalah di bangunan Parlimen dan cuba masuk.

·    Kenyataan KKM supaya siding ditangguhkan hingga ke minggu ketiga bulan ogos adalah tidak masuk akal dan KP jangan bersubahat.

·       Usul pertama setiap Penggal ialah mengarahkan Ketua Polis Negara tidak menghalang Ahli-ahli Parlimen masuk ke Parlimen.

Setersunya ucapan ketua-ketua parti yang menganggotai pembangkang iaitu UPKO, MUDA, Pejuang, Amanah, DAP dan PKR yanag juga Ketua Pembangkang. Intipati ucapan mereka adalah seperti berikut:

Ucapan Presiden UPKO:

·         Cadangan KP Kesihatan adalah tak betul.

·  Sebelum sidang, telah ada CPR test, kemudian RTK test pada hari khamis yang menyebabkan siding ditangguhkan

·         Seterusnya mencadangkan sidang hari ini ditangguhkan tidak wajar.

Ucapan Prsedian MUDA (YB Muar)

·         Kerajaan sekarang adalah banckrup government

·         Semalam anak muda tidak boleh himpun di dataran merdeka, tetapi wakil rakyat yang sepatutnya membawa suara rakyat pula tidak dibenmarkan apabila Parlimen ditutup.

·         Alasan ditutup kerana COVID-19 adalah tidak masuk akal kerana hanya 0.9%

·         Kita tak boleh berhimpun, tapi di rumah Perdana Menteri, mereka boleh berkumpul.

Ucapan Presiden Pejuang (YB Jerlun}

·         Setiap hari 200 orang mati kerana COVID tetapi pemimpin Kerajaan sibuk untuk politik dan tidak pentingkan rakyat.

·      Parlimen ditutup, mereka bimbang keabsahan dicabar, PM bimbang tumbang dan mereka hilang kuasa.

·         Menuntut hak untuk bersidang – itlah cara menangani masalah, bela nasib rakyat.

·         Kerajaan hari ini gagal, perlu diubah sekarang., tak perlu tunguh  6 September, - beribu-ribu lagi rakyat meninggal.

Ucaapan  Presiden WARISAN (YB Semporna)

·         Hari ini perundangan negara tidak berfungsi

·         Titah Tuanku – Parlimen harus bersidang seperti biasa

·       Undang-undang kerana tak berfungsi kerana taka da undi, ordinan-ordinan mesti dibahas di Parlimen termasuk ordinan darurat di Sarawak.

·         Eksekutif. tidak boleh dahului Parlimen

Ucapan YB Selangau

·         Sidang ditangguhkan tak sah,  Perlembagaan di langar, Titah dilanggar

·         Hari ini bersatu, sejarah yang pahit, tak pernah fikir akan berlaku di Malaysia

·         “government must go”. .

Ucapan Presiden AMANAH (YB Kota Raja)

·         PM sudah gila – dia lawan Parlimen, lawing Agong dan tak boleh siding

·         Sebagai Ahli Parlimen lama – tak pernah rasa begini. Muhyiddin mesti pergi.

·         Semua , dia langar, dia langar rakyat

·         Perlembagaan telah dihancurkan oleh Muhyiddin.

Ucapan Setiausaha Agong DAP( YB Bagan)

·         Hari ini, 2 Ogos telah bebas darurat tapi tak bebas COVID, tak bebas hendak bahas

·         PM langar rakyat, Perlembagaan.  Serahkankan kuasa kepada rakyat.

·         Kita ke Parlimen bukan hendak undi tak percaya, tapi bincang masalah rakyat

·         Kita takut COVID, tapi lebih takut  masa depan rakyat.

·         PM undurlah

Ucapan Presiden PKR (YB Port Dickson – Ketua Pembvangkang)

·         Sekarang ini , PM Mahiaddin secara rasmi telah jatuh.  Dapat maklumat, ramai yang keluar dari PN.  Ada 107 campor dengan mereka, kerajaan dah tumbang.

·         Soalnya pelanggaran hokum – menggunakan kuasa – membelakangi rakyat, Parlimen dan derhaka kepada Agong.  Belum pernah berlaku dalam sejarah.. Penghinaan institusi raja.  Sebab inilah kita berhimpun

Ucapan YB Langkawi

·         Kerajaan ini  tak bagi kita cakap dalam Parlimen

·         Sepatutnya sudah tdak jadi PM, dahlah masuk ikut pintu belakang

·         Harap rakyat faham, hari ini sudah tidak ada kerajaan.

·    Ordinan bahas di Dewan, hantar ke Agong, jika 2 bulan – akan jadi undang-undang. Sekarang ini ordinan tak bawa ke Parlimen – maka tak ikut pun sedikit undang-undang.  Apakah jenis kerajaan ini? Harap rakyat  tolak orang seperti ini

·         Mereka tidak kisah rakyat, rakyat mati beribu-ribu tapi yang pentimg ia terus jadi PM.

·    Dulu masa Pak Lah, dia  suruh letak. Pak Lah baik…dia letak jawatan. Dia, orang maki tapi tak letak jawatan.  Harap negara kan tolak manusia seperti ini.

Inilah catatan hari ini. Apakah yang akan berlaku seterusnya .  Adakah Langkah Sheraton pada Februrai 2020 akan berulang dan berakhir dengan perubahan Kerajaan?  ATAU TERUS KEKAL SEHINGGA TIADA PILIHAN PARLIMEN DIBUBARKAN ATAU…?

 

Catatan di pinggiran

Jenderam Hulu.

2 Ogos 2021.. 12.30 tgh

 

Saturday, 31 July 2021

PRNANGGUHAN SIDANG 2 OGOS 2021: ADAKAH TERATUR?

 Pemberitahu oleh Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) bertarikh 30 Julai 2021 berbunyi "Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh YAB Perdaana Menteri bahwa persidangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat pada Isnin, 2 Ogos 2021 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.  Pemakluman  ini dibuat oleh YAB Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat".

Ayat  "ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak" secara mudah bermaksud persidangan 2 Ogos 2021 itu ditangguhkan dan akan diadakan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Adakah benar begitu?  Apa yang pasti persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat  Parlimen Ke-14 akan bermula pada 6  hingga 30 September 2021.  Tempoh pemberitahu/notis mengenainya hendaklah 28 hari, bermakana awal Ogos akan dikeluarkan oleh SUDR.  Justru penulis menanggapi bahawa  sidang khas yang ditangguhkan tidak mungkin diadakan sebelum 6 Sept. 

Peraturan Mesyuarat 11(3) adalah berbunyi:  "(3) Pada masa Majlis dalam tangguhan jika Perdana Menteri memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua iaitu bagi faedah orang ramai mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada  Persidangan. tarikh yang telah ditetapkan, maka Tuan Yang diPertua hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan pemberitahu menyatakan berapa hari bulan hendak diadakan mesyuarat itu dan Majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan itu. Urusan-urusan bagi hari itu hendaklah ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pemberitahuan berkenaan dengan urusan itu hendaklah dihantar kepada ahli-ahli tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu.". Ini  bermakna sidang khas yang ditangguhkan itu hendaklah diadakan sebelum persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14, pada 6 September 2021.  Seolah-olah sidang yang ditangguhkan itu perlu dengan suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Walau bagaimanapun, penulis berpandangan penggunaan istilah ditangguhkan adalah tidak tepat.  Adalah lebih wajar istilah "tiada sidang " atau sekurang-kurangnya  istilah  " dibatalkan " digunakan.  Ini kerana istilah ini  membawa makna  bahaewa sidang itu tidak perlu diadakan lagi.  Takrifan ini, penulis rasakan lebih menepat kehendak Peraturan Mesyuarat 11(3), dimana peraturan ini membenarkan Perdana Menteri menetapkan tarikh bagi mesyuarat dalam tangguhan yang dikenali sebagai Mesyuarat Khas, maka Perdana Menteri juga boleh meniadakan atau membatalkan sidang tersebut tanpa perlu menggantikan tarikh yang lain.

Amalan selama ini di dalam persidangan Dewan ialah  istilah "menangguhkan kepada hari...atau tarikh..." sekiranya masih dalam tempoh sesuatu Mesyuarat.  Sekiranya pada hari/persidangan terakhir dalam sesuatu Mesyuarat pula, akan disebut "ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan ",  yang dipanggil sebagai  sine die. Walhal tarikh persidangan pada Mesyuarat berikutnta telah pun ditetapkan dalam Takwim Parlimen sesuatu Penggal Parlimen (Tahun).

Sesuatu yang janggal apabila "mesyuarat dalam tangguhan" ditangguhkan, kerana justifikasinya ialah " bagi faedah orang ramai mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada  Persidangan. tarikh yang telah ditetapkan".  Dengan demikian, ia akan mengundang persepsi bahawa Kerajaan tidak serius dan "main-main" dalam melaksanakan "mesyuarat dalam tangguhan".  Sewajarnya menggunakan istilah "ditiadakan" atau "dibatalkan" sidang.    Walau apapun, ketiga-tiga istilah itu {ditangguhkan / ditiadakan / dibatalkan) membawa makna fizikal yang sama iatu Dewan tidak akan bersidang pada 2 Ogos 2021.

Dalam ingatan penulis, tidak pernah disebut "ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan". Ini adalah terlalu teknikal, tiada sesiapa yang tahu, perasan dan memperdulikannya.  Penulis amat memperdulikannya kerana setelah sekian lama denyutan nadi penulis seolah-olah senafas dan sederaf dengan denyutan nadi Parlimen.

"Ditangan kananku, tertulis Dewan Rakyat,  ditangan kiriku tertera Dewan Negara,  didadaku terungkap Parlimen Malaysia."

Catatan Denyut Nadi Parlimen,

Jenderam Hulu, 

1 Ogos 2021`.

PENANGGUHAN PERSIDANGAN - TANGGAPAN SATU KONSPIRASI?

Keputusan menangguhkan sidang khas Dewan Rakyat pada 2 Ogos 2021 telah dikecam  oleh pembangkang dan juga pemimpin Umno yang menyifatkannya sebagai cubaan untuk melanjutkan jangka hayat kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Ke-8.  Juga dikaitkan dengan isu pengumuman pembatalan ordinan darurat yang belum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDA) dan kemudianya Istana Negara menegur dan dukacita dengan pengumuan itu.

Disinilah penulis rakamkan beberapa tanggapan yang dilaporkan oleh media.  FMT pada 31 Julai 2021, 8.30 pm melaporkan denagn tajuk " Sidang Dewan Rakyat tangguh, kami tetap mahu turun Parlimen, kata Ahli Parlimen pembangkang ". Antaranya :

Sebilangan Ahli Parlimen pembangkang tetap bertegas mahu hadir ke Parlimen     Isnin ini walaupun hari terakhir Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14       itu sudah dibatalkan.

 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Muhyiddin Yassin dan kerajaan     Perikatan Nasional adalah penderhaka, yang mana mereka sama sekali         meminggirkan Perlembagaan negara yang sudah mereka janji untuk taat setia         ketika mengangkat sumpah.

Katanya, tindakan Perdana Menteri mengarahkan Parlimen digantung umpama mencampuri hak Eksekutif dalam urusan perundangan.  “Di mana Speaker (Azhar Azizan Harun) ketika dia seharusnya membuat keputusan sama ada Parlimen boleh atau tidak bersidang. Dia sepatutnya berkomunikasi dengan semua Ahli Parlimen. Mengapa dia menyerahkan tugasnya kepada Timbalan untuk memaklumkan kepada Ahli Parlimen?,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim mendakwa, Muhyiddin menangguhkan sidang Parlimen kerana ingin mengelak daripada undi sama ada semua Ahli Parlimen sepakat untuk menyokong titah Yang di-Pertuan Agong berhubung Ordinan Darurat perlu dibahaskan. Jika dia mendakwa ada sokongan lebih 110 Ahli Parlimen, mengapa mereka mengelak untuk bersidang?

“Perdana Menteri, Speaker, Takiyuddin (Menteri Undang-Undang) serta Peguam Negara perlu letak jawatan segera bagi memulihkan kembali negara,” katanya sambil menambah, empat individu berkenaan perlu mohon maaf kepada Agong. Justeru, katanya, beliau sudah pun mengarahkan semua 42 Ahli Parlimen DAP untuk muncul di Parlimen pada jam 10 pagi Isnin ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kehadiran mereka pada Isnin ini di Parlimen sebagai tanda membantah penutupan institusi tertinggi negara itu.

Fahmi dan Syed Saddiq sependapat kadar jangkitan di Parlimen hanya 0.9%, iaitu di bawah paras 5% seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). “Hampir kesemua Ahli Parlimen telah terima 2 dos vaksin, dan telah disahkan negatif dalam ujian RT-PCR pada 23/7 sebelum sidang khas bermula.

Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bahawa Ordinan-Ordinan Darurat perlu dibahas dan diputuskan di Parlimen, selaras Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan. “Maka, tidak ada kuasa yang boleh atau patut menghalang Ahli Parlimen yang sah dan berhak berasaskan Perlembagaan Persekutuan untuk hadir ke Parlimen pada Isnin, 2 Ogos ini. Allah selamatkan Malaysia dari para pengkhianat, penderhaka, dan perosak Perlembagaan Persekutuan kita.

Syed Saddiq berkata, kerajaan PN digambarkan sebagai takut untuk berbahas membabitkan ordinan darurat yang dijadual berlangsung pada sidang Parlimen, Isnin ini. “Jangan ingat rakyat bodoh. Saya & rakan MPs (Ahli Parlimen) dibayar untuk bertugas di Parlimen. Saya tetap akan ke Parlimen Isnin ni. Nak halang saya, halanglah. Saya tak takut,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Selangau Baru Bian, menyatakan rasa kecewa kerana Parlimen dipermainkan pihak kerajaan. “Baru terima notis dari Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat bahawa Timbalan Speaker mengarahkan agar persidangan hari Isnin (2/8/2021) ditangguh ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Kenapa Parlimen di permainkan sedemikian?” katanya.

FMT pada 31 Julai 2021, 10.45 pm jugAme melaporkan reaksi penyokong Kerajaan denagan tajuk "Muhyiddin punyai sokongan ‘cukup dan jitu’ di Parlimen, sidang dewan ditangguh bukan kerana politik, kata Ahmad Faizal ". Laporan petikan adalah seperti berikut: 

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, dakwaan Muhyiddin yang juga presiden Bersatu menangguhkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini kerana “bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang” adalah tohmahan dan tidak berasas sama sekali.

“Kita amat yakin dengan sokongan majoriti yang dapat dikekalkan bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi dengan sempurna dan memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat,” kata beliau kepada FMT.

“Jadi, soal mengelak daripada bersidang kerana bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang, tidak timbul sama sekali. Kami yakin dan tahu, kerajaan yang ada kini, mendapat sokongan yang bukan sekadar cukup bilangan tetapi sokongan yang jitu,” katanya.

ereka yang mendakwa keputusan untuk menangguh persidangan kerana politik sebenarnya telah menghina penjawat awam yang menasihati kerajaan.

“Mana mungkin profesional di KKM bertindak memberi nasihat dengan meletakkan pertimbangan politik sebagai asas utama?,” katanya.


“Saya menyokong tindakan menangguhkan persidangan. Sebagai Ahli Parlimen, kami seharusnya meletakkan keselamatan orang ramai sebagai keutamaan. Walaupun telah disuntik vaksin, kami tidak kebal, malah boleh menjadi pembawa virus tanpa kami sedari,” kata Faizal.

Sementara itu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Razali Idris berkata tindakan pembangkang yang cuba mendesak undi percaya diadakan ketika mesyuarat khas yang bermula pada 26 Julai lalu jelas mempunyai niat tersembunyi. “Kalau kita tengok apabila pembangkang buat desakan untuk adakan persidangan sebagai pemulihan atau tambah baik terhadap cara menangani Covid-19, kerajaan secara jujur akan terima tetapi kita tengok mereka (pembangkang) bukan ke situ. Lagi nak kucar-kacirkan keadaan,” katanya kepada FMT.

Beliau yang juga ahli Dewan Negara berkata, semua Ahli Parlimen sudah dimaklumkan terlebih awal bahawa mesyuarat khas itu hanyalah perbahasan mengenai pelan Pemulihan Negara dan tiada sebarang usul atau pengundian boleh dilakukan pada lima hari persidangan berkenaan.

Dimasa yang sama Pejabat Perdana Menteri pula menya takan itu dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Mesyuarat.

Kesimpulannya, pihak pembangkang tidak setuju dengan peangguhan sidang khas ini dan tidak menerima alasan penularan COVID-19 di kawasan Parlimen yang kini telah mencecah 70 kes positif dan nasihat KKM bahawa Parlimen menjadi lokaliti berpotensi tinggi menyebarkan COVID-19.  Mereka menanggapi ini sebagai helah untuk Kerajaan mengelak dalam kontraversi dan polimik pengumuman pembatalan ordinan-ordinan darurat.  Walaupun Kerajaan memberikan justifikasi dengan sokongan penyokongnya, namunb ia tenggalam dalam persepsi pembangkang.  Bukan sahaja pertentangan Kerajaan dengan pembangkang, malah dilihat tiada hubungan yang harmoni antara Kerajaan dengan YDA.

Suatu   Catatan Reaksi jua. 

Jenderam Hulu

1 Ogos 2021. 

MESYUARAT KHAS PARLIMEN -TIADA SIDANG DEWAN RAKYAT PADA 2 OGOS DAN DEWAN NEGARA DI TANGGUHKAN.!! APAKAH POLIMIK BERTERUSAN?

Persidangan  di Mesyuarat Khas di Dewan Rakyat pada hari khamis, 29 Julai 2021 ditangguhkan/diempohkan empat kali.  Pada  jam 11.48 pagi, dewan ditangguhkan 15 minit, apabila suasana Dewan kecoh setrelah Ketua Pembangkang membacakan kenyataan media Istana Negara yang menyatakan Yang di-Pertua Agong dukacita mengenai pembatalan ordinan-ordinan darurat yang belum diperkenankan baginda tetapi telah dimaklumkan dalam Dewan oleh Menteri JPM pada 26 Julai yang lalu.  Seterusnya  sekitar 12.00 tgh diumumkan ditempohkan sehinngga1 tgh. Kemudian 2.30 ptg pula, diumumkan ditempohkan lagi sehingga 3.30 petang. Jam 3.30 ptg, Timbalan Yang di-Pewrtua Dewan II telah memaklumkan dewan ditempohkan sehingga 5.15 petang dan juga memaklumkan terdapat 2 kes COVID-19 dikesan dan KKM meminta semua yang berada di Parlimen menjalan swab test dan tidak dibenarkan keluar sehingga selesai.   Jam  5.15 ptg pula, diumumkan Dewan ditempohkan sehingga 5.30 petang dan ditangguhkan sehingga hari Isnin, 2 Ogos 2021.

Pada 31 Julai 2021, sekitar 3.30 petang, Perdana Menteri telah menghantar pemberitahu kepada Parlimen bahawa persidangan Dewan Rakyat pada 2 Ogos 2021 dan Dewan Negara pada 3 hingga 5 Ogos 2021 ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan.  Keputusan ini adalah berikutan pandangan Ketua Pengarah Kesihatan  bahawa Parlimen Malaysia  merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan COVID-19. Seterusnya sekitar 4.30 petang Setiuasa Dewan Rakyat telah mengeluarkan pemakluman penangguhan persidangan 2 Ogos 2021 kepada semua Ahli-ahli Parlimen.

Walaupun penangguhan atas alasan nasihat KKM penulis merasakan akan berlegar pelbagai persepsi mengapa persidangan ditangguhkan.  Ini kerana  berikutan pemakluman pembatalan ordinan-ordinan darurat yang belum di perkenankan  oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dari awal lagi, pihak pembangkang telah menyuarakan bantahan bahawa penangguhan  sidang yang sedan berjalan pada  petang hari Khamis lalu adalah konpirasi untuk tidak membahaskan isu pembatalan ordinan-ordinan darurat di Parlimen.  Apatah lagi apabila baki satu hari lagi persidangan Dewan Rakyat dan Mesyuarat Khas Dewan Negara ditangguhkan terus pada minggu hadapan.  Kebarangkalian mengaitkan bahawa peangguhan ini adalah helah Kerajaan yang berselindung disebalik pandemik COVID-19. 

Lihat...apakah reaksi dan realitinya.

Suatu catatan jua,

Jenderam Hulu, 

31 Julai 2021, jam 5.00 ptg.





 

Wednesday, 28 July 2021

ORDINAN-ORDINAN DARURAT BATAL : DEWAN TERKEJUT, KECOH DAN YANG DI-PERTUAN AGONG AMAT DUKACITA !!!!!!

 

Sejak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)  membuat kenyataan di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021 semasa memberi  respon kepada desakan beberapa Ahli Parlimen, Dewan setiap hari, 27 hingga 29 Julai 2021 sentiasa dibangkitkan isu ini yang  meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana  mengelirukan Dewan mnengikut Peraturan 36(12).   Kenyataan Menteri adalah seperti berikut:

“bahawa Kerajaan Persekutuan memutuskan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila tamat 1 Ogos 2021.” (Penyata Rasmi, hal.35).

 

“Semua Ordinan Darurat, sebanyak enam Ordinan Darurat yang dibuat telah diputuskan untuk direvoke berkuat kuasa 21 Julai 2021” (Penyata Rasmi, hal.40).

 

Hari ini, 29 Julai 2021 kira-kira  jam 12.15 tengahari, Ketua Pembangkang (YB Port Dickson) telah bangun dengan Peraturan  36(12) dan membacakan Kenyataan media Istana Negara, yang antara lain menyatakan:

 

“ Sri Paduka Baginda menzahirkan  rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai 2021 lalu bahawa Kerajaan telah membatalkan sermua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenankan Baginda “

 

Persidangan menjadi kecoh dan hingar bingar dengan jeritan supaya Menteri di Jabatan Perdana itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, malah Ahli Parlimen Tanjong Karang menggesa supaya persidangan ditangguhkan bagi membolehkan Yang di-Pertua membuat keputusan.  Kira-kira jam 12.243, Timbalan Yang di-Pertua 2 telah menagguhkan persidangan selama 15 minit.   Seterusnya pada jam 12.46 tengahari, persidangan ditempohklanm hingga 1.00 tengahari dan bersidang semula jam 2.30 petang. 

Tunggu, apa seterusnya. (Catatan 12.48 tengahari)

Jam 2.30 , majlis bersidang sebentar dan Timbalan Yang di-Pertua Dato' Seri Azalina Othman memaklum dewan ditempohkan lagi sehingga jam 3.30 petang. (Catatan 2.30 ptg)

Sekitar3.25 petang semua orang yang berada dalam kawasan Parlimen tidak dibenarkan keluar.  Begitu juga tidak dibenarkan masuk kecuali Ahli-ahli Parlimen.

Jam 3.30 , Timbalan Yang di-Pertua II memaklumkan Parlimen ditempohkan sehingga 5.15 petang. Memaklumkan perutusan Yang di-Pertua, iaitu pemakluman Ketua Pengarah Kesihatan, terdapat 2 kes positive di Parlimen , seorang petugas positive COVID-19 sejak Isnin 27 Jul;ai hingga 28 Julai dan hari ini, Khamis, 29 Julai 2021, seorang lagi positif hasil saringan sendiri.  SEMUA ORANG YANG BERADA DI PARLIMEN TIDAK DIBENARKAN KELUAR SEHINGGA DAPAT KEPUTUSAN SARINGAN HARI INI.

Jam 5.15, Dewan bersidang semula., Timbalan Yang di-Pertua II, YB Dato' Rashid , mengumunkan keputusan saringan yang sedang,  2 lagi positive baru ditemui.  Dengan PM 12(2) ditempohkan sehingga 5.30 ptg. Bersidang semula hari Isnin, 2 Ogos 2021.

Catatan bersejarah,

 Bangunan Parlimen,

29 Julai 2021


KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...