Pada 26 Julai 2021(Isnin),
dinantikan-nantikan oleh semua pihak. Sebaik sahaja, selepas bacaan doa, beberapa
Ahli Parlimen bangun membangkitkan Peraturan Mesyuarat. Antaranya Ahli Parlimen Bandar Kuching,
Semporna, Bukit Gelugor, Langkawi Puchong, Selayang, Sepang, Kota Raja, Pokok
Sena. Perkara-perkara yang dibangkitkan
ialah:
·
Peraturan
Mesyuarat 11(3) – YB Bandar Kuching dan Semporna, membangkitkan Mesyuarat Khas
ini tidak selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya membentang dan
membahaskan Ordinan-ordinan Darurat.
Juga dibangkitkan bentang, sekadar “laid” adalah bercanggah dengan Perlembagaan.
·
Peraturan
Mesyuarat 14 – YB Bukit Gelugor
menyatakan urusan-urusan yang perlu dibawa dalam persidangan. Dimana betapa pentingnya proklamasi dan
ordinan -ordinan di bawa ke dewan dan dibincangkan mengikut Perkara
150(3). Malah beliau mencadangkan Yang
di-Pertua meletak jawatan.
·
YB
Langkawi membangkitkan bahawa sidang ini
tidak seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong yang meminta sidang
Parlimen secepat mungkin. Kerajaan memperdayakan Dewan, hanya sebagai majlis
taklimat, ini satu penipuan. Seterusnya,
beliau juga menyatakan Ordinan Darurat tidak dibincangkan, PPN tidak
menunjukkan keseriusan keatas
penderitaan rakyat serta ditumopukan dalam sidang ini, dan tidak perlu
penerangan selama 5 hari.
·
Peraturan
Mesyuarat 100 - YB Puchong membangkitkan tidak ada undian dalam sidang
ini. Sepatutnya diputuskan sama ada
Kerajaan berjaya atau tidak menangani COVID-19 ini melalui undi. Yang di-Pertua
menggunakan Peraturan 100 bagi membenarkan perbahasan atau memberi ruang bagi
penerangan menteri, tetapi mengapa tidak ada ruang untuk undi.
·
YB
Selayang membangkitkan penerangan tidak
mengikut Perkara 150(3) Perlembagaan..
Oleh itu, perlu dibahaskan usul Port Dickson dan Beruas.
·
YB
Sepang membangkitkan perbezaan Perkara 150(3) supaya ordinan darurat
dbentangkan dengan Perkara 107 juga disebut laporan audit dibentang. Tetapi
bagi Perkara 150-(3), ada perkara revoke, resolution, yang membawa makna
perl dibahas dan diputuskan. Katanya ini
penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong..
·
YB
Kuala Krau yang juga Timbaalan Menteri
Dalam Negeri bangun mengemukan peraturan / standing order Peraturan 11(3) yang
sah digunakan. Beliau diganggu oleh
ramai Ahli Parlimen Pembangkang, antaranya Bukit Gelugur, dan Kuala Selangor. Beliau juga menyatakan Yang diPertua boleh
menjelaskan dengan menggunakan Peraturan 100.
·
YB
Kota Raja menyatakan bahawa letakkan dulu Perautan Mesyuarat, dimana selepas bahas baharu menteri/ timbalan
menteri jawab (merujuk YB Kuala Krau)..Bewliau juga bangkit, Kerajaan derhaka
dan patuh dengam titah Yang di-Pertuan Agong supaya darurat dibahaskan.
·
YB
Pokok Sena juga bangkitkan mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, dimana
prokamasi dan ordinan darurat dibentang dan dibahaskan mengikut Perkara 150(3).
·
Akhir
sekali YB Menteri Parlimen dan Undang-Undang (Kota Bharu) juga bangun memberi
sedikit penjelasan dengan menyatakan mesyuarat hari ini adalah Mesyuarat Khas
Penggal Ketiga (2021), dimana masih dalam tangguhan penggal ketiga serta belum diprorog dan penggal keempat belum
dipanggil. Peraturan Mesyuarat adalah sebahagian dari Perlembagaan, dimana
Perkara 162, Parlimen boleh menentukan peraturannya. Sebelum ini pun beberapa Mesyuarat Khas telah
diadakan. Perauran 11(3) memberi kuasa .Perdana Menteri. Dimasa ini, ahli-ahli
pembangkang menjerit-menjerit “mengapa
tak undi”.
Hampir satu jam berlalu, baharulah
Yang di-Pertua memberi penjelasan bahawa Penggal Ketiga belum diprorog
dan masih dalam tangguhan. Takwim bagi
Penggal Keempat telah diedarkan. Oleh
kerana dalam tangguhan, ia adalah kuasa Perdana Menteri. Dan urusan ditetapkan
oleh Perdana Menteri (shall bew appointed by the Prime minister”). Oleh itu hanya urusan Kerajaan sahaja. YB Pulai menvcelah dengan me yatakan Ynag
di-Pertua menyelewengkan Dewan dan dinafikan oleh Yang di-Pertua.
Seterusnya Yang di-Pertua
mempersilakan YB Port Dickson membangkitkan mengenai usulnya yang
dikmukakankan pada 17 Julai 2021 yang ditolak atas alasan Peraturan 11(3)
menetapkan urusan yang khusus. Beliau ,enyatakan, ini menyalahgunakan peraturan
oleh Yang di-Pertua. Betul, ordinan dibentangkan tetapi tidak ada undi..
Malah belum ada perakuan darurat akan ditamatkan pada 1 )gos 2021.
YB Beruas juga membangkitkan
bahawa darurat dibincangkan tetapi tidak
ada keputusan dan berkata “jangan jadikan bicara kopitiam. Beliau tidak puashati empat usulnya ditolak.. Usulnya ditolak atas alasan urusan telah
ditetapkan, tidak dinyatakan secara jelasa peraturan yang dibawa dan tidak teratur. Beliau akan kemukakan rayuannya pada hari ini
bagi membatalkan keputrusan Yang di-Pertua.
Seterusnya YB Menteri Parlimen dan Undang-Undang memberi penjelasan
tiga perkara sebagi respon kepada hujahan Ketua Pembangkang, iaitu :-
(i) dalam
pemberitahu Perdana Menteri kepada Yang di-Pertua bahawa Yang di-Pertuan Agong
telah berkenan supaya Mesyuarat Khas pada 26 Julai hingga 2 Ogs.
(ii)
Kerajaan
telah memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk
mengisytuharkan darurat selepas Ogos.
(iii) Kerajaan
juga memutuskan untuk membatalkan semua ordinan darurat. Oleh itu isu ungkai tidak releven lagi.
Pengumuman tersebut telah
menyebabkan pihak pembangkang terkejut dan suasana bising. Sekitar jam 11.45 pagi, Perdana Menteri berucap
memberi penerangan berkenaan Pemulihan
Negara. Namun terganggu dengan
celah pihak pembangkang yang tidak puas hati antaranya YB Bagan dan Batu Kawan,. Manakala YB Puchong pula membangkitkan Peraturan Mesyuarat 14 menyatakan
bahawa keputusan darurat dilanjutkan atau tidak perlu dibuat oleh Dewan.
YB Arau dan Pasir Salak juga bangun untuk mencelah. Malah YB Port Dickson juga mencelah dan
menyatakan tidak mempertikaikan tapi meminta Menteri memberi penjelasan. Suasana bising berterusan walaupun Perdana Menteri terus berucap dan terpaksa duduk. YB
Menteri Parlimen dan Undang-Undang bangun menjelaskan semua ordinan darurat itu sebanyak enam ordinan telah diputuskan untuk
dibatalkan (revoke) berkuatkuasa pada 21 Julai 2021, bukan hari ini.
Seterusnya keadaan agak tenang dan Perdana Menteri menyambung
ucapannya. Setelah Perdana Menteri
selesai membentangkan penerangannya, seramai 11 orang Ahli Parlimen meminta
penjelasan dan memberi pandangan dalam suasana
perbahasan yang panas. Antaranya YB Port
Dickson, Langkawi, Jelebu, Semporna,Kota Raja, Jempol, Muar, Pulai dan terakhir
Simpang Renggam. Sekitar 4. 45 petang, YB Menteri Kewangan
menjawab, namun suasana kecoh dan bingit apabila ramai ahli pembangkang bangun dan meminta Perdana
Menteri sendiri menjawab atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri
menjawab. Timbalan Perdana Menteri
bangun dan menyatakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah berkaitan dengan
tindakan Kementerian Kewangan, maka wajarlah beliau menjawabnya malah beliau adalah
Menteri Penyelaras PPN. Jawapan menteri juga boleh disebut “penggulungan”
kerana tiada perbezaan dengan penggulungan yang selalu dibuat dan selesai pada
jam sekitar 5.45 petang.. Sebelum menangguhkan
persidangan, Ynag di-Pertua memaklumkan YB Menteri Parlimen dan Undang-undang
akan memberi penjelasan pada hari isnin, 2 Ogos walaupun mendapat bantahan
khususnya YB Bagan yang mahukan penjelasan pada esok hari (27 Julai).
Rumusan, urusan ini hanya bersifat penerangan, namun semasa Ahli-ahli Parlimen
berucap meminta pandangan dan penjelasan adalah sama dengan suasana perbahasan biasa malah lebih hangat dalam banyak
perbahasan sebelum ini..
Bezanya tiada keputusan dibuat atau undian.
Inilah point yang sebenarnya dikehendaki oleh pihak pembangkang supaya
diadakan persidangan Parlimen semasa darurat.
Itulah realitinya!!!.
Suatu catatan realiti yang bersejarah.
Bangunan Parlimen,
26 Julai 2021