Pada 29 Januari 2020, Ketua Pembangkang telah membuat kenyataan untuk mencabar Proklamasi Darurat. Setersunya Pada 28 Januari 2020, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) menfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membolehkan satu semakan dilakukan terhadap kaedah-kaedah di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang berkenaan penggantungan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Permohonan itu dikemukakan oleh tiga orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Salahuddin Ayub (Simpang Jeram), Johari Abdul (Gurun) dan Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi).
Berikut adalah ulasan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan bagi
mencabar Proklamasi Darurat 2021.
i.
Persoalan sama
ada Proklamasi Darurat perlu dibentang dan dibahaskan segera di Parlimen,
dinyatakan secara jelas dalam peruntukan berikut:
Per. 150 “(3) Proklamasi Darurat dan
apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah
dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih
dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan
oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi
tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa
Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong
untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan
apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).”
Perkataan “hendaklah dibentangkan di hadapan
kedua-dua Majlis Parlimen” bermaksud diletakkan diatas meja Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara apabila
kedua-dua Dewan bersidang semula. Dalam
versi Bahasa Inggeris, ia disebut “…shall be laid before both Houses of Parliament…”. Ini
bermakna Proklamasi itu tidak perlu dibahaskan secara khusus dan juga tidak perlu
diputuskan. Ini bermakna “bentang”
sebagai terma undang-undang dan amalannya adalah untuk memaklumkan kepada
kedua-dua Majlis Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) apabila bersidang
semula.
ii. Parlimen hanya boleh dipanggil bersidang oleh Yang di-Pertuan Agong sebagaimana ketetapan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 mengikut Fasal 14 “(b) Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong. Maksud “tarikh yang difikirkan sesuai” adalah pada tarikh yang munasabah yang sudah pasti mengambil kira tujuan utama darurat iaitu pendemik Covid-19 telah diatasi atau tamat. Walau bagaimanapun, peruntukan seksyen tersebut tidak menghalang Parlimen dipanggil bersidang semasa darurat.
iii.
Perisytiharan Darurat
oleh Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
dicabar dengan kuatkuasanya Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan. Proses
persidangan Parlimen semasa darurat pula ditetapkan oleh Perkara 150(9)
Perlembagaan Persekutuan. Petikan peruntukan Perlembagaan adalah seperti
berikut:-
“Per.
150 “
(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan
ini—
(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam
Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad
dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana
mahkamah atas apa-apa alasan; dan
(b) tiada mahkamah
boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan,
soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai
kesahan—
(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu
perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang
dinyatakan dalam Fasal (1);
(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi
itu;
(iii) mana-mana ordinan yang
dimasyhurkan di bawah Fasal (2B), atau
(9) Bagi maksud
Perkara ini Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang hanya
jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan
urusan Majlis itu. “
Kita tunggu keputusan Maahkamah.... walaupun keputusannya sudah dijangka.
Catatan semasa jua.
Sri Medan, Batu Pahat.
31 Januari 2020.
No comments:
Post a Comment