Baru semalam, 11 Januari 2021(Isnin),
sekitar 6 petang, Perdana Menteri telah membuat pengumuman secara langsung
bahawa PKP dilaksanakan di 6 negeri iaitu Johor, Melaka, Selangor, Wilayah
Persekutuan, Pulau Pinang dan Sabah dari 13 Januari hingga 26 Januari 2021. Negeri-negeri lain samada PKPB ( Pahang,
Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan) atau PKPP (Perlis dan Sarawak). Tindakan ini bagi membendung COVID-19 yang
kini mencecah 3,000 setiap hari.
Pada hari ini, 12 Januari 2021
(Selasa), pada awal pagi sudah tersebar/viral kenyataan rasmi Istana Negara,
yang antara lain menyebut:-
“ Seri
Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini
sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes
positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.”
“Al-Sultan
Abdullah turut berkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu
Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan
Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait. Jawatankuasa Bebas
ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat
ini dapat ditamatkan lebih awal.”
Seterusnya YAB Perdana Menteri
dalam siaran langsung pengumuman darurat yqang disiarkan secara langsung pada
jam 11 pagi, telah memberi penjelasan lanjut mengenai darurat ini bagi
membendung pandemic COVID-19 dengan lebih tegas dan berkesan. Antara lain, implikasi proklamasi ini ialah Parlimen dan DUN tidak bersidang dan semua
pilihanraya -PRK, PRN dan PRU tidak diadakan.
Malah Perdana Menteri menjelaskan
mengenai desakan-desakan diadakan PRU dan hanya akan diadakan setelah darurat
ini ditamatkan. Penamatan darurat
bergantung kepada cadangan dari Jawatankuasa Bebas sama ada menamatkan darurat
lebih awal atau disambung lagi bergantung kepada situasi pandemik COVID-19.
Kesimpulannya, PRU 15 akan diadakan selepas Proklamasi Darurat ditamatkan. Seacara mudah ianya selepas Ogos 2021. Semoga pengisytiharan ini dapat mengatasi persepsi tidak menentu mengenai majoriti Kerajaan dan bertenang sekurang-kurang 6 bulan sebelum PRU 15 diadakan kelak. Ia juga dapat mengendur dan 'merehatkan' ketegangan politik, sekali gus memberi peluang kerpada pemerintah atau kerajaan yang sedia ada untuk fokus kepada usaha-usaha memerangi Covid-19 tanpa gangguan ketidak seimbangan politik khususnya polimik kesahan dan majoriti kerajaan.
Walaupun pada asasnya
Proklamasi Darurat untuk memberi tumpuan kepada masalah sebenar negara iaitu
Covid-19 dan masalah ekonomi, namun ianya juga memberi kesan untuk menenangkan kemelut politik dengan memastikan
tidak berlakunya Pilihan Raya Umum dalam tempoh ini. Dengan lain perkataan pertimbangan politik
juga mendasari pertimbangan disebalik
keputusan perisytiharan darurat tersebut. Maka timbul perbahasan sama ada ini “Darurat Kesihatan atau Darurat Politik?”
Suatu catatan yang bersejarah,
Bangunan
BHEUU, Putrajaya.
12
Januari 2021, 12.00 tgh.
No comments:
Post a Comment