Catatan ini adalah kemaskini kepada catatan sebelum ini mengenai Proklamasi Darurat 2021. Apa yang terkesan dan pengutkasaan darurat ini dinyatakan dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021. Ordinan in diwartakan pada 14 Januari 2021. Tarikh kuatkuasa Ordinan ini ‘disifatkan telah mula bekuatkuasa pada 11 Januari 2021’.
Perkara berkaitan persidangan Parlimen dinyatakan
dengan jelas dalam Fasal 14:-
“Persidangan Parlimen
14. (1)
Bagi tempoh darurat berkuatkuasan-
(a) peruntukan
yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam
Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan; dan
(b) Parlimen
hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang
difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong.
(2) Mana-mana Mesyuarat Parlimen yang telah
dipanggil sebelum tarikh kuatkuasa Ordinan ini tetapi belum diadakan adalah
dibatalkan.”
Menegenai
pilihan raya pula, Fasal 12 (3) menyatakan.
“(3) Bagi maksud mengadakan apa-apa pilihan raya
untuk mengisi kekosongan luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat, Suruhanjaya
Pilihan Raya hendaklah mengadakan pilihanraya dalam tempuh enam puloh hari dari
tarikh Proklamasi Darurat yang dikeluarkan pada 11 januari 2021 dibatalkan atau diungkaikan, tertakluk kepada proviso
kepada Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan luar jangka.”
Suatu catatan kemaskini jua.
Jenderam Hulu
15 Januari 2021
No comments:
Post a Comment