Tarikh
18 Mei 2020, adalah tarikh bersejarah dan melakar komposisi yang unik bagi
Parlimen Malaysia kerana:-
- Bersidang sehari sahaja dan hanya urusan Titah
Diraja bagi Pembukaan Penggal Parlimen Ketiga Parlimen Ke-14. Belum pernah
berlaku dalam usia 61 tahun Parlimen Malaysia, bahkan persidangan pertama di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen
Pertama pun bersidang dua hari iaitu 11 dan 12 September 1959. Persamaanya ialah tiada perbahasan untuk
Titah Diraja.
- Persidangan yang pertama bagi Kerajaan baharu
iaitu Perikatan Nasional (PN) setelah mengambil alih dari Pakatan Harapan (PH)
pada 1 Mac 2020 dengan pelantikan Perdana Menteri Ke-8. PH yang memerintah selepas
memenangi PRU 14, namun runtuh 20 bulan kemudiannya apabila pada 24 Februari
2020, parti Bersatu (PBBM) keluar PH dan 11 Ahli Parlimen keluar PKR
serta Perdana Menteri Ke-7 meletak jawatan. Inilah juga kali pertama dalam sejarah Kerajaan baharu terbentuk bukan selepas PRU tetapi setelah 22 bulan PH memerintah yang telah hilang majoriti.
- Majoriti Kerajaan yang paling tipis dalam
sejarah Dewan Rakyat. Jumlah majoriti
Kerajaan iaialh 114 dan jumlah Ahli Parlimen bukan Kerajaan termasuk barisan
pembangkang ialah 107 dan Beabs 1, merupakan jumlah terbanyak dalam sejarah.
- Ahli Parlimen Langkawi mencipta sejarah sekali
lagi apabila duduk di barisan pembangkang yang paling berusia (96 tahun). Kalau sebelum selepas PRU 14 beliau mencipta
sejarah sebagai Ahli Parlmen yang paling berusia (94 tahun) serta menjawat
Perdana Menteri untuk kedua kalinya.
- PBBM yang merupakan sebahagian gabungan
pemerintah dalam PN, namun ahlinya ada yang menjadi pembangkang. Pengerusi PBBM (Ahli Parlimen Langkawi) dan
beberapa penyokongnya duduk dibarisan pembangkang sedangkan Presiden PBBM (Ahli
Parlimen Pagoh) sebagai Perdana Menteri.
- Bersidang dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) dalam usaha menangani
penularan wabak COVID-19.
Suasana
persidangan tenang dan aman , tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Lebih
kurang jam 10.10 pagi, persidangan bermula dengan bacaan doa oleh Setiuasaha
Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat mengurusetiakan Mesyuarat (beliau baharu saja
dilantik mulai 13 Mei 2020 dan ini adalah tugasnya yang pertama).
Semasa
bertitah, DYMM Yang di-Pertuan Agong telah memaklumkan sinario perletakan
jawatan oleh Perdana Menteri Ke-7 pada 24 Februari walau pun baginda
menasihatkannya jangan meletak jawatan.
Pada 25 dan 26 Februari 2020 baginda mengadakan pertemuan secara
berseorangan dengan semua Ahli Dewan Rakyat untuk sokongan mereka. Pada 29 Februari 2020 pula baginda menitahkan
semua parti-parti politik mencalonkan seorang ahli Dewan Rakyat sebagai bakal
Perdana Menteri.
Seterusnya
baginda bertitah “ Sudah tentu setiap pertandingan pasti kana da
penamatnya. Kemelut politik negara tidak
boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan.
Lantaran itu setelah melalui semua proses tersebut dan selaras dengan
Perlembagaan Persekutuan, Beta telah mendapati YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji
Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli dewan Rakyat dan dengan demikian selayaknya dilantik
sebagai Perdana Menteri Ke-8.”
Seterusnya
baginda menyentuh pelbagai perkara dan isu terutama kesan ekonomi, politik dan sosial
yang disebabkan oleh wabak COVID-19. Perkara-perkara lain yang disentuh ialah Pakej
Rangsangan Ekonomi, perpaduan, keselamatan
dalam negara, dasar luar negara, menangani
Pendatang Asing tanpa izin, program-program ekonomi dan pembangunan negara,Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030, RMK-12, aktiviti pelaburan, peluang perkerjaan,
pemerkasaan Pendidikan dan latihan TVET, pembangunan dan infrastruktur di Sabah
dan Sarawak, kesejahteraan masayarakat bandar dan skim perumahan negara, kos
sara hidup, isu ekploitasi kanak, penggubalan RUU pekerja sosial, pembangunan industri
komoditi, memperkasakan perkhidmatan kesihatan termasuk orang asli, isu alam
sekitar dan pemerkasaan undang-undangnya, memulihkan sektor pelancungan,
persidangan APEC, isu rasuah dan amalan tadbir urus yang baik (Pelan Anti
Rasuah Nasional), dan menghargai sumbangan perkhidmatan awam, tentera dan polis
serta seruan rakyat memberi kerjasama kepada Kerajaan.
Sebelum
mengakhiri titahnya, baginda berpesan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat:-
·
Sebagai pemimpin, Ahli-ahli Yang Berhormat menjadi teladan dalam
menyemai nilai-nilai positif kepada rakyat.
·
Perbezaan pendapat tidak seharusnya diakhiri
dengan permusuhan dan caci mencaci.
·
Hendaklah mempamerkan kematangan dalam
berpolitik. Ini termasuk menjiwai keluh
kesah rakyat, membela nasib rakyat, berpegang kepada perinsip keadilan, membudayakan politik ynag
bersih, tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa mahupun kedaulatan serta
kedudukan Raja-Raja Melayu.
·
Jangan mengheret negara sekali agi ke kancah politik yang tidak
menentu ketika rakyat berhadapan dengan pendemik COVID-19.
·
Rakyat akan akan terus erat bersatu padu dan
sepakat jika tidak disogok dengan api permusuhan dan perpecahan.
Majlis
pembukaan Penggal Parlimen ini telah berakhir pada jam 10.50 pagi dengan jayanya.
Suatu catatan jua.
Di Bangunan Parlimen
Malaysia.
18 Mei 2020- 11.30 pagi
No comments:
Post a Comment