Tuesday 3 March 2020

PERSIDANGAN PARLIMEN PADA 9 MAC 2020 DITANGGUHKAN: WAJARKAH?

Berita hari ini,  4 Mac 2020 melapurkan bahawa pihak Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mendapat pemakluman dari Perdana Menteri bahawa Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen 14  yang dijadualkan  bersidang pada 9 Mac hingga 16 April 2020 ditangguhkan  kepada 18  Mei hingga 23 Jun 2020, iaitu dilewatkan lebih kurang dua bulan setengah.

Isu sama ada Parlimen bersidang pada 9 Mac ini mula dibangkitkan oleh wartawan ketia bertanya kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada1 Mac 2020, pada masa beliau menghadiri Majlis Tatacara Pelantikan dan Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-8.  Beliau  menyatakan akan menulis surat kepada Perdana Menteri mengenai perkara tersebut.  Berikutan itu  pelbagai pihak khususnya kepimpinan PH menggesa supaya sidang itu diteruskan bagi membolehka undi tidak percaya di buat keatas Perdana Menteri Ke-8.  Hal ini timbul apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dicalonkan semula dan mendakwa memperoleh 114 sokongan Ahli Parlimen, tetapi sudah terlewat dan gagal untuk  menemui Yang di- Pertuan Agong pada pagi 1 Mac 2020 iaitu sebelum majlis angkat sumpah tersebut.  Malah ada yang mencabar bahawa Perdana Menteri tidak boleh lari dari Dewan Rakyat kerana Parlimen mesti bersidang dalam tempoh enam bulan selepas persidangan   terakhir Mesyuarat sebelumnya.  Memang benar, Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan sedemikian.

Penulis tidak membincangkan isu ini lebih awal kerana tidak mahu menganggu urusan oleh Urusetia Ketua Majlis Parlimen menjalankan tugasnya.  Sesungguhnya  penangguhan persidangan ini adalah wajar berasaskan hujah-hujah berikut:


  •     Oleh kerana kemelut politik 2020 ini  tercetus dua minggu sebelum Parliemen bersidang,  maka Proklamasi Prorog belum di tanda tangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Amalannya Penggal Parlimen akan di prorog (dihentikan) seminggu sebelum di panggil Penggal Parlimen berikutnya dalam Majlis Parlimen yang sama. Biasanya sekaligus Proklamasi Memanggil Penggal baharu juga ditanda tangani.  Sebab itulah Perdana Menteri ke-7 memanggil Mesyuarat Khas pada 1 Mac 2020 untuk  bersidang bagi memilih calon Prdana Menteri yag mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan.  Walau bagaimanapun Yang di-Pertua Dewan tidak mengeluarkan notis mesyuarat kerana tidak memenuhi kehendak Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Oleh yang demikian, secara teknikalnya Mesyuarat yang dijadualkan pada 1 Mac itu boleh ditangguhkan dan teratur mengikut perundangan.
  •     Oleh kerana persidangan ini adalah hari pertama dalam Mesyuarat Pertama Penggal baharu, maka Yang di Pertuan Agong  hendaklah bertitah bagi memasyhurkan sebab-sebab baginda memanggil  Parlimen sebagaimana peruntukan Peraturan Mesyuarat 1.  Justeru teks  titah baginda yang telah disediakan perlu diubahsuai dengan perubahan kerajaan dan dasar-dasar yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan baharu.
  •      Petanyaan, Rang Undang-undang dan Usul-usul  yang dikemukakan untuk Mesyuarat yang bermula  pada 9 Mac itu  sudah tidak relevan dengan perubahan Kerajaan.  Sudah tentu adalah suatu yang ganjil, bahawa persoalan yang ditujukan kepada kerajaaan terdahulu dijawab oleh kerajaan baharu. Oleh itu adalah wajar sekali persidangan di  Mesyuarat ini ditangguhkan dengan tempoh yang munasabah bagi membolehkan semua pertanyaan usul dan Rang undang-Undang di kemuka dan disusun semula.
Disamping itu, Jemaah Menteri yang baharu perlu dibentuk dahulu sebelum Parlimen bersidang bagi membolehkan pertanyaan dan usul-usul di jawab oleh Menteri-Menteri yang dipertanggung jawabkan.

Wassalam, suatu lontaran pandangan jua.
4 Mac 2020,
Batu Pahat, Johor.

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...