Monday 11 March 2019

ADAKAH PELANTIKAN ATAU PENYAMBUNGAN PERKHIDMATAN SETIUASAHA DEWAN RAKYAT TIDAK BERPERLEMBAGAAN?



1.         Mengikut  Per  65 (2) Perlembagaan  Persekutuan  telah menetapkan seperti berikut:-

(2) Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan dan setiap seorang hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur persaraan paksa bagi anggota perkhidmatan awam am melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau ditukarkan kepada suatu jawatan lain dalam perkhidmatan awam am itu.

2.         Penyandang Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR)  iaitu YBhg Datuk Rosmee binti Hamzah telah bersara paksa (wajib) pada akhir  bulan  Februari yang lalu (22 Feb 2019?) apabila mencapai umur 60 tahun .

3.         Namun  Perdana Menteri telah menasihatkan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong  dan berkenan  supaya penyandang SUDR dilantik semula  untuk tempoh satu (1) tahun setelah bersara wajib/paksa.

4.         Persoalannya:-

                      i.          Adakah sah nasihat Perdana Menteri kepada SPB untuk melantik semula SUDR yang telah mencapai  umur persaraan paksa (60 tahun) sebagaimana ketetapan Per 65 (2) tersebut.

                    ii.        Adakakah SUDR boleh dilantik dari kalangan pejawat awam yang telah bersara. (Tambahan pula dasar  kerajaan sekarang tidak melantik secara kontrak dari kalangan pesara perkhidmatan awam).

                   iii.        Oleh itu, apakah pelantikan tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan?

5.         Implikasinya, sekiaranya pelantikan  SUDR tidak berperlembagaan, maka ia boleh menjejaskan kesahan persidangan Mesyuarat Dewan Rakyat.  Tambahan pula, ia juga mempertikaikan sumpah Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mendokong dan mempertahankan Perembagaan

6.         Ahli Parlimen boleh membangkitkan  Peraturan Mesyuarat  99, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat  semasa persidangan untuk mendapatkan petua dan  penjelasan dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
.
99. Keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan  kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada usul bersendiri menentang keputusan Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, dari satu masa ke satu masa, boleh mengeluarkan petua-petua berkenaan dengan perkara-perkara itu.









SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...