Monday 11 March 2019

ADAKAH PELANTIKAN ATAU PENYAMBUNGAN PERKHIDMATAN SETIUASAHA DEWAN RAKYAT TIDAK BERPERLEMBAGAAN?



1.         Mengikut  Per  65 (2) Perlembagaan  Persekutuan  telah menetapkan seperti berikut:-

(2) Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan dan setiap seorang hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur persaraan paksa bagi anggota perkhidmatan awam am melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau ditukarkan kepada suatu jawatan lain dalam perkhidmatan awam am itu.

2.         Penyandang Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR)  iaitu YBhg Datuk Rosmee binti Hamzah telah bersara paksa (wajib) pada akhir  bulan  Februari yang lalu (22 Feb 2019?) apabila mencapai umur 60 tahun .

3.         Namun  Perdana Menteri telah menasihatkan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong  dan berkenan  supaya penyandang SUDR dilantik semula  untuk tempoh satu (1) tahun setelah bersara wajib/paksa.

4.         Persoalannya:-

                      i.          Adakah sah nasihat Perdana Menteri kepada SPB untuk melantik semula SUDR yang telah mencapai  umur persaraan paksa (60 tahun) sebagaimana ketetapan Per 65 (2) tersebut.

                    ii.        Adakakah SUDR boleh dilantik dari kalangan pejawat awam yang telah bersara. (Tambahan pula dasar  kerajaan sekarang tidak melantik secara kontrak dari kalangan pesara perkhidmatan awam).

                   iii.        Oleh itu, apakah pelantikan tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan?

5.         Implikasinya, sekiaranya pelantikan  SUDR tidak berperlembagaan, maka ia boleh menjejaskan kesahan persidangan Mesyuarat Dewan Rakyat.  Tambahan pula, ia juga mempertikaikan sumpah Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mendokong dan mempertahankan Perembagaan

6.         Ahli Parlimen boleh membangkitkan  Peraturan Mesyuarat  99, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat  semasa persidangan untuk mendapatkan petua dan  penjelasan dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
.
99. Keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan  kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada usul bersendiri menentang keputusan Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, dari satu masa ke satu masa, boleh mengeluarkan petua-petua berkenaan dengan perkara-perkara itu.









Tuesday 26 February 2019

RUU PROFESION GUAMAN SYARIE – TELAH TERSEDIA SEBELUM PRU 14 DAN KERAJAAN PH MENERUSKANNYA !!


Penulis rasa terpanggil untuk memberi penjelasan  mengenai penyediaan RUU Profesion Guaman Syarie (RUU PGS) setelah membeca tulisan  Dr Zulkurnain Lukman bertajuk “Antara RUU 355 dan RUU Guaman Syarie (https://malaysiadateline.com/antara-ruu355-dan-ruu-guaman-syarie/),  Tulisan beliau adalah sebagai respons terhadap kenyataan akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Februari 2019 yang akan membentangkan RUU PGS  pada persidangan Dewan Rakyat  akan datang iaitu dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-14  yang bermula pada 11 Mac hingga 11 April 2019.  Antaranya beliau menyatakan:

  • Pengumuman itu memberikan kejutan kepada ramai pengamal undang-undang Syariah.    Ini kerana mereka semua telah menantikan pembentangan rang undang-undang tersebut semenjak berdekad yang lalu.”  
  • “Persatuan Peguam Syarie Malaysia melalui Presidennya, Musa Awang telah segera mengeluarkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Datuk Seri Dr Mujahid kerana berusaha untuk membawa RUU Guaman Syarie ini ke Parlimen.” 
  • “Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, seorang tokoh dalam perundangan undang-undang Syariah di Malaysia menyatakan bahawa RUU Guaman Syarie ini telah dibincangkan semenjak 1984 lagi. Ianya telah mengambil masa yang begitu lama setelah bertukar-tukar Menteri sehinggalah Menteri Pakatan Harapan ini yang benar-benar mempunyai ‘political will’ untuk membawanya ke Parlimen.”
  • “Ini adalah satu kejayaan besar buat Datuk Seri Dr Mujahid dan Pakatan Harapan. Warga guaman syarie khasnya para peguam syarie yang selama ini mengeluh kerana profesion mereka tidak diiktiraf secara profesional kini boleh menarik nafas lega.”

Sesungguhnya RUU PGS ini telah dimulakan  sejak tahun 2011 dan usaha-usaha ke arah itu telah digerakkan lebih awal lagi.  Disini penulis paparkan jawapan Parlimen mengenai  isu  ini seperti berikut:  

 1.     Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli[Kuala Krai] minta PERDANA MENTERI   menyatakan apakah status draf Akta Guaman Syarie yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 1 Julai 2011 untuk disegerakan dan draf tersebut telah pun disediakan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia.”  (Dewan Rakyat, 19 Mac 2014 di Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-13)
Jawapan

”Salah satu agenda Kerajaan bagi memartabatkan kedudukan profesion kepeguaman Syarie dan Mahkamah Syariah dalam arus sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia adalah melalui penggubalan Akta Profesion Guaman SyarieKerajaan telah menggubal model draf Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie untuk digunapakai di negeri-negeri.  Bagi tujuan memantapkan draf ini, Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia bagi memastikan draf yang lebih komprehensif dapat diwujudkan dengan mengambil kira pandangan semua pihak.

Memandangkan terdapat pandangan agar undang-undang ini hanya diwujudkan di peringkat Persekutuan, maka konsep asas bagi pewujudan undang-undang tersebut kini sedang diteliti bagi memastikan undang-undang yang akan digubal nanti akan mematuhi jadual pembahagian bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.”

2.  “PUAN HAJAH KHAIRIAH BINTI MOHAMEDminta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan, tindakan dan status gerak kerja ke arah penggubalan Akta Guaman Syarie bagi menyelaras, mengawal dan menambah baik amalan guaman syarie di seluruh Negara.” (Dewan Negara, 23 Jun 2014 di Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Ke-13)

Jawapan

”Salah satu agenda Kerajaan bagi memartabatkan kedudukan profesion kepeguaman Syarie dan Mahkamah Syariah dalam arus sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia adalah melalui penggubalan  Akta Profesion Guaman Syarie.

Kerajaan telah menggubal model draf Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie untuk digunapakai di negeri-negeri. Bagi tujuan memantapkan draf ini, Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia bagi memastikan draf yang lebih komprehensif dapat diwujudkan dengan mengambil kira pandangan semua pihak. Memandangkan terdapat pandangan agar undang-undang ini hanya diwujudkan di peringkat Persekutuan, maka konsep asas bagi pewujudan undang-undang tersebut kini sedang diteliti bagi memastikan undang-undang yang akan digubal nanti akan mematuhi jadual pembahagian bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. Pada masa ini, Rang Undang-Undang Profesyen Guaman Syarie masih lagi dalam peringkat penelitian oleh Jabatan Peguam Negara.”

Sebenarnya RUU PGS telah diumumkan oleh Perdana Menteri Keenam semasa Persidangan Peguam-Peguam Syarie pada  21  Julai 2011.  Ketika itui, JKSM, JAKIM dan Jabatan Peguam Negara sedang aktif ke arah menyediakan draf RUU PGS.  Draf RUU ini  telah dikemukakan oleh pihak PGSM dan dibawa ke dalam Persidangan Komuniti Syariah Jabatan Peguam Negara pada 28 Mac 2013 dan memutuskan supaya kajian lanjut dibuat terhadap pemakaian akta tersebut di peringkat Persekutuan.

Sayugia difahami bahawa Butiran I Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memberi bidang kuasa kepada Dewan Undangan Negeri-Negeri untuk membuat undang-undang Islam yang meliputi perkara-perkara berkenaan hal ehwal agama Islam termasuklah perkara-perkara yang melibatkan guaman Syarie.. Pada  masa ini, negeri-negeri yang telah mempunyai kaedah atau peraturan mengenai Peguam Syarie adalah seperti berikut: :

(i)            Negeri Johor - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1982;
(ii)          Negeri Terengganu - Kaedah-Kaedah Peguam Syar’i 1987;
(iii)         Negeri Kedah - Peraturan-Peraturan Peguam Syar’i 1988
(iv)         Negeri Melaka - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1989;
(v)          Negeri Sarawak - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1992;
(vi)         Wilayah Persekutuan - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1993;
(vii)        Negeri Pahang - Peraturan-Peraturan Peguam Syarie 1995;
(viii)      Negeri Perlis - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1995;
(ix)         Negeri Pulau Pinang - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Pulau Pinang) 1997;
(x)          Negeri Kelantan - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 2000;
(xi)         Negeri Perak - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perak) 2003;
(xii)     Negeri Selangor - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008; dan
(xiii)      Negeri Sembilan – Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Sembilan 2012.

Perlu difahami juga  bahawa Parlimen  boleh membuat undang-undang bagi negeri-negeri seperi yang diperuntukkan dalam . Perkara 76(1)(c) Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana berikut:-

”76(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi, hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:

(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana negeri.”

Berikutan itu, Dewan Undangan Negeri Melaka telah membahas dan meluluskan usul bagi membincangkan cadangan untuk menggubal Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie pada 13 Julai 2011 bertujuan agar rang undang-undang ini dibuat di Parlimen di bawah Perkara 76(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Disini penulis tegaskan, pewujudan RUU PGS ini sering dibincangkan dan  dilaporkan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet sejak 2011.  Selepas PRU 13, isu RUU PGS ini dijadikan agenda tetap dalam Mesyuarat Pasca Kabinet  hingga 2018.    Semasa Parlimen sedang bersidang di Mesyuarat  Pertama, Penggal Keenam Parlimen Ke-13, draf RUU PGS ini telah siap dan dilaporkan dalam beberapa Mesyuarat Pasca Kabinet sekitar bulan Mac 2018, ia sedang  disediakan terjemahannya dan telah siap pada akhir  bulan Mac 2018.  Dalam mesyuarat berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah bertanya sama ada  RUU PGS dapat dibentangkan  di persidangan Dewan Rakyat  yang sedang bersidang   (5 Mac hingga 5 April 2018).  Ketika itu penulis yang menjawat sebagai Pegawai TugasTugas Khas kepada Menteri telah memberitahu bahawa RUU ini tidak sempat untuk dibentangkan memandangkan terdapat banyak  rang undang-undang yang sedang menunggu giliran untuk  untuk dibentangkan bacaan kedua dii persidangan di Mesyuarat Pertama Penggal Keeanam Parlimen Ke-13 yang akan tamat pada 5 April 2018, malah ketika itu tumpuan utama adalah RUU Anti Berita Tidak Benar dan juga Usul Perintah Persempadanan  Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Tanah Melayu 2018.  Bersandarkan keadaan ini, maka telah diputuskan supaya RUU ini akan diteruskan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dan seterusnya di persidangan pada Mesyuarat Parlimen selepas PRU 14.

Disini penulis amat dukacita  dengan kenyataan Dr Zulkurnain Lukman bahawa pewujudan dan penyediaan draf  RUU ini “ telah mengambil masa yang begitu lama setelah bertukar-tukar Menteri sehinggalah Menteri Pakatan Harapan ini yang benar-benar mempunyai ‘political will’ untuk membawanya ke Parlimen.” …“Ini adalah satu kejayaan besar buat Datuk Seri Dr Mujahid dan Pakatan Harapan.”   Sesungguhnya ia bukanlah usaha sepenuhnya penyandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) sekarang ini.   RUU ini telah tersedia untuk dibentaangkan setelah melalui proses penyediaan  secara aktif sejak tahun 2013.dan  bersedia untuk dibentangkan di Parlimen selepas PRU 14. Justru itu, penulis simpulkan, secara kebetulan dan telah ditakdirkan  dibentangkan oleh penyandang Menteri sekarang.  Maka untuk menyatakan, RUU ini adalah hasil  “political will”  Keraajaan Pakatan Harapan adalah amat tidak tepat, bahkan “political will” Kerajaan terdahulu tidak boleh dinafikan sama sekali terutamanya mantan Menteri yang sentiasa “menggesa dan menggerakkan” agensi-agensi khususnya JAKIM dan Jabatan Peguuam Negara untuk menyegerakan penyediaan draf RUU PGS ini.  Walau bagaimanapun, penulis mengucapkan  jutaan terima kasih kepada  kepada Kerajaan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang meneruskan pembentangan RUU PGS ini,  namun hargailah usaha-usaha  kerajan terdahulu khususnya mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.  Sesungguhnya  penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie telah mengambil masa panjang dan ia adalah sebahagian langkah untuk memperkasakan  Mahkamah Syariah yang telah diusahakan oleh Kerajaan terdahulu..   Penulis rasa serbasalah disebabkan oleh nasihat penulis, menyebabkan RUU PGS ini tidak dibentangkan sebelum PRU 14.  Jika di gesa ketika  itu, besar kemungkian RUU ini sempat dibentangkan di Parlimen sebelum PRU 14. .  Maka hendaknya tidaklah seperti kata pepatah " lembu punya susu, sapi punya nama "

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...