Thursday, 14 January 2021

ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021 – IMPLIKASI KEPADA PARLIMEN.

 

Catatan ini adalah kemaskini kepada catatan sebelum ini  mengenai Proklamasi Darurat 2021. Apa yang terkesan dan pengutkasaan darurat ini dinyatakan dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.  Ordinan in diwartakan pada 14 Januari 2021. Tarikh kuatkuasa Ordinan ini  ‘disifatkan  telah mula bekuatkuasa  pada 11 Januari 2021’.

 

Perkara berkaitan persidangan Parlimen dinyatakan dengan jelas  dalam Fasal 14:-

“Persidangan Parlimen

14.    (1)  Bagi tempoh darurat berkuatkuasan-

(a)     peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan; dan

(b)  Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong.

          (2)  Mana-mana Mesyuarat Parlimen yang telah dipanggil sebelum tarikh kuatkuasa Ordinan ini tetapi belum diadakan adalah dibatalkan.”

 

Menegenai  pilihan raya pula, Fasal 12 (3) menyatakan.

“(3)    Bagi maksud mengadakan apa-apa pilihan raya untuk mengisi kekosongan luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mengadakan pilihanraya dalam tempuh enam puloh hari dari tarikh Proklamasi Darurat yang dikeluarkan pada 11 januari 2021 dibatalkan  atau diungkaikan, tertakluk kepada proviso kepada Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan  Persekutuan mengenai kekosongan luar jangka.”

Suatu catatan kemaskini jua.

Jenderam Hulu

15  Januari 2021

 

Wednesday, 13 January 2021

DARURAT 2021 – PARLIMEN DAN DEMOKRASI?

 


1.      Pandemik COVID-19 mudah tersebar antara manusia yang berada dalam jarak yang dekat dan sesak. . Suasana perhimpunan dan perjumpaan yang kerap tidak dapat dipisahkan sekiranya pilihanraya diadakan. Pilihanraya adalah ciri utama demokrasi.  Tiada pilihanraya  bermakna demokrasi telah mati.

 

2.     Dalam keadaan tertentu yang memaksa pilihanraya diadakan seperti berlaku kekosongan kerusi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) disebabkan kematian atau hiang kelayakan, maka pilihanraya kecil (PRK) perlu diadakan  dalam tempoh 60 hari.  Perlembagaan Persekutuan telah menetapakan :

 

“Per. 54(1) -  Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Fasal (3), apabila terdapat sesuatu kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara atau sesuatu kekosongan luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat, maka kekosongan atau kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh dipastikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara bahawa ada kekosongan atau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa ada kekosongan luar jangka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu pilihan raya hendaklah diadakan atau suatu pelantikan hendaklah dibuat dengan sewajarnya.”

 

3.      Begitu juga,  Pilihan Raya Umum perlu dilaksanakan sekiranya Parlimen dibubarkan atau telah genap  5 tahun dari tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya terdahulu.  Perkara 55, Perlembagaan Persukutuan menetapkan seperti berikut:

 

“ (3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

 

(4) Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.”

 

 

4.      Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Kecil (PRK) dan juga Plihan Raya Negeri (PRN)   hanya boleh ditangguhkan sekiranya diisytiharkan darurat.  Ini kerana  kesan utama darurat adalah menggantung Perlembagaan Persekutuan. Ini pun perlu dinyatakan dengan jelas  dalam Ordinan Darurat yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Dalam tempoh terdekat ini,  DUN Sarawak akan genap 5 tahun pada Jun 2021 yang akan memberi laluan PRN Sarawak.  Manakala di peringkat Persekutruan pula, ketidak kestabilan politik pemerintah tidak nampak penyelesaianya, apabila seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan kepada  Perdana Menteri dan PN.  Kini Kerajaan memiliki majoriti yang kecil, iaitu PN 109 vs PH 108 (Jumlah Ahli Dewan Rakyat sekarang 220 dan 2 kosong (meninggal dunia).  Buat masa ini,  3 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan (Ahli Parlimen Gua Musang, Machang dan Padang Rengas) dan dilaporkan beberapa lagi akan berbuat demikian.  Sekiranya keadaan tidak menentu ini terus berlaku, maka PN kehilangan majoriti dan tumbang.  Pihak PH pun tidak mempunyai majoriti yang lebih kerana Ahli Parlimen UMNO tersebut menarik balik sokongan kepada PN tetapi tidak pula menyokong PH.  Ini akan memberi tekanan kepada Perdana Menteri untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen bagi melaksanakan PRU 15.

 

5.     Semasa pandemik COVID-19 yang melanda negara ini sejak Mac 2019, 3 PRK telah ditangguhkan melalui pengyistiharan Proklamasi Darurat, iaitu:

 

·     Darurat Parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah, pada 18 November 2020, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi sekali gus menghalang pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) berikutan penularan Covid-19.

·     Darurat Parlimen Gerik, dan  Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Semporna, pada 16 Disember 2020, Yang di-Pertuan Agong  mengisytiharkan darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah bagi menangguhkan PRK, yang juga kerana wabak Covid-19.

Kedua-dua proklamasi darurat tersebut, sememangnya secara khusus bertujuan menangguhkan pilihanraya diadakan semasa pandemik COVID-19 belum reda.  Ini disebabkan  pengalaman mengadakan pilihanraya PRN Sabah pada 26 September 2020  telah menyebabkan pelonjakan kes COVID-19 yang mencetuskan gelombang kedua di negara ini.

6.      Semasa sidang Parlimen pada 2  November 2020, Ahli Parlimen   Padang Terap bertanya dalam pertanyaan lisan “ minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan atau mewujudkan rang undang-undang khusus bagi membolehkan suatu pilihan raya ditangguhkan dalam tempoh pandemik COVID-19 bagi mengelakkan berlakunya peningkatan kes bagi menjamin kepentingan umum“.   

 

         Jawapan bertulis  oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) seperti berikut:

 

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pewujudan suatu Rang Undang-Undang (RUU) untuk menangguhkan suatu pilihan raya dalam tempoh pandemik covid-19 ini adalah tidak bersesuaian dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Manakala untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, sokongan dua pertiga  Ahli Parlimen diperlukan.

 

Walau bagaimanapun,  Kerajaan boleh mencadangkan penangguhan suatu pilihan raya sekiranya pandemik ini difikirkan boleh diisytiharkan darurat seperti yang diperuntukkan  dibawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan.”

 

8.         Begitu juga  semasa menjawab soalan sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada 24 November 2020  oleh Ahli Parlimen  Pontian yang “ minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menasihati SPB YDP Agong bagi mengisytiharkan darurat di DUN Bugaya dan Parlimen Gerik seperti di Parlimen Batu Sapi. Nyatakan rasional jika ianya ingin dilaksanakan dan jawapan berkenaan kekangan hak demokrasi pengundi untuk kawasan yang berkaitan. 

           

          Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti berikut:

           

“ … Atas sebab itulah berpandukan kepada Perkara 150, Jemaah Menteri memutuskan untuk mengarahkan Perdana Menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan sebahagian daripada Persekutuan iaitu Parlimen Batu Sapi supaya diisytiharkan darurat.

Tindakan yang sama juga akan dipertimbangkan dan dilaksanakan bagi DUN Bugaya dan Parlimen Gerik sekiranya berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ia berlandaskan sebagaimana di Batu Sapi.

Antara masalah di Batu Sapi ialah didapati bahawa pematuhan garis panduan SOP yang ditetapkan oleh MKN kemungkinan besar tidak dapat dipatuhi dengan sepenuhnya. Masalah yang kedua, pelantikan petugas pilihan raya sehingga 6 November, daripada sepatutnya 837 orang petugas pilihan raya hanya 143 orang sahaja yang sanggup untuk bertugas. Begitu juga Kementerian Kesihatan memaklumkan kekangan untuk menyediakan pegawai dan kakitangan kesihatan bagi mengendalikan pengundipengundi di Batu Sapi yang berjumlah lebih daripada 32,000 orang. Atas dasar itu, kerajaan berpendapat pengisytiharan darurat adalah sangat tepat dan langkah yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong adalah amat bertepatan dengan Perlembagaan, ia bukan sekali-kali satu tindakan yang bercanggah dengan amalan demokrasi. Terima kasih. “ [Hanard DR 24.11.2020]

 

9.         Kini pandemik COVID-19 di negara ini telah memasuki gelombang  ketiga apabila kes harian telah mencecah 3000 kes sejak seminggu yang lalu. Akhirnya Kerajaan melalui Jemaah Menterinya yang berrmesyuarat khas pada 11 Januari 2020 telah mencadangkan .darurat yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Memteri Bersama Ketua Setiausaha Negara, Ketiua Pengarah Kesihatan, Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Darurat wabak Covid-19 di Malaysia (2021) telah disytiharkan melalui Proklamasi Perisytiharan Darurat  oleh Yang di-Pertuan Agong pada 12 Januari 2021 sehingga 1 Ogos 2021 di seluruh negara sebagai langkah  membendung wabak Covid-19. 

10.    Disini, penulis menyorot apakah maksud darurat?  Darurat adalah suatu keadaan yang mengancam  keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa.   Ia berlaku melalui pengisytiharan darurat iaitu  pemasyhuran Proklamasi Darurat  oleh Yang di-Pertuan Agong serta  pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.  Tafsiran ini berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

“Perkara 150. Proklamasi darurat. 

(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

(2) Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.”

11.       Berdasarkan Per. 150 tersebut,  tiga sebab atau alasan yang boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas keselamatan negara; atau kehidupan ekonomi; atau  ketenteraman awam. Dalam konteks pandemik COVID-19, maka ancaman terhadap kesihatan awam boleh terangkum dalam ketenteraman awam, malah kesan ekonomi pula juga dalam sudut  kehidupan ekonomi.   Berasaskan sebab pengisytiharan darurat ini, ia dipanggil darurat kesihatan, walaupun istilah ini tiada dalam Perlembagaan Persekutuan.

12.       Apakah kesan pengisytiharan Proklamasi Darurat?  Kesan umum ialah Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif. Malah tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharkan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara. Namun Proklamasi ini bukan berasaskan ancaman keselamatan.  Keadaan ini dinyatakan dengan jelas dalam pengumuan oleh Perdana Menteri mengenai  bentuk darurat yang berkuatkuasa di negara ini iaitu “  bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera. Perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan. Sebaliknya, sepanjang tempoh darurat ini, kerajaan awam akan terus berfungsi.”

13.    Selain dari tujuan utama Proklamasi Darurat ini untuk membendung pndemik COVID-19, Perdana Menteri menjelaskan bahawa:

“.Selain itu, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

“.Sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa, Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan. Dalam keadaan biasa, Pilihan Raya Kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kerusi diisytiharkan kosong. Pilihan Raya Negeri juga mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Sedangkan kita tahu, rakyat pada masa ini tidak mahu pilihan Raya diadakan untuk mengelakkan wabak COVID-19 merebak seperti yang berlaku selepas Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini”

14.      Ini bermakna Parlimen tidak akan bersidang dari sekarang hingga 1 Ogos 2021 atau tarikh lain yang dicadangkan Jawatankuasa Bebas yang ditubuhkan semasa darurat ini.  Tetapi  ini tidak bermakna Parlimen dibubarkan.  Dengan lain perkataan tiada Mesyuarat dan Persidangan Parlimen bagi tempoh tersebut.  Ahli-ahli Parlimen masih boleh menjalankan fungsi-fungsi biasanya yang lain. Perkara ini perlu dirujuk apa sebenarnya dalam Ordinan Darurat yang akan diwartakan.   Bolehlah juga disebut ”Parlimen digantung”  bagi tempoh tersebut.  Oleh yang demikian,   Rang Undang-Undang yang masih dalam pertimbangan Majlis Dewan Rakyat/Dewan Negara tidak luput seperti ketika  Parlimen diprorog.  Ini berbeza jika Parlimen dibubarkan, Rang Undang-Undang tersebut akan turut luput.  Perkara 55(5) Perlembaga Persekutuan menetapkan “ (5) Sesuatu Rang Undang-Undang yang belum diputuskan di dalam Parlimen tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan Parlimen.” Walau bagaimanapun, perkara mengenai persidangan Parlimen ini akan diperincikan dalam Ordinan Darurat yang akan dimasyhurkan oleh Yang di-Pertua Agong. 

15.       Persoalan disini, mengapa “penggangtungan Parlimen” dimasukan dalam perisytiharan darurat ini?   Sebagaimana dihuraikan sebelum ini, ketidak ketentuan majoriti pihak Kerajaan akan memungkinkan Parlimen dibubarkan dan sekaligus PRU 15 diadakan.  Pelaksanaan PRU 15, amat dibimbangi menyebakan penularan pendemik COVID-19 semakin dahsyat.  Oleh yang demikian kebimbamngan sedemikian adalah termaktub dalam Per. 150 (2), Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong “berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.”

16.     Perdana Menteri juga menjelaskan bahawa bahawa pandemik COVID-19  yang menghalang beliau untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan dilaksanakan PRU 15.

“.Mutakhir ini terdapat pihak-pihak yang mendesak supaya pilihan raya diadakan. Saya tidak berniat untuk tidak mengadakan pilihan raya. Perkara utama yang menghalang saya daripada menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen untuk membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan ialah pandemik

“.Justeru, saya memberikan komitmen yang tegas bahawa Pilihan Raya Umum akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa wabak COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya adalah selamat untuk diadakan.”  Oleh yang demikian, PRU 15 dijangka  diadakan selepas 1 Ogos 2021 atau tarikh yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Bebas yang diwujudkan bagi memantau Proklamasi Darurat ini.

17.       Sebagai rekod, menyorot kembali sejarah, berikut adalah pengiytiharan darurat di negara ini:-

                      i.        Darurat Tanah Melayu (1948-1960)-Selepas tentera Jepun menyerah kalah kepada British pada 15 Ogos 1945, anggota Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil kesempatan keluar dari hutan dan bertindak ganas terutama dalam tempoh seminggu ‘kekosongan kuasa’ disebabkan tentera British belum tiba di Tanah Melayu.
Pembunuhan tiga pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak pada 1948 menyebabkan kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat.

                    ii.         Darurat Konfrontasi (1964)- Pada 3 September 1964, bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan darurat susulan pencerobohan tentera Indonesia.

             iii.        Krisis Perlembagaan Sarawak (1966)-Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat di Sarawak pada 14 September 1966 bagi menyingkirkan Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menterinya selepas 21 daripada 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak tidak mempunyai keyakinan terhadap kepemimpinan beliau.

                   iv.            Peristiwa 13 Mei (1969)-13 Mei tahun 1969 menjadi peristiwa hitam buat seluruh negara apabila insiden rusuhan kaum berlaku. Kerajaan mengisytiharkan darurat pada 15 Mei 1969 ketika Parlimen sudah dibubarkan.

                    v.           Darurat Kelantan (1977)- Darurat diisytiharkan di Kelantan pada 8 November 1977 hingga Februari 1978 akibat rusuhan politik di Kelantan setelah Mohamad Nasir ketika itu enggan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

             vi.         Darurat jerebu 1997, 2005, 2013)- darurat diisytihar di wilayah tertentu di Sarawak, Selangor dan Johor ketika Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan status sangat tidak sihat dengan lebih 500 bacaan. (Rujukan; Utusan Malaysia Online, 13 Januari 2021-Sejarah Darurat di Malaysia)

18.      Sebagai rumusan, Darurat 1948, 1964 dan 1969  berasaskan kepada sebab keselamatan. – Darurat Keselamatan. Darurat 1966 di Sarawak dan 1977 di Kelantan adalah disebabkan ketidak stabilan polititik -  Darurat Politik.  Manakala Darurat Jerebu juga pernah disytiharkan pada tahun 1997, 2005  dan 2013 berasaskan ancaman jerebu di Sarawak, Selangor dan Johor.

19.      Suatu yang menarik, Darurat Jerebu tidak  memberi apa-papa kesan  politik bagi negeri-negeri berkenaan, hanya semata-mata untuk membolehkan tindakan yang lebih tegas untuk mengatasi jerebu ketika itu.  Ini berbeza dengan Darurat Kesihatan (COVID-19) 2021, yang bukan sahaja tertumpu kepada mengatasi /memerangi pandemik COVID-19 semata-mata., malah mengheret sama penggantungan Parlimen dan menghalang pilihan raya.  Walaupun pada asasnya Proklamasi Darurat untuk memberi tumpuan kepada masalah sebenar negara iaitu Covid-19, masalah ekonomi dan masalah kesempitan hidup,  namun ianya juga memberi kesan  untuk menenangkan kemelut politik dengan memastikan tidak berlakunya Pilihan Raya Umum dalam tempoh ini.  Dengan lain perkataan pertimbangan politik juga mendasari pertimbangan disebalik  keputusan perisytiharan darurat tersebut.  Walau bagaimana pun, kesan Proklamasi Darurat ini adalah tertakluk kepada kandungan Ordinan Darurat yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya diwartakan.

20..      Penulis juga ingin  merakamkan disini. Pengisytiharan Darurat  1969 berikutan peristiwa 13 Mei 1969 ditarik balik atau dibatalkan pada 20 Disember 2011. Ini bermakna,    40 tahun Malaysia dalam keadaan pengisytiharan darurat .yang tidak  ditarik balik, tetapi terus membangun dan maju kehadapan.  Justeru itu, Perisytiharan Darurat 2021 diyakini tidak menyebabkan demokrasi mati  ataupun membawa Malaysia ke belakang.   

 

Wassalam, suatu catatan rakaman bersejarah.

 

Haji Maluin Sadiran

Jenderam Hulu, Sepang

14 Januari 2020.

Monday, 11 January 2021

PENGISYTIHARAN PROKLAMASI DARURAT “MEMERANGI COVID-19”– TIADA SIDANG PARLIMEN DAN KE ARAH PRU 15

 

Baru semalam, 11 Januari 2021(Isnin), sekitar 6 petang, Perdana Menteri telah membuat pengumuman secara langsung bahawa PKP dilaksanakan di 6 negeri iaitu Johor, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Sabah dari 13 Januari hingga 26 Januari 2021.   Negeri-negeri lain samada PKPB ( Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan)  atau PKPP (Perlis dan Sarawak).  Tindakan ini bagi membendung COVID-19 yang kini mencecah 3,000 setiap hari.

 

Pada hari ini, 12 Januari 2021 (Selasa), pada awal pagi sudah tersebar/viral kenyataan rasmi Istana Negara, yang antara lain menyebut:-

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.”

“Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait. Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.”

 

Seterusnya YAB Perdana Menteri dalam siaran langsung pengumuman darurat yqang disiarkan secara langsung pada jam 11 pagi, telah memberi penjelasan lanjut mengenai darurat ini bagi membendung pandemic COVID-19 dengan lebih tegas dan berkesan.  Antara lain, implikasi proklamasi ini ialah Parlimen dan DUN tidak bersidang  dan  semua pilihanraya -PRK, PRN dan PRU tidak diadakan.  Malah Perdana Menteri  menjelaskan mengenai desakan-desakan diadakan PRU dan hanya akan diadakan setelah darurat ini ditamatkan.  Penamatan darurat bergantung kepada cadangan dari Jawatankuasa Bebas sama ada menamatkan darurat lebih awal atau disambung lagi bergantung kepada situasi pandemik COVID-19.


Kesimpulannya,  PRU 15 akan diadakan selepas Proklamasi Darurat ditamatkan.  Seacara mudah ianya selepas Ogos 2021.  Semoga pengisytiharan ini dapat mengatasi persepsi tidak menentu mengenai majoriti Kerajaan dan bertenang sekurang-kurang 6 bulan sebelum PRU 15 diadakan kelak.  Ia juga dapat mengendur dan 'merehatkan' ketegangan politik,  sekali gus memberi peluang kerpada pemerintah atau kerajaan yang sedia ada untuk fokus kepada usaha-usaha memerangi Covid-19 tanpa gangguan ketidak seimbangan politik khususnya polimik kesahan dan majoriti kerajaan.

Walaupun pada asasnya Proklamasi Darurat untuk memberi tumpuan kepada masalah sebenar negara iaitu Covid-19 dan masalah ekonomi,  namun ianya juga memberi kesan  untuk menenangkan kemelut politik dengan memastikan tidak berlakunya Pilihan Raya Umum dalam tempoh ini.  Dengan lain perkataan pertimbangan politik juga mendasari pertimbangan disebalik  keputusan perisytiharan darurat tersebut.  Maka timbul perbahasan sama ada ini “Darurat Kesihatan atau Darurat Politik?”

Suatu catatan yang bersejarah,

Bangunan BHEUU, Putrajaya.

12 Januari 2021, 12.00 tgh.

KEMELUT POLITIK BERTERUSAN WALAUPUN BELANJAWAN 2021 TELAH LULUS !!!


Pada 15 Disember 2020 yang lalu, Belanjawan 2021 telah diluluskan secara total di Dewan Rakyat pada bacaan kali yang ketiga melalui  undian belah bahagian ( setuju 111, tidak setuju 108 dan tidak hadir1).  Manakala di Dewan Negara diluliuskan pada 23 Disember 2020  dengan undian suara.  Dijangkakan kemelut politik berakhir atau sekurang-kurang bertenang, namun sebaliknya berlaku.     

Sebelum ini, kemelut   politik tercetus di pihak PH sehingga tumbang pemerintahannya dan akhirnya terbentruk perintahan Perikatan Nasional (PN) dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.  Kini kemelut juga bermula dan memuncak dipihak PN khususnya antara  PBBM dan UMNO.  Diawal Januari 2021,  145 dari 191 Bahagian-Bahagian UMNO dalam Mesyuarat Bahagian masing-masing telah meluluskan  usul supaya UMNO tidak bersama dengan PBBM  pada PRU 15 kelak dan mendesak PRU 15 diadakan dlam masa terdekat.  Majlis Tertinggi UMNO  telah menerima usul ini untuk dibahaskan dalam Perhimpunan Agong UMNO (PAU) pada 30 Januari 2021.     

Rentetan itu, Tan Sri Anuar Musa yang dilihat sebagai pendokong kuat PN dan mempertahan PBBM telah dipecat sebagai Setiausaha BN dan digantikan oleh  DS Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agong UMNO.

Sekoyong-koyong pada 8 Januari 2021 (Jumaat), Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan 12 dari 14 Ketua-ketua Bahagian di Kelantan meluluskan usul tersebut. Seterusnya Ahli Parlimen Padang Rengas pada 12 januari 2020 pula menyatakan akan menimbangkan untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri  dan juga mungkin akan diikuti  oleh beberapa lagi Ahli parlimen UMNO.

Sinar Harian (11 Januari 2021) melaporkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyatakan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh disifatkan sebagai sudah tumbang kerana hilang majoriti sokongan daripada 222 ahli Parlimen kerana hanya memiliki 110 sokongan ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub tidak lagi menyokongnya. Untuk rekod,  Ahli Dewan Rakyat iailah 222 orang dan kini tinggal 220 ahli apabila 2  ahli Parlimen telah meninggal dunia iaitu Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah dan Ahli Parlimen Gerik di Perak.

Dengan demikian, kedudukan sokongan Kerajaan PN ialah 110, manakala  PH 108, dan 2  (Ahli Parlimen Gua Musang dan Machang) tidak mencyokong Perdana Menteri tetapi tidak juga menyokong PH .  Dalam hal ini PN masih majoriti dan mengatasi PN walau hanya 2 undi sahaja.  Seandainya beberapa Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan sehingga tingga 107 atau kurang, sedangkan PH kekal 108, ketika itu PN kehilangan majoriti dan tumbang.  

Dalam hal majoriti  ini, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan:

     “43.(4) - Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”.

 

Apakah ini akan berlaku… kita tunggu dan lihat!!

 Jenderam Hulu,

11 Januari 2021  

Thursday, 17 December 2020

SETELAH 62 UNDIAN BAGI BAJET 2021 - AKHIRNYA SIDANG DEWAN RAKYAT BERAKHIR DENGAN TENANG .....

 

Sejak  Bajet 2021 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November 2020, suasana persidangan Dewan Rakyat sentiasa panas dan perbahasan yang menceriakan.  Namun akhirnya Bajet 2021 diluluskan sepenuhnya pada bacaan kali yang ketiga pada 15 Disember dengan penuh bergaya apabila dipersetujukan dengan undian belah bahagian 111 vs 108 dan seorang Ahli tidak hadir (Ahli Parlimen Gua Musang).

Disini penulis catatkan perjalanan Bajet 2021 yang melalui undian dipelbagai peringkat di Dewan Rakyat  dengan 11 undian belah behagian dan 51 undian suara.    Perinciannya sepertri  ringkasan berikut:-

 

Bil

Tarikh

Peringkat/Kepala Peruntukan 

Catatan/keputusan

1

3 Dis 2020

Bacaan kali yang pertama 

-

2

6  Nov 2020 (4.00, Jumaat)

Bacaan kali yang kedua (pembentangan) 

-

3

9 – 19 Nov 2020

Perbahasan Peringkat Dasar 

-

4

23 – 26 Nov 2020

Jawapan Menteri-Menteri (Peringkat Dasar) 

-

5

26 Nov 2020

Dipersetujukan Peringkat Dasar

 

Undian suara – setuju

 

 

 

 Peringkat Jawatankuasa 

 

6

30 Nov 2020

Jabatan  Perdana Menteri

B1-B9 & B40 /P6 -P7

 

B: Undi belah bahagian - S 105, TS 95 TH 20

 P: Undian suara – setuju  

7

Kementerian Kewangan

B10-B12 / P10 & P70

 

B:Undi belah bahagian - S 106, TS 95 TH 19

 P: Undian suara – setuju 

8

1 Dis 2020

Kementerian Luar Negeri

B13/P13

 

B:Undian suara – setuju

 P: Undian suara – setuju 

9

Kementerian Perpaduan Negara

B14/P14

 

B:Undian suara – setuju

 P: Undian suara – setuju 

10

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

B20/P20

 

B:Undi belah bahagian - S 108, TS 95 TH 17

 P: Undian suara – setuju 

11

2 Dis 2020

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

B21/P21

 

B:Undian suara – setuju

 P: Undian suara – setuju

12

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

B22/P22

 

B:Undian suara – setuju

 P: Undian suara – setuju

13

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

B23/P23

 

B:Undian suara – setuju

 P: Undian suara – setuju 

14

3 Dis 2020

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan industri

B24/P24

 

B:Undi Belah Bahagian –

S 110, TS 104 TH 6

 P: Undian suara – setuju 

15

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

B25/P25

 

B:Undian suara – setuju

 P: Undian suara – setuju

16

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

B26/P26

 

B:Undian suara – setuju

 P: Undian suara – setuju 

17

7 Dis 2020

Kementerian Kerja Raya

B27/P27

 

B:Undian suara – setuju

 P: Undian suara – setuju 

18

 

Kementerian Pengangkutan

B28/P28

 

B:Undi Belah Bahagian

S 109, TS 94,TH 17

 P: Undian suara – setuju 

19

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 

B30/P30

 

B:Undian suara – setuju

 P: Undian suara – setuju 

20

8 Dis 2020

 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

B31/P31

 

B:Undi Belah Bahagian

S 109, TS 96

TH 15

 

P: Undian suara – setuju

 

 

21

Kementerian Pembangunan Wanita , keluarga dan Masyarakat

B48/P48

 

B:Undian suara – setuju

 P: Undian suara – setuju

22

Kementerian Alam Sekitar dan Air

B33/P33

 

PM 66(9) – tidak disetujukan, undian suara.

 B:Undian suara – setuju

 P: Undian suara – setuju 

23

9 Dis 2020

 

Kementerian Kesihatan

B42/P42

 

B:Undian suara – setuju

P: Undian suara – setuju 

24

‘”

 

 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

B43/P43

 

PM 66(9) – oleh YB Tanjong Malim tidak disetujukan, undian suara.

 B:Undi Belah Bahagian

S 106, TS 96, TH 18

P: Undian suara – setuju 

25

 

10 Dis 2020

Kementerian Belia dan Sukan

B45/P45

 

B:Undian suara – setuju

P: Undian suara – setuju

26

Kementerian Sumber Manusia

B46/P46

 

B:Undian suara – setuju

P: Undian suara – setuju

27

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

B47/P47

Usul 66(9) oleh Kerajaan : kurangkan RM 45 juta bagi peruntukan JASA.  Diluluskan, undian suara

 Usul 66(9) oleh YB Tuaran, Batu Gajah, Jerlun & Kuantan kurangkan RM 85.5 juta bagi JASA. Tidak dipersetujukan dengan suara.

 B:Undi Belah Bahagian

S 107, TS 100, TH 13

P: Undian suara – setuju 

28

14 Dis 2020

 

Kementerian Wilayah Persekutuan

B32/P32

 

B:Undi Belah Bahagian

S 110, TS 7, TM 31, TH 72

 P: Undian suara – setuju 

29

Kementerian Pertahanan

B60/P60

 

B:Undian suara – setuju

P: Undian suara – setuju 

 

 

Kementerian Dalam Negeri

B62/P62

 

B:Undian suara – setuju

P: Undian suara – setuju

30

15 Dis 2020

Kementerian Pendidikan

B63/P63

 

B:Undian suara – setuju

P: Undian suara – setuju 

31

Kementerian Pengajian Tinggi

B64/P64

B:Undian suara – setuju

P: Undian suara – setuju 

32

Dimaklumkan kepada Majlis

 

Undi Belah Bahagian

S 111, TS 108 ,TH 1 

32

“”

Bacaan kali yang ketiga

 

B:Undi Belah Bahagian

S 111, TS108 ,TH 1

 P: Undian suara – setuju

 Nota: B – Bekalan/Belanja Mengurus; P – Pembangunan; S – Setuju, TS – Tidak Setuju; TM – Tidak Mengundi; TH – Tidak Hadir


Dua hari akhir persidangan pada 16 dan 17 Disember 2020, suasana perbahasan yang aman, tenang dan tanpa hiruk pikuk dan jeritan seperti sebelum ini.   Dimana dua hari terakhir ini dikuhususkan kepada Rang Undang-Undang sahaja khususnya berkaitan dan berururtan dengan Bajet 2021.   Sebanyak 9 Rang Undang-undang(RUU) yang telah dilulukan, iaitu:-

·         Rang Undang-Undang Kewangan 2020;

·         Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2020;

·         Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2020;

·          Rang Undang-Undang Eksais (Pindaan) 2020.

·         Rang Undang-Undang Zon Bebas (Pindaan) 2020;

·         Rang Undang-Undang Cukai Jualan (Pindaan) 2020;

·         Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020;

·         Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020; dan

·         Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020.

Disamping itu, juga diluluskan 4 usul-usul kewangan dan percukaian.  Kesemua RUU  dan usul-usul tersebut diluluskan dengan undian suara.  Dua hari terakhir ini seolah-olah pembangkang hilang dari radar  persidangan  dan  jarang sekali Dewan Rakyat meluluskan 9 RUU dalam tempoh yang singkat.  Persidangan bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 tamat pada 17 Disember 2020 (Khamis), lebih kurang  jam 3..30 petang.

Sekadar catatan jua.,

Jenderam Hulu,

17 Disember 2020