Sunday 20 October 2024

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan Belanjawan 2025  melalui siaran langsong RTM pada 18 Okrtober  2024, Jumaat,  dari jam 4 hingga 6.30 petang.  

Penulis agak terkejut, apabila dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan  mencadangkan  kerajaan akan menggubal akta  bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu. Hukuman itu memperuntukkan pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan.

Penulis terkejut, kerana perkara tersebut adalah dasar awam yang baharu yang hendak diperkenalkan dan tidak berkaitan perinsip-perinsip belanjawan, melainkan jika ia diumumkan dalam bentuk melibatkan implikasi kewnagan yang nyata seperti  penambahan kakitangan/pegawai Penjara atau mewujudkan makenisma tertentu seperti jabatan/unit khas yang akan mengendalikannnya.  Hanya sekali lalu sahaja pernyataannya Tidak dijelaskan kenapa tiba-tiba perlu sangat soal tahanan di rumah dimasukkan ke dalam ucapan belanjawan.  Seharusnya ucapan pembentangan Belanjawan 2025 tersebut menumpukan berkaitan ekonomi dan kewangan, bukannya soal reformasi undang-undang khususnya berkaitan penahanan dipenjara, 

Keesokkan harinya, dilaporkan Menteri Dalam Negeri berkata  Rang undang-undang  baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah bakal dibentangkan di Parlimen tahun depan. Beliau berkata, Jemaah Menteri sudah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaan undang-undang baharu itu.Ketika ini RUU berkaitan sedang digubal oleh Jabatan Peguam Negara dan ketua pengarah Jabatan Penjara   dan seterusnya akan dibentangkan dalam  Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen pada tahun depa. (FMT, 19 Oktober 2024).

INILAH KEJANGGALAN UCAPAN BELAJAWAN 2025, DAN MUNGKINKAH INI ANATARA REFORMASI PARL;IMEN YANG DICANANGKAN.  SUDAH PASTINYA INI AKAN MENGUNDANG BERBAGAI PERPESEPSI AKAN KESEGERAAN KEPERLUAN RUU  APAKAH MAKSUD  DISEBALIKNYA

Wallahua'lam....suatu catatan kejanggalan jua.

Jenderam Hulu, 20 Oktober 2024

No comments:

Post a Comment

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...