Monday 15 October 2018

PEMASYHURAN YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT DI MESYUARAT KEDUA, PENGGAL PERTAMA PARLIMEN KE-14 - DEWAN NEGARA TIDAK MELULUSKAN RUU ANTI BERITA TIDAK BENAR(PEMANSUHAN) : ADAKAH DEWAN NEGARA RUBBER STAMPS ?!!


Hari ini dalam sejarah.  Di awal persidangan hari pertama di Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen Ke-14 pada 15 Oktober 2018, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memsyhurkan pemakluman Yang di-Pertua Dewan Negara mengenai RUU yang telah diluluskan oeh Dewan Negara dan satu RUU tidak diluluskan  iaitu RUU Anti Berita Tidak Benar(Pemansuhan) 2018.   Seingat penulis dalam tempoh 2 dekad, inilah kali pertama RUU tidak diluluskan oleh Dewan Negara, dan mungkin yang pertama juga dalam sejarah Parlimen Malaysia. 

Syabas kepada Dewan Negara,  kerana ia menafikan dakwaan Dewan Negara sebagai rubber stamps yang sering dilontarkan oleh pihak pembangkang di masa lalu sama BA, PR dan PH khususnya beberapa AHLI Parlimen spt  Ipoh Timur (Lim Kit Siang) dan Bukit Gelugor (Karpal Singh).

Diimbas kembali, RUU Cukai Jualan 2018, RUU Cukai Perkhidmatan  dan RUU Akta Cukai  Barangan dan Perkhidmatan  telah diluskan  di Dewan Rakyat pada 7 Ogoos 2018 di Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-14. Dengan undian  suara .tanpa ada permintaan undi belahbahagian walaupun pihak pembangkang beria-ia membantah ketiga-tiga RUU semasa perbahasannya. Begitu juga di Dewan Negara, pada 20 )gos  2018, kesemua RUU tersebut juga diluluskan dengan undian suara kerana ahli-ahli Dewan Negara berpendapat ia adalah kehendak rakyat yang perlu di hormati..

Manakala RUU Anti Berita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 yang dibantah dalam perbahasan oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang juga diluluskan di Dewan Rakyat dengan undian suara pada12 September  2018.  Namun di Dewan Negara, RUU ini telah diputuskan melalui undian belah bahagian dan tidak diluluskan, iaitu bersetuju -21,tidak bersetuju – 28 dan tidak menundi – 3.  Ahli-ahli Dewan Negara berpendapat tidak ada sebab Akta  Berita Tidak Benar 2018   yang diluluskan pada sidang terakhir Dewan  Ngara sebelum PRU 14 yang lalu di mansuhkan kerana ia memberi kebaikan kepada rakyat.  Tambahan pula, penulis berpendapat adalah sutu yang tidak masuk akal dan munasabah, jika akta ini diluluskan pemansuhanya di Dewan Negara, sedangkan ia diluluskan oleh Ahli-ahli Dewan Negara yang sama.  Justeru itu, disini ahli-ahli Dewan Negara telah menunjukkan kebijaksanaanya dan menafikan bahawa Dewan Negara sebagai rubber stamps.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri di JPM (hal ehwal undang-undang) [ YB Sepang] telah memberi kenyataan bahawa beliau tidak faham mengapa gagal menyakinkan Senator-senator sedangkan telah memeberi penjelasan sebaik mungkin.  Beliau menyatakan kalah dengan angka kerana bilangan Senator BN melebihi Senator yang menyokong Kerajaan PH.

Suatu catatan jua.




Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen bagi Port Dickson : Bakal Perdana Menteri Ke-8 – Undi Rakyat bisa di urus!!!

Pada 15 Oktober 2018, di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Ke -14,  jam 10.00 pagi,  selepas bacaan doa YB Dato’ Seri  Anwar Ibrahim  (DSAAI) telah mengangkat sumpah sebagai ahli Dewn Rakyat.   Beliau telah memenangi Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13  Oktober 2018.  PRK ini diadakan setelah Ahli Parlimen Port Dickson , Datuk Danyal Balagopal Abdullah telah meletak jawatan/mengosongkan kerusi pada..... bagi memberi laluan kepada DSAI untuk bertanding dan kembali ke Parlimen.   DSAI telah memenangi PRK ini dengan majoriti yang lebih besar iaitu 23,560 undi berbanding 17,710 undi semasa PRU 14 yang lalu.  Untuk rekod, PRK ini menghadapi pertandingan 7 penjuru dan keputusannya seperti berikt:
          Anwar Ibrahim (PH) – 13,016
          Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (PS) – 7,456
          Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Bebas) – 4,230
          Stevie Chan Keing Leong(Bebas) – 337
          Lau Seck Yan (Bebas) – 214
Kan Chee Yuen (Bebas) – 154
Saiful Bukhari Azlan – 82
[Undi Rosak – 598; Peratus Keluar Undi – 58.25% dan Jumlah Pengundi – 75,212].

Banyak pihak menggelar PRK ini sebagai “Langkah PD” dalam rangka memberi laluan kepada DSAI sebagai untuk menjadi Perdana Menteri Ke-8 sebaimana Manifesto PH dalam PRU 14.  Ini adalah kali ketiga yang dilakukan oleh DSAI dan PKR; dimana sebelum ini PRK yang memeberi laluan kepada DSAI adalah seperti berikut  iaitu:
-   PRK Permatang Pauh  pada 26 Ogos 2008, dikosongkan oleh isterinya  Datin Seri Wan azizan Ismail yang memenanginya pada PRU 12 bagi memberi laluan kepada suaminya, yang seterus menggantikannya sebagai Ketua Pembangkang.  Beliau telah memenangi PRK ini dengan majoriti 15,671.

-      PRK Kajang pada ...201..., yang pada mulanya untuk DSAI bertanding dan dilanti sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun beliau hilang kelayakan kerana dijatuhkan hukuman penjara dalam kes liwat 2.  Isteri beliiau  menggantikannya dan bertanding dalam PRK  ini  dan beliau memenangi pilihanraya ini.

Selain memenangi  PRK Port Dickson dengan bergaya, beliau juga telah menangi majoriti yang besar dalam 5 PRU dan 1 PRK di Permatang Pauh. Dimana 4 kali PRU semasa mewakili UMNO  iaitu : PRU 6 (1982) –majoriti  14,352 undi;        PRU 7 (1986) – majoriti  10,479 undi;         PRU 8 (1990) – majoriti 16,150 undi;     dan PRU 9 (1995) – majoriti 23,230 undi.   Setelah beliau di pecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan UMNO pada September  1998 dan menubuhkan PKR.  Semaswa beliau   dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun  dalam kes liwat 1. , tempat beliau diganti oleh isterinya yang mewakili PKR pada PRU 10 (1999)  hingga PRU 12(2008).    
Walau bagaimanapun, beliau telah dibebaskan pada tahun 2003 dan setelah tamat tempoh 5 tahun selepas penjara, maka beliau layak bertanding dalam Pilihanraya.    Pada 31 Julai 2008 , isteri beliau yang memenangi PRU 12 (2008)  bagi Kerusi Permatang Pauh dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang telah meletakkan jawatan bagi membolehkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 26 Ogos 2008 dan beliau  menang dengan majoriti 15,671 undi.  Seterusnya dalam     PRU 13  (2013), beliau bertanding di Permatang Pauh dan menang dengan  majoriti 11,721 undi. Walau bagaimanapun dalam kes liwat 2,  pada  9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan DSAI tidak bersalah tetapi Peguam Negra telah membuat rayuan dan akhirnya Mahkamah Rayuan  pada 12 Oktober 2016 telah memutuskan bersalah dan hukuman penjara selama lima tahun.  Beliau telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan sekali lagi  PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei 2015     dan dimenangi oleh isterinya Dati Seri Wan Azizah Ismail dan menggantikannya pula sebagai Ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

DSAI telah memohon semakan kehakiman dan Pada 14 Disember 2016, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan tersebut. . Dengan keputusan itu, DSAI yang telah  menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selama setahun 10 bulan perlu menghabiskan baki hukuman penjara lima tahun. Oleh itu beliau tidak layak bertanding dalam PRU 14.  Setelah PH memenangi PRU 14 dan sebagaimana manifesto PH, beliau telah diberi pengampunan penuh.  Seterusnya usaha-usaha dilakukan untuk membolehkan beliau kembali ke Dewan Rakyat dan akhirnya PRK Port Dickson diadakan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Kesimpulannya beliau tidak pernah kalah dalam lima kali PRU dan dua kali  PRK, sama ada mewakili UMNO dan selepas dipecat serta mewakili PKR.  Suatu yang menarik, apa keadaan sekalipun, beliau tetap menang  dalam pilhanraya yang disertainya.   Disini penulis membuat analisis seperti berikut:-

·    Kehebatan dan  kewibawaan kepimpinan beliau amat tinggi pengaruhnya kepada rakyat khususnya  pengundi tradisinya di Permatang Pauh malah di tempat lain iaitu Port Dickson, namun ia masih kubu kaut  PKR.

·  Kewibawaannya tidak terjejas walaupun beiau didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes liwat 1 dan 2 serta dijatuhi hukuman penjara.  Disini beliau telah berjaya meyakinkan rakyat bahwa beliau tidak bersalah dan  kes-kes tersebut adalah fitnah terhadapnya. 

·  Persoalannya disini, apakah mahkamah boleh diperkotak katikkan sehingga  menjatuhkan hukuman kepada kes-kes yang sengaja diwujudkan oleh pihak berkuasa?  Apakah mahkamah dan isntitusi kehakiman dan perundangan di negara ini tidak boleh dipercayai dan hilang kewibawaannya?  Disudut ini, adakah DSAI mangsa kerakusan pihak yang berkuasa semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 4 dan seterusnya berlarutan hingga  Perdana Menteri 6  di bawah BN? .

·  Disudut lain, apakah pihak-pihak dalam institusi kehakiman dengan mudah diperkudakan oleh pihak berkuasa?  Apakah mereka tiada kriadibiliti dan intergriti langsung sehingga membuktikan sesuatu kesalahan itu wujud.  Namun, mengikut  logik akal, agak mustahil konspirasi sedemikian boleh diwujudkan kerana melibatkan pelbagai agensi seperti PDRM, SPRM, AG, mahkamah dan ramai  orang yang terlibat  dalam siasatan dan pengendalian kes ini.  Jika kes ini benar dan institiusi kehakiman/ perundangan adalah berwibawa tanpa mengira kedudukan pihak yang tertuduh, maka pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ke-7 adalah bermakna kesalahan wujud dan  diampunkan bermakna tidak menjalani hukuman sepenuhnya atau dibebaskan hukuman. rbar sia.  Disini juga difahami oleh ramai pihak termasuk Peguam Negara bahawa kesalahan tersebut telah terpadam seolah-oleh tidak melakukan kesalahan.  Sebab itulah  Peguam Negara mengesahkan bahawa beliau layak bertanding dalam PRK Port Dickson.  Walau bagaimana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid mengulas dalam tulis sepatutnya istilah yang tepat “pengampunan bebas” bagi membolehkan seseorang yang diampunkan itu beloh bertaanding dalam Pilihanraya sepertimana peruntukan Perkara 42 dan 48 Perlembagaan Persekutuan.

Mengenali DSAI sejak tahun 1970”an semasa beliau sebagai presiden ABIM, penulis sering teringat-ingat beberapa ungkapan yang sering diungkapkan dalam  pidatonya – “ kita..sebagai jurubicara ummah”, “ “daulah Islamiyyah haqiqiyuun”   dan “non-partisan”.   Apabila masuk UMNO atas  pujukan Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO, beliau dilantik sebagai Senator dan seterusnya Timbalan Menteri di JPM pada tahun1982. Beberapa bulan selepas itu, bertanding dalam PRU 6 di Permatang Pauh dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.  Dari situ, berusahalah beliau dengan sokongan sahabat-sahabtnya sehingga berjaya sebahai Kerua Pemuda UMNO, dan seterusnya Naib Presiden dan akhirnya sebagai Timbalan Presiden setelah mengalahkan penyandang ketika itu Ghafar Baba.  Dikalangan sahabat-sahabatnya khususnya ABIM, sejak awal-awal lagi masuk dalam UMNO, beliau sering menyatakan akan menjadi  Perdana Menteri   selepas Dr. Mahathir.  Semasa itu, istilah  ‘masyarakat madani” sering diungkapkan. Apabila DSAI dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan UMN0 pada tahun 1998, dengan dokongan sahabat-sahabat, maka tertubuhlah Parti Keadilan Rakyat dengan slogan REFORMASI. 

Setelah 20 tahun berlalu,akhirnya beliau mendapat laluan untuk menjadi Perdana Menteri ke-8  selepas Perdana Menteri ke-7 (Tun Dr Mahathir) yang akan melepaskan jawatannya dalam tempoh 2 tahun seperti dalam manifesto PH. Apakah maknanya ini?  Kalau...dulu Dr Mahathir yang menarik masuk DSAI, beliau  juga yang memecat, dan kini beliau juga sekali membuat strategi dan memberi laluan kepada DSAI sebagai PM ke-8.   Atas nama RAKYAT....segalanya boleh berlaku.  Bijakkah rakyat? Bodohkah rakyat-?  Atas nama DEMOKRASI segalanya dirancang...bak kata bahasa Indonesia “ undi rakyat, bisa diurus”.

Sekadar lontaran catatan...yang membingungkan pemikiran.

Wallahua’lam.

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...