Rang Undang-Undang
Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dibentangkan untuk bacaan kali yang kedua
pada 7 Oktober 2022 oleh Menteri Kewangan pada era PN telah luput apabila
Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.
Oleh yang demikian Bajet ini perlu dibentangkan semula selepas PRU
15. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan
kerajaan pimpinannya akan membentangkan satu Bajet Mini pada sidang
Dewan Rakyat yang .pada 19 Disember 2022.
Jelas beliau, ia bagi meluluskan emolumen berkaitan belanja mengurus
kerajaan, khususnya gaji penjawat awam. [Malaysiagazette, 24 November 2022].
Sehubungan itu, pada 19
Disember 2020 Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk
Aakaun) 2022 dibuat bacaan kali yang pertama. Seterusnya pada hari kedua
persidangan, 20 Disember 2022, Rang Undang-undang (RUU) ini dibuat
bacaan kali yang kedua. RUU ini adalah bagi
membenarkan perbelanjaan untuk sebahagian daripada tahun yang berakhir pada
31 Disember 2023. Tujuan RUU ini ialah untuk
mendapatkan kebenaran sementara bagi perbelanjaan kerajaan bagi beberapa
bulan permulaan tahun 2023 sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 2023
diluluskan kelak oleh kedua-dua Dewan dan mendapat persetujuan Duli Yang Maha
Mulia pada tahun 2023. Ia agi tujuan perbelanjaan
perkhidmatan, membabitkan wang bernilai RM107,718,676,650.
ATURAN
URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1.
(D.R.47/2022)
Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 ,
DAN
2.
Menteri Kewangan akan mencadangkan : “Bahawa
Dewan ini, menurut seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406],
membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari Lima
Puluh Lima Bilion Sembilan Ratus Lima Puluh Sembilan Juta Dua Ratus Tiga Belas
Ribu dan Dua Ratus Ringgit (RM55,959,213,200) dikeluarkan daripada Kumpulan
Wang Pembangunan bagi tahun 2023 untuk perbelanjaan segera bagi maksud-maksud
yang dinyatakan dalam penyata sementara yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 54 Tahun 2022, dan bahawa jumlah wang yang tersebut dalam ruang tiga
dan empat penyata itu bersetentangan dengan maksud-maksud yang dinyatakan dalam
ruang satu penyata itu adalah diuntukkan bagi perbelanjaan itu sementara
menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan.” [AUM DR
20/12/2022]2
RUU
ini juga dikenali sebagai Belanjawan / Bajet Sementera menuggu bajet sepenuhnya
iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibentang dan diluluskan. Begitu juga, dengan
perbelanjaan pembangunan dibentangkan sebagai Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara
2023. Ini kerana
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2023 tidak dapat
dibincangkan dan diluluskan oleh Dewan ini pada tahun 2022, maka perlu
peruntukan disediakan untuk kerajaan membiayai segala perbelanjaan yang
mustahak pada awal tahun 2023 sehingga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023
dibentang dan diluluskan dalam Dewan Rakyat.
Ini bertujuan untuk menyediakan peruntukan bagi membiayai perbelanjaan
pembangunan bagi awal tahun 2023, sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan
Pembangunan 2023 diluluskan oleh Dewan Rakyat yang membabitkan perbelanjaan
sebanyak (RM55,959,213,200).
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
memaklumkan “Menurut Peraturan Mesyuarat 68A Rang Undang-undang Kumpulan
Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Awam) 2022 tidak boleh dibahaskan di
semua peringkat. Manakala Peraturan Mesyuarat 68B, Usul atas namaYang
Amat Berhormat Menteri Kewangan ini terbuka untuk dibahaskan. Perbahasan
tidak boleh termasuk perkara-perkara dasar dan pentadbiran kerajaan atau
tujuan-tujuan wang yang dimasukkan dalam Penyata Sementara.” [Penyata Rasmi
Dewan Rakyat, hal.20]. Seterusnya RUU tersebut dan usul pembangunan sementara ini telah dipersetujukan dengan undian suara.
Sebagai rujukan, berikut adalah
petikan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Derwan Rakyat:-
“Mendahulukan Perbelanjaan
68A. (1) Apabila dibacakan kali yang kedua sesuatu
Rang Undang-undang yang dibawa ke dalam Majlis (menurut perenggan (a) dalam
Perkara 102 dalam Perlembagaan) bagi memberi kuasa membelanjakan wang bagi
sebahagian daripada satu-satu tahun, hendaklah diputuskan dengan tidak boleh
dibahas.”
“Ketetapan
untuk meluluskan perbelanjaan yang
ditunjukkan dalam penyata sementara
68B. (1) Usul bagi mengambil ketetapan menurut subseksyen
(3), dibaca bersama subseksyen (6) Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966,
hendaklah dicadangkan, tanpa pemberitahuan, oleh seorang Menteri dan
ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, dan dikemukakan untuk diputuskan, tanpa
usul dan dirujukkan kepada Jawatankuasa sesuatu Majlis Mesyuarat. Perbahasan
atas usul itu tidak boleh termasuk perkara-perkara dasar dan pentadbiran
Kerajaan atau tujuan-tujuan wang yang dimasukkan di dalam penyata
sementara, yang dibentangkan di hadapan Majlis Mesyuarat menurut subseksyen (5)
Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, dikehendaki dibelanjakan.” [Peraturan-peraturan
Majlis Mesyuarat Derwan Rakyat]
Sebelum diluluskan, timbul
sedikit kekecohan apabila Ahli Parlimen Arau membangkitkan kekeliruan semasa
perbahasan tersebut akan juga disentuh mengenai RUU itu, dan Yang di-Pertua
menerima teguran itu. Pembenatang RUU dan Usul Pembangunan Sementara atau lebih
dikenalai sebagai Belanjawan Bajet Sementara bukanlah kali pertama. Sebelum ini, ia pernah dibentangkan pada 20
Disember 1999 selepas PRU 10 yang diadakan pada 29 November 1999, bahkan pernah
6 kali sebelum itu.
Seterusnya Timbalan Menteri
Kewangan 1 (Ahli Parlimen Pontian) mengemukakan Usul-Usul Menteri Kewangan,
iaitu Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] -
Memindah Baki Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia Kepada Kumpulan
Wang Pembangunan, dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] - Memindah Baki
Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia Kepada Kumpulan Wang COVID-10. Kedua-dua usul tersebut
tidak dibahaskan dan dipersetujukan dengan suara. Persidangan di Mesyuarat
Pertama, Penggal Pertama di Dewan Rakyat ini tamat pada jam 11.28 pagi dan
ditangguhkan sehingga suartu tarikh yang ditetapkan..
Suatu catatan era baharu "Kerajaan Perpaduan"