Wednesday 28 December 2022

BELANJAWAN SEMENTARA DI BENTANG DI DEWAN NEGARA, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, PARLMEN KE-15 (21 DISEMBER 2022)

Mesyuarat Pertama, penggal Pertama Parlimen Ke-15 bagi Dewan Negara Negara, hanya bersidang sehari sahaja iairtu pada 21 Disember 2022.  Aturan Urusan Mesyuarat adalah Usul Jalan Masuk, Usul Jawatankuasa Pemilih dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022. Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan bacaan kali yang kedua di Dewan Negara oleh Timbalan Menteri Kewangan. Walau pun tidak dibahaskan, tetapi Yang di-Pertua dewan Negara membenarkan 5 orang AhIi berucap dan seterusnya Timbalan Menteri Kewangan menjawab/memberi penjelasan isu-isu berbangkit.  RUU ini didipersetujukan dengan undian suara. 

YB Timbalan Menteri Kewangan membentangkan Bajet Sementara di Dewan Negara pada 21 Disember 2023

Sebelum ditangguhkan, Yang di-Pertua Dewan Negara berkata mungkin ini dalah persidangan yang terpendek dan menyatakan bahawa “saya dapati ada suatu penjelmaan sentimen yang baik iaitu ukhuwah antara kita dan persahabatan, persefahaman dan niat yang paling tinggi agar Malaysia terjaga dan terjamin” [Penyata Rasmi Dewan Negara, 21.12.2022, hal.31].  Persidangan di mesyuarat ini tamat jam 11.33 pagi dan ditangguhkan kepada suartu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.  

Akhir kalam, penulis menjangkakan persidangan seterusnya di Mesyuarat Parlimen akan menyaksikan kehebatan denyutan nadi sidang Dewan Rakyat apabila  seteru politik, PH  dan BN bergabung sebagai kerajaan dan disatu pihak lagi PN yang diterajui BERSATU dan PAS sebagai pembangkang.  Maka persidangan Parlimen ini akan menyaksikan Ketua Pembangkang yang dipersetujui oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang adalah Ahli Parlimen Larut, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin yang juga Setiausaha BERSATU adan ini memperlihatkan sedikit kelainan apabila Penegerusi BERSATU (Ahli Parlimen Pagoh) atau Presiden PAS (Ahli Parlimen Marang) tidak dilantik sebagai Ketua Pembangkang, tetapi sebagai Ketua dan Timbalan Ketua PN.  Manakala Ahli Parlimen Kota Bharu pula sebagai Ketua Whip PN.  Adalah diharapkan demokrasi dinegara ini semakin subur, “yang menang - tidak dapat semua” dan “yang kalah tidak hilang semua”

Sekian, suatu catatan sejarah demokrasi berparlimen.

Kompleks Islam, Putrajaya


No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...