Monday 11 January 2021

PENGISYTIHARAN PROKLAMASI DARURAT “MEMERANGI COVID-19”– TIADA SIDANG PARLIMEN DAN KE ARAH PRU 15

 

Baru semalam, 11 Januari 2021(Isnin), sekitar 6 petang, Perdana Menteri telah membuat pengumuman secara langsung bahawa PKP dilaksanakan di 6 negeri iaitu Johor, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Sabah dari 13 Januari hingga 26 Januari 2021.   Negeri-negeri lain samada PKPB ( Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan)  atau PKPP (Perlis dan Sarawak).  Tindakan ini bagi membendung COVID-19 yang kini mencecah 3,000 setiap hari.

 

Pada hari ini, 12 Januari 2021 (Selasa), pada awal pagi sudah tersebar/viral kenyataan rasmi Istana Negara, yang antara lain menyebut:-

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.”

“Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait. Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.”

 

Seterusnya YAB Perdana Menteri dalam siaran langsung pengumuman darurat yqang disiarkan secara langsung pada jam 11 pagi, telah memberi penjelasan lanjut mengenai darurat ini bagi membendung pandemic COVID-19 dengan lebih tegas dan berkesan.  Antara lain, implikasi proklamasi ini ialah Parlimen dan DUN tidak bersidang  dan  semua pilihanraya -PRK, PRN dan PRU tidak diadakan.  Malah Perdana Menteri  menjelaskan mengenai desakan-desakan diadakan PRU dan hanya akan diadakan setelah darurat ini ditamatkan.  Penamatan darurat bergantung kepada cadangan dari Jawatankuasa Bebas sama ada menamatkan darurat lebih awal atau disambung lagi bergantung kepada situasi pandemik COVID-19.


Kesimpulannya,  PRU 15 akan diadakan selepas Proklamasi Darurat ditamatkan.  Seacara mudah ianya selepas Ogos 2021.  Semoga pengisytiharan ini dapat mengatasi persepsi tidak menentu mengenai majoriti Kerajaan dan bertenang sekurang-kurang 6 bulan sebelum PRU 15 diadakan kelak.  Ia juga dapat mengendur dan 'merehatkan' ketegangan politik,  sekali gus memberi peluang kerpada pemerintah atau kerajaan yang sedia ada untuk fokus kepada usaha-usaha memerangi Covid-19 tanpa gangguan ketidak seimbangan politik khususnya polimik kesahan dan majoriti kerajaan.

Walaupun pada asasnya Proklamasi Darurat untuk memberi tumpuan kepada masalah sebenar negara iaitu Covid-19 dan masalah ekonomi,  namun ianya juga memberi kesan  untuk menenangkan kemelut politik dengan memastikan tidak berlakunya Pilihan Raya Umum dalam tempoh ini.  Dengan lain perkataan pertimbangan politik juga mendasari pertimbangan disebalik  keputusan perisytiharan darurat tersebut.  Maka timbul perbahasan sama ada ini “Darurat Kesihatan atau Darurat Politik?”

Suatu catatan yang bersejarah,

Bangunan BHEUU, Putrajaya.

12 Januari 2021, 12.00 tgh.

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...