Monday 11 January 2021

KEMELUT POLITIK BERTERUSAN WALAUPUN BELANJAWAN 2021 TELAH LULUS !!!


Pada 15 Disember 2020 yang lalu, Belanjawan 2021 telah diluluskan secara total di Dewan Rakyat pada bacaan kali yang ketiga melalui  undian belah bahagian ( setuju 111, tidak setuju 108 dan tidak hadir1).  Manakala di Dewan Negara diluliuskan pada 23 Disember 2020  dengan undian suara.  Dijangkakan kemelut politik berakhir atau sekurang-kurang bertenang, namun sebaliknya berlaku.     

Sebelum ini, kemelut   politik tercetus di pihak PH sehingga tumbang pemerintahannya dan akhirnya terbentruk perintahan Perikatan Nasional (PN) dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.  Kini kemelut juga bermula dan memuncak dipihak PN khususnya antara  PBBM dan UMNO.  Diawal Januari 2021,  145 dari 191 Bahagian-Bahagian UMNO dalam Mesyuarat Bahagian masing-masing telah meluluskan  usul supaya UMNO tidak bersama dengan PBBM  pada PRU 15 kelak dan mendesak PRU 15 diadakan dlam masa terdekat.  Majlis Tertinggi UMNO  telah menerima usul ini untuk dibahaskan dalam Perhimpunan Agong UMNO (PAU) pada 30 Januari 2021.     

Rentetan itu, Tan Sri Anuar Musa yang dilihat sebagai pendokong kuat PN dan mempertahan PBBM telah dipecat sebagai Setiausaha BN dan digantikan oleh  DS Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agong UMNO.

Sekoyong-koyong pada 8 Januari 2021 (Jumaat), Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan 12 dari 14 Ketua-ketua Bahagian di Kelantan meluluskan usul tersebut. Seterusnya Ahli Parlimen Padang Rengas pada 12 januari 2020 pula menyatakan akan menimbangkan untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri  dan juga mungkin akan diikuti  oleh beberapa lagi Ahli parlimen UMNO.

Sinar Harian (11 Januari 2021) melaporkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyatakan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh disifatkan sebagai sudah tumbang kerana hilang majoriti sokongan daripada 222 ahli Parlimen kerana hanya memiliki 110 sokongan ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub tidak lagi menyokongnya. Untuk rekod,  Ahli Dewan Rakyat iailah 222 orang dan kini tinggal 220 ahli apabila 2  ahli Parlimen telah meninggal dunia iaitu Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah dan Ahli Parlimen Gerik di Perak.

Dengan demikian, kedudukan sokongan Kerajaan PN ialah 110, manakala  PH 108, dan 2  (Ahli Parlimen Gua Musang dan Machang) tidak mencyokong Perdana Menteri tetapi tidak juga menyokong PH .  Dalam hal ini PN masih majoriti dan mengatasi PN walau hanya 2 undi sahaja.  Seandainya beberapa Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan sehingga tingga 107 atau kurang, sedangkan PH kekal 108, ketika itu PN kehilangan majoriti dan tumbang.  

Dalam hal majoriti  ini, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan:

     “43.(4) - Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”.

 

Apakah ini akan berlaku… kita tunggu dan lihat!!

 Jenderam Hulu,

11 Januari 2021  

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...