Thursday 14 January 2021

ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021 – IMPLIKASI KEPADA PARLIMEN.

 

Catatan ini adalah kemaskini kepada catatan sebelum ini  mengenai Proklamasi Darurat 2021. Apa yang terkesan dan pengutkasaan darurat ini dinyatakan dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.  Ordinan in diwartakan pada 14 Januari 2021. Tarikh kuatkuasa Ordinan ini  ‘disifatkan  telah mula bekuatkuasa  pada 11 Januari 2021’.

 

Perkara berkaitan persidangan Parlimen dinyatakan dengan jelas  dalam Fasal 14:-

“Persidangan Parlimen

14.    (1)  Bagi tempoh darurat berkuatkuasan-

(a)     peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan; dan

(b)  Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong.

          (2)  Mana-mana Mesyuarat Parlimen yang telah dipanggil sebelum tarikh kuatkuasa Ordinan ini tetapi belum diadakan adalah dibatalkan.”

 

Menegenai  pilihan raya pula, Fasal 12 (3) menyatakan.

“(3)    Bagi maksud mengadakan apa-apa pilihan raya untuk mengisi kekosongan luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mengadakan pilihanraya dalam tempuh enam puloh hari dari tarikh Proklamasi Darurat yang dikeluarkan pada 11 januari 2021 dibatalkan  atau diungkaikan, tertakluk kepada proviso kepada Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan  Persekutuan mengenai kekosongan luar jangka.”

Suatu catatan kemaskini jua.

Jenderam Hulu

15  Januari 2021

 

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...