Tuesday, 3 March 2020

PERSIDANGAN PARLIMEN PADA 9 MAC 2020 DITANGGUHKAN: WAJARKAH?

Berita hari ini,  4 Mac 2020 melapurkan bahawa pihak Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mendapat pemakluman dari Perdana Menteri bahawa Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen 14  yang dijadualkan  bersidang pada 9 Mac hingga 16 April 2020 ditangguhkan  kepada 18  Mei hingga 23 Jun 2020, iaitu dilewatkan lebih kurang dua bulan setengah.

Isu sama ada Parlimen bersidang pada 9 Mac ini mula dibangkitkan oleh wartawan ketia bertanya kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada1 Mac 2020, pada masa beliau menghadiri Majlis Tatacara Pelantikan dan Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-8.  Beliau  menyatakan akan menulis surat kepada Perdana Menteri mengenai perkara tersebut.  Berikutan itu  pelbagai pihak khususnya kepimpinan PH menggesa supaya sidang itu diteruskan bagi membolehka undi tidak percaya di buat keatas Perdana Menteri Ke-8.  Hal ini timbul apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dicalonkan semula dan mendakwa memperoleh 114 sokongan Ahli Parlimen, tetapi sudah terlewat dan gagal untuk  menemui Yang di- Pertuan Agong pada pagi 1 Mac 2020 iaitu sebelum majlis angkat sumpah tersebut.  Malah ada yang mencabar bahawa Perdana Menteri tidak boleh lari dari Dewan Rakyat kerana Parlimen mesti bersidang dalam tempoh enam bulan selepas persidangan   terakhir Mesyuarat sebelumnya.  Memang benar, Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan sedemikian.

Penulis tidak membincangkan isu ini lebih awal kerana tidak mahu menganggu urusan oleh Urusetia Ketua Majlis Parlimen menjalankan tugasnya.  Sesungguhnya  penangguhan persidangan ini adalah wajar berasaskan hujah-hujah berikut:


  •     Oleh kerana kemelut politik 2020 ini  tercetus dua minggu sebelum Parliemen bersidang,  maka Proklamasi Prorog belum di tanda tangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Amalannya Penggal Parlimen akan di prorog (dihentikan) seminggu sebelum di panggil Penggal Parlimen berikutnya dalam Majlis Parlimen yang sama. Biasanya sekaligus Proklamasi Memanggil Penggal baharu juga ditanda tangani.  Sebab itulah Perdana Menteri ke-7 memanggil Mesyuarat Khas pada 1 Mac 2020 untuk  bersidang bagi memilih calon Prdana Menteri yag mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan.  Walau bagaimanapun Yang di-Pertua Dewan tidak mengeluarkan notis mesyuarat kerana tidak memenuhi kehendak Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Oleh yang demikian, secara teknikalnya Mesyuarat yang dijadualkan pada 1 Mac itu boleh ditangguhkan dan teratur mengikut perundangan.
  •     Oleh kerana persidangan ini adalah hari pertama dalam Mesyuarat Pertama Penggal baharu, maka Yang di Pertuan Agong  hendaklah bertitah bagi memasyhurkan sebab-sebab baginda memanggil  Parlimen sebagaimana peruntukan Peraturan Mesyuarat 1.  Justeru teks  titah baginda yang telah disediakan perlu diubahsuai dengan perubahan kerajaan dan dasar-dasar yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan baharu.
  •      Petanyaan, Rang Undang-undang dan Usul-usul  yang dikemukakan untuk Mesyuarat yang bermula  pada 9 Mac itu  sudah tidak relevan dengan perubahan Kerajaan.  Sudah tentu adalah suatu yang ganjil, bahawa persoalan yang ditujukan kepada kerajaaan terdahulu dijawab oleh kerajaan baharu. Oleh itu adalah wajar sekali persidangan di  Mesyuarat ini ditangguhkan dengan tempoh yang munasabah bagi membolehkan semua pertanyaan usul dan Rang undang-Undang di kemuka dan disusun semula.
Disamping itu, Jemaah Menteri yang baharu perlu dibentuk dahulu sebelum Parlimen bersidang bagi membolehkan pertanyaan dan usul-usul di jawab oleh Menteri-Menteri yang dipertanggung jawabkan.

Wassalam, suatu lontaran pandangan jua.
4 Mac 2020,
Batu Pahat, Johor.

Sunday, 1 March 2020

SURAT TERBUKA: IKHLASLAH PAKATAN NASIONAL SEBAGAI KERAJAAN BARU DALAM MALYSIA BAHARU – DEMI RAKYAT DAN NEGARA


Tiada lain ungkapan yang wajar diuacapkan kepada Kerajaan baharu (Pakatan Nasional-PN)  kecuali syabas dan tahniah!! Kerajaan ini adalah gabungan Muafakat Nasional (UMNO dan PAS), komponen  BN – MCA , MIC dan berapa parti politi dari Malasia Timur (Gaungan Pakatan Sarawak GPS).

Beberapa perkara  ingin penulis titiiplan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan jemaah Menteri yang akan dilantik..yang sudah pastinya meliputi semua wakil parti politik yang menyokongnya sehingga memperoleh majoriti serta menyakinkan Yang di- Pertuan Agong.  Juga kepada semua kepimpinan  khususnya Muafakat Nasional dan Pakatan Nasional amnya. 

1.         Ambilah iktibar dari kemelut politik yang melanda PH selama seminggu bermula 22 feb hingga hari ini 1 Mac 2020.  Sebenarnya gelombang kemelut telah bermula sekian lama sejak terbentuknya Keraajaan selepas PRU 14 yang ditadbir oleh PH.  Perebutan kedudukan dan kuasa mendasari denyutan nadi PH.  Justeru PN hendaklah mengenepikan kepentingan dan kehendak diri untuk kuasa serta jawatan yang memberi pulangan lumayan di dunia yang fana' ini.

2.       Tumpukanlah kepada maslahah masyarakat dan membina serta membangun Negara yang makmur dan memproleh keampunan Allah (baldatun thoyyibatun warrabur gaffur). Menyantuni dan menyelesaikan perit jerih dan jeritan kehidupan rakyat yang dihimpit oleh keperitan ekonomi perlu menjadi keutamaan.

3.       Hindarkan kehidupan peribadi yang mewah, keperibadian diri yang sombong dan angkuh serta menghindarkan sama sekali salah guna kuasa.  Tentu ramai yang akan menghampiri kerana kepimpinan PN berada disitu, tapi jika tiada berada di persada, tiada siapa yang peduli. 

Ingatlah, memperoleh kuasa untuk agenda perjuangan adalah perjuangan yang berterusan.  Namun setelah  kuasa dalam genggaman, untuk mempertahankannya demi kebaikan maslahah rakyat, agama dan Negara adalah perjuangan yang sukar, berat dan penuh dengan cabaran.  Melaksanakan tanggung jawab dan amanah yang dipikul dengan penuh ketakwaan an betawakal kepada  Allah jua,

Takbir !!!  Allahu Akhbar
Wassalam.
Titipan pesanan dari selatan  Tanah  Air. 
  Sri Medan, Johor.   1  Mac 2020


Saturday, 29 February 2020

SIRI 3 : SUATU CATATAN - KEMELUT POLITI K 2020 - PM 8 TELAH ANGKAT SUMPAH -ADAKAH KEMELUT BERAKHIR

Pada hari ini  (1 Mac 2020)  jam 10.30 hingga 10.45 pagi telah berlangsung Majlis Aturcara Pelantikan dan angkat Sumpah serta Menyimpan Rahsia  oleh YAB Tan Sri Mahyudin  Yassin sebagai Perdana Menteri ke 8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Namun demikian, 30 minit  sebelum Angkat Sumpah, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat sidang media menyatakan bahawa beliau telah memperoeh sokongan majoriti mudah.  Beliau menyatakan pada mulanya PH ada sokongan 92 Ahli Parlimen tetapi apabila PH mengubah pendirian menamakan beliau sebagai PM  ke 8 telah mendapat sokongan majoriti iaitu termasuk dirinya dan beberapa yang lain.

Pada malam tadi, sekitar jam 8 malam, Ahli Parlimen Lembah Pantai telah membuat siaran lansung melalui media sosial mengenai  Ahli Parlimen PH dan yang lain menanda tangani sumpah berkanun menyokong Tun Mahathir ...menurutnya telah peroleh 114 Ahli Parlimen.

Persoalannya, apakah SD baharu selepas majlis angkat sumpah itu angkah mengubah keptusan Yang di-Prtuan agong,? sudah tentu tidak  .  Jika tindakan sedemiian dilayan, maka krisis ini tiak akan berakhir bahkkah kewibawaan Yang di-Pertuan Agon ercabar.  Penulis bersetuju dengan pandangan  Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz " SD baharu tidak boleh memansuhkan keputusan Tuanku. Sekiranya mereka tidak puas hati buqt undi tak percaya selepas parlimen bersidang"

Parlimen akan bersidang melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke 14 seperti yang dijadualkan pada 9 Mac hingga 16 April 2020. Penulis menjangkankan akan timbul beberapa tindakan serta kekecohan dalam persidangan ini.  Mngkinkah undi tak percaya akan dilakukan ? Persoalannya..bagaimana? Jika ia dikemukakan  usul oleh pihak PH...ia adalah usul persendirian melalui Peraturan 27{3} yang memerlukan notis 14 hari.  Ini kerana, jika memenuhi syarat, ia akan disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat selepas urusan kerajaan.  Peraturan 15 pula menyatakan urusan kerajaan hendaklah diselesaikan dahulu.  Apakah mungkin kerajaan akan memberi kebenaran untuk mendahulukan usul itu dibahas dan diputuskan? Misalnya Usul Undi Tidak Percaya kepada Perdana Menteri ke-6 Dato' Seri Najib Razak telah disenaraikan pada giliran  27 dalam Aturan Urusan Dewan Rakyat pda 28 Oktober 2015 di  Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlima Ke-13.  Walau bagaimana pun usul ini hanya tersenarai sebagai usul persendirian hingga tamat persidangan Mesyuarat Parlimen itu dan tidak didahulukan untuk di bahas serta diputuskan,  Maka jika usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri ke 8 dikemukakan kepada Mesyuarat Parlimen yang terdekat, maka kedudukan juga sama ,  MELAINKAN  SESUATU TINDAKAN LUAR BIASA DARI AMALAN BIASA BERLAKU?

TUNGGU DAN LIHAT APAKAH TINDAKAN  PH .  JUGA KEPUTUSAN YANG DI PERTUA .....BELIAU AKAN TERUJI KEJUJURAN DAN KEWIBAWAAN PROFESSIONALNYA, KERANA BELIAU DULU DICADANGKAN OLEH PH...!!!!!

Terkini..berikut adalah kenyataan Tun Dr  Mahathir Mohamad dalam sidang media  tersebut sebelum Majlis Aturcara Pelantikan dan Angkat Sumpah PM ke 8:-
  • Yang di-Pertuan Agong buat keputusan untuk tidak bertemunya lagi, maka beliau tidak berpeluang untuk menyerahkan bukti sokongan majoriti 114 Ahli Parlimen sebagai calon Perdana Menteri  ke-8
  • mendakwa pelantikan Tan Sri Muhyidin Yassin  tak sah ikut Perlembagaan.
  • Tan Sri Muhyidin adalah pengkhianat sebenar yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri..
Nah...mungkinkah suhu krisis dan kemelut ini akan berterusan..  Sebagai rakyat yang cintakan negara. menyeru ....CUKUP...CUKUPLAH TUN MAHATHIR.  MASA MU TELAH BERLALU...BERILAH PELUANG KEPADA ORANG LAIN UNTUK MENTADBIR NEGARA INI.









SIRI 2: SUATU CATATAN - KEMELUT POLITIK 2020, BERAKHIRKAH DENGAN PELANTIKAN TAN SRI MUHYIDIN YASIN SEBAGAI PRDANA MENTERI KE- 8

Pada  petang dan malam  28 Feb 2020 - telah tersebar  berita  khususnya media sosial bahawa   pencalonan Tan Sri Muhyyidin Yassin (Presiden BERSATU) sebagai Perdana Menteri telah mendapat sokongan dari Muafakat Nasional (PAS dan UMNO serta komponen BN - MCA dan MIC) juga dari Sabah dan Sarawak dengan berjumlah 130  orang Ahli Parlimen.

Pada 29 Februai 2020 (Sabtu) - Sebelah pagi wakil Muafakat Nasonal telah ke Istana Negara bagi menyerahkan calon Perdana Menteri. Pada petngany, etika ditanya wartawan Ahli Parlimen Kota Bharu memaklumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin memperoleh sokongan majoriti 114 Ahli Parlimen.

Manakala di pihak PH pula telah membuat cadangan semula supaya YB Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke -8  yang sebelum ini mencalonkan Dato Seri Anwar Ibrahim.   Pada pukul 1.30 tengahari Dato Seri Anwar Ibrahim yang diteman Ahli Parlimen Lembah Pantai   telah  menghadap  Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan beliau menarik diri dan mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad seabagi Perdana Menteri ke - 8.  MAKA  BERAKHIRKAH CITA-CITA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI SETELAH 20 MENANTI?.

Pada jam 4.50 petang , TV1 telah memaklumkan Kenyataan Media Pengelola Bijaya Istana Negara bahawa Yang di-Pertuan Agong  telah menerima pencalonan Perdana Menteri dari pihak parti-parti politik dan dapati YB Tan Sri Muhyidin Yasin (Pagoh) telah mendapat majoriti sebagai Perdana Senteri  yang ke 8 dan  Majlis Suratacara Pelantikan dan Angkat Sumpah jawatan pada 1 Mac 2020.


Pelantikan ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perkara       40(2)(a) dan   43(2)(a):-

Per 40(2)(a)  "  .(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) melantik seorang Perdana Menteri;
(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;
(c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu,
dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini.


Per 43(2)(a):
"Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin endapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;"



MAKA APAKAH KEMELUT BERKHIR DENGAN PELANTIKAN TAN SRI MUHYIDIN YASIN SEBAGI PERDANA MENTERI KE 8?

Rumusan: Maka dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong daalam meyelesaikan kemelut ini adalah kebijaksanaan di bawah sistem demorasi dan Raja berperlembagaan

SIRI 1 - SUATU CATATAN : KEMELUT POLITIK 2020


Setelah 20 bulan  gabungan PH memenagi PRU 14 pada 9 Mei 2018 dan memerintah negara dengan gagasan Malaysia Baharu,  kini menghadapi kemelut dan krisis yang telah diramalkan oleh pelbagai pihak walaupun sentiasa dinafikan oleh pimpinan dan pendokong PH..  Penulis teringat ucapan YB Senator Tan Sri  Ibrahim Shah di Dewan  Negara selepas PRU  14 yang lalu bahaawa kerajaan PH  akan bermasalah dan brlaku krisis dalam tempoh dua tahun.. Maka enarlah ramalan beliau.

Kronologi secara ringkas krisis ini adalah seperti beriku:-

Pada 22 Februari 2020 (Sabtu) -  pertemuan kumpulan Azmin Ali  di Hotel Sheraton dan dimasa yang sama  pimpinan BN khususnya UMNO  mengadakan pertemuan/ mesyuarat serta juga PAS. Sebelah tghari/ptg,  mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong iaitu Presiden UMNO, PAS, BERSATU dan kumpulan Azmin  bagi memaklumkan pihak yang mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan. Berbagai khabar angin tercetus dan tersebar di media sosial termsuk pembentukan Kerajaan Pakatan Nasional. . Sebelah malam, mereka telah berjumpa dalam Jamuan Makan Malam Pakatan Ahli Parlimen di Hotel Sheraton dan tersebar berita bahawa Perdana Menteri akan hadir dan membuat sidang/kenyaataan akhbar  Walau pun Pejabat Perdana Menteri telah membuat edaran rasmi bahawa tiada sidang akhbar Petrdana Menteri, namun para wartawan tetap menunggu serta besesak-sesak di hotel tersebut. Penulis mengikuti perkembangan secara langsung oleh  suara merdeka dan Malaysiakini mendapati ketidak urus suasana pada malam  itu..  Sehingga pukul 11 malam, apa seorang demi seorang Ahli Parlimen keluar dari majlis itu tyermasuk Presiden UMNO, PAS, MIC dan lain-lain pimpinan utama  Muafajat Nasional serta PBBM termasuk Presidennya  juga Azmin Ali dan kumpulannya, tiada sidang akbar yang ditunggu-tunngu itu.

Pada 24 Februari 2020  (Ahad) - seawal 8.30 pagi pimpinan PH iaitu Setiausaha Agong DAP, Presiden PKR dan Presiden PAN (AMANAH) hadir ke pejabat Perdana Menteri untuk bertemu Perdana Menteri tetapi tiada di pejabat dan seterusnya ke rumah peribadi  Perdana Menteri.  Presiden PKR dan Setiausaha Agong DAP menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat dengan komplot untukan menubuhkan kerajaan baharu Pakatan Nasional menggantikan PH.

Pada 25 Februari 2020 (Isnin), Perdana Menterio telah meletak jawatan dan surat di hantar ke istana Negara pada pukul 1 .tengahari.. Juga membuat kenyataan media beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi BERSATU..  Presiden BERSATU pula membuat kenyataan akhbat bahawa BERSATU keluar Pakatan Harapan (PH).  MAKA BERMULA KEMELUT YANG SEMAKIN KUSUT.
Kemudian Yang Di-Pertuan  Agong  memanngil Tun Dr Mahathir  dan menerima perletakkan jawatanya dan berkenan  melantiknya sebagai PERDANA MENTERI INTERIM.

Pada 26 Februari 2020 dan 27 Februari Yang di-Pertuan Agong memanggil semua Ahli Dewan Rakyat untuk menemu bual siapakah yang akan mendapat majoriti untuk di pilih sebagai Perdana Menteri.

Dimasa yang pada  selepas melancarakan Rangsangan Ekonomi pada 27 Feb 2020, telah  menyatakan  kepada media akan memanggil sidang khas  Mesyuarat Dewan Rakyat pada 2 Mac bagi mebuat pilihan siapa calon Perdana Menteri yag mendapat sokongan majoriti. Menurutnya tiada majoriti yang jelas dan Yang di-Pertuan Agong menyerahkan kepada Dewan Rakyat membuat keputusan.

Pada 28 Feb 2020 (Jumaat) telah tersebar kenyataan  Yang di-Pertua Dewan Rakyat bahawa Mesyuarat Khas pada 2 Mac 2020 tidak dipanggil kerana surat Pedana Menteri Interim tidak meyertakan usul dan juga tidak memenuhi Peraturan Meyuarat 12, Pada sebelah petangm kenyataan media Yang di-Pertuan Agong  berkenaan dengan keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta menyatakan pada hemah baginda  tidak mendapat majoriti yang jelas setelah menemubual Ahli-ahli Dewan dan akan berjumpa dengan ketua parti-parti politik untuk mendapatkan pencalonan nama Perdana Menteri.


Disini penulis ingin membuat ulasan terhadap beberapa isu penting.

Perdana Menteri Interim - Pelantikan Perdana Interim tidak ada dinyatakan dalam Perlembagaan  Persekutuan. Ia atas pertimbangan budicara Yang diPertuan Agong bersandarkan amalan di negara-negara diluar negara seperti Belgium dan Venezula. Perlantikan ini bagi menguruskan pentadbiran negara.

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat  bagi menentukan pemilihan Perdana Menteri - Tiada peruntukan dalam Perlembagaan untuk membolehkan Dewan Rakyat memutuskan atau mengundi calon Perdana Menteri.  Dalam amalan biasa adalah usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri atau undi tidak perjaya. Malah dalam Peraturan Mesyuarat, tiada peruntuk mengenai usu pemelihan Perdana Menteri kecuali pemilihan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalannya..

Malah persoalan juga timbul mengenai  kesahan Perdana Menteri Interim   sebagai Ketua Majlis untuk memanggil Mesyuarat Parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat 12.





Monday, 11 March 2019

ADAKAH PELANTIKAN ATAU PENYAMBUNGAN PERKHIDMATAN SETIUASAHA DEWAN RAKYAT TIDAK BERPERLEMBAGAAN?



1.         Mengikut  Per  65 (2) Perlembagaan  Persekutuan  telah menetapkan seperti berikut:-

(2) Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan dan setiap seorang hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur persaraan paksa bagi anggota perkhidmatan awam am melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau ditukarkan kepada suatu jawatan lain dalam perkhidmatan awam am itu.

2.         Penyandang Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR)  iaitu YBhg Datuk Rosmee binti Hamzah telah bersara paksa (wajib) pada akhir  bulan  Februari yang lalu (22 Feb 2019?) apabila mencapai umur 60 tahun .

3.         Namun  Perdana Menteri telah menasihatkan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong  dan berkenan  supaya penyandang SUDR dilantik semula  untuk tempoh satu (1) tahun setelah bersara wajib/paksa.

4.         Persoalannya:-

                      i.          Adakah sah nasihat Perdana Menteri kepada SPB untuk melantik semula SUDR yang telah mencapai  umur persaraan paksa (60 tahun) sebagaimana ketetapan Per 65 (2) tersebut.

                    ii.        Adakakah SUDR boleh dilantik dari kalangan pejawat awam yang telah bersara. (Tambahan pula dasar  kerajaan sekarang tidak melantik secara kontrak dari kalangan pesara perkhidmatan awam).

                   iii.        Oleh itu, apakah pelantikan tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan?

5.         Implikasinya, sekiaranya pelantikan  SUDR tidak berperlembagaan, maka ia boleh menjejaskan kesahan persidangan Mesyuarat Dewan Rakyat.  Tambahan pula, ia juga mempertikaikan sumpah Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mendokong dan mempertahankan Perembagaan

6.         Ahli Parlimen boleh membangkitkan  Peraturan Mesyuarat  99, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat  semasa persidangan untuk mendapatkan petua dan  penjelasan dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
.
“99. Keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan  kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada usul bersendiri menentang keputusan Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, dari satu masa ke satu masa, boleh mengeluarkan petua-petua berkenaan dengan perkara-perkara itu.”









Tuesday, 26 February 2019

RUU PROFESION GUAMAN SYARIE – TELAH TERSEDIA SEBELUM PRU 14 DAN KERAJAAN PH MENERUSKANNYA !!


Penulis rasa terpanggil untuk memberi penjelasan  mengenai penyediaan RUU Profesion Guaman Syarie (RUU PGS) setelah membeca tulisan  Dr Zulkurnain Lukman bertajuk “Antara RUU 355 dan RUU Guaman Syarie (https://malaysiadateline.com/antara-ruu355-dan-ruu-guaman-syarie/),  Tulisan beliau adalah sebagai respons terhadap kenyataan akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Februari 2019 yang akan membentangkan RUU PGS  pada persidangan Dewan Rakyat  akan datang iaitu dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-14  yang bermula pada 11 Mac hingga 11 April 2019.  Antaranya beliau menyatakan:

  • “Pengumuman itu memberikan kejutan kepada ramai pengamal undang-undang Syariah.    Ini kerana mereka semua telah menantikan pembentangan rang undang-undang tersebut semenjak berdekad yang lalu.”  
  • “Persatuan Peguam Syarie Malaysia melalui Presidennya, Musa Awang telah segera mengeluarkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Datuk Seri Dr Mujahid kerana berusaha untuk membawa RUU Guaman Syarie ini ke Parlimen.” 
  • “Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, seorang tokoh dalam perundangan undang-undang Syariah di Malaysia menyatakan bahawa RUU Guaman Syarie ini telah dibincangkan semenjak 1984 lagi. Ianya telah mengambil masa yang begitu lama setelah bertukar-tukar Menteri sehinggalah Menteri Pakatan Harapan ini yang benar-benar mempunyai ‘political will’ untuk membawanya ke Parlimen.”
  • “Ini adalah satu kejayaan besar buat Datuk Seri Dr Mujahid dan Pakatan Harapan. Warga guaman syarie khasnya para peguam syarie yang selama ini mengeluh kerana profesion mereka tidak diiktiraf secara profesional kini boleh menarik nafas lega.”

Sesungguhnya RUU PGS ini telah dimulakan  sejak tahun 2011 dan usaha-usaha ke arah itu telah digerakkan lebih awal lagi.  Disini penulis paparkan jawapan Parlimen mengenai  isu  ini seperti berikut:  

 1.     Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli[Kuala Krai] minta PERDANA MENTERI   menyatakan apakah status draf Akta Guaman Syarie yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 1 Julai 2011 untuk disegerakan dan draf tersebut telah pun disediakan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia.”  (Dewan Rakyat, 19 Mac 2014 di Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-13)
Jawapan

”Salah satu agenda Kerajaan bagi memartabatkan kedudukan profesion kepeguaman Syarie dan Mahkamah Syariah dalam arus sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia adalah melalui penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie. Kerajaan telah menggubal model draf Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie untuk digunapakai di negeri-negeri.  Bagi tujuan memantapkan draf ini, Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia bagi memastikan draf yang lebih komprehensif dapat diwujudkan dengan mengambil kira pandangan semua pihak.

Memandangkan terdapat pandangan agar undang-undang ini hanya diwujudkan di peringkat Persekutuan, maka konsep asas bagi pewujudan undang-undang tersebut kini sedang diteliti bagi memastikan undang-undang yang akan digubal nanti akan mematuhi jadual pembahagian bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.”

2.  “PUAN HAJAH KHAIRIAH BINTI MOHAMEDminta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan, tindakan dan status gerak kerja ke arah penggubalan Akta Guaman Syarie bagi menyelaras, mengawal dan menambah baik amalan guaman syarie di seluruh Negara.” (Dewan Negara, 23 Jun 2014 di Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Ke-13)

Jawapan

”Salah satu agenda Kerajaan bagi memartabatkan kedudukan profesion kepeguaman Syarie dan Mahkamah Syariah dalam arus sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia adalah melalui penggubalan  Akta Profesion Guaman Syarie.

Kerajaan telah menggubal model draf Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie untuk digunapakai di negeri-negeri. Bagi tujuan memantapkan draf ini, Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia bagi memastikan draf yang lebih komprehensif dapat diwujudkan dengan mengambil kira pandangan semua pihak. Memandangkan terdapat pandangan agar undang-undang ini hanya diwujudkan di peringkat Persekutuan, maka konsep asas bagi pewujudan undang-undang tersebut kini sedang diteliti bagi memastikan undang-undang yang akan digubal nanti akan mematuhi jadual pembahagian bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. Pada masa ini, Rang Undang-Undang Profesyen Guaman Syarie masih lagi dalam peringkat penelitian oleh Jabatan Peguam Negara.”

Sebenarnya RUU PGS telah diumumkan oleh Perdana Menteri Keenam semasa Persidangan Peguam-Peguam Syarie pada  21  Julai 2011.  Ketika itui, JKSM, JAKIM dan Jabatan Peguam Negara sedang aktif ke arah menyediakan draf RUU PGS.  Draf RUU ini  telah dikemukakan oleh pihak PGSM dan dibawa ke dalam Persidangan Komuniti Syariah Jabatan Peguam Negara pada 28 Mac 2013 dan memutuskan supaya kajian lanjut dibuat terhadap pemakaian akta tersebut di peringkat Persekutuan.

Sayugia difahami bahawa Butiran I Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memberi bidang kuasa kepada Dewan Undangan Negeri-Negeri untuk membuat undang-undang Islam yang meliputi perkara-perkara berkenaan hal ehwal agama Islam termasuklah perkara-perkara yang melibatkan guaman Syarie.. Pada  masa ini, negeri-negeri yang telah mempunyai kaedah atau peraturan mengenai Peguam Syarie adalah seperti berikut: :

(i)            Negeri Johor - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1982;
(ii)          Negeri Terengganu - Kaedah-Kaedah Peguam Syar’i 1987;
(iii)         Negeri Kedah - Peraturan-Peraturan Peguam Syar’i 1988
(iv)         Negeri Melaka - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1989;
(v)          Negeri Sarawak - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1992;
(vi)         Wilayah Persekutuan - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1993;
(vii)        Negeri Pahang - Peraturan-Peraturan Peguam Syarie 1995;
(viii)      Negeri Perlis - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1995;
(ix)         Negeri Pulau Pinang - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Pulau Pinang) 1997;
(x)          Negeri Kelantan - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 2000;
(xi)         Negeri Perak - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perak) 2003;
(xii)     Negeri Selangor - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008; dan
(xiii)      Negeri Sembilan – Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Sembilan 2012.

Perlu difahami juga  bahawa Parlimen  boleh membuat undang-undang bagi negeri-negeri seperi yang diperuntukkan dalam . Perkara 76(1)(c) Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana berikut:-

”76(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi, hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:

(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana negeri.”

Berikutan itu, Dewan Undangan Negeri Melaka telah membahas dan meluluskan usul bagi membincangkan cadangan untuk menggubal Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie pada 13 Julai 2011 bertujuan agar rang undang-undang ini dibuat di Parlimen di bawah Perkara 76(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Disini penulis tegaskan, pewujudan RUU PGS ini sering dibincangkan dan  dilaporkan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet sejak 2011.  Selepas PRU 13, isu RUU PGS ini dijadikan agenda tetap dalam Mesyuarat Pasca Kabinet  hingga 2018.    Semasa Parlimen sedang bersidang di Mesyuarat  Pertama, Penggal Keenam Parlimen Ke-13, draf RUU PGS ini telah siap dan dilaporkan dalam beberapa Mesyuarat Pasca Kabinet sekitar bulan Mac 2018, ia sedang  disediakan terjemahannya dan telah siap pada akhir  bulan Mac 2018.  Dalam mesyuarat berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah bertanya sama ada  RUU PGS dapat dibentangkan  di persidangan Dewan Rakyat  yang sedang bersidang   (5 Mac hingga 5 April 2018).  Ketika itu penulis yang menjawat sebagai Pegawai TugasTugas Khas kepada Menteri telah memberitahu bahawa RUU ini tidak sempat untuk dibentangkan memandangkan terdapat banyak  rang undang-undang yang sedang menunggu giliran untuk  untuk dibentangkan bacaan kedua dii persidangan di Mesyuarat Pertama Penggal Keeanam Parlimen Ke-13 yang akan tamat pada 5 April 2018, malah ketika itu tumpuan utama adalah RUU Anti Berita Tidak Benar dan juga Usul Perintah Persempadanan  Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Tanah Melayu 2018.  Bersandarkan keadaan ini, maka telah diputuskan supaya RUU ini akan diteruskan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dan seterusnya di persidangan pada Mesyuarat Parlimen selepas PRU 14.

Disini penulis amat dukacita  dengan kenyataan Dr Zulkurnain Lukman bahawa pewujudan dan penyediaan draf  RUU ini “ telah mengambil masa yang begitu lama setelah bertukar-tukar Menteri sehinggalah Menteri Pakatan Harapan ini yang benar-benar mempunyai ‘political will’ untuk membawanya ke Parlimen.” …“Ini adalah satu kejayaan besar buat Datuk Seri Dr Mujahid dan Pakatan Harapan.”   Sesungguhnya ia bukanlah usaha sepenuhnya penyandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) sekarang ini.   RUU ini telah tersedia untuk dibentaangkan setelah melalui proses penyediaan  secara aktif sejak tahun 2013.dan  bersedia untuk dibentangkan di Parlimen selepas PRU 14. Justru itu, penulis simpulkan, secara kebetulan dan telah ditakdirkan  dibentangkan oleh penyandang Menteri sekarang.  Maka untuk menyatakan, RUU ini adalah hasil  “political will”  Keraajaan Pakatan Harapan adalah amat tidak tepat, bahkan “political will” Kerajaan terdahulu tidak boleh dinafikan sama sekali terutamanya mantan Menteri yang sentiasa “menggesa dan menggerakkan” agensi-agensi khususnya JAKIM dan Jabatan Peguuam Negara untuk menyegerakan penyediaan draf RUU PGS ini.  Walau bagaimanapun, penulis mengucapkan  jutaan terima kasih kepada  kepada Kerajaan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang meneruskan pembentangan RUU PGS ini,  namun hargailah usaha-usaha  kerajan terdahulu khususnya mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.  Sesungguhnya  penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie telah mengambil masa panjang dan ia adalah sebahagian langkah untuk memperkasakan  Mahkamah Syariah yang telah diusahakan oleh Kerajaan terdahulu..   Penulis rasa serbasalah disebabkan oleh nasihat penulis, menyebabkan RUU PGS ini tidak dibentangkan sebelum PRU 14.  Jika di gesa ketika  itu, besar kemungkian RUU ini sempat dibentangkan di Parlimen sebelum PRU 14. .  Maka hendaknya tidaklah seperti kata pepatah " lembu punya susu, sapi punya nama ". 

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...