Penulis rasa
terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai penyediaan RUU Profesion
Guaman
Syarie (RUU PGS) setelah membeca tulisan Dr Zulkurnain Lukman bertajuk “Antara RUU 355 dan
RUU Guaman Syarie (https://malaysiadateline.com/antara-ruu355-dan-ruu-guaman-syarie/), Tulisan beliau adalah sebagai respons
terhadap kenyataan akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Februari
2019 yang akan membentangkan RUU PGS pada persidangan Dewan Rakyat akan datang iaitu dalam Mesyuarat Pertama,
Penggal Kedua Parlimen Ke-14 yang
bermula pada 11 Mac hingga 11 April 2019.
Antaranya beliau menyatakan:
- “Pengumuman itu memberikan kejutan kepada ramai pengamal undang-undang Syariah. Ini kerana mereka semua telah menantikan pembentangan rang undang-undang tersebut semenjak berdekad yang lalu.”
- “Persatuan Peguam Syarie Malaysia melalui Presidennya, Musa Awang telah segera mengeluarkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Datuk Seri Dr Mujahid kerana berusaha untuk membawa RUU Guaman Syarie ini ke Parlimen.”
- “Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, seorang tokoh dalam perundangan undang-undang Syariah di Malaysia menyatakan bahawa RUU Guaman Syarie ini telah dibincangkan semenjak 1984 lagi. Ianya telah mengambil masa yang begitu lama setelah bertukar-tukar Menteri sehinggalah Menteri Pakatan Harapan ini yang benar-benar mempunyai ‘political will’ untuk membawanya ke Parlimen.”
- “Ini adalah satu kejayaan besar buat Datuk Seri Dr Mujahid dan Pakatan Harapan. Warga guaman syarie khasnya para peguam syarie yang selama ini mengeluh kerana profesion mereka tidak diiktiraf secara profesional kini boleh menarik nafas lega.”
Sesungguhnya RUU PGS ini telah dimulakan sejak tahun 2011 dan usaha-usaha ke arah itu telah digerakkan lebih awal lagi. Disini penulis paparkan jawapan Parlimen mengenai isu ini seperti berikut:
1. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli[Kuala Krai] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status draf Akta Guaman Syarie yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 1 Julai 2011 untuk disegerakan dan draf tersebut telah pun disediakan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia.” (Dewan Rakyat, 19 Mac 2014 di Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-13)
Jawapan
”Salah satu agenda Kerajaan bagi memartabatkan
kedudukan profesion kepeguaman Syarie dan Mahkamah Syariah dalam arus sistem
perundangan dan kehakiman di Malaysia adalah melalui penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie. Kerajaan telah menggubal model draf Rang
Undang-Undang Profesion Guaman Syarie untuk
digunapakai di negeri-negeri. Bagi
tujuan memantapkan draf ini, Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia telah mengadakan beberapa
siri perbincangan dengan Persatuan
Peguam Syarie Malaysia bagi memastikan draf yang lebih komprehensif dapat
diwujudkan dengan mengambil kira pandangan semua pihak.
Memandangkan terdapat pandangan agar undang-undang
ini hanya diwujudkan di peringkat Persekutuan, maka konsep asas bagi pewujudan
undang-undang tersebut kini sedang diteliti bagi memastikan undang-undang yang
akan digubal nanti akan mematuhi jadual pembahagian bidang kuasa antara
Kerajaan Persekutuan dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.”
2. “PUAN HAJAH KHAIRIAH BINTI MOHAMEDminta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan, tindakan dan status gerak kerja ke arah penggubalan Akta Guaman Syarie bagi menyelaras, mengawal dan menambah baik amalan guaman syarie di seluruh Negara.” (Dewan Negara, 23 Jun 2014 di Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Ke-13)
2. “PUAN HAJAH KHAIRIAH BINTI MOHAMEDminta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan, tindakan dan status gerak kerja ke arah penggubalan Akta Guaman Syarie bagi menyelaras, mengawal dan menambah baik amalan guaman syarie di seluruh Negara.” (Dewan Negara, 23 Jun 2014 di Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Ke-13)
Jawapan
”Salah
satu agenda Kerajaan bagi memartabatkan kedudukan profesion kepeguaman Syarie
dan Mahkamah Syariah dalam arus sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia
adalah melalui penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie.
Kerajaan telah menggubal model draf Rang
Undang-Undang Profesion Guaman Syarie untuk
digunapakai di negeri-negeri. Bagi tujuan memantapkan draf ini, Kerajaan
melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan
Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Persatuan
Peguam Syarie Malaysia bagi memastikan draf yang lebih komprehensif dapat diwujudkan
dengan mengambil kira pandangan semua pihak. Memandangkan terdapat pandangan
agar undang-undang ini hanya diwujudkan di peringkat Persekutuan, maka konsep asas bagi pewujudan
undang-undang tersebut kini sedang diteliti bagi memastikan undang-undang yang
akan digubal nanti akan mematuhi jadual pembahagian bidang kuasa antara
Kerajaan Persekutuan dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. Pada masa ini, Rang
Undang-Undang Profesyen Guaman Syarie masih lagi dalam peringkat penelitian
oleh Jabatan Peguam Negara.”
Sebenarnya RUU PGS telah diumumkan oleh Perdana Menteri Keenam semasa Persidangan Peguam-Peguam Syarie pada 21 Julai 2011. Ketika itui, JKSM, JAKIM dan Jabatan Peguam Negara sedang aktif ke arah menyediakan draf RUU PGS. Draf RUU ini telah dikemukakan oleh pihak PGSM dan dibawa ke dalam Persidangan Komuniti Syariah Jabatan Peguam Negara pada 28 Mac 2013 dan memutuskan supaya kajian lanjut dibuat terhadap pemakaian akta tersebut di peringkat Persekutuan.
Sayugia difahami bahawa Butiran I Senarai 2
Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memberi bidang kuasa kepada Dewan Undangan
Negeri-Negeri untuk membuat undang-undang Islam yang meliputi perkara-perkara
berkenaan hal ehwal agama Islam termasuklah perkara-perkara yang melibatkan
guaman Syarie.. Pada masa ini, negeri-negeri
yang telah mempunyai kaedah atau peraturan mengenai Peguam Syarie adalah
seperti berikut: :
(i)
Negeri Johor - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1982;
(ii)
Negeri Terengganu - Kaedah-Kaedah Peguam Syar’i 1987;
(iii)
Negeri Kedah - Peraturan-Peraturan Peguam Syar’i 1988
(iv)
Negeri Melaka - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1989;
(v)
Negeri Sarawak - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1992;
(vi)
Wilayah Persekutuan - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1993;
(vii)
Negeri Pahang - Peraturan-Peraturan Peguam Syarie 1995;
(viii)
Negeri Perlis - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1995;
(ix)
Negeri Pulau Pinang - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Pulau Pinang)
1997;
(x)
Negeri Kelantan - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 2000;
(xi)
Negeri Perak - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perak) 2003;
(xii) Negeri Selangor - Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008;
dan
(xiii)
Negeri Sembilan – Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Sembilan 2012.
Perlu difahami
juga bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang bagi negeri-negeri
seperi yang diperuntukkan dalam . Perkara 76(1)(c) Perlembagaan Persekutuan,
sebagaimana berikut:-
”76(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi, hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:
(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana negeri.”
”76(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi, hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:
(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana negeri.”
Berikutan itu, Dewan
Undangan Negeri Melaka telah membahas dan meluluskan usul bagi membincangkan
cadangan untuk menggubal Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie pada 13
Julai 2011 bertujuan agar rang undang-undang ini dibuat di Parlimen di bawah
Perkara 76(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
Disini penulis
tegaskan, pewujudan RUU PGS ini sering dibincangkan dan dilaporkan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet sejak
2011. Selepas PRU 13, isu RUU PGS ini
dijadikan agenda tetap dalam Mesyuarat Pasca Kabinet hingga 2018.
Semasa Parlimen sedang bersidang di
Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam
Parlimen Ke-13, draf RUU PGS ini telah siap dan dilaporkan dalam beberapa
Mesyuarat Pasca Kabinet sekitar bulan Mac 2018, ia sedang disediakan terjemahannya dan telah siap pada
akhir bulan Mac 2018. Dalam mesyuarat
berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah bertanya sama ada RUU PGS dapat dibentangkan di persidangan Dewan Rakyat yang sedang bersidang (5 Mac
hingga 5 April 2018). Ketika itu penulis yang menjawat sebagai
Pegawai TugasTugas Khas kepada Menteri telah memberitahu bahawa RUU ini tidak
sempat untuk dibentangkan memandangkan terdapat banyak rang undang-undang yang sedang menunggu
giliran untuk untuk dibentangkan bacaan
kedua dii persidangan di Mesyuarat Pertama Penggal Keeanam Parlimen Ke-13 yang
akan tamat pada 5 April 2018, malah ketika itu tumpuan utama adalah RUU Anti
Berita Tidak Benar dan juga Usul Perintah Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Tanah Melayu
2018. Bersandarkan keadaan ini, maka
telah diputuskan supaya RUU ini akan diteruskan untuk dibentangkan kepada
Mesyuarat Jemaah Menteri dan seterusnya di persidangan pada Mesyuarat Parlimen
selepas PRU 14.
Disini penulis amat
dukacita dengan kenyataan Dr Zulkurnain
Lukman bahawa pewujudan dan penyediaan draf RUU ini “
telah mengambil masa yang begitu lama setelah bertukar-tukar Menteri
sehinggalah Menteri Pakatan Harapan ini yang benar-benar mempunyai ‘political
will’ untuk membawanya ke Parlimen.” …“Ini adalah satu kejayaan besar buat
Datuk Seri Dr Mujahid dan Pakatan Harapan.”
Sesungguhnya ia bukanlah usaha sepenuhnya penyandang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) sekarang ini. RUU
ini telah tersedia untuk dibentaangkan setelah melalui proses penyediaan secara aktif sejak tahun 2013.dan bersedia untuk dibentangkan di Parlimen
selepas PRU 14. Justru itu, penulis simpulkan, secara kebetulan dan telah
ditakdirkan dibentangkan oleh penyandang
Menteri sekarang. Maka untuk menyatakan,
RUU ini adalah hasil “political will” Keraajaan Pakatan Harapan adalah amat tidak tepat,
bahkan “political will” Kerajaan terdahulu tidak boleh dinafikan sama sekali
terutamanya mantan Menteri yang sentiasa “menggesa dan menggerakkan”
agensi-agensi khususnya JAKIM dan Jabatan Peguuam Negara untuk menyegerakan
penyediaan draf RUU PGS ini. Walau
bagaimanapun, penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepada Kerajaan khususnya Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Agama) yang meneruskan pembentangan RUU PGS ini, namun hargailah usaha-usaha kerajan terdahulu khususnya mantan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri. Sesungguhnya penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie telah mengambil masa panjang dan ia adalah sebahagian langkah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah yang telah diusahakan oleh
Kerajaan terdahulu.. Penulis rasa serbasalah disebabkan oleh nasihat penulis, menyebabkan RUU PGS ini tidak dibentangkan sebelum PRU 14. Jika di gesa ketika itu, besar kemungkian RUU ini sempat dibentangkan di Parlimen sebelum PRU 14. . Maka hendaknya tidaklah seperti kata pepatah " lembu punya susu, sapi punya nama ".
No comments:
Post a Comment