Semasa perbahasan RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022, Ahli Parlimen Pokok Sena menyatakan kebimbangan bahawa pindaan rang undang-undang pada sesi kali ini tidak diteruskan ke peringkat seterusnya sekiranya kerajaan baru terbentuk selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Beliau juga menyifatkan persidangan iyang sedang berlangsung adalah sia-sia. Malah beberapa Ahli Parlimen lain menyifatkan ini perbuatan gila. Manakala Ahli Parlimen Padang Rengas (pernah memegang portfolio Parlimen dan Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri) menjelaskan bahawa “ Sebarang pindaan yang diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat kali ini tidak akan dibawa semula ke sesi akan datang, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat. “Ia tak membazir sebab apa kita bahaskan sekarang, walaupun diputuskan oleh Dewan Rakyat, ia tetap akan dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan di peringkat seterusnya,” katanya ketika membahaskan RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022. (Hansard Dewan Rakyat, 4 Oktober 2022), muka surat 73). Ahli Parlimen Pokok Sena juga menyatakan sebarang keputusan dibuat Dewan Rakyat hari ini seperti sia-sia kerana dibuat “sekerat jalan” dan perlu dibahas semula sekiranya kerajaan bertukar.
Selari dengan pandangan Ahli
Parlimen Padang Rengas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-Undang) turut memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa RUU yang telah dibentangkan dan
diluluskan di Dewan Rakyat tidak akan luput dan boleh diteruskan di sesi
parlimen akan datng, jika kerajaan baharu memilih berbuat demikian.
Disini penulis rekodkan bahawa
kedua-dua pandangan tersebut adalah silap dan tidak tepat. Dalam hal ini, Perkara
55(5), Perlembagaan Persekutuan menyatakan “ Sesuatu
Rang Undang-Undang yang belum diputuskan di dalam Parlimen tidaklah terluput
disebabkan oleh pemprorogan Parlimen”. [ Prorog
ialah merujuk kepada Mesyuarat Parlimen diberhentikan antara Penggal Parlimen).
Manakala Perkara 55(7) pula menyebut
“ Rang Undang-Undang yang menantikan perkenan Yang di-Pertuan Agong dibawah Fasal
(4 ) dan (4A) Perkara 66 tidaklah luput disebabkan pemprorogan dan pembubaran
Parlimen. Ini bermaksud Rang
Undang-Undang itu telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara
sebagaimana diperuntukan Perkara 66(1) “Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang hendaklah dijalankan
melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen (atau,
dalam hal yang disebut dalam Perkara 68, oleh Dewan
Rakyat) dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Perkara
ini, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong”
Sebagaimana catatan penulis
sebelum ini yang merujuk kepada pembubaran Parlimen Ke-9 pada 11 November 1999
dimana Belanjawan 2000 belum diluluskan oleh kedua-dua Dewan
Parlimen dan ia luput selaras dengan pembubaran Parlimen dan perlu dibentangkan
semula pada Parlimen Ke-10 selepas PRU 10. Bagi membolehkan perbelanjaan dibuat bagi
sebahagian tahun 2000 sebelum Rang Undang-Undang Perbekalan untuk tahun 2000
diluluskan, maka Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kesepuluh
diadakan dari 20 hingga 23 Disember 1999 bagi Dewan Rakyat
dan 27 Disember dan 28 Disember 1999 bagi Dewan Negara bagi
meluluskan Usul Perbelanjaan Sebahagian Tahun 2000 (Belanjawan Interim). Pada sidang ini, Bajet 2000 dibuat semula
bacaan kali yang pertama dan bacaan kali kedua pada 25 Februari 2000 (Jumaat, 4.00 petang) oleh Menteri Kewangan [Tun Dato' Daim
Zainuddin] di Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua
Parlimen Ke-10. Manakala RUU Perbekalan
Tambahan 1999(No. 22), RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 1999 dan RUU Jualan
(Pindaan) 1999 yang telah diluluskan sebelum Bajet 2000 dibentangkan dan RUU
Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1999 yang telah dibuat bacaan pertama sebelum
Parlimen Ke-9 dibubarkan, telah dibuat bacaan pertama dan seterusnya bacaan
kedua dan ketiga di Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-10 tersebut.
Akhirnya teka teki terjawab, dalam Perurtusan
Khas Perdana Menteri jam 3.00 petang pada 10 Oktober 2022, yang disiarkan
menerusi siaran langsung stesen televisyen tempatan, mengumumkan pembubaran
Parlimen yang telah diperkenanakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada hari Isnin,
10 Oktober 2022.
Pembubaran ini selepas
Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Oktober dan
belum sempat dibahaskan. Dengan demikan
Bajet tersebut dan Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat
sebelum pembentangan Bajet 2023 juga turut luput. Maka akan berlaku pembaziran
dan pembohongan kepada rakyat. Ini kerana apa-apa cadangan dalam Bajet itu
tidak dapat dilaksankan melainkan di bentangkan semula selepas PRU 15. Adakah
ini suatu kebaikan dan memberikan suasana "feel good" untuk diadakan
PRU? Walau pun pembubaran Parlimen ke-9 (1999) itu sebelum Bajet 2000
diluluskan, tidak memberi kesan signifikan kepada keptusan PRU 10,
tetapi kesannya ialah meningaktkan kemenanganan pembangkang ketika itu
waalaupun BN masih menang dua pertiga semasa era pentadbiran Perdana Menteri
ke-4. Apakah kali ini pembubaran Parlimen sebelum Bajet diluluskan oleh
kedua-dua Dewan akan memberii implikasi yang signifikan atau sebaliknya kepada
keputusan PRU 15. Sama-sama kita
nantikan…tunggu dan lihat !!!,
Catatan dipinggiran jua.
Jenderam Hulu, 10 Oktober
2022.
No comments:
Post a Comment