Realiti suhu politik negara
masih membahang. Bermula dengan pelbagai
persepsi berkaitan persidangan Parlimen yang dijadulkan pada 9 Mac 2020
ditangguh kepada 18 Mei hingga 23 Jun 2020, kemudiannya pula dipinda lagi hanya
bersidang satu hari pada 18 Mei dengan urusan Titah Diraja dan beberapa usul
serta bacaan pertama Rang Undang-Undang.
Akhirnya Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis memutuskan persidangan
pada 18 Mei 2020 itu disingkatkan lagi dengan hanya urusan Titah Diraja sahaja. Persepsi paling menonjol ketika itu ialah
pihak Kerajaan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) takut dengan usul
yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi (mantan Perdana Menteri Ke-7) yang
mencadangkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri mengikut Peraturan
Mesyuarat 27(3).
Penjelasan Yang di-Pertuan Agong semasa bertitah pada 18
Mei 2020 di Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang baginda telah
meminta Perdana Menteri Ke-7 tidak meletakkan jawatan tetapi tetap meletak jawatan pada 24 Mac 2020 dan melantik
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada hemat baginda mendapat majoriti sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat, tidak mempengaruhi
agar suasana politik tenang. Bahkan baginda bertitah supaya “ negara tidak
dibawa lagi dalam kancah politik yang tidak menentu” juga nampaknya tidak
dihiraukan oleh pemain-pemain politik khususnya tokoh-tokoh utama.
Semasa persidangan Parlimen
pada 18 Mei 2020 itu, susunan kedudukan ahli Parlimen Kerajaan ialah 114 kerusi
manakala Pembangkang (PH)- 108 kerusi dan BEBAS - 1 kerusi, namun ahli Parlimen
Sri Aman telah mengisytiharkan menyokong pembangkang walaupun diletakkan dalam
barisan penyokong Kerajaan, maka Kerajaan (PN) mempunyai 113 kerusi sahaja.
Angin politik terus bertiup
kencang apabila beberapa hari yang lalu tersibar dimedia sosial 3 orang Ahli
Parlimen ( 2 Menteri dan 1 Timbalan Menteri) dari PBBM akan meletak jawatan dan
menyokong semula PH. Namun kemudian
dinafikan dan ia adalah khabar-khabar angin sahaja.
Pada 2 Jun yang lalu pula,
Ahli Parlimen Sri Gading yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya membuat kenyataan
“ jika perlu akan kembali menyokong Tun
dr Mahathir dan PH..sekiranya dapat menyatukan PBBM”. Akhirnya pada 4 Jun 2020, beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerjaya tetapi menyatakan kekal menyokong PN. Walau bagaimanapun kenyataan itu diragui kerana beliau telah mengunjungi Tun Dr Mahathir selepas meletak jawatan dan ramai yang percaya beliau kembali menyokong PH.
Politik tetap politik, dan jika melompat parti itu masih sah dan selari dengan hak kebebasan serta demokrasi, maka ia tidak akan terhenti. Penulis meramalkan situasi melompat parti akan terus berlaku, bukan sahaja keluar dari PN, bahkan juga akan berlaku masuk ke PN. Masa akan menentukan..tunggu dan lihat.
Politik tetap politik, dan jika melompat parti itu masih sah dan selari dengan hak kebebasan serta demokrasi, maka ia tidak akan terhenti. Penulis meramalkan situasi melompat parti akan terus berlaku, bukan sahaja keluar dari PN, bahkan juga akan berlaku masuk ke PN. Masa akan menentukan..tunggu dan lihat.
Dimasa yang sama Tun Dr
Mahathir dan pihak PH mewar-warkan pihak mempunyai sokongan majoriti Ahli
Parlimen yang mencukupi bahkan mencapai 129
kerusi dan bila-bila masa sahaja PH
akan kembali menerajui Kerajaan atas nama “ pilihan /amanah rakyat.”
Dipihak yang lain pula,
menganggap ini adalah perang psikologi yang dimainkan oleh pihak PH
semata-mata. Sekiranya benar mereka
mempunyai “angka majoriti”, sudah pasti telah berkampung dihadapan istana dan
menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Pada masa yang sama, suasana
politik di Johor pula juga bergolak dengan kedudukan Kerajaan (PN) menguasai 29
kerusi, manakala PH pula 27 kerusi. Suara-suara
tawar menawar untuk melompat parti kedenganran disana sini. Namun Sultan Johor
dalam twiternya bertitah baginda akan membubarkan DUN jika wakil-wakil Rakat berterusan berebut kuasa.. Diharapkan
titah ini menyejukkan kehangatan suhu politik di negeri Johor.
Suatu yang menarik, penulis
rakamkan disini pandangan pelbagai pihak mengenai undi tidak percaya kepada
Perdana Menteri Ke-8 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Langkawi semasa persidangan
Parlimen pada 18 Mei itu. Dalam kenyataan media, Yang di-Pertua Dewan Rakyat
menerima usul itu untuk “dibawa kedalam
Majlis Mesyuarat”. Kenyataan ini
telah difahami oleh banyak pihak bahawa usul itu akan dibentangkan dan undian
akan dibuat. Sebenarnya kenyataan ini
bermaksud usul itu akan dimaksudkan kedalam
aturan Urusan Mesyurat (AUM) dan diletakkan selepas urusan Kerajaan. Maka usul ini tidak mungkin sempat dinaikkan
untuk dibentang, dibahas dan diputuskan kerana ianya bersifat usul
persendirian. Akhirnya ia akan kekal
dalam AUM sahaja sehingga selesai persidangan Mesyuarat Parlimen dan tidak
secara automatik dibawa ke Mesyuarat berikutnya kecuali ia dikemukakan semula. Ini telah berlaku kepada Usul Undi Tidak
Percaya kepada Perdana Menteri Ke-6 pada tahun 2015 dahulu yang hanya tertera
dalam senarai AUM pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Ke-13.
Oleh yang demikian, usul undi
tidak percaya ini hampir mustahil untuk dibahas dan diputuskan dalam
persidangan Mesyuarat Dewan Rakyat. Jika
begitu, bagaimana undi tak percaya boleh diterjemahkan?. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas dalam peraturan
Mesyuarat dan Perlembagaan, namun sekiranya pihak Kerajaan gagal mendapat
persetujuan Dewan Rakyat untuk RUU Perbekalan sama ada Bajet tahunan atau tambahan, mengikut konvensyen parlimen di luar negara,
ia ditakrifkan sebagai undi tidak percaya kepada Kerajaan. Dalam konteks sekarang, sekiranya pihak PH
boleh mendapat undi belah bahagian sebanyak 112 dan Kerajaan pula 110, secara mudah Kerajaan telah
hilang majoriti. Tetapi sekiranya
Kerajaan memeperolehi 112 dan PH pula 110, ini bermakna Kerajaan mempunyai majoriti yang boleh dipercayai walaupun tipis.... yang penting adalah "kesetiaan" dan bukan "permainan politik" semata-mata. Malahan jika diperingkat untuk meluluskan usul dan Rang Undang-Undang (RUU) sekalipun, mana-mana pihak yang memperolehi undi melalui belah bahagian sebanyak 112 dan keatas, maka ia sudah membuktikan pihak itu memperolehi majoriti. Tetapi jika kurang dari angka ini, walaupun urusan itu diluluskan oleh Dewan, ianya masih dipertikaikan sebagai majoriti secara keseluruhan kerana perinsip undi belah bahagian ialah berasaskan kehadiran ketika itu serta kelebihan walaupun hanya 1 undi.
Walau bagaimanapun, bagi Bajet Tahunan (Rang Undang-Undang Perbekalan), sekiranya di peringkat Dasar dan bacaan ketiga tidak dipersetujukan walaupun dengan undi yang kecil dan kurang dari 112, maka konvensyen Parlimen antarabangsa, ia dianggap sebagai undi tidak percaya kepada Kerajaan. Secara perinsipnya, sekiranya Bajet Tahunan tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat, maka Kerajaan tidak boleh berbelanja dan bagaimana Kerajaan hendak nmenguruskan/mentadbir negara pada tahun itu.
Apa pula terjadi, sekiranya yang tidak diluluskan itu adalah bajet diperingkat jawatankuasa iaitu peruntukan untuk Kementerian tertentu, maka tiadalah peruntukan untuk Kementerian itu, walaupun Bajet diluluskan diperingkat dasar dan bacaan kali yang ketiga.
Lontaran hujahan ini adalah berasaskan kepada situasi undian belah bahagian bagi Bajet Tahunan sama ada semasa BN atau pun PH memerintah. Insiden berikut adalah buktinya:-
Walau bagaimanapun, bagi Bajet Tahunan (Rang Undang-Undang Perbekalan), sekiranya di peringkat Dasar dan bacaan ketiga tidak dipersetujukan walaupun dengan undi yang kecil dan kurang dari 112, maka konvensyen Parlimen antarabangsa, ia dianggap sebagai undi tidak percaya kepada Kerajaan. Secara perinsipnya, sekiranya Bajet Tahunan tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat, maka Kerajaan tidak boleh berbelanja dan bagaimana Kerajaan hendak nmenguruskan/mentadbir negara pada tahun itu.
Apa pula terjadi, sekiranya yang tidak diluluskan itu adalah bajet diperingkat jawatankuasa iaitu peruntukan untuk Kementerian tertentu, maka tiadalah peruntukan untuk Kementerian itu, walaupun Bajet diluluskan diperingkat dasar dan bacaan kali yang ketiga.
Lontaran hujahan ini adalah berasaskan kepada situasi undian belah bahagian bagi Bajet Tahunan sama ada semasa BN atau pun PH memerintah. Insiden berikut adalah buktinya:-
- Semasa era BN -
- RUU Perbekalan 2010(Bajet 2010), di peringkat jawatankuasa (Kementerian Dalam Negeri) diluluskan dengan lebihan 1 undi (setuju 64 dan tidak setuju 63) dan bacaan kali yang ketiga dengan lebihan 3 undi (setuju 66 dan tidak setuju 63) pada 14 Disember 2009 di Dewan Rakyat.
- RUU Perbekalan 2018 (Bajet 2018), diperingkat jawatankuasa (Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi) juga dilulkuskan dengan lebihan 1 undi (setuju 52 dan tak setuju 51) pada 20 November 2017 di Dewan Rakyat.
- Semasa era PH - RUU Perbekalan 2020 (Bajet 2020) di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga diluluskan dengan lebihan 4 undi (setuju 32 dan tidak setuju 28) bagi peruntukan Bekalan/Belanja Mengurus dan 17 undi (setuju 45 dan tidak setuju 28) bagi Belanja Pembangunan.
Apakah situasi lebihan undi yang kecil ini tidak akan berlaku dalam keadaan majoriti keseluruhan yang diperolehi oleh Kerajaan sekarang (PN) adalah kecil. Kebarangkaliannya adalah tinggi, bahkan adalah amat memenatkan sekiranya setiap peringkat jawatankuasa diminta undi belah bahagian. Bayangkanlah ... setiap jawatankuasa ada dua kali undi iaitu bagi Belanja Mengurus (B) dan Belanja Pembangunan (P), maka lsebanyak 52 kali undi belah bahagian boleh diminta bagi 26 Kementerian. Apakah situasi ini akan berlaku...terpulanglah kepada kekuatan dan strategi pihak pembangkang untuk mengagalkan Bajet 2021 yang akan dibentangkan oleh Kerajan pada bulan November nanti.
Wassalam, satu lontaran pandangan jua,
Wassalam, satu lontaran pandangan jua,
Putrajaya, 4 Jun 2020/
No comments:
Post a Comment