Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14
mencatat sejarah apabila Setiausaha
Dewan Rakyat (SUDR) yang baru memegang jawatan tiga bulan ditukar kepada SUDR
yang baharu dalam masa seminggu sebelum bersidang. Sekian lama gred jawatan
SUDR adalah JUSA C. Jawatan SUDR
adalah jawatan yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlu
perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“65. (1) Maka hendaklah ada seorang Setiausaha Dewan Negara dan seorang
Setiausaha Dewan Rakyat.
(2) Setiausaha
Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan dan
setiap seorang hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur persaraan
paksa bagi anggota perkhidmatan awam am melainkan jika dia terlebih dahulu
meletakkan jawatannya atau ditukarkan kepada suatu jawatan lain dalam
perkhidmatan awam am itu.”
Setelah bersara SUDR terdahulu, iaitu Datuk Roosme Hamzah pada 22 Februari
2020 (bersara wajib pada 22 Februari 2019 ( JUSA A-KUP) dan disambung secara
kontrak selama 1 tahun(JUSA C)), maka Riduan Rahmat telah dilantik sebagai SUDR
mulai 23 Februari 2020 dengan Memengku JUSA C. Sebelum ini beliau adalah
Setiausaha Dewan Negara (SUDN) dari 2017 – 2020. Inilah kali pertama beliau mengemudi Dewan
Rakyat, namun tidak sempat bersidang, kira-kira
enam hari sebelum 18 Mei 2020 beliau ditukarkan (dilucutkan
jawatannya?). Ini adalah gara-gara tidak
puas hati Jabatan Perdana Menteri (JPM) khususnya Pejabat Perdana Menteri (PMO)
yang mengetahui usul undi tidak percaya
oleh Ahli Parlimen Langkawi terhadap YAB
Perdana Menteri Ke-8 melalui sumber lain (sumber poitik) dan media sosial dan
bukannya dari saluran rasmi iaitu dari SUDR kepada JPM.
Persoalan mengapa beliau tidak memaklumkan kepada JPM telah membawa persepsi
bahawa beliau bersepakat dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YDPDR) yang menerima usul tersebut dan pemakluman melalui media pada 8 Mei 2020.
Akhirnya pada 13 Mei 2020, beliau
ditukarkan ke Bahagian Pengurusan Dewan Negara sebahagian Setiuasaha
Bahagian(SUB) dengan dikekalkan memangku JUSA C. Sesuatu yang pelik, beliau berkhidmat di
bawah SUDN (Gred 54) yang juga rakan sejawat dan juniornya sebelum ini yang
memegang jawab SUB tersebut. Beliau
tetap tenang dan pasrah serta menyatakan kepada penulis “ itu bukan rezekinya”.
Mengapa
beliau tidak memaklumkan usul
undi tak percaya itu kepada JPM lebih awal?
Usul ini dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi secara email pada 4 Mei
2020 (sebelah malam) tetapi telah
menghubungi pejabat YDPDR pada jam lebih krang 4.00 petang bagi memastikan ia cukup tempoh
notis. Usul ini dikemukakan mengikut
Peraturan Mesyuarat 27(3) sebagai usul ahli persendirian yang memerlukan notis
14 hari. Sebelum ini, Ahli Parlimen
Batu Sapi telah mengemukakan usul dibawah Peraturan Mesyuarat 18 yang antara
lain juga mengadungi undi tidak percaya kepada YAB Perdana Menteri pada 1 Mei
2020, tetapi dengan serta merta pihak JPM dimaklumkan.
Persoalannya
mengapa dua bentuk tindakan yang berbeza antara dua usul tersebut?
Mengikut norma kerja Bahagian Pengurusan Dewan, Usul Peraturan Mesyuarat 18 yang dipanggil sebagai usul perkara
tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan (sebelum
ini dikenali sebagai usul tergempar) memerlukan tindakan serta merta yang
selalunya dalam tempoh 24 jam (ketika Dewan bersidang). Walaupun Dewan belum bersidang, pihak
Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat dengan serta merta memaklumkan kepada JPM bagi mendapat ulasan dan pandangan bagi
membolehkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
membuat keputusan. Ini amalan biasa
(norma kerja) yang dilaksanakan selama ini.
Tindakan sedemikian yang diambil terhadap usul Peraturan Mesyuarat 18
yang dikemukakan oleh Batu Sapi, tetapi YDPDR telah membuat keputusan segera dengan “menerima sebahagian dan menolah
sebahagian” sebelum sempat menerima pandangan dari JPM (Keputusan ini
kemudiannya juga dimaklumkan dalam kenyataan media 8 Mei 2020).
Tetapi tindakan yang berbeza terhadap usul dibawah
Peraturan Mesyuarat 27(3), dimana usul ini memerlukan tempoh notis 14 hari sekiranya dikemukakan oleh ahli persendirian (ahli
bukan ahli Kerajaan). Sekiranya isi
sesuatu usul itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan
Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan setelah genap tempoh
notis, ia akan diterima dengan memasukkan/menyenaraikan dalam Aturan Urusan
Mesyuarat (AUM) selepas susunan usuran-urusan Kerajaan. Oleh kerana ianya bukan urusan Kerajaan, usul
ini tidak mungkin sempat dibentang dan dibahaskan, maka ianya hanya sekadar
dalam senarai AUM Dewan Rakyat. Inilah
amalan dan norma kerja yang dilaksanakan selama ini. Lantaran itu, usul Peraturan Mesyuarat 27(3)
-undi tak percaya kepada YAB Perdana
Menteri oleh Ahli Parlimen Langkawi ini tidak diambil tindakan seperti Usul
Peraturan Mesyuarat 18 dengan
memaklumkan segera kepada JPM oleh Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, maka SUDR
bertanggungjawab terhadapnya, dimana beliau pada asalnya beranggapan usul ini
telah dimaklumkan kepada JPM.
Sememangnya isu-isu sensitif yang berkait langsung dengan kepentingan
Kerajaan sewajarnya dimaklumkan segera kepada Kerajaan. Disinilah kesilapan dan terlepas pandang
SUDR!! Mengenali beliau sebagai seorang
yang merendah diri dan pasrah sebagai government servant dan menyatakan kepada penulis “ bersyukurlah”
– begitulah pasrahnya beliau.
Sementelah SUDR baharu pula adalah merupakan pegawai
PTD yang telah berkhidmat 14 tahun di JPM berkaitan urusan hal ehwal Parlimen
iaitu Nizam Mydin Batcha Mydin berkelulusan Sarjana Undang-Undang dan kini sedang menunggu graduasi Phd dalam bidang disiplin pengajian
undang-undang ( Parlimen) di Universiti Malaya.
Ketika penulis bertugas sebagai Ketua Penolong Setiuasaha ( KPSU) di
JPM, beliau telah melapur diri pada tahun 2005
setelah tamat kursus PTD. Antara soalan yang penulis ajukan ialah apakah
perbezaan bacaan kali pertama, kedua dan ketiga Rang undang-Undang. Setelah penulis jelaskan, beliau menyatakan
bahawa pengalaman adalah lebih bermakna dari ilmu yang diperolehi di universiti
walaupun beliau lulusan undang-undang.
Beliau terkejut apabila pada 12 Mei 2020 (Selasa) telah dimaklumkan oleh
ketuanya bahawa beliau sebagai SUDR yang
baharu. Pada 13 Mei 2020(Rabu), beliau
telah menerima surat rasmi dan sebelah petangnya telah melapur diri kepada Ketua Pentadbir Parlmen. Penulis titipkan
kata-kata perangsang serta peringatan agar menjaga hubungan harmonis dengan
semua staf memandangkan belau masih junior dan keupayaan beliau melaksanakan tugas sebagai SUDR
bergantung kepada kerjasama semua staf.. Namun, penulis amat terkilan apabla JPA hanya
memberi Gred 54 (KUP) sedangkan gred jawatan
SUDR adalah JUSA C. Beliau tetap
bersyukur dan penulis doakan terbaik agar beliau berupaya menggalas tanggung
jawab yang diamanahkan dan pastinya akan menghadapi pelbagai cabaran serta dugaan.
Disini, penulis rakamkan peristiwa ini yang melihat
seorang sahabat “tersingkir” didepan mata secara tiba-tiba, dan dimasa yang
sama seorang anak didik “termasyhur” tanpa diduga. Bak kata pepatah “ ditelan mati emak, diluah
mati bapak “. Wahai sahabat-sahabtku,
itulah putaran kehidupan didunia yang fana’ ini.”
Putrajaya,
14 Mei 2020
Putrajaya,
14 Mei 2020
No comments:
Post a Comment