Anwar Ibrahim (PH) – 13,016
Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (PS) –
7,456
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Bebas) –
4,230
Stevie Chan Keing Leong(Bebas) – 337
Lau Seck Yan (Bebas) – 214
Kan
Chee Yuen (Bebas) – 154
Saiful
Bukhari Azlan – 82
[Undi Rosak – 598; Peratus Keluar Undi –
58.25% dan Jumlah Pengundi – 75,212].
Banyak pihak
menggelar PRK ini sebagai “Langkah PD” dalam rangka memberi laluan kepada DSAI
sebagai untuk menjadi Perdana Menteri Ke-8 sebaimana Manifesto PH dalam PRU 14. Ini adalah kali ketiga yang dilakukan oleh
DSAI dan PKR; dimana sebelum ini PRK yang memeberi laluan kepada DSAI adalah
seperti berikut iaitu:
- PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008, dikosongkan oleh
isterinya Datin Seri Wan azizan Ismail
yang memenanginya pada PRU 12 bagi memberi laluan kepada suaminya, yang seterus
menggantikannya sebagai Ketua Pembangkang.
Beliau telah memenangi PRK ini dengan majoriti 15,671.
-
PRK Kajang pada ...201..., yang pada mulanya
untuk DSAI bertanding dan dilanti sebagai Menteri Besar Selangor bagi
menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun beliau hilang kelayakan kerana
dijatuhkan hukuman penjara dalam kes liwat 2.
Isteri beliiau menggantikannya
dan bertanding dalam PRK ini dan beliau memenangi pilihanraya ini.
Selain memenangi PRK Port Dickson dengan bergaya, beliau juga
telah menangi majoriti yang besar dalam 5 PRU dan 1 PRK di Permatang Pauh. Dimana
4 kali PRU semasa mewakili UMNO iaitu : PRU
6 (1982) –majoriti 14,352 undi; PRU 7 (1986) – majoriti 10,479 undi; PRU
8 (1990) – majoriti 16,150 undi; dan
PRU 9 (1995) – majoriti 23,230 undi.
Setelah beliau di pecat sebagai
Timbalan Perdana Menteri dan UMNO pada September 1998 dan menubuhkan PKR. Semaswa beliau dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun dalam kes
liwat 1. , tempat beliau diganti oleh isterinya yang mewakili PKR pada PRU 10
(1999) hingga PRU 12(2008).
Walau bagaimanapun,
beliau telah dibebaskan pada tahun 2003 dan setelah tamat tempoh 5 tahun
selepas penjara, maka beliau layak bertanding dalam Pilihanraya. Pada 31 Julai 2008 , isteri beliau yang
memenangi PRU 12 (2008) bagi Kerusi
Permatang Pauh dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang telah meletakkan jawatan
bagi membolehkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 26 Ogos 2008 dan beliau menang dengan majoriti 15,671 undi. Seterusnya dalam PRU 13
(2013), beliau bertanding di Permatang Pauh dan menang dengan majoriti 11,721 undi. Walau bagaimanapun dalam
kes liwat 2, pada 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur memutuskan DSAI tidak bersalah tetapi Peguam
Negra telah membuat rayuan dan akhirnya Mahkamah Rayuan pada 12 Oktober 2016 telah memutuskan bersalah dan hukuman penjara selama lima
tahun. Beliau telah hilang kelayakan
sebagai Ahli Parlimen dan sekali lagi PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei 2015 dan
dimenangi oleh isterinya Dati Seri Wan Azizah Ismail dan menggantikannya pula
sebagai Ketua pembangkang di Dewan Rakyat.
DSAI telah memohon semakan kehakiman
dan Pada 14 Disember 2016, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan tersebut. .
Dengan keputusan itu, DSAI yang telah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai
Buloh selama setahun 10 bulan perlu menghabiskan baki hukuman penjara lima
tahun. Oleh itu beliau tidak layak bertanding dalam PRU 14. Setelah PH memenangi PRU 14 dan sebagaimana
manifesto PH, beliau telah diberi pengampunan penuh. Seterusnya usaha-usaha dilakukan untuk
membolehkan beliau kembali ke Dewan Rakyat dan akhirnya PRK Port Dickson
diadakan untuk merealisasikan hasrat tersebut.
Kesimpulannya beliau
tidak pernah kalah dalam lima kali PRU dan dua kali PRK, sama ada mewakili UMNO dan selepas
dipecat serta mewakili PKR. Suatu yang
menarik, apa keadaan sekalipun, beliau tetap menang dalam pilhanraya yang disertainya. Disini penulis membuat analisis seperti
berikut:-
· Kehebatan dan kewibawaan kepimpinan beliau amat tinggi
pengaruhnya kepada rakyat khususnya
pengundi tradisinya di Permatang Pauh malah di tempat lain iaitu Port
Dickson, namun ia masih kubu kaut PKR.
· Kewibawaannya tidak terjejas walaupun beiau
didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes liwat 1 dan 2 serta dijatuhi hukuman
penjara. Disini beliau telah berjaya
meyakinkan rakyat bahwa beliau tidak bersalah dan kes-kes tersebut adalah fitnah terhadapnya.
· Persoalannya disini, apakah mahkamah boleh diperkotak katikkan sehingga menjatuhkan hukuman kepada kes-kes yang
sengaja diwujudkan oleh pihak berkuasa?
Apakah mahkamah dan isntitusi kehakiman dan perundangan di negara ini
tidak boleh dipercayai dan hilang kewibawaannya? Disudut ini, adakah DSAI mangsa kerakusan
pihak yang berkuasa semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 4 dan
seterusnya berlarutan hingga Perdana
Menteri 6 di bawah BN? .
· Disudut lain, apakah pihak-pihak dalam
institusi kehakiman dengan mudah diperkudakan oleh pihak berkuasa? Apakah mereka tiada kriadibiliti dan
intergriti langsung sehingga membuktikan sesuatu kesalahan itu wujud. Namun,
mengikut logik akal, agak mustahil
konspirasi sedemikian boleh diwujudkan kerana melibatkan pelbagai agensi
seperti PDRM, SPRM, AG, mahkamah dan ramai
orang yang terlibat dalam
siasatan dan pengendalian kes ini.
Jika kes ini benar dan institiusi kehakiman/ perundangan adalah
berwibawa tanpa mengira kedudukan pihak yang tertuduh, maka pengampunan penuh
oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ke-7 adalah bermakna
kesalahan wujud dan diampunkan bermakna
tidak menjalani hukuman sepenuhnya atau dibebaskan hukuman. rbar sia. Disini juga difahami oleh ramai pihak
termasuk Peguam Negara bahawa kesalahan tersebut telah terpadam seolah-oleh
tidak melakukan kesalahan. Sebab
itulah Peguam Negara mengesahkan bahawa
beliau layak bertanding dalam PRK Port Dickson.
Walau bagaimana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid mengulas dalam tulis
sepatutnya istilah yang tepat “pengampunan bebas” bagi membolehkan seseorang
yang diampunkan itu beloh bertaanding dalam Pilihanraya sepertimana peruntukan
Perkara 42 dan 48 Perlembagaan Persekutuan.
Mengenali DSAI sejak
tahun 1970”an semasa beliau sebagai presiden ABIM, penulis sering
teringat-ingat beberapa ungkapan yang sering diungkapkan dalam pidatonya – “ kita..sebagai jurubicara ummah”,
“ “daulah Islamiyyah haqiqiyuun” dan “non-partisan”. Apabila masuk UMNO atas pujukan Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO,
beliau dilantik sebagai Senator dan seterusnya Timbalan Menteri di JPM pada
tahun1982. Beberapa bulan selepas itu, bertanding dalam PRU 6 di Permatang Pauh
dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Dari situ, berusahalah beliau dengan sokongan
sahabat-sahabtnya sehingga berjaya sebahai Kerua Pemuda UMNO, dan seterusnya
Naib Presiden dan akhirnya sebagai Timbalan Presiden setelah mengalahkan
penyandang ketika itu Ghafar Baba. Dikalangan
sahabat-sahabatnya khususnya ABIM, sejak awal-awal lagi masuk dalam UMNO,
beliau sering menyatakan akan menjadi Perdana
Menteri selepas Dr. Mahathir. Semasa itu, istilah ‘masyarakat madani” sering diungkapkan. Apabila
DSAI dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan UMN0 pada tahun 1998, dengan
dokongan sahabat-sahabat, maka tertubuhlah Parti Keadilan Rakyat dengan slogan
REFORMASI.
Setelah 20 tahun
berlalu,akhirnya beliau mendapat laluan untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 selepas Perdana Menteri ke-7 (Tun Dr Mahathir)
yang akan melepaskan jawatannya dalam tempoh 2 tahun seperti dalam manifesto PH.
Apakah maknanya ini? Kalau...dulu Dr
Mahathir yang menarik masuk DSAI, beliau
juga yang memecat, dan kini beliau juga sekali membuat strategi dan memberi
laluan kepada DSAI sebagai PM ke-8.
Atas nama RAKYAT....segalanya boleh berlaku. Bijakkah rakyat? Bodohkah rakyat-? Atas nama DEMOKRASI segalanya dirancang...bak
kata bahasa Indonesia “ undi rakyat, bisa diurus”.
Sekadar lontaran
catatan...yang membingungkan pemikiran.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment