Sunday, 20 October 2024

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan Belanjawan 2025  melalui siaran langsong RTM pada 18 Okrtober  2024, Jumaat,  dari jam 4 hingga 6.30 petang.  

Penulis agak terkejut, apabila dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan  mencadangkan  kerajaan akan menggubal akta  bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu. Hukuman itu memperuntukkan pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan.

Penulis terkejut, kerana perkara tersebut adalah dasar awam yang baharu yang hendak diperkenalkan dan tidak berkaitan perinsip-perinsip belanjawan, melainkan jika ia diumumkan dalam bentuk melibatkan implikasi kewnagan yang nyata seperti  penambahan kakitangan/pegawai Penjara atau mewujudkan makenisma tertentu seperti jabatan/unit khas yang akan mengendalikannnya.  Hanya sekali lalu sahaja pernyataannya Tidak dijelaskan kenapa tiba-tiba perlu sangat soal tahanan di rumah dimasukkan ke dalam ucapan belanjawan.  Seharusnya ucapan pembentangan Belanjawan 2025 tersebut menumpukan berkaitan ekonomi dan kewangan, bukannya soal reformasi undang-undang khususnya berkaitan penahanan dipenjara, 

Keesokkan harinya, dilaporkan Menteri Dalam Negeri berkata  Rang undang-undang  baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah bakal dibentangkan di Parlimen tahun depan. Beliau berkata, Jemaah Menteri sudah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaan undang-undang baharu itu.Ketika ini RUU berkaitan sedang digubal oleh Jabatan Peguam Negara dan ketua pengarah Jabatan Penjara   dan seterusnya akan dibentangkan dalam  Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen pada tahun depa. (FMT, 19 Oktober 2024).

INILAH KEJANGGALAN UCAPAN BELAJAWAN 2025, DAN MUNGKINKAH INI ANATARA REFORMASI PARL;IMEN YANG DICANANGKAN.  SUDAH PASTINYA INI AKAN MENGUNDANG BERBAGAI PERPESEPSI AKAN KESEGERAAN KEPERLUAN RUU  APAKAH MAKSUD  DISEBALIKNYA

Wallahua'lam....suatu catatan kejanggalan jua.

Jenderam Hulu, 20 Oktober 2024

Friday, 20 September 2024

GERAKAN REFORMASI, 20 SEPTEMBER 1998 : DULU DISISIHKAN, SEKARANG DI MULIAKAN

Setelah lebih setahun, penulis menyepi diri dan kini mengagahi diri aktif semula menggarap apa yang terpendak dalambenak pemikiran.  Peristiwa malam tadi menggamit perasaan dan minda penulis. Di Arena Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur dianjurkan  oleh parti pemerintah, PKR.  Ia dinamakan sebagai Himpunan Keadilan, Suara Rakyat Suara Keramat bermula pukul 8.00 malam bagi meraikan ulang tahun 26 tahun Reformasi.

Gerakan Reformasi bermula setelah berlaku krisis politik ketika itu antara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (DSDMM). Pada 2 Sept 1998 Anwar dipecat sebagai TPM dan Menteri kewangan. Pada 3 September 1998 pula dipecat dari jawatan parti, Timbalan Presiden dan Majlis Tertinggi. Alasan pemecatan adalah salah laku seksual dan juga krisis kewangan kerana akur dengan saranan Bank Dunia dan Gorge Soros. DSDMM telah memberitahu rakyat dalam beberapa siri perjumpaan dengan rakyat diseluruh negara bahawa akan berlaku peristiwa besar dalam kepimpinan negara sebelum DSAI dipecat.

Masih segar dalam ingatan penulis, berita penahanan DSAI pada waktu malam oleh pihak polis yang mengepong dan menyerbu kediamannya di Damansara pada 20 September 1990. Rakyat tidak faham dan tertanya-tanya apakah punca sebenar pemecatan tersebut.

Kemudiannya beberapa hari selepas itu,  DSAI  didakwa atas tuduhan rasuah kerana didakwa mengganggu siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual yang dibuat terhadapnya. Ketika ia masih dalam tahanan polis,  beliau  telah dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor.

Sebelum dtangkap, DSAI dalam siri jelajahnya keseluruh negara termasuk di Taman Exora Batu Pahat yang penulis hadiri. ketika itu, telah menjelaskan i punca pemecatannya adalah akibat keengganannya menggadaikan perbendaharaan negara demi menyelamatkan syarikat kroni Perdana Menteri ketika itu dan orang orang kanannya.
Pada hari yang sama, sebelum DSAI ditangkap , para reformis seramai 200,000 orang (tetapi pihak Kerajaan menyatakan puluhan ribu sahaja) bergerak dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka. Teriakan reformasi bergema dan pihak polis dan pasukan anti rusuhan FRU untuk meleraikan himpunan tersebut. Ketika itu, adalah hari hari terakhir acara sukan Komanwel. Gempuran pihak polis menyebabkan "pertempuran" rakyat biasa dengan pihak Kerajaan yang digelar MAHAFIRAUN. Pertembungan ini menyebabkan ramai yang ditangkap, dan telah diburu dan ditahan. Penyertaan gerakan ini dari rakyat biasa yang terpanggil menyertai, bahkan ia didokong bukan sahaja oleh dokongan politik bahkan bekas kepimpinan dan ahli-ahli ABIM yang masih setia dan siqoh kepada DSAI. Pendokong dan penyokong tegar mengangkat DSAI sebagai simbol perjuangan rakyat.
Ketika itu, terpampang berita di ada akbar dan media elektronik yang memaparkan peserta himpunan reformasi yang bertempiaran lari menyelamatkan diri , malah ada yang dibantu besembunyi oleh penduduk Kampong Baru. Terdengar juga berita terdapat individu yang melarikan diri keluar negara suaya tidak ditangkap oleh Polis.. Berikutan itu, pegawai-pegawai Kerajaan khususnya Biro Tata Negara (BTN) juga tidak terkecuali kerana DSAI mempunyai sokongan yang kuat dari individu-individu tertentu. Malah pegawai-pegawai kerajaan diberi amaran agar tidak terlibat dengan Gerakan Refomasi dan tindakam tatatertib akan diambil.



Itulah suasana penerimaan reformasi ketika itu...ditakuti, dihindari dan bolehlan dikatakan sebagai gerakan nkiri yang tidak disenangi oleh perintah. KINI KEADAAN BERUBAH. IA BERMULA DENGAN KERJASAMA DSDMM (KINI TUN) DENGAN DSAI (KETIKA ITU MASIH DIPENJARA SUNGAI BULOH)ATAS SABITAN KES LIWAT 2) MENJELANG PRU 14 YANG AKHIRNYA MENGHASILKAN KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN (PH) PADA 9 ME1 2018, SEKALIGUS MENUMBANGKAN BN YANG TELAH MENGUASAI KERAJAAN SELAMA 63 TAHUN. KETIKA ITU, TDMM DILANTIK SEBAGAI PM KE-7, DAN BEBERAPA KETIKA SELEPAS ITU DSAI DIBERI PENGAMPUNAN' ITULAH POLITIK NAMANYA...DULU BERMUSUHAN, SEKARANG BERKAWAN. MAKA DSAI BERTANDING DI PARLIMEN PORT DICKSON YANG DIKOSONGKAN KHUSUS UNTUK BELIAU DIPILIH SEBAGAI AHLI PARLIMEN, YANG SETERUSNYA DIJANJIKAN SEBAGAI PM KE-9 APABILA PM KE-8 AKAN MELEPASKAN JAWATAN BAGI MEMBERI LALUAN. NAMUN SEKALI PERSETERUAN BERLAKU LAGI APABILA PERSELISIHAN MENGENAI TARIKH PERLEPASAN JAWATAN PM MENJADI POLIMIK DAN AKHIRNYA BERLAKU LANGKAH SHERATON YANG MENYEBAKAN KERAJAAN PIM[PINAN PH RUNTUH SETELAH 18 BULAH MEMERINTAH.
KEMUDIAN PN MEMERINTAH, DAN TSMY (PBBM) DILANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI KE-8. NAMUN TSMY HANYA BERTAHAN SELAMA 17 BULAN SAHAJA KEMUDIAN DIGANTI OLEH DSIB (UMNO) SEBAGAI PERDANA MENTERI KE-9. KETIKA INI HUBUNGAN DSAI ENGAN TDMM TERUS TEGANG DAN TIDAK BERKERJASAMA DALAM PRU 15, DIMANA PARTI YANG DIPIMPIN TDMM KALAH SEPENUHNYA.

KINI REFORMASI MENGUASAI KERAJAAN SETELAH DSAI DILANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI KE-10 SETELAH MEMENANGI PRU 15 PADA 2022 DAN SETELAH 24 TAHUN BELIAU MENDAMBAKANNYA.


KINI....REFORMASI MULIA, TIADA LAGI DIJALANAN, MALAH DALAM SINGGAHSANA PENTADBIRAN NEGARA. REFORMASI MENUNJANGI MALAYSIA MADANI.
KINI...BERSAMA REFORMASI, SUATU KEBANGGAAN, PEGAWAI KERAJAAN RASA BERHARGA BERSAMA REFORMASI.
DULU LAIN, SEKARANG LAIN.
Sesuatu yang sukar dilupakan.....diperingkat awal DSAI meengwar-warkan bahawa apa yang berlaku adalah mehnah dan tribulasi perjuangan, Ramai yang menyakininya. Namun bila berlaku kes liwat 2, keadaan sedikit berubah tapi masih kekal menyatakan ia sebagai fitnah. sehingga memperoleh pengampunan.
Suatu yang membingungkan...sehingga kekal mesteri.....Sistem keadilan menjadi tanda tanya, dimana kebenaran, dimana kepalsuan...!!!
Suatu catatan jua, yang memberatkan minda memikirkannya, bersempena ulang tahun Reformsi 26 Tahun...yang dulu di sisihkan tapi kini mulia dan disanjung...
Jenderam Hulu, 21 September 2024.

Monday, 29 May 2023

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

 

Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah disekitar akhir 1970’an dan 1980’an.  Ketika itu Arqam dengan metodogi dakwahnya telah menggamit sokongan ramai.  Dimasa yang sama Jemaah Tabligh dengan pendekatan ziarah dan ta”lim menarik perhartian stemngah pihak.  Namun penulis lebih tertarik dengan Angkatan Belia Islam (ABIM) dan Parti Islam Malaysia (PAS).  ABIM dibawah kepimpinan Anwar Ibrahim yang dikenali dengan panggilan Pak Sheikh.  Manakala PAS dibawah pimpinan Yang di-Pertuanya, Asri Muda.  Waktu itu, penulis amat mengaggumi ucapan-ucapan mereka  dan juga Pak Natsir, tokoh dari Indonesia.

 

Tika itu, USRAH menjadi medium terpenting dalam membentuk kefahaman dan keserasian dan  wadah terpenting dalam Gerakan Islam (Harakah Islamiyah).     penulis sering teringat-ingat beberapa ungkapan yang sering diungkapkan dalam  pidato  Pak Sheikh semasa sebagai Presiden ABIM – “ kita..sebagai jurubicara ummah”, “ “daulah Islamiyyah haqiqiyuun”   dan “non-partisan”.   Apabila masuk UMNO atas  pujukan Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO, beliau dilantik sebagai Senator dan seterusnya Timbalan Menteri di JPM pada tahun1982. Beberapa bulan selepas itu, bertanding dalam PRU 6 di Permatang Pauh dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.  Dari situ, berusahalah beliau dengan sokongan sahabat-sahabtnya sehingga berjaya sebahai Kerua Pemuda UMNO, dan seterusnya Naib Presiden dan akhirnya sebagai Timbalan Presiden setelah mengalahkan penyandang ketika itu Ghafar Baba. Sehinggalah beliau bergelar Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI).  Dikalangan sahabat-sahabatnya khususnya ABIM, sejak awal-awal lagi masuk dalam UMNO, beliau sering menyatakan akan menjadi  Perdana Menteri   selepas Dr. Mahathir.  Semasa itu, istilah  ‘masyarakat madani” sering diungkapkan. Apabila DSAI dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan UMN0 pada tahun 1998, dengan dokongan sahabat-sahabatnya, maka tertubuhlah Parti Keadilan Rakyat dengan slogan REFORMASI. 

 

Disini, penulis ungkapkan kembali catatan  pada 15 Oktober 2018 yang lalu selepas PRU 14, seperti berikut:-

 

“ANWAR IBRAHIM ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI PARLIMEN BAGI PORT DICKSON: MUNGKIHKAH BAKAL PERDANA MENTERI KE-8?

 

Pada 15 Oktober 2018, di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Ke -14, jam 10.00 pagi, selepas bacaan doa YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAAI) telah mengangkat sumpah sebagai ahli Dewn Rakyat.   Beliau telah memenangi Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober 2018.  PRK ini diadakan setelah Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah telah meletak jawatan/mengosongkan kerusi pada 12 September 2018 bagi memberi laluan kepada DSAI untuk bertanding dan kembali ke Parlimen.   DSAI telah memenangi PRK ini dengan majoriti yang lebih besar iaitu 23,560 undi berbanding 17,710 undi semasa PRU 14 yang lalu.  Untuk rekod, PRK ini menghadapi pertandingan 7 penjuru dan keputusannya seperti berikut:

          Anwar Ibrahim (PH) – 13,016

          Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (PS) – 7,456

          Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Bebas) – 4,230

          Stevie Chan Keing Leong(Bebas) – 337

          Lau Seck Yan (Bebas) – 214

Kan Chee Yuen (Bebas) – 154

Saiful Bukhari Azlan – 82

[Undi Rosak – 598; Peratus Keluar Undi – 58.25% dan Jumlah Pengundi – 75,212].

 

 


Banyak pihak menggelar PRK ini sebagai “Langkah PD” dalam rangka memberi laluan kepada DSAI sebagai untuk menjadi Perdana Menteri Ke-8 sebaimana Manifesto PH dalam PRU 14.  Ini adalah kali ketiga yang dilakukan oleh DSAI dan PKR; dimana sebelum ini PRK yang memeberi laluan kepada DSAI adalah seperti berikut  iaitu:

·     PRK Permatang Pauh  pada 26 Ogos 2008, dikosongkan oleh isterinya  Datin Seri Wan Azizah Ismail yang memenanginya pada PRU 12 bagi memberi laluan kepada suaminya, yang seterus menggantikannya sebagai Ketua Pembangkang.  Beliau telah memenangi PRK ini dengan majoriti 15,671.

 ·       PRK Kajang pada 23 Mac 2014, yang pada mulanya untuk DSAI bertanding dan akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun beliau hilang kelayakan kerana dijatuhkan hukuman penjara dalam kes liwat 2.  Isteri beliiaum Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail   menggantikannya dan bertanding dalam PRK  ini  dan beliau memenangi pilihanraya ini.

 

Selain memenangi  PRK Port Dickson dengan bergaya, beliau juga telah menangi majoriti yang besar dalam 5 PRU dan 1 PRK di Permatang Pauh. Dimana 4 kali PRU semasa mewakili UMNO  iaitu : PRU 6 (1982) –majoriti  14,352 undi;        PRU 7 (1986) – majoriti  10,479 undi;         PRU 8 (1990) – majoriti 16,150 undi;     dan PRU 9 (1995) – majoriti 23,230 undi.   Setelah beliau di pecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan UMNO pada September  1998 dan menubuhkan PKR.  Semasa beliau   dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun  dalam kes liwat 1. , tempat beliau diganti oleh isterinya yang mewakili PKR pada PRU 10 (1999)  hingga PRU 12(2008).    

 

Walau bagaimanapun, beliau telah dibebaskan pada tahun 2003 dan setelah tamat tempoh 5 tahun selepas penjara, maka beliau layak bertanding dalam Pilihanraya.    Pada 31 Julai 2008 , isteri beliau yang memenangi PRU 12 (2008)  bagi Kerusi Permatang Pauh dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang telah meletakkan jawatan bagi membolehkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 26 Ogos 2008 dan beliau  menang dengan majoriti 15,671 undi.  Seterusnya dalam     PRU 13  (2013), beliau bertanding di Permatang Pauh dan menang dengan  majoriti 11,721 undi. Walau bagaimanapun dalam kes liwat 2,  pada  9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan DSAI tidak bersalah tetapi Peguam Negra telah membuat rayuan dan akhirnya Mahkamah Rayuan  pada 12 Oktober 2016 telah memutuskan bersalah dan hukuman penjara selama lima tahun.  Beliau telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan sekali lagi  PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei 2015     dan dimenangi oleh isterinya Dati Seri Wan Azizah Ismail dan menggantikannya pula sebagai Ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

 

DSAI telah memohon semakan kehakiman dan Pada 14 Disember 2016, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan tersebut. . Dengan keputusan itu, DSAI yang telah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selama setahun 10 bulan perlu menghabiskan baki hukuman penjara lima tahun. Oleh itu beliau tidak layak bertanding dalam PRU 14.  Setelah PH memenangi PRU 14 dan sebagaimana manifesto PH, beliau telah diberi pengampunan penuh.  Seterusnya usaha-usaha dilakukan untuk membolehkan beliau kembali ke Dewan Rakyat dan akhirnya PRK Port Dickson diadakan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

 

Kesimpulannya beliau tidak pernah kalah dalam lima kali PRU dan dua kali  PRK, sama ada mewakili UMNO dan selepas dipecat serta mewakili PKR.  Suatu yang menarik, apa keadaan sekalipun, beliau tetap menang  dalam pilhanraya yang disertainya.   Disini penulis membuat analisis seperti berikut:-

 ·       Kehebatan dan  kewibawaan kepimpinan beliau amat tinggi pengaruhnya kepada rakyat khususnya  pengundi tradisinya di Permatang Pauh malah di tempat lain iaitu Port Dickson, namun ia masih kubu kaut  PKR.

 ·       Kewibawaannya tidak terjejas walaupun beiau didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes liwat 1 dan 2 serta dijatuhi hukuman penjara.  Disini beliau telah berjaya meyakinkan rakyat bahwa beliau tidak bersalah dan  kes-kes tersebut adalah fitnah terhadapnya. 

 

Persoalannya disini, apakah mahkamah boleh diperkotak katikan sehingga  menjatuhkan hukuman kepada kes-kes yang sengaja diwujudkan oleh pihak berkuasa?  Apakah mahkamah dan isntitusi kehakiman dan perundangan di negara ini tidak boleh dipercayai dan hilang kewibawaannya?  Disudut ini, adakah DSAI mangsa kerakusan pihak yang berkuasa semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 4 dan seterusnya berlarutan hingga  Perdana Menteri 6  di bawah BN? .

 

Disudut lain, apakah pihak-pihak dalam institusi kehakiman dengan mudah diperkudakan oleh pihak berkuasa?  Apakah mereka tiada kriadibiliti dan intergriti langsung sehingga membuktikan sesuatu kesalahan itu wujud.  Namun, mengikut  logik akal, agak mustahil konspirasi sedemikian boleh diwujudkan kerana melibatkan pelbagai agensi seperti PDRM, SPRM, AG, mahkamah dan ramai  orang yang terlibat  dalam siasatan dan pengendalian kes ini.  Jika kes ini benar dan institiusi kehakiman/ perundangan adalah berwibawa tanpa mengira kedudukan pihak yang tertuduh, maka pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ke-7 adalah bermakna kesalahan wujud dan  diampunkan bermakna tidak menjalani hukuman sepenuhnya atau dibebaskan hukuman. Disini juga difahami oleh ramai pihak termasuk Peguam Negara bahawa kesalahan tersebut telah terpadam seolah-oleh tidak melakukan kesalahan.  Sebab itulah  Peguam Negara mengesahkan bahawa beliau layak bertanding dalam PRK Port Dickson.  Walau bagaimana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid mengulas dalam tulis sepatutnya istilah yang tepat “pengampunan bebas” bagi membolehkan seseorang yang diampunkan itu beloh bertaanding dalam Pilihanraya sepertimana peruntukan Perkara 42 dan 48 Perlembagaan Persekutuan.

 

 

Setelah 20 tahun berlalu, akhirnya beliau mendapat laluan untuk menjadi Perdana Menteri ke-8  selepas Perdana Menteri ke-7 (Tun Dr Mahathir) yang akan melepaskan jawatannya dalam tempoh 2 tahun seperti dalam manifesto PH. Apakah maknanya ini?  Kalau...dulu Dr Mahathir yang menarik masuk DSAI, beliau  juga yang memecat, dan kini beliau juga sekali membuat strategi dan memberi laluan kepada DSAI sebagai PM ke-8.   Atas nama RAKYAT....segalanya boleh berlaku.  Bijakkah rakyat? Bodohkah rakyat-?  Atas nama DEMOKRASI segalanya dirancang...bak kata bahasa Indonesia “ undi rakyat, bisa diurus”.   Walau apapun, masa akan menentukan  apakah beliau akan menjawat  Perdana Menteri Ke-8?  Sekadar lontaran catatan...yang membingungkan pemikiran. ”

 

Petikan sebahagian catatan penulis selepas PRU 15 pula adalah seperti berikut:

 

“KEPUTUSAN PRU 15 – RAKYAT BERSUARA, PN TERANGKAT, BN TERBENAM DAN PH SEBAGAI BLOK TERBESAR DIDEWAN RAKYAT

PRU 15 pada 19 November 2022 telah melakar sejarah tersendiri. Realitinya jauh menyimpang dari ramalan. Tsunami politik lagi sekali menerjah negara ini, malah lebih dahsyat dari PRU 14. Inilah “ datuk pilihanraya´ bukan sekadar “Ibu pilihanraya”.  Namun pelbagai pihak meramalkan tiada mana-mana gabongan parti politik dapat membentuk kerajaan telah menjadi kenyataan.   ….”

 

“Hari Kelima – 24 November 2022 – Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Ke-10.

11.00 pagi – Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara membincangkan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang dihadiri oleh lapan Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan..

1.00 tgh  - Istana Negara dalam kenyataan media memaklumkan  bahawa Pengerusi PH, Dato’ Seri Anwar Harun, Ahli Parlimen Tambun diantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.  Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 5 petang di Istana Negara.

Antara  kenyataan Istana Negara adalah:

Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda (Yang di-Pertuan Agong) telah memberi perkenan untuk melantik Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.”

 “(Ini) selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara (43)(2)(a) Perlembagaan Persekutuan”

Kenyataan tersebut juga menyebut: “Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu turut menyokong pendirian Seri Paduka Baginda bagi pembentukan kerajaan yang stabil dengan secepat mungkin berikutan PRU15,” 

Enam bulan telah berlalu.  Disini, penulis ingin mencatatkan bahawa penulis telah ditawarkan bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas  Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 11 Disember 2022.  Seterusnya melapor diri pada 19 Disember 2022 di Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.  Walau bagaimanapun, kelulusan  muktamad perlu diperolehi dari Perdana Menteri bagi penjawat awam yang telah bersara.

Pada 7 Januari 2023 (Sabtu), kira-kira jam 5 petang, penulis mendapat panggilan dari Dato’ Dr Naim Moktar, Menteri di  Jabatan yang menyatakan bahawa “PMO tidak bersetuju dengan pelantikan sebagai  PTTK’.   Beliau juga menyatakan telah membuat rayuan tetapi dijawab “ keputusan muktamad .. dibuat berdasarkan laporan”.  Selepas itum penulis dimaklumkan bahawa Perdana Menteri  telah mencatatkan “sila cadangkan nama lain”.  Berdasarkan maklumat yang diterima, keputusan tersebut adalah bersandarkan bahawa penulis pernah berkhidmat dengan Menteri dari PAS iaitu Menteri  di Jabatan Perdana (Parlimen dan Undang-Undang) semasa pemerintahan Perikatan Nasional (PN).  Ini terbukti, apabila Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri yang pernah berkhidmat dengan Timbalan Menteri dari PN juga dipindahkan semula ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

Begitulah catatan penulis terhadap Pak Sheikh yang disanjung suatu ketika dulu dan kini Perdana Menteri 10 dengan  selogannya “Malaysia Madani” yang telah menyingkirkan penulis sebagai PTTK kepada Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).  Maka sempatlah penulis berkhidmat sebulan tanpa gaji semasa pemerintahan Kerajaan Perpaduan. 

Suatu catatan yang sukar dilupakan….

Jenderam Hulu, Sepang

30 Mei 2023 

Wednesday, 28 December 2022

BELANJAWAN SEMENTARA DI BENTANG DI DEWAN NEGARA, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, PARLMEN KE-15 (21 DISEMBER 2022)

Mesyuarat Pertama, penggal Pertama Parlimen Ke-15 bagi Dewan Negara Negara, hanya bersidang sehari sahaja iairtu pada 21 Disember 2022.  Aturan Urusan Mesyuarat adalah Usul Jalan Masuk, Usul Jawatankuasa Pemilih dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022. Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan bacaan kali yang kedua di Dewan Negara oleh Timbalan Menteri Kewangan. Walau pun tidak dibahaskan, tetapi Yang di-Pertua dewan Negara membenarkan 5 orang AhIi berucap dan seterusnya Timbalan Menteri Kewangan menjawab/memberi penjelasan isu-isu berbangkit.  RUU ini didipersetujukan dengan undian suara. 

YB Timbalan Menteri Kewangan membentangkan Bajet Sementara di Dewan Negara pada 21 Disember 2023

Sebelum ditangguhkan, Yang di-Pertua Dewan Negara berkata mungkin ini dalah persidangan yang terpendek dan menyatakan bahawa “saya dapati ada suatu penjelmaan sentimen yang baik iaitu ukhuwah antara kita dan persahabatan, persefahaman dan niat yang paling tinggi agar Malaysia terjaga dan terjamin” [Penyata Rasmi Dewan Negara, 21.12.2022, hal.31].  Persidangan di mesyuarat ini tamat jam 11.33 pagi dan ditangguhkan kepada suartu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.  

Akhir kalam, penulis menjangkakan persidangan seterusnya di Mesyuarat Parlimen akan menyaksikan kehebatan denyutan nadi sidang Dewan Rakyat apabila  seteru politik, PH  dan BN bergabung sebagai kerajaan dan disatu pihak lagi PN yang diterajui BERSATU dan PAS sebagai pembangkang.  Maka persidangan Parlimen ini akan menyaksikan Ketua Pembangkang yang dipersetujui oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang adalah Ahli Parlimen Larut, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin yang juga Setiausaha BERSATU adan ini memperlihatkan sedikit kelainan apabila Penegerusi BERSATU (Ahli Parlimen Pagoh) atau Presiden PAS (Ahli Parlimen Marang) tidak dilantik sebagai Ketua Pembangkang, tetapi sebagai Ketua dan Timbalan Ketua PN.  Manakala Ahli Parlimen Kota Bharu pula sebagai Ketua Whip PN.  Adalah diharapkan demokrasi dinegara ini semakin subur, “yang menang - tidak dapat semua” dan “yang kalah tidak hilang semua”

Sekian, suatu catatan sejarah demokrasi berparlimen.

Kompleks Islam, Putrajaya


SIDANG PERTAMA SELEPAS PRU 15 - BELANJAWAN SEMENATARA DIBENTANG DI DEWAN RAKYAT

 

Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dibentangkan untuk bacaan kali yang kedua pada 7 Oktober 2022 oleh Menteri Kewangan pada era PN telah luput apabila Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.  Oleh yang demikian Bajet ini perlu dibentangkan semula selepas PRU 15.  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan pimpinannya akan membentangkan satu Bajet Mini pada sidang Dewan Rakyat yang .pada 19 Disember 2022.  Jelas beliau, ia bagi meluluskan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan, khususnya gaji penjawat awam. [Malaysiagazette, 24 November 2022].

Sehubungan itu, pada 19 Disember 2020 Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Aakaun) 2022 dibuat bacaan kali yang pertama. Seterusnya pada hari kedua persidangan, 20 Disember 2022, Rang Undang-undang (RUU) ini dibuat bacaan kali yang kedua.  RUU ini adalah bagi membenarkan perbelanjaan untuk sebahagian daripada tahun yang berakhir pada 31 Disember 2023.  Tujuan RUU ini ialah untuk mendapatkan kebenaran sementara bagi perbelanjaan kerajaan bagi beberapa bulan permulaan tahun 2023 sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 2023 diluluskan kelak oleh kedua-dua Dewan dan mendapat persetujuan Duli Yang Maha Mulia pada tahun 2023. Ia agi tujuan perbelanjaan perkhidmatan, membabitkan wang bernilai RM107,718,676,650.

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1.            (D.R.47/2022) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 ,

DAN

2.             Menteri Kewangan akan mencadangkan : “Bahawa Dewan ini, menurut seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari Lima Puluh Lima Bilion Sembilan Ratus Lima Puluh Sembilan Juta Dua Ratus Tiga Belas Ribu dan Dua Ratus Ringgit (RM55,959,213,200) dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023 untuk perbelanjaan segera bagi maksud-maksud yang dinyatakan dalam penyata sementara yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 54 Tahun 2022, dan bahawa jumlah wang yang tersebut dalam ruang tiga dan empat penyata itu bersetentangan dengan maksud-maksud yang dinyatakan dalam ruang satu penyata itu adalah diuntukkan bagi perbelanjaan itu sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan.” [AUM DR 20/12/2022]2

RUU ini juga dikenali sebagai Belanjawan / Bajet Sementera menuggu bajet sepenuhnya iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibentang dan diluluskan.  Begitu juga, dengan perbelanjaan pembangunan dibentangkan sebagai Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023.  Ini kerana  Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2023 tidak dapat dibincangkan dan diluluskan oleh Dewan ini pada tahun 2022, maka perlu peruntukan disediakan untuk kerajaan membiayai segala perbelanjaan yang mustahak pada awal tahun 2023 sehingga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dibentang dan diluluskan dalam Dewan Rakyat.  Ini bertujuan untuk menyediakan peruntukan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan bagi awal tahun 2023, sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 diluluskan oleh Dewan Rakyat yang membabitkan perbelanjaan sebanyak (RM55,959,213,200).   

Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan “Menurut Peraturan Mesyuarat 68A Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Awam) 2022 tidak boleh dibahaskan di semua peringkat. Manakala Peraturan Mesyuarat 68B, Usul atas namaYang Amat Berhormat Menteri Kewangan ini terbuka untuk dibahaskan. Perbahasan tidak boleh termasuk perkara-perkara dasar dan pentadbiran kerajaan atau tujuan-tujuan wang yang dimasukkan dalam Penyata Sementara.” [Penyata Rasmi Dewan Rakyat, hal.20]. Seterusnya RUU tersebut dan usul pembangunan sementara ini telah dipersetujukan dengan undian suara.

Sebagai rujukan, berikut adalah petikan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Derwan Rakyat:-

             Mendahulukan Perbelanjaan

68A. (1) Apabila dibacakan kali yang kedua sesuatu Rang Undang-undang yang dibawa ke dalam Majlis (menurut perenggan (a) dalam Perkara 102 dalam Perlembagaan) bagi memberi kuasa membelanjakan wang bagi sebahagian daripada satu-satu tahun, hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dibahas.”

 

Ketetapan untuk meluluskan perbelanjaan yang  ditunjukkan dalam penyata sementara

68B. (1) Usul bagi mengambil ketetapan menurut subseksyen (3), dibaca bersama subseksyen (6) Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, hendaklah dicadangkan, tanpa pemberitahuan, oleh seorang Menteri dan ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, dan dikemukakan untuk diputuskan, tanpa usul dan dirujukkan kepada Jawatankuasa sesuatu Majlis Mesyuarat. Perbahasan atas usul itu tidak boleh termasuk perkara-perkara dasar dan pentadbiran Kerajaan atau tujuan-tujuan wang yang dimasukkan di dalam penyata sementara, yang dibentangkan di hadapan Majlis Mesyuarat menurut subseksyen (5) Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, dikehendaki dibelanjakan.” [Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Derwan Rakyat]

 

Sebelum diluluskan, timbul sedikit kekecohan apabila Ahli Parlimen Arau membangkitkan kekeliruan semasa perbahasan tersebut akan juga disentuh mengenai RUU itu, dan Yang di-Pertua menerima teguran itu. Pembenatang RUU dan Usul Pembangunan Sementara atau lebih dikenalai sebagai Belanjawan Bajet Sementara bukanlah kali pertama.  Sebelum ini, ia pernah dibentangkan pada 20 Disember 1999 selepas PRU 10 yang diadakan pada 29 November 1999, bahkan pernah 6 kali sebelum itu.

Seterusnya Timbalan Menteri Kewangan 1 (Ahli Parlimen Pontian) mengemukakan Usul-Usul Menteri Kewangan, iaitu Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] - Memindah Baki Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia Kepada Kumpulan Wang Pembangunan, dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] - Memindah Baki Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia Kepada Kumpulan Wang COVID-10.  Kedua-dua usul tersebut tidak dibahaskan dan dipersetujukan dengan suara. Persidangan di Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama di Dewan Rakyat ini tamat pada jam 11.28 pagi dan ditangguhkan sehingga suartu tarikh yang ditetapkan..

Suatu catatan era baharu "Kerajaan Perpaduan" 

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...