Penulis
terpanggil untuk mengulas mengenai isu Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji
bagi tahun 2017 yang dilaporkan telah “dibentang”
di Mesyuarat Parlimen di persidangannya pada
10 Disember 2018 (Isnin) yang lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Agama). Beliau juga telah menyatakan dalam
sidang akhbar di bangunan Parlimen : “...Laporan
kewangan TH berakhir 31 Disember 2017,
hasil audit firma PwC, menunjukkan aset badan adalah RM70.3 bilion, manakala
liabiliti RM74.4 bilion, maka wujud defisit RM4.1 bilion”. “ Walaupun mencatatkan defisit tetapi mereka masih
mengeuarkan hibah, pemberian itu adalah bercanggah dengan Akta Tabung Haji”.
(Utusan Malaysia, 11 Disember 2018).
Penulis
menumpukan kepada isu pembentagan penyata kewangan tersebut. Sebagaiman peruntukan Akta Badan Berkanun
(Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 {Akta 240] yang mengkehendaki supaya semua badan-badan
berkanun membentangkan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit dan lapoan
tahunan di Mesyuarat Parlimen. Dimana Seksyen 7 dan 8 Akta 240 telah memperuntukkan:-
“7. Tiap-tiap
badan berkanun hendaklah, bagi tiap-tiap satu tahun kewangan dan dalam tempoh
satu bulan selepas penerimaan penyata
akaunnya yang teraudit dan laporan Ketua Audit Negara atasnya, jika ada,
mengemukakannya kepada Menteri bersama-sama dengan laporan tentang
aktiviti-aktivitinya.
8. Menteri
hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan setelah menerima penyata akaun teraudit, laporan Ketua Audit
Negara atasnya, jika ada, dan laporan
tentang aktiviti-aktiviti sesuatu badan berkanun, menyebabkannya dibentangkan dalam tiap-tiap satu Majlis
Parlimen”
Amalannya,
penyata kewangan badan-badan berkanun(telah diaudit) dibentangkan dahulu kepada
Mesyuarat Jemaah menteri dan jika diperrsetujui, akan dibentngkan kepada
Mesyuarat Parlimen. Pihak kementerian atau agensi berkaitan akan
memohon nombor kertas statut
terlebih dahulu dari urusetia/Setiusaha Dewan Rakyat.. Penyata Kewangan yang
telah muktamad dan diletak nombor kertas
statut akan dikemukakakn salinan secukupnya
kepada Setiausaha Dewan. Seterusnya
Setiuasaha akan menyenaraikan penyata kewangan itu dalam senarai “
Risalat-risalat yang dibawa ke dalam Mesyuarat” yang terkandung dalam helaian-helaian
terkhir Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari persidangan yang
ditetapkan. Pada tarikh yang sama,
penyata kewangan berkenaan akan diletakkan atas meja Ali-ahli Dewan dan “ disifatkan dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat dan
diperintahkan supaya terbentang di atas Meja Mesyuarat “. Sebagai rujukan,
petikan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang berkaitan adalah seperti berikut:
“20. (1) Risalat-risalat mesyuarat hendaklah
dibawa ke dalam mesyuarat hanya oleh Tuan Yang di-Pertua atau oleh seorang
Menteri atau pengerusi Jawatankuasa dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha.
Risalat hendaklah dalam bentuk cetak, elektronik atau apa-apa rupa cara yang
diperintahkan oleh Tuan Yang di-Pertua.
(2) Tiap-tiap risalat mesyuarat yang telah
diterima salinannya oleh Setiausaha, hendaklah disifatkan telah dibawa ke dalam
Majlis Mesyuarat dan diperintahkan supaya terbentang
di atas Meja Mesyuarat.
(3) Setelah risalat-risalat mesyuarat
dibawa ke dalam mesyuarat maka hal itu hendaklah dimasukkan dalam buku Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat bagi hari
risalat itu dibawa atau bagi hari mesyuarat yang akan datang jika Majlis
Mesyuarat tidak bersidang.
Namun, Penyata Kewangan 2017 TH “
dibentangkan” di Dewan Rakyat dengan kaedah yang “luar biasa” dan tidak mengikut amalan dan Peraturan-peeraturan
Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Agama) telah mengemukakan “memorandum” kepada Ahli-ahli Parlimen bertarikh
6 Disember 2018 “bagi mengedar dan
membentang perkara-perkara berikut pada siding Parlimen 10 Disember 2018…:
i)
Penyata
Kewangan TH (yang telah diaudit) bagi
tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017...;
ii)
Laporan Penilaian Kedudukan Kewangan TH oleh Tetuan
Price WaterhouseCoopers (PwC)..; dan
iii)
Pelan
Pemulihan dan Penstrukturan TH.
Menteri juga
menyatakan “ saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke
atas perkara ini.” . Beliau juga
membuat kenyataan akhbar di luar Dewan mengenai perkara ini.
Yang anehnya, Aturan
Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada 10 Disember 2018 tidak menyenaraikan Penyata
Kewangan 2017 TH sebagai kertas statut dalam
senarai Risalat-risalat yang dibawa ke dalam Mesyuarat.. Ini bermakna Penyata Kewangan 2017 TH tersebut hanya diedarkan
kepada Ahli-ahli Parlimen dan bukan dibentangkan. Dimana
ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 20 dan juga disebabkan ia tidak
tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat, maka ia tidak boleh dimasukkan daalam
Perjalanan Mesyuarat pada hari
persidangan 10 Disember 2018.
Impilikasi dari keadaan
tersebut,Penyata Kewangan 2017 TH ini belum
dibentangkan secara sah di Meyuarat Majlis Parlimen pada persidangan 10 Disember
2018 yang lalu. Berikutan itu, beberapa persoalan timbul disini iaitu:-
· Mengapa Menteri tidak patuh dan ikut Peraturan
Mesyuarat dan amalan bagi mebentangkan Penyata Kewangan dan Laporan Tahunan TH
? Juga menghairankan, mengapa Setiausaha Dewan Rakyat membenarkan “edaran”
penyata tersebut? Ini mungkin Menteri
telah menyatakan “ Saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri
bertanggungjawab ke atas perkara ini.”
· Bagaimanakah kedudukan status “Rahsia” yang tercatat dengan jelas di penjuru dokumen Penyata
Kewangan 2017 TH dan Pelan Pemulihan dan
Penstrukturan TH (Lampiran 2) dan Surat
PwC (Lampiran 3). Apakah ini tidak melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] atau adakah
dokumen ini telah dikelaskan semula?.
· Begitu juga, Laporan Penilaian
Kedudukan Kewangan TH oleh (PwC) tercatat
Embargo, sehingga bila satus embargo ini, kerana penyata ini belum dibentangkan
secara sah.
· Penyata Kewangan tahunan yang dikemukakan sewajarnya/semestinya adalah yang telah
diaudit oleh Ketua Audit Negara seperti
ketetapan Akta 240. Tetapi Menteri juga
mengemukakan Laporan Penilaian Kedudukan
Kewangan TH oleh Tetuan Price WaterhouseCoopers.(PwC). Tindakan ini seolah-olah mempertikaikan kewibawaan Ketua Audit Negara yang telah menyatakan : “..penyata
kewangan ini memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan
kewangan Lembaga Tabung Haji dan
Kumpulan pada 31 Disember 2017 dan prestasi kewangan serta aliran tunainya bagi
tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan piawaian pelaporan kewangan
yang diluluskan di Malaysia dan Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535].
· Tambahan pula reputasi dan kewibawaan PwC adalah
dipertikaikan apabila ia telah diharamkan di India. Rujuk laporan “ Accountancy firm Price Waterhouse banned
from India...”[https;//www.bbc.com/news/amp/wordl-asia-india-42662259]; dan
“PwC slapped with 2 year audit ban in
india” [https://www.accountancyage.com/2018/01/23/pwc-slapped-2-year-audit-ban-india/]
· Apakah Menteri tidak memahami peraturan? Ini
tidak mungkin berlaku kerana pihak pengurusan TH arif dan memahami peraturan tersebut kerana setiap tahun mengemukakan Penyata
Kewangan dan Laporan Tahunan TH kepada Parlimen.
· Justeru itu, tujuan Menteri membuat “edaran” Penyata Kewangan 2017 TH dan Laporan Penilaian Kewangan TH oleh PwC dan tidak “dibentang” secara sah di
Mesyuarat Majis Parlimen adalah amat meragukan.