Friday 24 June 2022

PRU 15 DIRAMAL PADA NOVEMBER 2022 -SESUAIKAH?

 

Pada 24 Jun 2022, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PRU-15 perlu diadakan segera sekiranya mahu membina kekuatan kerajaan dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara. PRU-15 juga perlu dilakukan apabila semua pihak bersedia dalam apa juga keadaan yang melanda ketika iniIni berbeza dengan pandangan beliau sebelum ini, supaya Parlimen tidak dibubarkan sehingga tamat tempohnya.  Namun Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad tetapkan menegaskan sebarang keputusan untuk mengadakan PRU-15 dalam tempoh terdekat adalah pendekatan yang tidak sesuai.  ..PRU segera untuk kembalikan keyakinan rakyat - Abdul Hadi, Zatul Iffah Zolkiply  zatuliffah@hmetro.com.my, Jun 24, 2022 @ 12:21pm).

Maka sehari dua ini, cakap-cakap politik  kedengaran bahawa  desakan Parlimen dibubarkan menyebabkan  Perdana Menteri ke-9 dikatakan dalam delima dan serba salah.  Beliau berpandangan  PRU 15 sesuai pada tahun hadapan  memandangkan pada keadaan ekonomi belum pulih dan inflasi   serta kos sara hidup yang tinggi .  Maka kedengaranlah cadangan Parlimen dibubarkan pada bulan November 2022.  Untuk membolehkannya, maka pembentangan bajet 2023 di awalkan pada awal September 2022.  Mengikut Takwim Parlimen sedia ada, Bajet  dijadualkan dibentangkan  pada 28 Oktober 2022 di Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen 14 dan dijangka diluluskan  di Dewan Negara pada pada 20 Disember 2022.

Jika benar ramalan ini, maka  disini penulis rakamkan catatan semasa pembubaran Parlimen Ke-9 (1999) seperti berikut:

"Suasana harmoni  dan tenang tanpa gelora ini seolah-seolah ditinggalkan dengan suasana hening pada  hari sehari sebelum Parlimen Kesembilan dibubarkan (10 November 1999 (Rabu)).  Ketika itu, Dewan Rakyat sedang  membahaskan Belanjawan 2000 di peringkat jawatankuasa.  Pada jam 11.00 pagi, Persidangan Dewan Rakyat dikejutkan dengan pertanyaan spontan dari Y.B. Tanjong (Lim Kit Siang – DAP) yang inginkan penjelasan dari Yang di-Pertua mengenai khabar-khabar bahawa Parlimen dibubarkan. Yang di-Pertua menjelaskan bahawa beliau belum menerima apa-apa berita daripada Perdana Menteri. Sidang Dewan diteruskan seperti biasa sehingga berhenti rehat jam 1.00 tengah hari.  Pukul 2.30 petang, sidang Dewan Rakyat dimulakan dengan pengisytiharan pembubaran Parlimen yang dibaca oleh Yang di-Pertua. Sahlah, Parlimen dibubarkan pada 11 September 1999 (Khamis) dan sidang Dewan Rakyat ditangguhkan. Namun Ahli-Ahli Dewan  tidak bergerak meninggalkan Dewan. Y.B. Tanjong bangun dan berucap dan diikuti oleh Ahli-Ahli yang lain. Y.B. Jelutong (Karpal Singh) dalam ucapannya memohon maaf kepada semua dan mungkin ada yang tidak akan berjumpa lagi. Akhirnya pihak Kerajaan mengemukakan usul Merentikan Mesyuarat Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 21(1) dan persidangan Mesyuarat Dewan Rakyat diberhentikan pada 3.07 ptg."  . (ms 27, Denyut Nadi Parlimen: Catatan Dua Dekad (1998-2018), Haji Maluin, Sadiran, 2021)

Berikutan pembubaran tersebut   " Pilihan Raya Umum Kesepuluh (PRU 10) diadakan pada 29 November 1999, dan keputusannya telah menunjukkan peningkatan ketara kerusi pembangkang.  Kali ini jumlah Ahli Parlimen pembangkang berjumlah 43 orang dan Ahli Parlimen Barisan Nasional pula ialah 149 orang (Jumlah Ahli Dewan Rakyat  ketika itu ialah 192 orang). "

Pembubaran tersebut adalah kali pertama dalam pilihan raya dinegara ini  dan pilihan raya diadakan pada hujung tahun.  Malah Penggal Pertama Parlimen Ke-10 diadakan singkat iaitu  20 hingga 20 Disember 1999 bagi Dewan Rakyat dan 27 hingga 28 Disember bagi Dewan Negara untuk meluluskan bajet interim kerana Bajet 2000 telah luput beriringan dengan pembubaran Parlimen Ke-9 yang ketika itu sedang dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Oleh yang demikian, penulis ingin mengingatkan jika Parlimen ke-14 hendak di bubarkan pada bulan November 2022, maka semestinya dipastikan Bajet 2023 telah  diluliuskan Di Dewan Negara.  Ini bagi memastikan Bajet telah diluluskan.   Keadaan ini boleh merujuk kepada catatan penulis:

"Ketika Parlimen Kesembilan dibubarkan, Belanjawan 2000 belum diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen dan ia luput selaras dengan pembubaran Parlimen.   Perkara 55(5) Perlembagaan Persekutuan  menyatakan  Rang Undang-Undang yang dalam pertimbangan Majlis tidak luput disebabkan oleh Prorog ( Mesyuarat Parlimen diberhentikan antara Penggal Parlimen). Bagi membolehkan perbelanjaan dibuat bagi sebahagian tahun 2000 sebelum Rang Undang-Undang Perbekalan untuk tahun 2000 diluluskan, maka Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kesepuluh diadakan dari 20 hingga 23 Disember 1999 bagi Dewan Rakyat dan 27 Disember dan 28 Disember 1999 bagi Dewan Negara bagi meluluskan Usul Perbelanjaan Sebahagian Tahun 2000 (Belanjawan  Interim)." (ms 28, Denyut Nadi Parlimen: Catatan Dua Dekad (1998-2018), Haji Maluin, Sadiran, 2021).

Sekiranya Parlimen 14 dibubarkan sebelum sempat Bajet 2023 diluluskan di Dewan Negara, maka akan berlaku pembaziran dan pembohongan kepada  rakyat. Ini kerana apa-apa cadangan dalam Bajet itu tidak dapat dilaksankan melainkan di bentangkan semula selepas PRU 15. Adakah ini suatu kebaikan dan memberikan suasana "feel good" untuk diadakan PRU?  Walau pun pembubaran Parlimen ke-9 (1999) itu sebelum Bajet 2000 diluluskan, tidak memberi kesan signifikan kepada keptusan PRU 10, tetapi  kesannya ialah meningaktkan kemenanganan pembangkang ketika itu waalaupun BN maseh menang dua pertiga semasa era pentadbiran Perdana Menteri ke-4. 

Suatu Catatan jua.
Jenderam Hulu, 24 Jun 2022.

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...