Tepat 10 pagi, pada 13 September 2021 (Isnin)
bermula Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 oleh Yang di-Petuan
Agong, DYMM Al-Sultan Abdullah Ri’ayutuddin Al-Mustaffa Billah Shah. Ini adalah kali kedua Baginda terlibat dalam
Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen dan dua Perdana Menteri yang berbeza. Dalam pendahuluan titahnya Baginda
menjelaskan “ bahawa 16 Ogos 2021 yang lalu adalah kali kedua Perdana Menteri sekali
lagi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Seperti 2020 peletakkan jawataan Perdana
Menteri ke-8 Baginda berpandukan Perlembagaan Persekutuan, telah memberi
peluang kepada 220 Ahli-ahli Parlimen untuk menamakan seprang sebagai Perdana
Menteri melalui surat akuan. Seramai 114 Ahli Parlimen menamakan YAB Dato Seri Ismail
Sabri bin Yaakob dan ia adalah jumlah majoriti. Mengikut Perkara
40(2)(a) dan 40(3)(a), Baginda perkenan untuk melantik YAB Dato’ Seri Ismail
Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Ke-9.”
Baginda juga bertitah supaya Kerajaan ini hendaklah segera melipat gandakan
usaha dan keluar dari pandemic COVID-19 dan melakasnakan budaaya kerja
berprestasi tinggi.
Disini penulis ingin menekankan perbezaan
yang jelas, dimana pada …Julai 2020 semasa Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga,
Parlimen Keempat Parlimen Ke-14, Baginda hanya menyebut pada hemat baginda mendapat
sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan.
Tetapi pada kali ini, Baginda menyebut secara jelas jumlah majoriti
iaitu 114 Ahli Parlimen.
Jika pada 18 Julai 2021, kenyataan media Istana Negara telah memaklumkan supaya Perdana Menteri yang dilantik segera mengemukakan “usul undi percaya” (usul kepercayaan) di Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, baru-baru ini pada 7 Ogos 2021, YB Dato’ Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bahawa Tuanku berkenan supaya tiada “usul undi percaya” ke atas Perdana Menteri Ke-9. Begitu juga semasa bertitah Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen, Baginda tidak menyentuh isu tersebut walaupun Baginda menjelaskan kaedah Baginda melantik Perdana Menteri Ke-9. Justeru itu, penulis berpandangan pihak Kerajaan mungkin tidak akan mengemukakan usul kepercayaan tersebut. Tambahan pula, Memorundum Persefahaman Traansformasi dan Kestabilan Politik akan ditandatangani jam 5.00 petang, 13 September 2021...SATU SEJARAH TERCIPTA.
Namun begitu, keputusan undian pemilihan Timbalan Yang di-Pertua pada hari kedua persidangan, 14 September 2021 (Selasa) akan memberi impak besar. Sekiranya calon daripada Kerajaan iaitu Ahli Parlimen Pontian kalah dan calon dari blok pembangkang (Ahli Parlimen Taiping) menang, maka ia satu tamparan kepada kerajaan seolah-olah kepercayaan kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri tergugat. Seterusnya akan mempengaruhi pola persetujuan urusan-urusan Kerajaan kemudiannya
Suatu catatan dipinggiran,
Jenderam Hulu,
13 September 2021. 11.30 pagi
No comments:
Post a Comment