Pada petang dan malam 28 Feb 2020 - telah tersebar berita khususnya media sosial bahawa pencalonan Tan Sri Muhyyidin Yassin (Presiden BERSATU) sebagai Perdana Menteri telah mendapat sokongan dari Muafakat Nasional (PAS dan UMNO serta komponen BN - MCA dan MIC) juga dari Sabah dan Sarawak dengan berjumlah 130 orang Ahli Parlimen.
Pada 29 Februai 2020 (Sabtu) - Sebelah pagi wakil Muafakat Nasonal telah ke Istana Negara bagi menyerahkan calon Perdana Menteri. Pada petngany, etika ditanya wartawan Ahli Parlimen Kota Bharu memaklumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin memperoleh sokongan majoriti 114 Ahli Parlimen.
Manakala di pihak PH pula telah membuat cadangan semula supaya YB Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke -8 yang sebelum ini mencalonkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Pada pukul 1.30 tengahari Dato Seri Anwar Ibrahim yang diteman Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan beliau menarik diri dan mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad seabagi Perdana Menteri ke - 8. MAKA BERAKHIRKAH CITA-CITA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI SETELAH 20 MENANTI?.
Pada jam 4.50 petang , TV1 telah memaklumkan Kenyataan Media Pengelola Bijaya Istana Negara bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menerima pencalonan Perdana Menteri dari pihak parti-parti politik dan dapati YB Tan Sri Muhyidin Yasin (Pagoh) telah mendapat majoriti sebagai Perdana Senteri yang ke 8 dan Majlis Suratacara Pelantikan dan Angkat Sumpah jawatan pada 1 Mac 2020.
Pelantikan ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a):-
Per 40(2)(a) " .(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) melantik seorang Perdana Menteri;
(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;
(c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu,
dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini.
Per 43(2)(a):
"Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin endapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;"
MAKA APAKAH KEMELUT BERKHIR DENGAN PELANTIKAN TAN SRI MUHYIDIN YASIN SEBAGI PERDANA MENTERI KE 8?
Rumusan: Maka dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong daalam meyelesaikan kemelut ini adalah kebijaksanaan di bawah sistem demorasi dan Raja berperlembagaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJANGGALAN BAJET 2025!!!
Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...
-
1. Mengikut Per 65 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan seperti berikut:- (2) Setiau saha De wan Neg ara d...
-
Penulis terpanggil untuk mengulas mengenai isu Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji bagi tahun 2017 yang dilaporkan telah “dibentang ” di ...
-
Penulis terpanggil sekali lagi untuk memberi pandangan terhadap jawapan Menteri (Agama) mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bi...
No comments:
Post a Comment